FOLLOWERS

Showing posts with label medan-danau toba. Show all posts
Showing posts with label medan-danau toba. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

day 3: from berastagi to medan

assalammualaikum =)

entry laju2 sbb jap lg nak blk kk plak. day 3, lepas bfast di hotel kami dah check out menuju ke medan semula utk shopping. perjalanan mengambil masa 2jam dr berastagi.


sblm bfast, amal dpt naik kuda pusing2 area hotel dgn abah. sonok budak kecik ni tau. abg iman nampak je kuda terus pi jauh2 hahaha...


so masa abh n amal naik kuda, mama n iman amik gambo sekitar hotel


sy sukaaaaaaa sgt gambar ni. comel sgt iman masa ni :D


mY handsome boy ;-)


kat medan, tak byk gambar yg kami snap sbb sibuk shopping di pajak ikan lama dan shopping mall. harga nya oklar lbh murah dr malaysia tp takde ler murah mana pun huhu... tp blouse serius murah. kat sini biasa rm39.90 di sg besar atau rm49.90 di shopping mall tp kat medan sy cuma dpt rm17.00 satu. byk ler sy borong hahaha... jubah juga murah. biasa kat mesia rm100-150, kat sini sy dpt rm50 1. tp kena pandai2 tawarlar ok. telekung murah jgk tp takdelar murah mana. kain batik n pelekat sy tak tgk. baju pasang pun byk yg jenis utk pengantin, malas sy nak tgk.


medan sgt sesak. tak suka..


malam tu dpt jgk kami merasa naik beca motor ni hehe


esoknya seawal jam 5.45 pagi dah check out hotel sbb flight kami balik ke KUL jam 8am.


again, my handsome boy hehe...

dlm flight amal mabuk lg sian dia... smpi muntah2 habis kena mama saborjer lar. kat polonia airport tak best, kecik jer n tempat duduk sgt limited. kat sini semua pakai duit jer so sila berjaga2 klu ada org yg mcm baik hati nak tlg kita. ok habis dah cerita kami holiday di sumatera utara. next year kami target nak ke thailand plak. bangkok ke.. hathyai ke.. phuket ke.. krabi ke...eh?

from Danau Toba to Berastagi

assalammualaikum =)
makan tgh hari masih di Danau Toba, restoran minang yg menunya sgt banyak dan sgt sedap.cuma penyediaannya adlh comot.


macam2 ada..


hidangan utk 2dewasa dan 2kanak-kanak. tak larat nak habiskan


then kami meneruskan perjalan sekitar 4jam utk ke Berastagi melalui kawasan hutan pokok rhu. anak2 tido so lega sket. tp blm smpi berastagi semua dah jaga n amal merengek sbb mabuk aku rasa. dia asik mengadu sakit perut.sblm smpi hotel di berastagi, sempat dia muntah dlm kijang. alahai anak omak... jalan menuju ke berastagi ni sgt bengkang bengkok. berastagi ni kawasan tanah tinggi yg sejuk mcm cameron highland, tp cameron highland jauh lbh best lar ;-)

otw ke berastagi, singgah di 1 kawasan cantik apa tah namanya utk melihat sipiso-piso waterfall dr jauh. dr sini juga kami masih dpt melihat keindahan danau toba. cantik sgt kwsn ni tp toilet dia fail ok. berbayar pun masih kotor sgt huh!


cantik. iman taknak turun dr kijang masa ni


dr kawasan sipiso-piso waterfall td, masih dpt melihat keindahan danau toba


then kami meneruskan perjalanan ke berastagi melalui kawasan perkampungan orang batak. cuba korang tgk gambar di atas, sbnrnya jalan raya ni ok, tp org kat sini pi curah tanah bukit yg berlebihan kat atas jalan raya ni sbb diorang tak tau nak letak mana tanah tu. asalnya tanah tu di ambil utk kegunaan ladang. habis rosak jalan ni dibuatnya... sungguh bangang kan? sistem perparitan dan perairan di sini juga sgt teruk. musim hujan mcm skrang, air bertakung di mana2, kawasan rumah jd sgt kotor.


lalu jgk kwsn ladang limau. byk gerai jualan buah2an kat sini. kami beli jgk limau sket, nak rasa, emm manis dan sedap.


selamat smpi hotel..masa ni dah nak mlm dan lapar. kami bersihkan diri dulu mandi manda bg segar then kami dinner di cafe hotel. tak dpt nak jalan ke mana pun kat sini.. tgklah amal dah ceria semula :D


dinner yg disediakan jga enak belaka.



cuma penyediaan nya masih comot wlupun di hotel isk isk..


then masuk bilik, tidur... hari ke-2 yg meletihkan. esok pagi dah nak bergerak ke medan semula utk shopping... itu dulu ya. bye!

Thursday, December 22, 2011

day 2 at medan: danau toba to samosir island

assalammualaikum =)

punyalar lama tertangguh cerita holiday kat medan ni. busy sket arr lately ni. nak mengadap laptop pun tak sempat huhu.. ni jap lg nak balik kk plak. isnin balik cni, selasa dah mula kerja. jap jer nak abis dah cuti sob sob..
ok hari ke-2 di danau toba, kami berpeluang menaiki feri membelah (fuh dasyat word yg aku guna) ketenangan tasik Danau Toba menuju ke Samosir Island. Samosir Island ni dipenuhi dgn org batak yg agak kasar sbb diorang suka paksa2 pelancong utk membeli barangan yg diorang jual. sungguh menyampah. kami siap menyaksikan pergaduhan 'kecil' dikalangan diorang tau, sorang warga tua batak ni siap hayun2 parang masa kitorang lalu huuuuuuu seram ok! jom tgk gambar jer lar. eh! gambar org tgh hayun parang tu takdelar hehe... mana sy berani nak capai kamera amik gambo dia, kang tak pepasal putus kepala hahaha


lbh kurang 45min dr danau toba menuju ke samosir island menaiki feri ni. lbh kurang KUL-MEDAN jgk lamanya


jenuh jgk kami melayan 2 org budak kecik ni masa dlm feri supaya diorang x boring. mama siap kena jd radio tanpa henti, nyanyi lagu bangau oh bangau utk amal masa otw balik sbb dia dah mula meragam


nice capture HUH?


perkampungan tomok utk tgk stone chair of king siallagan.


rumah tradisional kaum batak. tinggal 8 buah jer. 1 dah jd muzium, 7 lg masih berpenghuni. rumah ni takde bilik. zaman dulu2, sebuah rumah diduduki oleh 4-5 keluarga...wow! err...habis camne diorang...? sila sambung sendiri dan jawap sendiri ya. tanya mr.google pun ok. actually pemandu pelancong kami dah cerita semua tp sy malas nak story kat sini hehe... perkampungan ni dipelopori oleh orang batak kristian. takde muslim aku rasa kat sini.


itu dia stone chair yg menyeramkan. nak tau sej dia blh buka buku sej ya. eh! silap, tanya mr.google je :D


pokok besar tu sbnrnya kubur huhuhu


sepanjang kat cni amal sgtttttt merengek sbb mengantuk. semua org dok perati kami sbb amal menangis dgn kuatnya. alahai anak omak...


nmpk x binaan rumah ni mcm 2 tingkat? actually tingkat bawah tu adlh kandang si 'kerbau pendek' huhuhu... sila percaya ya. tp skrng xde dah. geli ok! aku tgk pun dr jauh jer hahaha...


dlm muzium, sy tak masuk sbb masa ni busy tidurkan amal. tolak dia dlm stroller tanpa henti smpi dia tertidur hahaha clever me! ni hubby yg masuk n capture gambar2 dlm muzium ni. actually aku nak masuk pun mcm ngeri sket.


ok masa ni amal dah tidur. lega sket. ni tempat menjalankan hukuman pancung diorang. eh korang tau kan kaum batak ni jenis yg mkn org? zaman dulu2 lar... pesalah akan dihukum pancung, then darah and anggota badan lain akan dibuat sup utk diberi pd raja dan rakyat jelata menikmatinya. eeeeeeee yark! kat atas ni demostration utk group kami. oh yer, masa naik feri ke sini kami kena joint 2-3 kump lain, semuanya dr malaysia. i tak kisah.. kita kan 1 malaysia!


iman sgt ngeri masa tgk demo ni hahaha...dia dok blkng sekali, pastu siap pegang leher, takut kena pancung ekekeke.. eh tp budak ni sgt good boy tau. tak merengek lansung. dia enjoy jer. amal plak, siap mabuk2 smpi muntah2, sian dia.


gerai jualan kat sini. jaga2 ok diorang suka paksa kita membeli. pastu siap menipu lg.


ni kat perkampungan ke-2, apa tah nama kampungnya utk tgk kubur raja dahulukala. still kristian. tgk arr tu amal dah bgn tidur n dah segar..


tular kuburnya2. aku tak dgr sgt pun hehe


habis dah... masa ni perut dah lapar sbb dah klul 12. nak balik ke tanah besar lg 45 min dlm feri haihhh sabor jer la. jenuh layan anak2 sambil menikmati keindahan danau toba. camnilar holiday dgn anak kecik. tp kami tetap enjoy hehe.. ok stop dulu lps ni sambung lg entry kami dr danau toba ke berastagi. bye~

Saturday, December 17, 2011

Danau Toba capture using my Canon S95

assalammualaikum =)

dalam entry ni sy upload gambar2 danau toba yg sy ambil menggunakan camera canon s95. Danau Toba sgt indah, sgt cantik, sgt besar, rasa mcm laut pun ada...tenang rasa melihat keindahan tasik ini. Danau Toba terbentuk dr letupan gunung berapi suatu ketika dahulu. kawah besar yg terbentuk menangkung air hujan dan air sungai dan akhirnya terbentuklah Danau Toba, tasik indah di atas kawasan pergunungan. u all bayangkan kami meredah kawasan hutan menuju ke kawasan tanah tinggu dan tiba2 kelihatan sebesar2 tasik di kwsn tanah tggi ini. sgt menakjubkan ciptaan Allah SWT yg satu ini. di tengah2 tasik ini pula terbentuk sebuah pulau yg dikenali sbgi Samosir Island di mana keluasannya adlah 2x keluasan singapore. so blh bayangkan keluasan Danau Toba plak? mcm melihat lautan yg tiada penghujungnya, serius. hari ke-2 di sini kami dpt menyusuri tasik ini, menaiki feri menuju ke samosir island. tapi cerita mengenai samosir island di lain entry ya. entry yg ini khas utk melihat keindahan Danau Toba :-)


gambar ni di ambil dr bilik kami. kami stay di Danau Toba International Cottage dan dpt bilik yg betul2 di tepi tasik. best!


hilang rasa keletihan dlm perjalanan yg lama utk ke sini tatkala melihat dgn mata sendiri keindahan Danau Toba


hari ke-2 di Danau Toba



kalau korang taknak puji gambo ni, biar sy puji sendiri hahaha...cantik wei ada bln, ada awan, ada tasik, ada pokok hijau. mcm pro yg capture gambar ni kan? blh jd poskad kan? muahahaha


gambar ni dah jd wallpaper di laptop sy skrang :D

capture dari atas feri ketika menuju ke samosir island

gambar yg ni plak capture masa kami otw ke berastagi dr Danau Toba. cantikkan?


cantik sangat... puas hati dpt tgk live


keindahan ciptaan Allah SWT


Sangat menakjubkan


banyak lg sbnrnya gambar2 yg cantik. tp xkan nak upload semua hehe...

tak lengkap kalau ke medan tp tak sampai ke Danau Toba. sbb bg kami Danau Toba inilah tarikan utama utk ke medan... sekian dulu utk entry ini. jumpa lagi!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH