FOLLOWERS

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, May 08, 2015

ambil pedoman..ambil ikhtibar

assalammualaikum =)

ntah kenapa hari ni rasa terpanggil untuk menulis tentang ini di sini. tentang peristiwa yang berlaku di sekitar kita, baik dekat mahupun jauh yg menjadi peringatan kepada diri sendiri. saya share kan di sini untuk mereka yg juga mahu ambil dari sudut positif, bukan sekadar menempelak menyalahkan pihak sana pihak sini.


apa yang pasti sy tidak kenal beliau. saya cuma baca berita tentang kematian beliau dan juga catatan2 di facebook mengenai beliau. ntah kenapa sebak rasa hati. pastinya arwah seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi. tinggal 2 bln saja lagi utk beliau menamatkan pengajian, sebelum pulang ke tanah air dan melangsungkan perkahwinan dgn tunangnya yg juga seorang bakal doktor. Allahuakbar. besar sungguh ujian yang di terima oleh ayah, ibu, keluarga dan tunang arwah nor atikah. cuba letak diri kita di tempat ayah atau ibu atau tunang arwah..agaknya apa yg kita rasa? saya google image nor atikah. 
cantik orangnya..bertudung litup.
ternyata Allah SWT lebih sayangkan dia. Al fatihah buat arwah. moga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman insyaallah. 


kesian dia. kesian sgt. hentikanlah segala tohmahan, dia telah pun di hukum di dunia. adalah lebih baik kita bersama2 mendoakan agar dia bertaubat dan taubatnya di terima Allah SWT. bg saya, Allah sayangkan dia, that is why Allah cepat sedarkan dia dgn penangkapan dan hukuman yg sdg di lalui. dgn usia yg masih muda, dia pasti akan dpt peluang kedua..dan bukankah kesilapan itu permulaan langkah menuju kejayaan? SAYA ADALAH BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN. sy hanya alumni biasa..turut menerima tempias cercaan, apatah lagi ibu bapa, guru-guru di SEMESTI dan rakan-rakan nur fitri. Ya Allah.. kenapa begini jadinya? wajarkah dipersalahkan ibu bapa...guru-guru..rakan2 atas kesalahan beliau? kenapa ramai yang menempelak tanpa tahu kisah sebenar? seperti yg saya katakan td, ini bkn masanya utk kita menyalahkan sesiapa. perkara ini dah berlaku. cuba letak diri kita di tempat ibu bapa nur fitri. cuba. sy amat yakin, ibu bapa nur fitri tidak mahu anaknya jadi begini. sy juga amat yakin, anda semua di luar sana juga tidak mahu anak2 anda jd begini. jadi apa hak kita untuk terus menempelak? lbh baik kita jadikan kisah ini sebagai iktibar dan muhasabah diri. ingat, semua yg berlaku adalah atas kehendakNya.. dan pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian ini. mari kita sama2 doakan moga nur fitri kembali ke pangkal jalan, dpt memanfaatkan 5 tahun dalam tahanan itu untuk dia muhasabah diri dan berubah menjadi seorang yg lbh baik dr sebelumnya. dia seorang genius insyaallah masa depannya akan kembali cerah. masa depan anda yg menempelak pula bagaimana?


ya Allah..sedihnya mengenangkan perasaan dua beradik yang kehilangan ibu bapa dan adik yg masih kecil dlm sekelip mata. sy pejam mata..membayangkan nasib iman dan amal jika sy, suami dan irfan hilang dr hidup mereka sekelip mata. nauzubillah...tak sanggup rasa hati. mujur sgt, dengan ledakan berita di media sosial, nasib 2 beradik ini mendapat pembelaan dr byk pihak. insyaallah kebajikan mereka pasti terjaga. CUMA pasti tak sama dgn kasih sayang dr ibu dan bapa sendiri. TAK SAMA. mari kita sama2 selitkan doa buat dua beradik ini agar mereka di beri kekuatan luar biasa utk meneruskan hidup tanpa ibu dan bapa. moga Allah menurunkan rezeki yg melimpah ruah buat dua beradik ini dan keluarganya. saya google image mereka...

moga dua anak yg comel ini sentiasa di bawah rahmat Illahi.
pasti ada hikmah yg dijanjikan Allah SWT di atas nasib yg telah menimpa mereka.
bukankah janji Allah itu pasti?

ambil pedoman..ambil iktibar...jgn terlalu menabik dada merasa kehebatan diri melebihi segalanya.
ingat, Allah itu yg paling berkuasa untuk menentukan apa jua yg telah..dan akan terjadi. 
kita sebagai hamba hanya mampu berdoa..doa dan terus berdoa.


salam jumaat yang barakah buat semua.

Thursday, January 01, 2015

2015 --> alhamdulillah

assalammualaikum =)

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR 33x

akhirnya kita berada di penghujung 2014
esok insyaallah kita akan bertemu dgn 2015
plan nak buat entry khas utk throwback 2014 sy
tapi seperti dijangka bila dah mula kerja nak online pun tak sempat huhuhu
semalam sy habis meeting kul 5.26pm
rasa nak pitam shaking badan kepenatan bila sampai rumah dekat2 kul 6.30pm tu

salah satu perkara hebat yg Allah berikan pada kami sekeluarga pada tahun 2014
tak lain tak bukan kelahiran anak ke-3 saya pada 30 April 2014

gembira dan bersyukur tak terkira rasanya
inilah pelengkap keluarga kami

dugaan juga datang silih berganti
takpe..itu semua ujian dr Allah SWT yang mematangkan kami suami isteri insyaallah

pelbagai peristiwa hitam serta bencana alam yg berlaku di malaysia sepanjang 2014 juga menjadi iktibar buat kita semua
moga itu semua dpt mendekatkan lagi kita pada Allah yang Maha Esa

2015...
moga menjanjikan semua yang lebih baik buat kami sekeluarga.
moga saya menjadi hamba yg selalu mengingati Penciptanya dan sentiasa diredhaiNya
moga saya menjadi umat Rasullah yang hebat
moga saya menjadi isteri yg terbaik buat en.suami
moga saya menjadi mama yg hebat buat iman amal dan irfan
moga saya menjadi guru yang dapat membawa kejayaan kepada anak didik saya
moga kerjaya saya lebih cemerlang
dan moga rezeki dari Allah sentiasa ada buat kami semua
amiinnn


for all my beloved readers!
tanpa anda...blog ini masih tetap bernyawa...ngeh!

itu dulu, bye semua!

p/s banyak nya lagi citer tak dpt nak share kat sini huhuhu
eh cuti sekolah sambung lagi kan?
yaaaaaahhuuuuuuuuu!!!

Thursday, July 31, 2014

palestine ~ andai kita di tempat mereka

assalammualaikum =)

tersentuh rasa hati mendengar perkhabaran yang berlaku di Gaza. tak silap saya hampir setiap kali ramadhan gaza akan di serang oleh israel. kejamnya israel...sedih sgt rasanya. 


betapa sedihnya melihat nyawa2 kecil turut terkorban dalam serangan tanpa hala yang tetap ini. penempatan, hospital, kawasan perniagaan..semuanya dibedil sesuka hati.  kalau mati terus..sungguh syurga lah tempat mereka. 


tapi lagi sedih melihat mereka yang cedera parah menahan kesakitan. darah berlumuran di badan..aduh, apalah sgt yg mereka faham kenapa ini berlaku pd tubuh kecil mereka. sambil memangku ifran di riba, sy membayangkan perkara itu terjadi pada anak saya. Ya Allah..sungguh sy tak mampu menanggung saat2 getir begitu. 

tapi ibu ini? apa yang dia rasa? 

ke mana langkah kaki ibu ini untuk melindungi anak-anaknya?
ya Allah...ku mohon paduMu ya Allah...lindungi mereka di palestin ya Allah..
izinkan mereka lalui Ramadhan yang mulia ini dengan tenteram ya Allah..
berikan kekuatan pada mereka untuk terus redha dgn ketetapan Mu ini ya Allah..
berikan mereka yang terkorban sebagai syahid padaMu ya Allah..
ku hanya mampu berdoa padaMu ya Allah...

kawan-kawan...kita sgt kerdil untuk menghulurkan bantuan secara fizikal. silap2 haribulan kita dulu yang terkorban di sana. tapi ada caranya bagaimana untuk kita menbantu mereka..
klik LINK INI untuk mengetahui bagaimana cara kita untuk membantu palestine. 
penulisan dr.harlina ini sgt2 menyentuh hati...
kita lakukan bersama-sama ya..insyaallah.

itu dulu, bye semua!

Saturday, June 28, 2014

selamat menyambut ramadhan 2014

assalammualaikum =)

insyaallah panjang umur esok kita berjumpa dgn ramadhan semula.
excited!
buat semua rakan2..


itu dulu..bye semua!

hola bola! malaysia?

assalammualaikum =)

tersengih sorang2 bila baca ni hehehe


saja suka2...itu dulu..bye!

Friday, June 27, 2014

sunnah-sunnah hari jumaat

assalammualaikum =)

salam pagi jumaat yg barakah

moga dapat kita amalkan bersama insyaallah

itu dulu, bye semua!

Thursday, June 26, 2014

amalkan, moga bermanfaat buat kita semua.

assalammualaikum =)




sharing is caring and loving
itu dulu..bye semua!

bagaimana berdepan dengan situasi anak2 yg berlatih puasa dlm cuaca yang amat panas ini

assalammualaikum =)

ampun maaf tak dpt nak cari tajuk yg lbh pendek hehehe
lagi beberapa hari kita akan berjumpa semula dgn ramadhan insyaallah.
dlm pada excited, terselit juga rasa gusar camne abg iman nak berpuasa thn ni dlm keadaan cuaca yg amat panas terik ni. jerebu juga. aduhhh susah hati mama.
thn lepas dpt juga dia berpuasa 17hari.
kalau blh thn ni nak penuh lar kan. 
tapi memandangkan cuaca panas sekarang ni..risau juga hati. 
mujur ada yg whatsapp ni dlm group, tak silap en.suami yg bg.
maybe dia dpt dlm group whatsapp dia kot.
saya share kan di sini ya moga blh jadi panduan utk kita semua.

legaaa rasa hati bila baca ni.
yg penting kita jaga sembahyang dia kan..
alhamdulillah setakat ni abg iman rajin solat.
cuma standard solat kanak2 lar kan...laju jer. jenuh dah tegur.
pastu setiap kali masuk waktu, masih perlu diingatkan..alar..budak2 kan.
dah jadi tanggung jawab mama ni ha dok bebel2 selalu ingatkan dia supaya solat. 

moga jadi manfaat buat semua ya.
itu dulu..bye!

Saturday, May 10, 2014

dua emak

assalammualaikum =)

sebelum bersalin hari tu, hati risau jugak mcm mana nak berpantang di rumah sendiri nnt.
blh ke aku survive?
mak dah setuju untuk dtg sini. otw balik dari hospital terus ambik mak kat kg.
mcm2 mak bawak untuk aku. batu tungku, daun lengkuas untuk lapik tungku, kain batik berhelai-helai. jgn tak caya aku hanya ada 2 helai kain batik dlm simpanan hahaha...
hari khamis-sabtu bidan yang tlg mandikan baby irfan.time bidan takde, mak yg tlg mandikan. meringkuk2 dia, semangat masih kuat utk mandikan cucu bongsu dia. rasa sebak tgk semangat mak nak bantu aku. mula2 tu risau jgk dia dah tak lalu nak bgn duduk angkat baby. tapi kakcik ckp: 'takpe mah ko bg jer dia buat, nnt mak kata ko tak percaya kat dia plak' 
emmm btl jgk kang kecik hati mak kat aku. so aku bg jer dia mandikan irfan, siapkan irfan.. 
pastu mak rajin epok2 irfan. senang hati aku tgk dia gembira. 
pastu mak jugak lar yg tlg panaskan batu tungku utk aku tiap2 hari pagi ptg. ada sekali tu, mak jugak yg tlg masak..mencungap2 dia. kesian.
pastu hari isnin, mak dan bapak mertua plak datang. ya Allah..nampak tak betapa Allah sedang membantu aku? syukur alhamdulillah...
mak abah kuala dtg bawak mcm2 jugak. 
daun mengkudu utk bertungku, hamper utk baby irfan, biskut2 dan mcm2 lai lah.
batu tungku panas2 balut dgn daun lengkuas+daun mengkudu..aroma dia mmg best. wlupun amal tutup hidung, tapi aku suka bau ni.
so bila mak kuala dah ada, mak kuala yg take over semua. semua hokay! 
dapat lar mak aku rehat sket dok layan cucu2 jer.
citer pasal mak mertua plak, dr hari isnin dia dtg tu smpi ler sekarang, dia yg masak tetiap hari. lauk mmg best2. suka en.suami mkn masakan mak dia tau. pastu mak kuala jugak yg tlg mandikan irfan pagi ptg... bila irfan nanges nak susu masa dlm baby cot, cpt2 dia bgn and bagi susu.
aku senang hati jer melepak dlm bilik konon2 rehatlar kan. dah namanya dlm pantang hehehe...
padahal aku dok online shopping jer atas katil tu huhuhu...
menantu hantu sungguh.
tapi malam mmg baby irfan totally dgn aku lar...
ni sementara mak, mak abah kuala ada kat sini, biarlah diorang yg layan cucu2 bertiga ni.
bila iman amal balik dr sekolah pun, mak kuala yg akan layan depa nak mkn nak main dan lain2. Ya Allah...untung tak aku dpt mak mertua mcm ni?? syukur sgt2 tau. 
so masa mak kuala ada kat sini, mak aku take over urusan cuci pakaian plak.
dia yg ambik baju kotor masuk dlm washing machine, dia yg tlg sidaikan baju baby irfan, dia yg tlg masukkan kain dlm dryer, dia yg angkat semula bila dah kering nanti. 
aku buat apa?
ok hobi aku masa dlm pantang ni adalah mengemop dan menyapu hahaha...
dua benda ni mmg aku yg buat.
klu en.suami ada, dia yg tlg mop, aku sapu.
takper...slow2 jer aku buat kerja tu semua. 
masa aku tulis entry ni, dua2 emak tgh memasak kat dapur tu. aku kat depan dgn amal dan irfan.
iman sek. en. suami pun sek. nmpk tak Allah telah mudahkan perkara yg aku dok risau selama ni? 
syukur alhamdulillah...Allah beri aku dua emak yg sanggup buat apa saja utk aku. yg penting kita jgn putus berdoa dan yakin Allah sentiasa beri yg terbaik untuk hamba-Nya. kalau Allah tak beri apa yg kita mintak, mungkin Allah nak bg yg lbh baik atau Allah tau yg kita mintak tu tak baik utk kita. bersangka baik pada Allah :-)

sempena hari ibu esok ( 11 Mei 2014), aku nak ucapkan ribuan terima kasih di atas segala pengorbanan mak berdua pada gmah. emaklah ratu di hatiku dulu, kini dan selama-lamanya.
untuk mak aku, aku dah bgtau hujung bln ni lepas gaji aku belikan hadiah utk dia merangkap penghargaan aku utk pengorbanan dia menjaga aku ketika berpantang ni. 
emm sebenarnya takde apa lansung yg blh dijadikan balasan utk jasa2 emak pada aku. takde apa sbb jasa mak terlalu besar nilainya, tiada yg setanding. hadiah yg kecil ini hanyalah simbolik semata. utk mak mertua plak aku serah pada en.suami nak bagi hadiah apa hehehe..

emm..aku ni emak jgk kan? anak2 aku semua kecik2 lg, harap en.suami lar kot ada nak surprise aku apa2 hahaha..verangan jer lar wakakaka...aku tau takde apa pun huhuhu..takpe2. kot dia baca blog ni, aku bg hint, secret recipe ada jer dekat, kat pekan sabak bernam ni ha :p

itu jer lar...

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA YG BERGELAR IBU!

#sila click utk tgk animation


Wednesday, March 26, 2014

if it's me in her shoe ~ MH370

assalammualaikum =)

sungguh...saya amat sedih dgn pengumuman PM mengenai MH370 semalam
selama ini sy mengharapkan yg pesawat tersebut di hijack, supaya masih ada harapan untuk mereka hidup.
walau tidak semua, sekurang-kurangnya masih ada yang hidup
tapi rupanya...mereka berakhir di selatan lautan hindi...
yang kedalamannya sehingga 7km
Ya Allah..moga mereka damai di sana, amiinnn

dan paling saya sedih sedih sedih sedih sgt
bila saya baca catatan isteri ketua peramugara MH370 yg turut sama dalam penerbangan tersebut

iman adalah anak pertama mereka yang masih kecil, masih di bawah 2 thn
muhammad pula baby ke-2 beliau yang masih dalam kandungan, yang akan dilahirkan bulan hadapan insyaallah.
it means dia sedang hamil seperti saya, sedang sarat seperti saya
bayangkan dia berhadapan dgn situasi getir ini dalam keadaan berbadan dua?
Ya Allah...plz keep her strong Ya Allah..
sungguh sy tak mengenali dia
tapi sy dapat rasakan apa yg dia rasa
at least sy cuba untuk rasa
dan betapa pedihnya...pedih amat sgt
dia akan melahirkan muhammad tanpa suami di sisi
Ya Allah...sedih sgt.

bagaimana kalau Allah SWT pilih saya untuk berada di tempat dia?
kuat kah sy?
dgn sedikit dugaan yang Dia telah berikan, sy dah merungut
masyaAllah..Ya Allah...ampunkan dosa2 ku ya Allah...
aku bersyukur atas apa yg telah engkau tetapkan pada ku Ya Allah..
sampai satu tahap, sy membayangkan bagaimana sy nak ke hospital untuk bersalin jika suami sy tiada?
siapa yang blh saya harapkan?
Ya Allah..
moga aku dan suami serta anak2 berkekalan hingga hujung nyawa kami ya Allah
kekalkan mereka bersama ku ya Allah...
merekalah kekuatan hidupkan dgn izinMu ya Allah...

buat intan maizura,
plz be strong my dear
Allah SWT tahu, yg awak cukup kuat untuk berhadapan dgn ujian ini
plz be strong for ur kids
walau tidak mengenali
doa kami tetap bersama mu..

amiinnn ya rabbal allamiinn...

itu dulu...bye semua!

Monday, February 24, 2014

guru tak perlu laksana PBS? betul ke ni?

assalammualaikum =)

tajuk utama berita harian hari ini:
24 February 2014

heh betul ke ni?
apa makna sebenar "tak perlu laksana" tu??
kang kalau cikgu stop, tetiba bln 6 dia suh on balik...naya cikgu wei nak cover yg tggl 3 bln tu.
ni aku nak cuti 3bln pun susah hati camne dgn evidence yg byk2 tu? 
blh/sanggup ke cikgu ganti tlg taksir kan?
itu pun klu ada guru ganti...kalau takde?

cikgu2...kita ni mentimum jer
'depa' tu durian.
so hati2..kang kena hempap penyek kita
kita nak hempap depa pun kita gak penyek
paham tak?
tak paham pun takpe

itu dulu...bye semua!

Tuesday, June 26, 2012

kenali telefon awam di malaysia

assalammualaikum =)

jenis Tamura TH600E

jenis JT (saya pernah guna public phone ni dulu masa kat asrama. selalu buat reverse charge call dgn mak hahaha... masa tu umah mak takde tipon. call umah makcik utk cakap dgn mak. kami susah masa tu)

Jenis JT 103 ML

Jenis TAMURA MODEL 52 SP (cantik i ilike!)

RCCB Jenis GPT DIAMOND PAYPHONE

uiks??? model telefon awam?

Wednesday, May 16, 2012

teacher nowadays

assalammualaikum =)
masih senyum...:D

takmorlar jadi macam ni ok...
berdoa selalu
 insyaallah Dia sentiasa ada untuk membantu kita. 
kena yakin ok
nak jadi cikgu mcm ni....senyummmmm jer selalu. 

moga semua penat lelah dan pengorbanan kita mendidik mereka diberkati oleh-Nya insyaallah...


buat semua guru2 / pensyarah kesayangan saya di 
tadika kemas pasir panjang (1985-1986)
sk pasir panjang (1987-1992)
SEMESTI (1993-1997)
Matrikulasi UPM -INPENS (1998)
UPM( 1999-2002) 
KPLI MPPMM(2004)
dan semua rakan-rakan guru di SBPISB (2005-2012)




AND.....
GOES TO.....


hahahaha kidding!!

Tuesday, May 08, 2012

100 tahun Nestle di sisimu (eh, baru 32 tahun lar :p)

assalammualaikum =)

bila menonton this amazing video...



sungguh saya amat tersentuh 
sbb video ni benar-benar mencungkil memori zaman kanak-kanak dan remaja saya. 
tak blh nak nafikan, kita membesar dengan kebanyakkan produk Nestle ni.
sampailah dah ada anak dua ni pun, produk Nestle tetap menjadi pilihan.
eh korang takkan tak penah breakfast dgn nestum 3in1 yang enak tu?
pekena plak dengan milo panas bancuh pekat2 perghhhh..
pastu maggie, tipu klu u all tak penah makan hahaha  
kit kat?? walaweiiiiii awesome!!
belum citer pasal asikrim mat kool lagi hahaha...
dan banyak lagi banyak lagi banyak lagi banyak lagi produk lain under Nestle..

kalau u all belum penah rasa any of this Nestle product, balik keje ni jgn lupa singgah pasaraya ok :D

P/S saya bukan duta Nestle...

Wednesday, April 04, 2012

CIMB nicol david KL OPEN SQUASH

Assalammualaikum =)

it is 2.13am and i still cannot sleep. apahal terkebil2 atas katil x blh tido, perut plak sdg mendendangkan lagu kosong nyanyian najwa ecehhh sesuka hati aku jer membuat spekulasi. dan aku yg sgt memahami knp perut nyanyi lagu kosong pun bgn menuju ke dapur mencari apa yg blh di isi dlm perut ni. inilah akibat klu tido terlalu lama masa ptg td (2jam!) mlm jd burung hantu. esok siang jadi zombie kat sekolah ko rasakan! dah ler ptg esok ada pertandingan kawad kaki peringkat sekolah huhu... lapor sebab dinner td cuma mkn sikit jer bihun sup. tak tahan pedas sgt. so skrng ni 4 keping roti gardenia rub with blueberry jam selamat masuk perut! diam kau perut jgn mengada dok jerit kosong...kosong...kosong... lagi. 
sabtu lepas di berjaya time square berlansung pertandingan CIMB nicol david KL OPEN SQUASH. dpt lar tgk cik nicol ni secara live wlupun zoom dr jauh jer hehe.. solid badan dia. tp tak sempat pun tgk dia beraksi sbb masa ni kami dah nak blk, en.suami pun tgh nano2.. akibat penangan #space attack. so dpt lar snap gambo nicol dr jauh jer...


tak pernah tau pun kewujudan pertandingan ni sbb sy bkn peminat squash. tp tau lar siapa nicol david ni kan :-)

happy wednesday!!

Tuesday, November 22, 2011

undangan


assalammualaikum =)

hujan ribut kat luar sekarang ni. musim hujan..sejuk jer rasa, sgt mendamaikan alhamdulillah. skrang ni sy tggl bertiga dgn anak2 di rumah. hubby kursus di marina cove resort, esok baru balik. so far keadaan kat rumah semua ok. anak2 pun behave jer. berani nak buat perangai abah xde ni?? haha...
masa terluang hr ni sy tekun siapakan editing calendar 2012 through www.u-print.com.my penat dah. cont esok lar plak. now update blog lg. lepas ni ingat nak online shopping plak ngeh ngeh...
sepanjang cuti sekolah ni byk juga sy terima undangan ke majlis perkahwinan. ada juga yg clash tarikh yg sama, satu di zon tgh satu lg di zon selatan.. insyaallah mana yg sempat sy dan keluarga dtg ya.
buat semua kawan2 dan sedara mara yg bakal melangsungkan perkahwinan:




Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, October 30, 2011

solar boat @ karnival mesra 1belia 1malaysia

assalammualaikum =)

ini kisah weekend sy. x dpt nak bgn lambat.. x dpt nak bersenang lenang tgk dvd dgn en.suami dikala anak tido.. x dpt nak berbasikal dgn iman amal di waktu ptg dlm keadaan santai...semua x dpt uwwwaaaaa!!!! dah tu ko buat apa weekend ni azimah? sy bwk team solar boat buat pameran di karnival mesra 1belia 1malaysia (knp mesti 1???) sabtu-ahad full time smpi ler mlm ni. tension jgk, ahad malam isnin pun kena keje. x dpt nak tgk cave of the golden rose cheh.. apsal ler YB. DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK ni dtg malam2? siang xleh ke? malam2 kat sini hujan ler dato' sri hehe... gambar2 hari sabtu ada dlm my xperia x10. nnt ler masuk kemudian. ni gambar2 yg diambil tgh hari td. kbtln crew pengambaran aquilla emas sdn bhd dtg lg utk shoot aktiviti team solar boat kami. so pameran PPD Sabak Bernam jd glamer sekejap td. yerlar crew pengambaran dtg buat shoot, siap interview public, mestilah org kg teruja kan. sblm tgk gambar, sy nak ucapkan setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat en.suami yg support sy utk tugasan ini smpikn x dpt nak pi jamuan perpisahan pkhem mlm td. terima kasih yer abg...sayang abg! ok jom tgk gambar :D

iman amal tgk apa tu sayang?

iman amal teruja dgn ciptaan rumah uereka dr SKPP (sek rendah sy dulu hehe...suka jer nak bgtau :p)

hebatlar mama uereka house ni

kamu sonok n happy jer yer raida, teacher yg stress huhu...

shooting bermula..

director tgh shoot solar boat tgh pusing2...

see...ramai pengunjung yg teruja tgk solar boat kami :-)

masa ni iman-amal masih lg excited tgk uereka house ni. jgn balik nnt kamu ajak mama buat rumah mcm ni udah hehe..

moga besar nnt iman - amal bakal menjadi seorang inventor yg terkenal insyaallah...

host for this documentary show

bangga si kecik mama ni jalan2 bwk belon ya. mahal arr rm5 satu ni huhu

jeng jeng jeng...aku sungguh teruja tgk sniper uniform yg digayakan kat pameran askar ni. nak bergambor sorang2 malu plak. ajak iman, dia awal2 dah menyorok ketakutan bila aku tunjukkan sniper ni hahahaha... at last aku seret en.suami n amal utk bergambar sama. kelakar sgt sbb amal serius takut lps dia perasan kat benda pelik ni, siap ajak balik terus hahaha

ahli parlimen sabak bernam: dato' abdul rahman bakri turut ditemu bual mengenai solar boat ini. wahhhh sy sungguh kagum dgn cara dia bercakap. patut ler dia jd ahli parlimen n sy cuma jd CIKGU AJER hahahaha

mlm ni harap2 dpt bergambar dgn dato' seri sabery cheek plak. wahhhh tinggi impian mu azimah kah kah kah...

Tuesday, June 14, 2011

science talk

assalammualaikum =)

13 jun 2011 baru2 ni, sy tlh menghadiri science talk: voyages of scientific discovery with mars exploration rovers by Dr. William J.Clancey di Sek Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya. emmm mcm mana nak cerita ya. wlupun ke sana dgn bas sekolah yg masa ni econ tgh rosak, tp sy rasa cukup berbaloi dpt attend talk ni. serius best! extra science knowledge utk sy, teacher yani and 12 pelajar yg turut ke sana.


ok sy paste kat sini overview mengenai rovers ni yg sy amik dr website dia: (baca tau. good information ni...bg yg berminat lar hehe)


NASA's twin robot geologists, the Mars Exploration Rovers, launched toward Mars on June 10 and July 7, 2003, in search of answers about the history of water on Mars. They landed on Mars January 3 and January 24 PST, 2004 (January 4 and January 25 UTC, 2004).

The Mars Exploration Rover mission is part of NASA's Mars Exploration Program, a long-term effort of robotic exploration of the red planet.

Primary among the mission's scientific goals is to search for and characterize a wide range of rocks and soils that hold clues to past water activity on Mars. The spacecraft are targeted to sites on opposite sides of Mars that appear to have been affected by liquid water in the past. The landing sites are at Gusev Crater, a possible former lake in a giant impact crater, and Meridiani Planum, where mineral deposits (hematite) suggest Mars had a wet past.

After the airbag-protected landing craft settled onto the surface and opened, the rovers rolled out to take panoramic images. These images give scientists the information they need to select promising geological targets that tell part of the story of water in Mars' past. Then, the rovers drive to those locations to perform on-site scientific investigations.

These are the primary science instruments carried by the rovers:

  • Panoramic Camera (Pancam): for determining the mineralogy, texture, and structure of the local terrain.

  • Miniature Thermal Emission Spectrometer (Mini-TES): for identifying promising rocks and soils for closer examination and for determining the processes that formed Martian rocks. The instrument is designed to look skyward to provide temperature profiles of the Martian atmosphere.

  • Mössbauer Spectrometer (MB): for close-up investigations of the mineralogy of iron-bearing rocks and soils.

  • Alpha Particle X-Ray Spectrometer (APXS): for close-up analysis of the abundances of elements that make up rocks and soils.

  • Magnets: for collecting magnetic dust particles. The Mössbauer Spectrometer and the Alpha Particle X-ray Spectrometer are designed to analyze the particles collected and help determine the ratio of magnetic particles to non-magnetic particles. They can also analyze the composition of magnetic minerals in airborne dust and rocks that have been ground by the Rock Abrasion Tool.

  • Microscopic Imager (MI): for obtaining close-up, high-resolution images of rocks and soils.

  • Rock Abrasion Tool (RAT): for removing dusty and weathered rock surfaces and exposing fresh material for examination by instruments onboard.

Before landing, the goal for each rover was to drive up to 40 meters (about 44 yards) in a single day, for a total of up to one 1 kilometer (about three-quarters of a mile). Both goals have been far exceeded! Where are the rovers now?

Moving from place to place, the rovers perform on-site geological investigations. Each rover is sort of the mechanical equivalent of a geologist walking the surface of Mars. The mast-mounted cameras are mounted 1.5 meters(5 feet) high and provide 360-degree, stereoscopic, humanlike views of the terrain. The robotic arm is capable of movement in much the same way as a human arm with an elbow and wrist, and can place instruments directly up against rock and soil targets of interest. In the mechanical "fist" of the arm is a microscopic camera that serves the same purpose as a geologist's handheld magnifying lens. The Rock Abrasion Tool serves the purpose of a geologist's rock hammer to expose the insides of rocks.

persembahan pelajar SAS sblm talk bermula

Dr.William ni mgunakan American Eng so tak susah utk faham. body language dia pun blh tahan hehe.. kira berjaya utk menarik org dgr apa yg dia nak sampaikan. ada ketika nya, sy teringat subjek geofizik yg sy bljr masa buat degree dulu. soil-materials-etc etc...emmm dunia science mmg indah!!

base on this photo, i realized that i really need new camera.
canon s95 and panasonic lumix lx5, this two compact camera with dslr quality photo dah jd aim terdekat sy hehe...before raya mesti dptkan jugak one of this hot gadjet, insyaallah...

untuk maklumat lanjut mengenai mars exploration rovers ni, blh search website dia ya:

http://marsrovers.jpl.nasa.gov
http://bill.clancey.name


itu dulu utk entry kali ini. jumpa lagi!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH