FOLLOWERS

Showing posts with label my friend wedding day. Show all posts
Showing posts with label my friend wedding day. Show all posts

Monday, June 23, 2014

my ex-student wedding day

assalammaualaikum =)

ni citer last week kot hahaha
baru skang nak citer kat sini lantak.
kami sekeluarga dpt jemputan ke majlis perkahwinan ex-student
tak silap dia ni dr batch SPM 2010. 
actually mmg byk dpt jemputan kawen dr ex-student
tapi teacher minta maaf byk2 tak dpt nak attend semua
terutama jemputan sepanjang teacher pregnant hari tu, mmg tak dpt arr nak attend, teruk sgt kan masa tu.
now dah sihat dan berkesempatan so kami pun hadirlah.
lagipun dekat je, kat sg besar.
sebelum pi kenduri moh ler kita bergambo dulu
hoi time pregnant tu mcm sket sgt sy bergambo
so bg ler peluang dah sihat ni kita bergambo byk2 yer hehehe

1..2...tarik nafas! kaedahkempisperut
TA wearing FIFA WORLD CUP AJ

sedas lg dlm keta.
alhamdulillah dgn izin-Nya muka sy dah semakin pulih, penangan consume ephyra kot ya?
tp kalau perati btl2 masih byk parut jerawat hehe, cuma jerawat baru takde dah.

hoi tembamnya kita! korang pernah belajar pasal illusi optik? ni lar contohnya hehe apsaltaknakngakumemangdahtembam!
 selamat pengantin baru buat nasa dan isteri
moga kebahagiaan milik kalian insyaallah.

itu dulu..bye semua!

Monday, May 06, 2013

majlis perkahwinan yang sgt meriah

assalammualaikum =)

cerita malam berinai tak berakhir lagi.
malam tu juga sekitar jam 1am abang ipar pengantin perempuan terkena renjatan elektrik di tapak tangan
dia dikejarkan ke hospital tg karang dgn segera.
pagi sabtu tu pula terpaksa menaiki ambulance untuk ke hkl
berlubang 3 di tapak tangan kanan.
3 hari warded
sampai sekarang masih mc
kesian sgt. tapi sy mcm malas nak citer detail kat sini.
moga dia cepat sembuh ya.

*********************************
kenduri kawin diadakan pula pada hari sabtu 27april 2013.
pagi tu sy dan en.suami gigih lagi ke sekolah.
siap ada ad-hoc meeting lg 
kami tiba ke kg semula sekitar jam 11am++
sampai2 umah tgk tgh meriah dgn tetamu yg ramai


 serius ramai..murah rezeki pengantin.

 itu dia fresh flower dan hidangan untuk makan beradab yg telah siap

 selamat...pengantin...baru...

 udang bakar panjat nenas

 sama cantik sama padan bagai bla bla bla...


 meriah...sgt meriah...sampaikan makanan dr pihak katering tak cukup.
kecoh lagi.
again TA menjadi penyelamat 3x ulang alik pi beli lauk dan nasi 3 tong readymade dr restoran yang berdekatan

alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.
masalah yg melanda dpt di atasi hasil kerjasama saudara mara dan jiran tetangga.

terima kasih yang tak terhingga.
badan mmg penat.

cerita dah habis....
bye semua!!

EMAIL SAYA JIKA NAK TEMPAH TUDUNG YA. 


kejadian di malam berinai

assalammualaikum =)

bersiaran dr rumah sbb hari ni cuti lg :-)
last wk keje 3hari jer. this week keje 4hr jer. bahagianya rasa...
ok nak citer mengenai majlis perkahwinan sepupu sy last week. 
selamat pengantin baru buat nurul asyikin dan pasangannya jamaluddin.
alhamdulillah...semuanya telah selesai.
mereka nikah pada hari jumaat 26 april jam 9pm
selepas nikah, berlansung pula majlis berinai besar. renjis-renjis dipilis gitu. 
meriah. tapi ada kejadian yang tak disangka2 berlaku.

 pelamin nan indah diluar rumah telah pun siap untuk majlis berinai bsar selepas majlis akad nikah.
skang ni mmg style buat pelamin kat luar rumah kot ya.
sy snap pic guna hset jer. konon busy tak sempat nak pegang kamera hihi

 ini pula tempat untuk makan beradab.
ada hiasan bunga hidup untuk meja santapan ni tapi akan dikeluarkan pd waktu mkn beradab keesokan hari.

 sanak-saudara jauh dan dekat berkumpul untuk meraikan keluarga mempelai.

pengantin perempuan dah pun siap masa ni.
sy pakai tshirt muslimah jer mlm tu hohoho
hanya menantikan kedatangan rombongan pengantin lelaki untuk acara akad nikah jam 9pm.
tepat jam 9pm, tetiba "plup"!! alahai comelnya bunyi black out satu rumah pengantin ok!
haruuuuu!!!!!!
gelap gelita!
sinaran lampu kat pelamin pun hilang.
pendek kata semuanya gelap!!!
kecoh gila. takkan nak akad nikah dlm gelap?
kaum lelaki cuba selesaikan masalah tu
kaum perempuan dok cuba menghubungi tnb
akhirnya TA jugakk yg dpt bercakap dgn pihak tnb melaporkan segala kerosakan *ehemm*

rombongan lelaki pun tiba
tok kadi juga dah sampai
tp tnb tak muncul2 juga
dan akhirnya...semua sepakat majlis akad nikah akan diadakan di rumah saya
huahuahua...rumah dah ler mcm tongkang pecah
kakak2 sy dan bibik bertindak jd lipas kudung kemas apa patut, bentang tikar dll
masuk tu TA masih kat luar rumah 
bila masuk umah tgk2 dah siap kemas seadanya..

 maka majlis nikah dan batal air sembahyang pun diadakan di rumah makngah pengantin perempuan
inilah seadanya...
nasib baik ruang tamu beso mcm dewan badminton hehehe

sy dan sepupu2 lain di luar rumah pulak terus menjana idea camne plak dgn majlis berinai nnt?
takkan nak merenjis kat pelamin yg dah bergelap tu?
dan kami pun berdesup membina instant pelamin di area meja mkn beradab

 taaadaaaa....again TA memainkan peranan penting di sini *ehemm lagi*

 sejam lepas tu tnb pun tiba.
jauh ok diorang dtg dr kuala selangor.

 kabel utama dr pencawang di luar rumah mengalami kebocoran kot.
kena tukar kabel baru.
gitulah lbh kurang citernya...

 baru jer duduk kat sini...tetiba cahaya lampu rumah pengantin muncul semula. 
alhamdulillah...
pengantin perempuan berhajat sgt nak adakan majlis berinai besar di pelamin asal
so bg diorang menjamu selera dulu
sementara kami jd lipas lagi memindahkan semula bunga2 ni semua ke pelamin asal..

alhamdulillah....dpt juga akhirnya menjalankan majlis berinai besar di sini.
walaupun ketika ni dah pukul 11.45pm
tapi tetap meriah.

bersambung....

Sunday, March 24, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalammualaikum =)

dah hari ahad....ni sbnrnya schedule entry yg sy buat ptg semalam.
tika ini kami berempat insyaallah dah selamat berada di bumi Eropah Pasar Shah Alam hahaha..
berangan mmg best!

tgh hari smlm kami memenuhi jemputan majlis perkahwinan staff SBPISB.
yeah tak payah masak!
Selamat Pengantin Baru buat hijrah dan suami / Farhana dan suami. 

tema merah putih mmg cun wooo TA mmg suka! favo colour TA ni :D
inilah farhana. masa ni tgh menanti ketibaan pengantin lelaki.
kami pi rumah hijrah dulu, masa tu hijrah tgh besiap di biliknya so tak dapat nak ambik pic together2...

mereka berdua ni lah pembantu makmal saya yg sgt2 best.
sy pernah dpt pembantu makmal yg lebih sudu dr kuah...uhhhh susah btl nak dpt kerjasama

itu dulu untuk entry di hujung minggu...bye semua!



Monday, February 06, 2012

teacher azimah pakai shawl??

assalammualaikum =)

wahhhh title entry ni mcm lar teacher azimah ni artis, org nak tau dia pakai apa hahahaha...perasan sungguh! ok ok camni, ada bbrp rakan bloggers bgtau cuba pakai shawl dgn inner yg keras hujungnya, baru muka tak bulat mcm pinggan batu. thanx to cikin and mama gee yg bgtau rupanya ada byk jenis inner kat pasaran skrang yg blh sesuai dgn btk muka kita. so sy pun cuba lar idea yg diberi. inner dan animal-printed wei siap highlight animal-printed tu tak tahan tak tahan sambil geleng kepala shawl ni beli kat pasar malam jer. jenuh dok lilit2 kepala dgn shawl ni pastu mulut dok bising2 tanya en.suami ok ke tak hahaha...

so camne ok? tak? =( sy pakai shawl ni semalam, masa nak pergi ke jemputan majlis perkahwinan cikgu mazanizam di klang. pakai dgn blouse biru dan jeans. selamba je pi kenduri kawin pki jeans huhu.. sbnrnya balik dr majlis ni kami nak terus ke kl, jalan2.. so x sanggup nak redah kl pakai kain hihi..

 Selamat Pengantin Baru ya Maza. semoga semuanya baik2 ajer :-)
alahai amal, awat masam jer? tak sihat ya sayang...
mana iman? tinggal kat umah atuk dia kat kg :P

 otw balik dr kl, singgah solat kat R&R Sungai Buloh. kena lar bergilir solat kan sbb bwk anak, so masa tggu my other half solat, layan amal main kat sini dulu. dr dlm keta lg dah bising nak ke sini. layan kan ajer..

control macho

 comel!

eh teacher azimah buat apa kat kl?


pi sogo, beli animal-printed purse ni ha. animal printed again?? miahahahahha... mama gee help me!

Monday, December 05, 2011

her BIG day

assalammualaikum =)

selamat pengantin baru buat mahani dan suaminya, sahril. mahani kawan sy di semesti dulu.. dia juga blogger.. so tau jgk lar perkembangan dia, wlupun sy dah takde fb. eh serius tau since takde fb ni, lost contact dgn kwn2 lama di semesti, uni, kpli dll.. sedih juga. takpelah, adalah kebaikan di mana2 tu bila sy takde akaun fb ni :-)
alhamdulillah semlm dpt juga sy ke majlis pengantin perempuan di sungai tengi. kami sekeluarga bertolak dekat2 kul 12tgh hari. sj pi lambat sket dgn harapan smpi sana tetamu dah berkurangan sbb amal ni ada potensi nak mengamuk kat kenduri kawen. haritu bawak pi kenduri sedara kat sementa, dia dah mengamuk. yg ni?? hahaha...nantikan cerita seterusnya ya.
kami pu ikut jalan sg panjang-tg malim. tak sangka bertemu dgn banjir yg agak dalam. hubby dah bgtau ada jln yg banjir, sbb dia selalu je ulang-alik sabak bernam-tg malim. tp tak sangka plak sedalam ini banjirnya.

masa sampai kwsn ni, nmpk 3-4 buah kereta belah sana tak berani nak lalu. kami naik cik viva lg ler tak berani huhu... tak lama smpi plak keta2 lain blkng kami, semua tak berani lalu. siap ada yg turn back.

dekat stgh jam terdiam kat sini dok pikir2 nak turn back or nak redah, tiba2 nmpk makcik naik motor ni redah banjir dgn perlahan dan penuh keberanian. wahhhh bhgn tgh2 banjir ni serius dalam huhu... makcik ni selamba jer ckp: motor pun lepas, takkan kereta tak lepas. takpe, boleh lalu bawak perlahan2 ya hehehe... cayalah makcik you mmg berani.

lepas motor makcik tu meredah banjir, barulah ada kereta yg berani lalu.. then tiba giliran kami. baca bismillah..baca doa then keta start jalan slowly...huhu seran jgk. buatnya enjin mati tiba2 tgh banjir ni, camno?? alhamdulillah.... lepas.

tak smpi 5 minit tiba di rumah pengantin, amal dah mula menangis, menjerit, mengamuk sekuat hati. huhuhu mama dan abah tension ok... semua dia taknak melainkan nak balik. adoyai.. sian en.suami kena mkn laju2, iman pun sama kena mkn cepat2... lauk pauk udahler sedap2, perut pun tgh lapar, tp kami tak dpt nak menikmati sepenuh hati disbbkan amukan si amal isk isk...
en.suami dah mkn, bawak amal masuk keta dulu then baru sy mkn plak ditemani abg iman. malu wei masa amal mengamuk semua org tgk huhu...
dapat juga sy jumpa beberapa org kawan lama di semesti dulu. sebelah pengantin perempuan di atas adlh ayu aziani, classmate sy masa kelas 4sc5 dan 5sc5 dulu. tgh prgnnt anak ke-2 alhamdulillah...

yg duduk depan pengantin tu, zairi. kerja kat proton tg malim means kat proton city lar. stay pun kat proton city. alahai ayie... kalau tau ko dok proton city blh dtg beraya hahaha... isteri dia cikgu, depa dah ada 2org anak pompuan. yg baju kuning tu arif, pensyarah it kat uitm arau. yg tepi sy tu isteri dia, fazlina...depa baru anak sorang. emm tak dpt nak borak lama2 pun.. sbb takkan nak biar en.suami dlm keta lama2 kan. takpelah pjg umur kita jmp lg lain kali ok...

cantik gift dr awak ni mahani... small calender card. so sweet... blh letak atas meja nnt. tq ya ;-)


so this wishes is special for you ya mahan...;-)

bye!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH