FOLLOWERS

Monday, December 23, 2013

Basikal baru buat IA

Assalammualaikum =)

dah lama simpan niat duit claim perjalanan 2013 masuk jer mama nak belikan basikal baru utk iman dan amal. Kesian kat anak2 aku ni...basikal lama dah kena curi. Alhamdulillah smlm dapat tunaikan hasrat yg 1 ni. Dah hujung cuti sekolah baru nak belikan huhuhu...
Gembira sgt anak2...abg iman byk kali jatuh basikal dah. Biasa lar tu kan...
Itu dulu ya...bye semua!

Sunday, December 22, 2013

good bye to my nausea and vomiting.

assalammualaikum =)

wah wah wah... 2 bln tak update blog hew hew
alhamdulillah sy dah semakin sihat sekarang. dah 2minggu tak muntah. lega sgt2. bila tak muntah ni, mknn yg dimakan blh kekal dlm perut utk menjadi tenaga tu yg badan rasa sihat. masa sy tgh mabuk tu, uiks teruk btl rasanya. sgt2 tak berdaya. utk rekod, 4x sy kena masuk air di hospital. lepas masuk air tu ada lar dlm sehari yg rasa segar, pastu kembali longlai tak berdaya asikkkkk muntah jer. masa tu sy hanya mampu berdoa..berdoa...dan berdoa jer. semua aktiviti harian yg biasa dilakukan terhenti seketika. mc sepanjang bulan oct. anak2 semua suami yg handle. kerja2 rumah juga suami yg buat semampunya dia. selebihnya rumah dah jadi kapal karam selama 2 bln tu. sy btl2 tak lalu nak buat apa2. nak urus diri sendiri pun tak berdaya rasanya. dgn demam...uiks...mcm2 hal. mmg pregnant kali ni membuatkan sy rasa sgt teruk. sy cuba positif, yakin yg Allah sedang menghapus dosa2 sy melalui ujian yg diberikan-Nya ini. alhamdulilah...keadaan semakin pulih sekarang. jutaan terima kasih buat semua yg mendoakan kesihatan sy :-)
kehamilan ke-3 ni dah pun berusia 20 minggu. dah 5bln. perut pun dah beso. 1 lagi masalah yg tinggal pd sy sekarang adalah tekanan darah yg sgt2 rendah. bkn haemoglobin (hb). hb sy ok 14.1. ni blood pressure yg rendah sgt. kena mention mcm ni sbb ramai yg salah faham ingatkan hb sy yg rendah. so bila low bp ni, sy akan cepat penat termengah2 bila buat sesuatu kerja. nasihat doctor, banyakkan berehat, minum air byk2. takde ubat utk masalah low bp ni. refer to previous pregnancy pun, mmg sy ada masalah yg sama. so sabar jer lar hehehe...
bercerita mengenai anak2 pula...selama 2 bln sy tgh teruk tu, kesian sgt kat depa. lama dok rumah pengasuh jer. masa tu amal pun bawak diri takmo tido dgn sy, sbb sy btl2 tak larat nak layan dia. kan dah ckp td, nak urus diri sendiri pun tak berdaya, apatah lagi nak layan anak2. masa sy tgh teruk tu juga, abg iman menduduki peperiksaan akhir tahun di sekolah tanpa sedikit pun bimbingan dr mama. masa tu abah pun tgh busy. sy hanya mampu berdoa utk dia, dan selebihnya bertawakkal kepada Allah SWT. mmg rasa bersalah sgt2 huhuhu... kesian anak mama tau. mujur lar result tidak seteruk mana. syukur alhamdulillah. takde kena turun kelas pun. cuti sekolah ni pula, buat pertama kalinya kami lansung takde pi holiday ke mana2. lansung takde outing ok. pi aeon pun tak hew hew hew...sadis sungguh kan. sy dan suami btl2 pi big bad wolf jer hari tu sbb tu dah masuk dlm kategori mengidam :P balik dr bbw badan sakit seharian lembik longlai...rasakan hahaha...
utk pastikan cuti sekolah ni terisi buat anak2, kami hantar abg iman pi tusyen sepanjang cuti ni setiap hari isnin-khamis. oklar...nak harap dia belajar kat rumah cuti2 ni mmg takde lar kan. cuma dia komplen still kena bgn awal wlupun cuti sekolah :P
selebihnya sy byk berada di kampung masa suami ada hal. anak2 suka sgt dok kg sbb sepupu2 yg lain pun ada balik so berkawan ler depa. mainnnnn jer mcm nak terangkat rumah mak di kg. cuti sekolah ni juga adik husband kawen. dpt isteri org johor. tapi sy minta maaf awal2 tak dpt nak pi both kenduri. masa tu masih di awal cuti sekolah, badan masih tak sihat. so husband dgn anak2 jer yg pi both kenduri. 
lagi apa ya nak citer...persiapan sekolah utk anak2 bg thn 2014 juga dah selesai. semua beli kat sg besar jer. tak larat arr nak pi beli kat tempat lain. 
emm...itu dulu kot. gambo pun tak larat arr nak tempek...sbb dah pening kepala ni tgk screen laptop lama sgt. ni pun 1st time on laptop sejak saya sakit ni, tu pun sbb nak byr bil through m2u. ipad dgn tab rosak maaaa masuk bengkel. 
cerita pasal kerja di sekolah??? huh tak best lansung utk diceritakan...
ok itu dulu...bye semua!! 

Tuesday, October 22, 2013

Busy with nausea and vomiting

Assalammualaikum
TA bkn busy pasal kerja 2-3minggu ni. Sungguh..tak terlayan semua tuntutan kerja yg dtg bertimpa2 di kala diri sendiri pun x dpt nak urus dgn baik. Sickness pregnant kali ni sgt2 teruk. Teruk sgt2. Dulu dah teruk tp ni lagi teruk rasanya. Mungkin sbb faktor umur, tp rmi jgk yg ckp mungkin sbb Allah nak bagi baby girl plak that is why dugaan dia lbh. Mudah-mudahan...amiin..
Selera mkn totally out.
Loya dan muntah2 sgt lar kerap.
Badan kerap kali shaking, seram sejuk menggigil2 wlupun cuaca panas kat luar.
Badan rasa sgt2 tak berdaya.
Muntah bercampur darah pun pernah.
Emosi sgt2 terganggu.. down to the earth.
End up semlm pi hospital. Nahhh bp low sgt2. Dehydration-warded-kena drip 2 botol air. Tp mlm td sy mintak nak blk rumah. Jgn di tanya kenapa. Hanya Allah yg mengerti perasan sy tika ini. Mujur staff di hospital semua baik2 belaka. Now rehat kat rumah jer. Hbskn crk. Klu crk dah hbs...apply cuti separuh gaji plak. Ya bkn 1 kptsn yg senang nk di buat...tp apakan daya... sy btl2 x lalu skang ni.
Plz..doakan saya cpt kembali sihat seperti biasa ya. Tq.

Friday, October 11, 2013

schedule for october and november (rasa nak muntah)

assalammualaikum =(

  • 30 september 2013 - 2 oktober 2013 ( bengkel kehakiman KASTEK di Cameron Highland)
  • 3 oktober 2013 - 9 oktober 2013 ( pengawas PMR di SAMT BT38)
  • 16-17 OKTOBER 2013 (kursus fasilitator Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Pulau Pangkor)
  • 18-19 OKTOBER 2013 ( kursus KBAT di peringkat daerah)
  • 24-26 Oktober 2013 (kursus KBAT di peringkat daerah)
  • 6-9 november 2013 (kursus penataran PBS Sains Tingkatan 3)
  • 17-20 November 2013 (kursus i-think peringkat SBP)


seriously rasa nak muntah nak pengsan tgk schedule ni

rasa nak menangis guling-guling

Ya Allah...moga kau permudahkan segala urusan ku Ya Allah...
berikan ku kekuatan untuk menempuh semuanya dgn baik Ya Allah...

sob..sob...

Tuesday, October 08, 2013

5 oct 2013: Happy 4th birthday my dear amal!

Assalammualaikum =)

Happy birthday amal! Maaf ya mama lmbt update cerita birthday amal kat blog ni. Mama btl2 x larat...xde mood nak update blog. Amal pun nmpk kan mcm mana keadaan mama skrng...sedey..huhuhuhu
Smlm mama sakit perut sgt2. Pi klinik, doc kata perut mama penuh angin gara2 x mkn. Bila scan..doc kata adik amal dlm perut mama ni baru nak masuk 7mggu. 3 mggu beza dgn tarikh last period mama. Doc kata lagi...kena ikut tarikh scan...lbh accurate. Baru 7mggu lar ni huhuhu...
Emosi mama sgt2 down lately ni. Tak suka tak suka... harap sgt semua rasa x best ni akan cpt berlalu. My dear amal...mama syg sgt kat amal tau. Happy birthday sayang!

Wednesday, October 02, 2013

Amal demam

Assalammualaikum =)

Yeayy hari ni habis kursus blh balik rumah! X sabar nak balik...amal demam kat rumah. Mama tau ni mesti sbb dia mandi kat swimming pool ahad lepas di presscott hotel. Amal ni mmg x berapa tahan mandi kat pool. Selalu sgt lps mandi pool jer mesti demam. Sian anak mama tau... dah lar demam, mama takde plak tu. Dah lama benar amal x demam. Tp berckp dgn anak2 on the phone..diorang ok jer xde apa. Abg iman excited ke sekolah hr ni sbb ada senam robik hikhik..



Ni pic amal yg husband viber. Tgk tu gembira jer mama xde kat rumah blh sepah2 toys sesuka hati huhuhu...

Sy kat sini alhamdulillah sgt2 sihat jer mcm biasa. X rasa mcm berbdn dua pun. Kdg rasa mcm mengada sgt bdn ni...klu kat rumah bkn main teruk siap muntah2 bagai... bila berjalam sihat jer hahaha... emm pembawakan budak lar tu kot :p
Sy pujuk2 hubby utk ambik sy kat cni..alhamdulillah dia setuju. Suka! Klu naik bas mmg lmbt arr smpi...nak ke shah alam plak dulu. Pastu br patah balik ke sabak bernam. Jauh...

Oklar sy nak siap2 pi breakfast. Makan kat hotel ni biasa2 aje. Cafe dia pun cuma gred B. pinggan dan cawan pun plastik jer tau hahaha...

Ok itu dulu. Bye semua!

posted from Bloggeroid

Monday, September 30, 2013

Live from rosa passadena

Assalammualaikum =)

Alhamdulillah sy dah selamat smpi cameron highland jam 5pm td. Gerak dr jpn dlm kul 12.30tgh slps lbh sejam menanti kehadiran bas sabo jer lar.
Alhamdulillah sgt2 keadaan sy pun ok...atleast setakat ni. Td bas ikut jalan tapah huhuhu...teruk gila oi. Sepanjang naik ch sy pejam mata. Naik sakit kelopak mata dibuatnya. Pastu tak putus doa mohon x mabuk x muntah. Alhamdulillah syukur... semuanya ok.
Bilik yg sy dpt best! Dok 2 org 1 bilik. Jom tgk pic bilik sket.


1 queen and 1 single bed.


Tv flat screen







Moga2 semuanya berjalan dgn baik 3 hari ni. Dan doa sgt2 anak2 ok tggl dgn abah depa. Sejujurnya sy x lar risau tgglkan anak2 dgn en.suami. yakin 100% en.suami blh handle anak2 dgn baik. Sy lbh risau klu anak2 tggl dgn sy tanpa en.suami huhuhu...camne tuh? Emm...mlm ni amal tido x dpt nak peluk etek...sian dia..

Ok itu dulu...bye semua!

posted from Bloggeroid

Friday, September 27, 2013

weekend planning

assalammualaikum =)

yeayy dah jumaat! pastu hujan plak tu pagi ni...waaaa best2!
pagi td sy muntah. huhuhu...tak suka tak suka...
pastu selera makan pun makin merudum ni alahai.

so apa plan weekend you all?
esok sy akan terperap di rumah dgn anak2
harap esok badan akan cukup kuat utk handle anak2 dgn baik insyallah
then ahad nak outing ke lembah klang dgn suami dan anak2
stay kat hotel di klang for 1 night sbb hari isnin minggu depan sy kena berada di JPS dalam kul 11am mcm tu. takkan nak ulang alik byk kali..so senang citer hubby ambik crk isnin tu, iman pun terpaksa diponteng kan. kenapa sy kena ada di JPS pagi isnin?

ni haaaa sebabnya. sy akan menghadiri bengkel di hotel rosa passadena di cameron highland isnin-rabu minggu depan. pi sana menaiki bas dr JPS. so terjawap sudah...
so blh lar bg anak2 mandi kat swimming pool ptg ahad tu kejap. 

teringat masa sy pregnant amal dulu, attend kursus di gold coast hotel klang, akhirnya sy berkursus di Hospital besar klang nun huhuhu..
yg ni silap hari bulan bakal masuk hospital CH plak oh no no no
moga2 Allah beri kekuatan pada sy sepanjang berbengkel 3 hari di CH nnt. 
balik dr CH sy akan menjalankan tugas sebagai pengawas PMR plak, smpi lar habis PMR nnt
pendek kata hampir 2 minggu saya takde kat sekolah
Ya Allah...berikan ku kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kehidupan dgn baik...amiinn!

kena kuat kena kuat kena kuat kena kuat kena kuat kena kuat kena kuat kena kuat kena kuat kena kuat kena kuat huhuhuhu

bye!

Thursday, September 26, 2013

"abg cik"

assalammualaikum =)

baru hari khamis....huuwwwaaaa lambatnya nak tggu jumaat
tak sabar nak berhujung minggu, nak berehat2 bersama family
tapi sabtu ni en.suami ada ragbi lagi sehari suntuk
alahai...tak habis2 ragbi ragbi ragbi ragbi

since dah tau pregnant ni, sy cari pembantu utk dtg setiap weekend once a week utk buat kerja rumah
3 kerja jer: lipat kain stock seminggu + iron baju 3 org stock seminggu + cuci 3 tandas
dapat lar sy berehat2 tgk tv. kalau tak mmg tak dpt nya. ada masa jer dok lar mengadap kain baju. penat.

since badan pun tak berapa nak lalu skang ni, rasa2 nak hantar anak2 ke rumah pengasuh sabtu ni masa suami takde tu
tapi kesian plak kat anak2
tapi kang klu ada kat rumah tak lalu plak nak melayan diorang...isk camne ni. dilema btl. en.suami asik takde jer...uwwwaaaaaa!

lately ni kitorang suka menyakat amal panggil dia abg cik
amboi bkn main marah dia hehehe
"taknak abg cik...panggil abg amal lar" kata amal
lagi dia marah lagi galak kitorang menyakat hahaha
saja menyakat. tapi nnt sudahnya panggil abg amal jugak
sorang abg iman, sorang abg amal, ok lar tu
skang ni pun amal elok jer panggil iman 'abg iman'
tak penah dia panggil 'iman' jer
paling tidak dia akan panggil 'abang'
iman pun bahasakan diri dia 'abang' bila berckp dgn amal
so ok lar tu kan :-)

 asik lar b-daman b-daman b-daman...weekend ni pun diorang nak pow kami b-daman siap request nak yg ori dr aeon
anak punya pasal..layan kan aje

lapang rasa mata tgk diorang dah separa botak hihihi..

ok itu dulu sesi luah perasaan
bye semua!

Tuesday, September 24, 2013

Upgrade baju lama

Assalammualaikum =)

Asik nak melawooo jer skang ni..lantak. wlupun x berapa nak lawo janji hati gembira lalalala.
Projek terbaru, sy dlm proses nak pasang border lace kat baju lama. Idak ler sy pasang sendiri hehehe...hantar kedai ler hahaha...Insyaallah next week siap.


Baju purple ni sy pilih border lace kuning. Saja pilih warna contra...baru naik. Blocking colour katanya.


Baju maroon ni plak sy pilih border lace hitam. Anggun konon hehehe


Nnt dah siap lbh kurang gini jadinya...cantik tak?

Ok itu dulu...bye semua!

posted from Bloggeroid

fotografi guru-guru SBPISB

 Assalammualaikum =)

jutaan terima kasih atas semua ucapan tahniah dan doa kalian buat saya
jazakumullah...
buat rakan-rakan blogger yg masih blm berpeluang menimang cahaya mata, 
yakinlah, Allah SWT tahu apa yang terbaik buat kita semua :-)

kami guru2 di SBPISB baru jer selesai berfotografi untuk majalah sekolah
cikgu2 pompuan ni mcm biasalah...pantang nampak camera hahaha
best hokay

 semua warga pendidik di SBPISB
tapi ada jugak yg takde ni..dgn bermacam alasan
nmpk tak yg mana TA?

 gambar candid pengurusan kurikulum

 *serius*

Jabatan Sains dan Matematik

ok yang paling best mestilah gambar dgn cikgu2 pompuan semua hehehe

 comel tak kak ton semua ni?? hahaha

buat kenangan bila dah pencen nnt, insyaallah

eh ada jugak???
jangan maraaah! hahaha

ok nak pi makmal ni. bye semua!

Monday, September 23, 2013

berita baik | alhamdulillah :-)

assalammualaikum =)

salam pagi isnin yang indah buat semua
moga semua berada dlm keadaan baik2 aje ya?
alhamdulillah...hari ni sy berbesar hati nak berkongsi berita baik ni dengan pembaca blog TA
mungkin ada yg dah tau..dan 

TA dah pregnant...syukur alhamdulillah
gembira tak terkata
mcm mana ya nak citer...blh kot citer sket2
pregnancy ni dah pun masuk minggu ke-8, means dah 2 bulan.
alhamdulillah sy pregnant after 3-4bln stop taking contraceptive pills
rasanya amal dah cukup besar utk menerima kehadiran seorang adik hehehe

nak dijadikan cerita lepas dah 2mggu tak dtg period, sy check menggunakan upt
masih -ve
tapi badan dah rasa lain...hati kuat mengatakan yg sy pregnant
and base on my previous pregnancy hcg sy mmg lambat detect. 
masa masuk hospital hari tu pun doc dah ckp urine test sy weak +ve
dia suruh check sekali lagi after 2 weeks.
doc kata blh jd +ve..blh jadi -ve

so khamis mlm jumaat lepas sy check lagi
kali ni menggunakan clear blue yang mak oi mahal gila harganya huahuahua...
tp sbb berdasarkan kisah fasha sandha yg blh detect pregnancy seawal 2mggu menggunakan alat ni
sy pun pejam mata beli jer lar alat ni pastu siap beli sekali upt yg murah 
2 sekali hahaha

alhamdulillah...dah +ve pregnant :-)

pagi jumaat check pula menggunakan upt yg biasa tu
alhamdulillah sekali lagi..jelas dah double line di situ.

setakat ni badan rasa ok jer
setakat pening2 kepala terawang-awangan mcm berada dlm 2 dunia, sy rasa itu perkara biasa
loya2 nak muntah mmg takde lagi
tapi ikut pengalaman pregnant dulu sy start teruk lepas 3bln ke atas
yang ni? entahlar..

doa sgt2 moga pregnant kali ni berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah
moga2 sy diberi kekuatan melalui kehamilan ini dgn sihat, tenang dan gembira
moga2 bayi yang dikandung ini diberi peluang oleh Penciptanya Yang Maha Esa utk melihat dunia
lahir dlm keadaan sihat dan sempurna
moga2..kami suami isteri di beri peluang utk menimang cahaya mata perempuan pula
amiinnn

wajah ibu hamil 2 bulan bertarikh 23 september 2013 :-)

itu dulu ya.. bye semua!

Saturday, September 21, 2013

Buah Kuini

Assalammualaikum =)

Kita mmg peminat kuini. Sedap woooo! Baru2 ni baca entry zura pasal kuini tu alahai..terliur sungguh ok. Ptg Semalam blk kg tup2 ada 2 biji kuini kat umah mak. Dua2 saya sebat. Pastu mak usu bg lg 2 biji. Pun dua2 sy sebat sorang. Ptg ni, mak pi beli lg kt jiran sebelah rumah. Dia ada pokok kuini yg sedang lebat mengeluarkan buah kuini yg masak ranum. Xde ulat plak tu. Nah...seplastik dptnya ni ha. Puas ler kita mkn kuini hikhikhik...
Esok nak mintak mak buat sambal belacan kuini plak. Oh heaven nya! Untung jadi anak bongsu ni hahaha
Itu dulu..bye semua!

Friday, September 20, 2013

apa yg TA beli di hatyai?

assalammualaikum =)

salam pagi jumaat yang indah buat semua. yeayyy dah jumaat!! best! best! petang ni sy nak balik kg, berhujung minggu di rumah mak sbb en.suami pi ragbi kat SDAR smpi ahad. 
so mcm mana you all semua?? mesti kena ceria2 selalu ek :D

ok ni entry terakhir cerita pasal lawatan sy ke hatyai. bagus akhirnya smpi juga ke penghujung. dlm entry ni nak share apa yg kami beli di hatyai. pada mulanya kami hanya tukar rm500 kpd matawang thailand. dptlar lbh kurang 5000baht utk 2 org. byk arr tu kan. 2 hari jer pun hehehe...
tapi bila dah smpi sana..ternyata tak cukup byk tu. so di pendekkan cerita total kami berhabis kat sana utk makan minum dan shopping adalah sebanyak rm800. ok tak? ok tak? ke ada yg terkejut sbb sikit sgt?? or rasa uiks...byk tuh?! bagi kami kira ok dah ni hehehe... tambah rm300 tambang ke sana utk 2 org, total jadi rm1200. ok kan?

jom skodeng apa yg kami beli kat sana
alar...beli yg murah2 aje. 
semestinya 3 handbag utk TA tehehee

lbh kurang rm30

yg ni serius cun! rm80. kulit kambing tu. tapi my kakak dok pujuk2 utk jual hbag ni kat dia
ok lah...
so hbag sy tinggal 2 jer huhuhu

dan yang ni rm25. besar ni blh masuk laptop.
rambang mata arr you all tu yg at last pi ambik gambo burung tah apa2 kan hahaha

lapik kaki yg comel. 2 for rm15 tak silap

 kenangan naik gajah di chang puak camp
dah siap frame 2 for rm60
mahal nak mampppss...tapi beli jugak utk kenangan
cukup arr sekali merasa naik gajah. takmo dah huhuhu...
baik naik jet ski hahaha

 seramik comel bagi kat sedara mara dan pengasuh anak

 tshirt hatyai beberapa helai utk anak2, anak pengasuh, diri sendiri dan suami.

 2 tali pinggang kulit utk suami dan topi cantik utk saya

 key-chain utk mr.innova

 FM, key-chain, brg2 hiasan rumah

 comel tak set ni? sbnrnya ni set garfu2 kecik utk makan manisan tu. 

set piring hiasan. yang atas tu dr singapore. yang belah bawah dr thailand.

tu jer lar pun yg kami beli hehehe...
ada lagi 1 sling bag en.suami takde dlm gambo. 

ok habis dah citer cuti2 di hatyai...
moga2 ada rezeki lagi utk ke sana.
emmm takmo ke sana dah...ada rezeki kita pi tempat lain plak ek. 
takmo repeat tempat yg sama kalau blh
bumi Allah ni kan luas....

ok itu dulu..bye semua!

Thursday, September 19, 2013

jom cuci mata

assalammualaikum =)

dah lamaaaaaaaaaaaaa menjeling baju ni semua kat thepoplook
sgt mengancam jiwa huahuahua

Lobelia-green from poppy


gillenia-maroon from poppy


claret-navy/beige from poppy


verbena-red from poppy


dandelion-red jewel from poppy

gloriosa-green from poppy

patutkah jelingan itu berakhir dengan cucian poket plak?
huahuahuahua...nangess!!!

itu dulu bye semua!

shaklee oh shaklee

assalammualaikum =)

sampai jer sekolah pagi ni, nampak order shaklee dah sampai.
selama ni sy mmg takde concume any supplement, konon tak perlu 
tak sedar diri dah makin tua hahaha
memandangkan reputasi kesihatan semakin merudum lately ni
atas nasihat en.suami dan rakan2
maka inilah hasilnya....

muda-mudahan dengan izin dari-Nya yang Maha Esa
sihat hendaknya tubuh badan ni amiinnnn

terima kasih buat en.suami tersayang yg sudi sponsor set ni
ayat dia pagi tadi: pastikan habis ya. kalau tidak membazir jer beli mahal2.
ok ok hehehe

lately ni makin suka snap gambo sendiri
camne tuh?
ni TA pagi ni wearing tudung bawal aidiHAZA hikhikhik...

itu dulu...bye semua!



Wednesday, September 18, 2013

shopping di hatyai plaza. the best!

assalammualaikum =)

TA masih di sekolah. bertabah lar ya huhuhu...
dr pagi tak balik2 lg ni
dah 2 hari balik lambat. tu sebab kena selalu online shopping, utk balance kan dgn keadaan ni supaya tak stress. blh tak alasan tu?? muahahahaha lantak ko arr TA.

ok hari ke-2 di hatyai...
jom kita sarapan dulu
kami gamble jer jln2 area hotel ni sbb tourist guide dah bgtau area ni byk tempat mkn halal
tak lama tu jumpa lar kedai ni...

tak paham ok
jenguk ke dalam restoran

 ok confirm halal. kat dalam ni semua pengunjung dr malaysia dan beberapa org tempatan bertudung.
muslim ler tu kan.
kami mkn roti canai yg alahai sedapnya. serius sedap sbb dia goreng tak guna minyak tapi guna planta. 
roti canai mcm rangup2 sket. isk..taktau nak ckp camne tp sedap.
1 set contain 2 keping roti canai sbb saiz dia kecik sket dr roti canai malaysia.

lepas sarapan kami cari tuk-tuk lagi utk ke hatyai plaza
rupa-rupanya you all...kat sini lar tempat membeli belah yg best hahaha
sila highlight ok HATYAI PLAZA.
malangnya kami ke sini pada ketika hanya tggl 2jam utk balik ke malaysia
dgn duit yg menipis, apa pun tak boleh huahuahua

kami difahamkan hatyai plaza ni ada 3 bahagian. HP 1, 2 DAN 3.
yg dlm pic ni HP 3 tempat menjual barang2 basah. so takyah pegi lar yer korang
sila terjah hatyai plaza 2 dan 1. sebelah dia jer...tempat sy berdiri ambik gambar ni

di bahagian luar HP ni mcm ni ha keadaan dia. dlm tu bersepah kedai kecik2 yg best jual mcm2 ok
so jgn segan silu nak merayap ke bhgn tgh bangunan ni.

 ni pun masih di bhgn luar lagi ni
jom tgk apa ada kat bhgn dalam

 haaaaaa mcm ni lar situasinya. lorong ni berlapis2 ok. ada jual baju, brg made in thailand, kasut dan paling best handbag yg cun2!

 harga pun murah2 ok. blh tawar menawar. most of them blh jer ckp bm or broken english so ok jer nak berurusan.

 saya suka!! saya suka!! design up to date ok. u all tak suka ke??
kami smpikan terpaksa guna rm kat sini sbb dah kehabisan baht hahaha...
pastu ada gak smpi kena tukar duit dgn penjual kat sini
klu nak designer hbag gredd AAA tu sila tanya ok. sbb dia tak display. dia sorok dlm travel bag yg besar2 tu. harga yg gred AAA ni blh dpt serendah rm200 (belum tawar). ok sgt arr kan. cer you all tgk harga online. mahal ok.

 meroyan jap hahaha

 barangan kulit utk lelaki pun byk kat sini tau
pendek kata bwk jer RM

 ok dah jom balik

 balik ke hotel semula utk packing. bye bye hatyai plaza!

dah siap2 nak naik bas
dr 1 beg dah jadi 3 beg hehehe

selamat tinggal thailand!!
panjang umur kita jumpa lagi di krabi
eh???
muahahaha

itu dulu...bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH