Irfan byk kali menyatakan keinginannya utk naik aeroplane.
alhamdulillah we made it true on 30 Oct - 2 Nov 2021 tempoh hari.
Pulau Langkawi!
kebetulan mama ada kredit AA refund dr trip ke Perth yg terpaksa dibatalkan kerana Pandemic Covid-19 yg melanda dunia, maka kita gunalah bawa anak-anak naik flight.
"its gonna be the best experience in my life mama!"
I will never forget his voice saying this to me
pertama kali naik aeroplane 5 beranak. alhamdulillah syukur atas rezeki yg Allah beri.
*****
30 October 2021 - Day 1
Kami tiba di Langkawi dlm jam 8.15am. Breakfast di bumi Langkawi!
Destinasi pertama selepas sarapan: Dataran Lang.
Destinasi kedua: Kota Mahsuri
keluar dari sini dah tgh hari, plan nak lunch di Nasi Dagang Pak Malau dibatalkan sbb hujan sgt lebat + ramai orang + perut dah lapar. So kami singgah je kedai makan tepi jalan otw ke hotel. mujur blh check-in awal. kami stay di Aseania Resort for 2 nights.
ptg tu masih hujan..tapi sebab dah buat full payment for sunset cruise, pegi jugaklah. hujan sampai malam...no sunset at all huhuhu. anak2 kebosanan. pengajaran: sunset cruise tak sesuai bawa anak2. bila hujan..double tak best jadinya. takpelah..pengalaman juga, syukur.
Irfan tido lena atas cruise. mama yg beria pakai dress bagai..sbnrnya dress tu lencun betis ke bawah hahaha.
bila tanya anak2 nak repeat sunset cruise lg tak? serentak jawab taknak! hahaha
8.30pm tiba di port, 9pm tiba di hotel. tido.
*****
31 October 2021 - Day 2
free and easy hari ni. Langkawi masih hujan hingga jam 3pm.
kami mandi-manda di pool 9am-12tgh. hujan lebat. tapi takde kilat or petir. so aktiviti mandi-manda diteruskan. time ni anak2 sgttt happy.
lepas solat zohor, kami keluar lunch then ke pekan kuah membeli coklat.
coklat daim out of stock so mama beli di shopee. smpi skrng tak habis lagi huhuhu
menjelang petang, matahari pun muncul.
kami ke Pantai Chenang pula. kegembiraan berganda dimuka anak2 alhamdulillah.
Kenangan indah
*****
1 November 2021 - Day 3
kami antara yg terawal tiba di oriental village pagi ni.
siap dpt goodies pack sempena ulang tahun Langkawi Skycab
Cuaca hari ni sgt baik alhamdulillah.
see..takde org lagi masa ni..ada ler 2-3 family lain dah mula beratur depan en.suami.
pengalaman pertama anak2 naik cable car. rupanya amal sgt gayat. akibatnya dia bad mood sepanjang berada di sky bridge.
nampak tu muka bad mood amal? hahaha. dannn cukuplah sekali ni utk insan bernama Teacher Azimah ke Langkawi Sky Bridge. rupanya dr cable car station nak ke Sky Bridge kena berjalan jauh huhuhu...hilang kejap lutut masa ni.
halah halah amallll.
Irfan dan abg iman maintain enjoy every moment time ni.
turun dr Sky Bridge, lunch dan jalan2 sekitar Oriental Village.
amal mula senyum..ketawa...dan gembira.
tarikan terbaru di Oriental Village. lama juga kami di sini sbb anak2 suka sgt. semua best. pic di sini sgt byk sbb anak2 sgt gembira bermain dgn haiwan sepanjang di sini. berbaloi byr mahal pun.
lebar dah senyuman budak yg sentap td hihi.
💓💓💓
my precious moment with them.
ptg tu kami check-in di The Frangipani Langkawi Resort.
4.30pm tiba di resort, 5.30pm baru dpt masuk family room yg kami booked. mujur diberi bilik lain dulu utk kami rest dan solat.
belah malam..kami ke Pantai Chenang semula...
...utk mkn malam di sini. rilex2 sambil memerhati gelagat pengunjung yg pelbagai.
balik ke resort semula dan tidooo.
*****
2 November 2021 - Day 4
Resort ni punya private beach. subhanallah view sgt cantik.
beach di sini lbh cantik dan bersih berbanding Pantai Chenang. Org pun x ramai..ada dlm 2-3 family je jauh2. cuma pantainya agak curam. kena lbh hati2.
Subhanallah...alhamdulillah..atas semuanya.
maka kenangan pun tercipta.
flight balik kami dlm jam 1.00pm...
alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar dgn izin Allah SWT.
itu dulu...bye semua!
YEAYYYY AZIMAH BERJAYA UPDATE BLOG!
No comments:
Post a Comment