FOLLOWERS

Thursday, February 28, 2013

Emak yg semakin dimamah usia...

Assalammualaikum =)
Pernah dgr ceramah ustaz kazim berkaitan ibu? Sy dah dgr...sgt menginsafkan. Terus teringat emak yg tggl berseorangan di kg. Emak dah tua.. dah 72 thn. Tp dia x betah tggl di rumah anak2.  Paling lama 2mggu, mesti nak balik ke rumah dia jgk. Tp kami adik beradik dah berpakat, kena selalu ajak mak ikut ke rumah anak2. So rutin mak skang, akan rotate pi  rumah anak2 dia diselangi dgn blk ke rumah dia jgk.sy anak yg Plg dekat dgn rumah mak so mmg selalu pi jenguk mak. Mujurnya keliling umah mak tu umah adik beradik dia jgk. Takdelah dia keseorangan...pd makcik2 sy lar kami berikan kepercayaan utk tlg tgk2 kan mak.
Semalam dlm kul 6pm sy dpt call dr mak bgtau tgn dia kena tetak dgn parang. Terkejut sgt2! Berderau darah...  Rupanya mak ke blkng rumah utk mengambil daun pandan, masa nak potong daun pandan, terpotong tgn sendiri. Yg sebetulnya mak dah x lalu...tp masih juga nak buat mcm2. Tu mesti x brp lalu dah nak angkat parang sbb tgn kanan mak pun pnh cedera dulu. Kejadian tu berlaku pagi smlm tp dah ptg br bgtau sy. Itulah mak, selalu xnak susahkan anak2 dia. Ptg smlm terus blk jg pujuk mak ikut ke rumah sy. Mujur mak nak. So hr ni sy cuti utk bawak mak ke klinik cuci luka tu. Smlm doc x jht pun luka tu sbb mak sy takut...sakit katanya xde bius. Td sy mintak doc tu jahit luka mak supaya blh cpt baik tp doc kata lps 24jam xleh jahit dah. So doc letak gam jer. Doc kata.. sepatutnya klu smlm mak xnak dijahit, doc smlm tu blh letak gam jer. Manalar emak sy tau...zaman dia mana ada guna gam utk lekatkan luka. Pelik dia td...mcm kertas plak kata mak hehehe...
Insyaallah ahad ni dah blh buka balutan and everything will be fine...risaunya rasa hati, Allah saja yg tau.
Ya Allah Ya Tuhanku...peliharalah ibuku sentiasa seperti mana dia memelihara ku semasa kecil hingga dewasa. Sembuhkanlah ibu ku Ya Allah...amin ya rabbalalamin....
Itu dulu...bye semua!

Wednesday, February 27, 2013

Hasil origami

Assalammualaikum =)
Entry laju2 jer ni
Nak tunjuk hasil origami 'topeng musang' tehehe...
Yg kuning mama buat, yg pink abg iman buat, yg kecik tu abah buat utk amal. Amal x reti sgt lg..tlg2 tekan lipatan jer.
Satu lg kami buat origami 'bom air'. X sempat snap gambo, bom dah penyek kena baling sana sini hahaha...
Itu dulu bye semua...

Tuesday, February 26, 2013

having fun @ Aeon Seri Manjung

assalammualaikum =)

hari ni stay kat sekolah sampai petang, sila bertabah ya Teacher Azimah huhuhu
so lepas keluar dr majlis perkahwinan anak pak teh, kami semua ke

 baru buka jer ni...1st time sampai
2tingkat jer, tapi panjang
pendek kata semua ada, mcm aeon2 yg lain jugak
cuma bhgn handbeg emmm mcm tak byk choices plak. mahal2 plak tu
handbeg BUM pun rm200++...apakah???
org tak ramai sg wlupun hari ahad.
maybe sebab masa ni blm gaji kot hehehe

 mcm biasalah lar...kami ke sini lbh kpd memberi kepuasan kpd putera raja dua beradik ni ha

 layankan ajer

 seperti yg dijanjikan... putera raja dua beradik ni mesti dapat sesuatu punya
takpelah...asalkan mereka happy
next week dah kena tinggal seminggu dgn abah.

 pilih...jgn tak pilih...

abah sedang kautim dgn anak2 utk deal the best price tehehehe

1 for rm19.90
skang ni tak pasal arr nak beli 1 jer...mesti 2 punya
ok diorang dah puas hati
mama dan abah tak beli apa pun
maklumlah blm gaji hahaha

 tgh Q nak byr kat kaunter tetiba pink elephant ni dtg...segera amal ke sana. 
abang iman mcm biasalar..takut2 hehehe
dapat ler sorang satu belon. 

tak sempatnya nak tunggu balik...mesti nak cpat jer try mainan ni semua.
actually benda alah untuk 'bertukar' ni 1 set dgn pedang yg diorang dah ada kat rumah
sampi jer rumah, ambik pedang..terus main...jgn kcu mama udah.

budak yang taknak pi sekolah lagi

mama kat blkng sdg cuci mata hehehe



pastu pi mkn2 kat Kenny Rogers Roaster.
kami order yg simple2 jer...tu pun tetap rm50++ sabor jer lar
mujur amal mkn dgn cukup berselera masa ni
lps makan terus mengantuk hehehe..geli hati tgk dia menahan ngantuk. 

masa kami keluar dr Aeon, hujan turun dgn lebat. 
hujan jer 2-3 hari ni kan...i like!
sempat jgk menghala ke lumut beli mknn laut.
anak2 tido jer sepanjang dlm keta nak balik sabak
kami smpi sekitar jam 7.15pm
isnin dah keje huhuhu...

itulah kisah weekend kami
jumpa lagi nnt!!

SESIAPA NAK TEMPAH TUDUNG EMAIL SAYA YA. 
CTH TUDUNG YANG DAH SIAP BLH TGK KAT ENTRY BERLABEL 'TUDUNG'

kenduri pakteh: selamat pengantin baru amira dan suami

assalammualaikum =)

sungguh lar busy banyak betul keje nak kena buat.
abaikan separuh blh tak?
muahahaha...
ust Ahmadi kata: kalau tak blh buat semua, jangan tinggal semua :-)
bagus tu hehehe

oklah, ni kisah ahad kami baru2 ni
hari sabtu pulun siapkan semua kerja rumah sbb ahad nak outing
menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak pakteh
merangkap sepupu belah suami
majlis diadakan di dewan De Batik Motel betul2 berhadapan dgn pantai teluk batik
actually keluarga dah mula berkumpul seawal hari sabtu lg kat sana
blh mandi2 pantai..malam ada BBQ
pihak tuan rumah menyediakan 12 bilik di motel utk utk sedara mara
semua econ ok...rugi plak tak dapat joint huhuhu...
kami tak dapat nak joint sbb sabtu petang tu en.suami ada friendly rugby
takpelah...dapat juga mama pulun buat kerja rumah pd hari sabtu
anak2 pun kbtln tak berapa sihat masa ni

ni bhgn luar dewan...
dalam dewan tak besar sgt so meja turut disediakan di bhgn luar mcm ni

sesekali bertemu dgn sedara mara yg dok jauh mmg best
mcm2 cerita diborakkan
ramai sedara yg pelik kenapa iman dgn amal lain beno hahaha


tetiba dpt sms dr pengetua...haih, hari ahad pun kena keja. 
PBS sana...PBS sini...ni pasal kajian soal selidik pelaksanaan PBS

 lepas suap anak2 makan,
turn saya plak melantak
lauk yg dihidangkan mmg kena dengan tekak saya...maklumlah, menu masakan kampung hehehe


dah tgh hari..tetamu semakin ramai masa ni

 TA dihadapan pelamin yg dihias indah
masa ni pengantin blm bersanding lagi

 sy dan adik ipar, awin.

 selamat pengantin baru amira dan suami
skang style pengantin lelaki tak pakai songkok ya?
*confuse jap*

 meja makan beradab juga dihias cantik

tapi ini semua masih gagal menarik perhatian anak2 saya 
sbb mereka lebih suka menonton paluan kompang di tepi dewan
wlupun bingit telinga..mereka tetap terus berdiri kat sini smpi ler paluan kompang tu tamat.

sekitar jam 2.30pm, kami pun bergerak meninggalkan dewan
antara sedara yg terawal gerak balik
dah le smpi lambat. balik awal huhuhu
sbb kami ada lg 1 destinasi lepas ni

nnt sambung citer next entry ya
itu dulu...bye semua!


TEMPAHAN TUDUNG MASIH DIBUKA SEPERTI BIASA
SESIAPA NAK TEMPAH BLH EMAIL SAYA YA
TERIMA KASIH...

Monday, February 25, 2013

Origami

Assalammualaikum =)
Kami tgh tggu abg iman balik dr mengaji. Lps ni nak buat origami yeah.. bahan yg perlu ada dah tentulah buku panduan origami dan kertas berwarna saiz segi empat sama. Tp kertas yg ni kecik sgt. 5" x 5" jer. Mungkin kejap lg mama kena sediakan kertas warna saiz a4 yg di alter ke saiz segi empat sama utk IA gunakan. Paling penting mama dan abah kena berlagak 'teror buat origami' dpn anak2 nnt tehehehe... bye semua....

kalut

assalammualaikum =)

harini buat pertama kalinya dlm tahun 2013 sy bgn lambat pd hari bekerja. terjaga ketika azan subuh berkumandang tepat jam 6.15am. terus kalut! heartbeat jadi laju huhuhu...klu ada heart attack mau mati dah pagi td. alkisah mlm td sebelum sy masuk tido, en.suami tgh godek hset, tgk video rakaman anak2. so sy just pesan kat dia tlg on alarm 5.30am mcm biasa. sekalinya alarm tak berbunyi! sy dah agak...mesti dia x click setting utk setiap hari. emm mmg betul hehehe...sabor jer lar...
so everything jd kalut pagi tadi. byk benda yg x sempat dibuat. sy keluar rumah jam 7.00am. biasanya keluar 6.45am. hr ni gerak 2 kereta sbb suami x siap lagi. lgpun dia nak balik lewat hr ni..ada training ragbi kat sekolah. so ketika mendesup laju nak hantar abg iman ke sekolah, sbb takut dia lewat smpi ke perhimpunan, baru teringat botol susu amal tak bawak! cpt2 call en.suami. tu pun try call byk kali baru dia jawap. dia pun tgh kalut tu hehehe.. mujur time tu dia tak keluar rumah lg so dia tlg ambikkan botol susu amal. pastu selang 10min lepas tu, baru perasan, laptop mama pun tertinggal dlm bilik!! memang kalut gila babas. call en.suami lagi sekali. dia dah keluar rumah...terpaksa pusing balik sbb nak ambik laptop mama huhuhu...ampun bang!
mujurnya thumb print system kat sek dah lama breakdown, skang tulis kdtgn dlm buku jer. so dpt ler sy tlg tuliskan nama en.suami td. tu pun consider dah lambat hehehe...ampun ya boss. harini kami kalut sungguh.
selepas perjumpaan keluarga SBP (mentor-mentee), masuk bilik guru, rupanya ramai jer kwn2 lain yg kalut jugak pagi ni hahaha...mmg monday blues sungguh setiap orang ya. itulah cerita pagi kami yg sgt kalut hari ni...hari ni juga bermula jadual P&P baru. alhamdulillah...sy dpt jadual yg lbh balance. harap x semput lg mcm selalu. ok itu dulu...bye semua!!

SESIAPA NAK TEMPAH TUDUNG BOLEH EMAIL SAYA YA.
TEMPAHAN AKAN DIHANTAR PADA TAILOR HARI JUMAAT NI INSYAALLAH.

Saturday, February 23, 2013

Forever in love

Assalammualaikum :-)
I don't know what happened to me in this few days. I will get sleep early as usual and wake up aroud 12am while the others are started to enjoy their dreams.  Pastu terkebil2 xtau nak buat apa. Nak keluar bilik takut. Tp td keluar jgk to clear up all toys yg bersepah kat living hall. Then kemas2 dapur jap n now cont terkebil atas katil... emmm maybe Allah give me this time to make sunat tahajud. I will do it after publish this entry insyaallah. ..
So gambar kat bwh ni hanya penyeri entry...salam.

Friday, February 22, 2013

Sebahagian tudung customer minggu ini

Assalammualaikum :-)
Ini gambar sebhgn tudung yg dah siap mggu ini. Insyaallah esok sy pos ya. Terima kasih buat semua regular customer sy. Kepercayaan anda pada 'tudung faedah' ni amat sy hargai...
Tempahan dibuka seperti biasa. Next tempahan saya akan hantar ke tailor pada hari jumaat mggu dpn insyaallah...

TudunG Comel Saya

Assalammualaikum :-)
Recently inilah tudung favo sy. Suka sgt sbb dia ada riben comel kat dpn tu. Td baru jer beli lg 1 yg kanan tu hihihi...
Ingatkn xde yg perasan sy asik pki tudung ni jer..rupanya ada jgk. Acik cikin siap minta tlg beli lg. Dia punya yg dlm kotak tu.
Alar xkan tauke tudung 'faedah' xleh pki tudung lain kan...hehehe...
Itu dulu bye semua

anak oh anak

assalammualaikum =)

salam hari jumaat buat semua ya
taip entry laju2 ni
kisah anak2..yg kdg2 memeningkan...nak ketawa pun ada hehehe

dalam seminggu dua ni amal buat perangai taknak pi rumah pengasuh. 
byk kali menangis masa smpi depan rumah pengasuh
mcm2 alasan
bila ambik abg iman dr sekolah dan hntr ke rumah pengasuh
amal bantai menangis lagi nak ikut balik
biasanya dia dah tau rutin dia yg akan balik petang, sama2 ambil abg iman dr sekolah agama
masa nak hntr abg iman ke sekolah agama pun dia nangis lagi
mogok taknak susu kat rumah pengasuh
saya bincang2 dengan en.suami, mungkin dia boring dok kat rumah pengasuh takde aktiviti
bila tanya nak pi sekolah tak?
laju dia ckp nak!
so ptg semalam bawak dia jumpa ustazah kat pasti
mujur ustazah mur nak lagi terima pljr 4thn. 
amal pun nmpk excited bila tgk kelas dia
mama pun pulun cari balik baju pasti abg iman yg lama 
dah siap gosok..dah siap packing beg sekolah untuk amal
pagi td bila kejut dr tidur, bantai nangis2 taknak pi sek plak
hai lar anak..macam2 amal ni ya
bila cerita kat kawan2...diorang cakap: 
ko bagi jer dia adik...confirm hilang rengek dia. pulakkk....

*gambar lama*


 itu kisah amal...

ni kisah abang iman plak
kul 2pm semalam masa abah ambik dia dr rumah pengasuh nak hantar ke sekolah agama, 
dia bantai nangis jugak sama dgn amal
abg iman ni mmg raja air mata
nangis xnak pi sekolah agama..penat, nak rehat
tak penah dia buat perangai mcm ni
masa mama ambik dia dr sekolah agama kul 5.30pm
dia nampak lemah, nampak lembik jer
mama dah tau ni mesti dia tak sihat..tu sbb dia buat perangai
bila mama rasa dahi dia, panas! demam rupanya
kesian anak mama...demam sepanjang ptg kat sekolah agama
mama peluk dia erat2..
iman kata, dia pening kepala dan KELIRU masa hafazan tadi.
amboi...KELIRU TU!
mama rasa nak tergelak pun ada...tp mama tahan, sbb kesian tgk dia yg lesu jer
sampai kat rumah bg mkn ibuprofen, then tak lama kebah.
ligat balik mcm biasa
pagi td kul 5am dia masuk bilik mama..nak susu
mama rasa bdn dia panas balik!
makanya harini abg iman tak sekolah..
tu sbb adik pun taknak pi sekolah pg td, dia tau ada abg iman kat rumah emak nnt blh main dgn dia. 
macam2 kan kerenah anak2 ni...

 *gambar lama jugak*


merekalah penawar segala duka lara
merekalah kekuatan di kala hati gundah gulana
iman amal...moga menjadi anak2 yg berjaya di dunia dan akhirat ya..insyaallah.

itu dulu...bye semua!

Thursday, February 21, 2013

Busy day

Assalammualaikum =)
saya banyak kelas hr ni. Ni baru habis. Kejap lagi ada contact hour plak. Semput! laptop pun tak on hr ni...btl2 x sempat. Lenguh kaki ulang alik ke sc lab byk kali. Insyaallah next week bermula jadual baru yg nmpknya lbh balance bil kelas dlm setiap hr. Alhamdulillah...
Ni santapan sy SELEPAS SARAPAN dan SEBELUM LUNCH td. Gasak makan skang hehehe....makannnn jer dgn senang hati hahaha
Actually x tahan sgt minum nescafe, blh pening kepala. Sesekali ambik jugak lar sbb sy suka.
Curi2 masa blogging td, tgk kwn2 semua dah update blog. Tak tertahan2 nak update blog jgk..hihihi....emmm mengidam sgt nak pki note ll sob sob...
Itu dulu...bye semua!

Wednesday, February 20, 2013

Baju idaman

Assalammualaikum =)

update blog dlm keta hehehe...
Sementara tggu iman keluar dr sekolah jam 5.30pm.
Hari tu outing ke sg besar. Nampak 2pasang baju ni. Alahai comelnya... Tapi mahal sgt huhuhu.. Baju yg kaler oren tu potongan baju saloma. Dah glemer balik fesyen camni. Peplum tu pun baju zaman saloma kan? itu dulu....bye semua!

antara nak dan tak nak ajer

assalammualaikum =)

gambar baru dah takde. biasanya klu sy blogging mesti ada gambar. entry tanpa gambar ni rasa mcm pelik. kecualilah kalau sy ni pandai menulis... masalahnya i'm not good in writing :( ada gak baca blog tanpa gambar, mcm best jer sebab writer dia pandai menulis. dah mcm baca diari pun ada hehehe
so pagi ni nak jugak buat new entry wlupun takde gambar. nak membebel pasal apa yer? *blank*
dalam entry yang lepas2 sy ada bercerita pasal saya pi borong buku kat karnival karangkraf , kat book fair PWTC, kat Big Bad Wolf. mcm bagus jer kan? beli buku banyak2...cikgu lar sgt. agak2 terbaca tak semua buku tu? honestly, dulu2 zaman blm ada komitment sebagai isteri dan ibu, mmg sy suka membaca. tapi bila dah beranak pinak ni, ecehhhh mcm dah tua sgt plak, habit suka membaca tu dah semakin berkurang. kekangan masa menjadi alasan utama dek kerana tuntutan tanggung jawab yg lain. tapi lately ni, timbul satu kesedaran bila tgk buku2 yang bersusun cantik tu semua dah mula berhabuk tak berusik. kesian buku2 tu...
so sy berazam utk mulakan semula 'minat suka membaca'. WOW! again...WOW SANGAT!
so alhamdulillah...banyak dah buku2 tu saya baca. bila masa saya baca buku2 tu? pandai2 lah curi masa ya. hujung minggu ada, cuti sekolah yang panjang pun ada. sebelum tido pun blh. pendek kata antara nak atau tidak jer. pastu kurangkan sket pegang ipad dan tab, insyaallah ada jer masa nak membaca. cuma, satu perkara yg saya realize, dulu saya sukaaaaaa sgt baca novel cinta. sekarang bila nak baca novel cinta jer menguap. mmg takleh masuk dah. nape tah. so ada ler tu 3 novel yg sy beli kat karangkraf dulu elok jer cantik tak berusik. haaaa lagi satu majalah pun sy takleh layan dah skang ni. selalu jer singgah kedai nak beli majalah, tp lepas belek2...takde satu pun yg berkenan. selalu dah mcm tu. sy akui, semua ni disebabkan oleh faktor umur. buku2 keagamaan, motivasi dan kekeluargaan menjadi pilihan utama. bila lagi nak berubah untuk menjadi yg lebih baik, inilah masanya kan? jangan tunggu NANTI! mati dtg tanpa isyarat. lagi satu, peringatan kepada diri sendiri terutamanya, rajinkan juga baca Al-Quran. insyaallah...tenang jiwa :)
eh lupa, buku2 berkenaan dgn fakta2 dunia sains dan teknologi yang sentiasa berkembang ni pun, best untuk di baca. tak percaya...cubalah! 
ok dah habis membebel...
jmpa lagi nanti..bye semua!

SAPER NAK TEMPAH TUDUNG LAGI..EMAIL SAYA YA. TQ!

Tuesday, February 19, 2013

wallpaper bilik anak-anak

assalammualaikum =)

alhamdulillah...tertunai juga hasrat nak menampal wallpaper di bilik anak2
wlupun tidak di keseluruhan dinding, tapi dpt kat corner wall ni pun jadilah...syukur sgt
terima kasih en.suami yang sponsor wallpaper ni, sekaligus menampalnya sendiri
sy tolong sket2 jer hehehe
bkn kerja senang nak tampal sendiri wallpaper ni
idak ler sy rajin sgt nak buat tutorial camne nak menampal wallpaper ni hahaha
saper yg nak tau, u all google jer lar yer
yg pasti klu buat sorang2, hasilnya maybe x seelok klu buat dua orang.
klu lg nak senang dan ada budget, suh jer pekerja kedai yg jual wallpaper tu tampalkan.
bayar je...ada duit semua blh jadi. 

 gambar pilihan mama dan abah
cadangan asal nak cari gambar ben-10, nak sesuaikan dgn langsir bilik ni
tapi takde plak

simple jer bilik anak-anak saya..
kalau ada anak pompuan?
pikir nnt ler hehehe
 insyaallah ada rezeki nak letak rak buku kat dinding atas meja belajar ni
bunyinya mcm kena pi ikea ler kita kan bang hehehe

iman kata, bila dah tampal wallpaper, dia nak tidur kat bilik ni
alhamdulillah..dia tunaikan
sekarang ni dia tido sorang2 kat bilik dia
amal??
masih berkepit dgn mama huhuhu

mlm td abah keluar jumpa kawan, so kami bertiga tido dlm bilik ni sampai ke pagi hahaha
sakit2 badan mama berkongsi tilam bawah dengan amal. 
pastu panas plak tu
asik on-off econ jer lar mama 

itu dulu ya...bye semua!

MARI MARI TEMPAH TUDUNG LAGI!!

hiasan bunga hidup dr CH di VCK

assalammualaikum =)

sukaaaaa sgt cuaca hari ni. mendung sepanjang pagi. dah tgh hari baru hujan. now cuaca redupppp jer.
dapat tido mmg best
tapi apakan daya...sy masih di sekolah huhuhu...
lega jgk dpt lelap kejap td hahaha
selamba jer melelapkan diri kat bilik pbs ni.
now baru rasa segar sket nak continue kerja...ecewahhhh suci btl bunyinya hahaha

jom tgk hiasan bunga yg beli kat CH hari tu.

 mcm bunga plastik kan?
ni jenis yang tak perlu air, baru dia bertahan lama
alhamdulillah smpi hari ni masih elok segar
daun jer dah mula layu
cantik sgt menghiasi sisi katil..amboiiii hahaha

dulu dulu rasa membazir jer bila beli bunga ni.
tapi skang dah jatuh cinta...


 bunga2 ni pula meghiasi meja makan
juga masih segar hingga kini
daun pun elok segar lagi


bunga ni wangi!
tapi hanya mampu bertahan sekejap jer.
now dah layu

oklah...TA nak sambung buat kerja
kerja ni mana penah habis kan?
skang ni mmg TA tak bawak balik kerja sekolah ke rumah
dulu masa kat kuaters rajin gak bawak balik
tp bawak jer lar...buatnya idak jugak huhuhu...
bkn apa, klu kat rumah tu dah banyak kerja lain yg menanti plak kan
saya percaya org lain pun gitu jgk
ke...saya jer?? hahaha...

bye semua!
jumpa lagi nanti!

TEMPAHAN TUDUNG MASIH DIBUKA SEPERTI BIASA YA...
TEMPAH, JGN TAK TEMPAH

short trip to Cameron Highland 2013

assalammualaikum =)

bila dah banyak kali kita pi sesuatu tempat tu, dah jd x best pun ada hehehe
tp nak buat camne, dah ini tempat percutian yg consider dekat 
so balik dr kk tu, kami singgah CH jap. dok satu malam jer. 
dok kat sri juliana chalet.
sy rasa lar...kalau kita nak jadikan percutian tu btl2 best, better kuarkan extra budget and stay kat hotel yg best sket. bila dok kat budget hotel ni, mcm biasa lar ada jer yg kurangnya. lbh2 lagi klu kita dah penah stay kat hotel yg best so mesti akan berlaku comparison.
kat sri juliana chalet ni, water heater rosak. dah buat aduan, org dia dah dtg btlkan, tp xleh gak...dgn alasan tekanan air tak kuat. org ramai sgt masa ni so rata2 hotel semua mcm ni. ingat sy nak percaya ke??
gila arr mandi air sejuk, mcm curah ais batu ke badan. menggigil2!

pergi masa cny. keadaan sgt sesak dan jalan sgt jem!
nyesal tak bawak roti gardenia. klu x kenyang arr sbb byk jem.
ni keadaan masa nak melepasi tol simpang pulai
kereta banyak bergerak merayap2...

ni keadaan masa nak naik ke CH. tahap kesabaran mmg kena max masa ni.
layan kerenah anak2 lagi...

ni blm smpi brinchang lg. berhenti jap menghilangkan lenguh di kaki...
beli jagung rebus, keledek rebus, mkn dlm keta.



bestnya kalau dpt kebun mcm ni blkng rumah

sambung perjalanan menuju ke brinchang. target utama nak pi pasar malam
jenuh melayan anak2 hahaha

sampai dah pasar malam brinchang





anak2 dpt topi haiwan tu
asalkan mereka gembira..layan kan ajer

amboiiii



malam hari...takmo keluar dah. rehat jer kat bilik. nasib baim view cantik dr chalet ni sbb chalet ni terletak kat atas bukit. merasa lar alar2 berlatarkan las vegas. ecehhh...

hari ke-2, lepas sarapan kat tanah rata, singgah beli sayur kat pasar area equatorial hotel tu

saya mesti beli bunga punya hehehe

berangan lagi memilik kebun sayur dekat rumah seperti ini.

mmg banyak borong sayur kali ni


cikgu tgh mengajar budak2 kecik ni mengenal cactus hehehe

antara bunga yg mama beli

buah tampoi yang sedap. manis sgt.

habis dah citer.....1 entry jer hehehe...
bye semua!

KALAU NAK TEMPAH TUDUNG BOLEH EMAIL SAYA YER JGN MALU2...


Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH