FOLLOWERS

Wednesday, July 31, 2013

Meeting lagi...

Assalammualaikum =)

Alahai...sek lg 2 hari jer tp meeting tak habis2. Jenuh.
Actually sy sekarang di ppd utk taklimat kastek daerah. Sebagai jurulatih utama solar boat, dipertanggung jawapkan utk beri taklimat kpd semua wakil sekolah. Insyaallah semuanya akan berjalan lancar 19 ogos nanti.
Setakat ni mood nak raya blm dtg sbb kerja kat sek melambak2. Tp sy yakin sabtu ni sy akan mula lupakan semua hal kerja hahaha... tak sabar nak mula cuti ni. Nak raya hikhik..
Oh ya smlm en.suami pi service mr.innova kat Toyota service centre. Pasal ni sy citer kemudian...bkn apa, budget raya dah dirembat oleh mr.innova uwwaaaaaaaa nanges!
Itu dulu. Bye semua!

Tuesday, July 30, 2013

huru hara...camne nak raya ni??

assalammualaikum =)

ni keadaan meja sy di bilik guru masa mula2 sampai sekolah pagi tadi. 
huru hara ok! so many things to do. finally i taktau nak buat yg mana satu dulu...nanges!
kena marking paper trial pmr 2 kelas
kena marking exam pisa form 2 dua kelas. ni yg paling menyampah. ujian hari ni and dateline 15 ogos! 
TAU TAK ITU MASA CUTI RAYA!!!! TENSION SUNGGUH!
pastu dengan kastek lg nak kena handle...i is stress ok :-(
pastu nak tanda pbs lg yg mcm2 tu....stress!!!!

******************************************************

last friday we all 4 beranak iftar kat luar
mkn kat kenny rogers di aeon bukit raja
 nampak iman tu? dia puasa masa ni
alhamdulillah...larat jer dia berjalan dlm aeon sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa
now iman dah 3 hari demam + diarrhea
haritu adik dia...ni dia plak...kesian anak2 mama ni

 gambar air pun nak tayang tah apa2

 budak amal ni satu hal jugak
malam td dia nak test power jalan dlm rumah sambil tutup mata
dah byk kali abah dia tegur jgn buat mcm tu kang santuk mana2 benjol lagi
sudahnya berdentum jugak kat bucu kabinet dapur
meraung! cepat2 mama ke dapur tgk dia dah tutup sebelah mata
mujur tak kena tepat bawah mata
kena btl2 bawah mata kanan dia.
lebam dan bercalar.
cepat2 tuam dgn ais. dah lar time nak berbuka puasa...mmg huru hara
pastu mama suh dia tuam sendiri dgn ais. lansung tertido...

tu jer lar nak citer hari ni
ada kelas lg smpi kul 3
bye semua!

Monday, July 29, 2013

Baju raya sedondon kami

Assalammualaikum =)

Susahnya nak update blog skang ni huhu..
My yes huddle tertinggal kat kk. Pastu kat sekolah asiklar busy memanjang. Busy dgn kastek yg akan berlansung hr isnin pertama buka sek lps cuti raya nnt. So semua persiapan mesti dilakukan sekarang. Terus hilang feel raya. Td pun attend meeting ju kastek kat ppd. Esok baru nak menjengah sekolah. Khamis lps sy mc due to selsema yg teruk. Now selsema dah baik...tggl batuk yg masih teruk alhamdulillah. Harap cpt ler baik batuk ni.
Ok berbalik pd tajuk di atas...yeah baju sedondon kami semua dah siap! Thn ni warna biru menjadi pilihan. Lbh tepat pilihan amal sbb dia yg beria2 nk warna biru. Klu ikut sy..mcm lemau sket lar biru ni kehkeh.. anak punya pasal...layankan ajer.
Sampin juga semua masih elok dan muat dipakai so takyah beli baru. Alar pakai kejap jer pun kan. Songkok amal juga masih ok. Cuma songkok iman yg perlu beli baru. So rasanya semua persiapan raya siap dah kot. Kuih raya dan kek pun akan dpt minggu ni. Iskisk...tak sabar nak raya ni hahaha...
Ok itu dulu bye semua!!

Saturday, July 27, 2013

Baju raya IA

Assalammualaikum =)

Saja nak abadikan koleksi baju raya anak2 kat sini hihi...tp lupa plak nak snap gambo kasut raya IA.
Baju melayu en.suami dah siap. Tggl baju melayu anak2 yg tak siap2 lg. Harap mggu ni blh siap ler hendaknya. 
Baju raya TA? Ada separuh x siap lg. Baju raya...baju kerja sama jer hehehe..
Actually TA x sihat 3-4hari ni. Selsema teruk. Now selsema dah lega alhamdulillah.  Tggl batuk dan sakit tekak lg x hilang. Jenuh juga berpuasa masa batuk2 dan sakit tekak ni.
Eh knp baju amal byk sgt compare to baju iman? Actually baju amal tu jd byk sebab di topup oleh baju lama iman yg baru keluar dr kotak.  Semua cantik2 lg so consider baju raya terus hehe.
Ok itu dulu....bye semua!

Wednesday, July 24, 2013

resepi mee bandung ASLI

Assalammualaikum =)

wahhhh teacher azimah nak pos resepi hari ni
serius 'HARI INI DALAM SEJARAH'
hahaha

mmg dah plan dr isnin semalam nak masak mee bandung utk berbuka puasa
alhamdulillah terlaksana juga
sedap ok!
eh kenapa ada ASLI?
sbb nak bezakan dgn mee bandung muar
dan resepi ni sy dpt dr my cousin yg teror masak kat kg tu
saya google jgk...tapi semua nampak tak kena

so saya share kan resepi mee bandung asli ni kat sini ya
senang je nak buat rupanya hikhik

kuah mee bandung saya semalam. agak oily. tapi rasa mmg marvelous!  sila kurangkan minyak masak yer.

materials needed:

mee kuning sebungkus (dicelur siap2)
1biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit minyak masak
sayur sawi diasingkan batang dgn daun
daun sup dihiris kecil-kecil
daging ayam dipotong kecil-kecil ( udang pun blh)
bebola ikan. (taknak letak pun takpe)
2 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
sos cili. (kalau nak pedas guna sos cili arnab. kalau taknak pedas sgt guna sos cili kimball)
cili kering yang dikisar. (takyah penat2, beli jer yg dah siap dikisar hehehe)
garam dan gula secukup rasa
air masak secukupnya

method:

1. tumbuk bawang besar dan bawang putih
(takyah penat2 menumbuk, blend jer senang muahaha)
2. tumis bawang td. minyak skte jer tau. nnt kuah jd oily sgt mcm sy punya ni. tp utk percubaan pertama kira lulus arr sebab sedap kehkehkeh
3. masukkan 4 sudu besar cili yg dikisar td. kalau taknak pedas sgt masuk 2 sudu besar cukup. kacau-kacau...
4. masukkan daging ayam dan bebola ikan. kacau-kacau...
5. masukkan garam dan gula secukup rasa. kacau-kacau..
6. masukkan sos cili secukup rasa. kacau-kacau...
7. masukkan batang sawi. kacau-kacau..
8. masukkan air + 2 sudu besar tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu. kacau-kacau sehingga mendidih. guna api perlahan yer you all
9. dah mendidih, masukkan telur 3-4 biji. kacau perlahan supaya telur tidak hancur sgt.
10. masukkan daun sawi dan daun sup. 
11. DAH SIAP!!



so kalau ada yg masih blur nak masak apa utk menu berbuka puasa hari ni
apa kata try masak mee bandung
senang jer hehehe

itu dulu...bye semua!

Tuesday, July 23, 2013

Berani

Assalammualaikum =)

Mcm tak best jer rasa xde new entry dlm sehari. As usual alasan yg diberi adalah tak sempat. Serius x sempat sbb pagi td kena attend mesyurat kastek peringkat negeri di sam tg karang. Mujur dekat setgh jam jer dr vck hehe.. meeting mula kul 10am. So lps suami dan anak2 keluar 6.50am td, sy start pulun siapkan lipat kain, menyapu, mengemas dan lain2. Fuh siap!
So utk entry pendek hr ni sy tepek gambar berani amal dgn seekor monyet di puncak bukit melawati, kuala selangor. Kami sempat singgah jap kat sini masa nak pi iftar di de palma hotel kuala selangor jumaat lps. Amal yg excited sgt masa ni nak bg mkn kat monyet katanya. Abg iman yg penakut dok dlm keta jer ditemani mama yg berani muahahaha... soalannya, antara mama dan amal siapa lbh berani?

Monday, July 22, 2013

busy weekend

assalammualaikum =)

lama dah tak update blog dgn proper
puasa2 ni malas sungguh nak update blog huhu
rasa mcm tak cukup jer 24jam dlm sehari
terkejar2 buat itu ini
sudahnya weekend ni tak dpt nak siapkan urusan melipat kain stock seminggu
wakakakaka
lantak
kumpul lagi kat bilik belakang :P

sabtu baru ni sekolah ganti jerebu sbb last week tak ganti lg
so ptg sabtu tu tak byk kerja yg blh dilakukan 
maklumlah puasa...semua jd slow huhu
sungguh sy akan rasa cukup lemah time berpuasa
rasa tak larat sgt
rasanya mana2 yg ada low bp + gastrik + high metabolisme , mmg mcm ni ler kot
nak tunggu waktu buka pose tu rasa kejung badan
mana taknya, dr lepas sahur sampai ler dlm kul 9am mcm tu max lima kali pi toilet 
tu yg menjelang ptg rasa kering kontang badan hahaha
pastu seperti ramadhan yg sblm2 ni...
tahun ni pun sama gak
selera makan saya totally out
nasi terutamanya...lansung tak lalu mkn
cthnya ptg smlm berbuka lansung tak jamah nasi
pagi td bersahur cuma dgn 4cucuk sate

tapi berat bdn tak turun jgk
perut tetap moncit huhu
tu arr sape suh setia sgt dgn ais :p

dlm kul 5 ptg sabtu tu gerak blk kg.
heaven rasanya berbuka pose dgn mak dan adik beradik lain
nak dijadikan cerita, masa bgn sahur pagi ahad tu sy blh ting tong jap sampai muntah2
nape tah
so akibatnya seharian semalam badan lembik lesu jer
tp puasa tetap puasa
alhamdulillah...

ptg semalam balik vck masih tak dpt buat apa2...
mujur en.suami byk membantu
mlm td lepas berbuka pose barulah pulun habis habisan iron baju, lipat baju
tu pun tak sempat siap hikhik...

last but not least

alolololo comel sgt dua2 buat muka gitu

itu dulu...bye semua!

Friday, July 19, 2013

Iftar @ De Palma Hotel

Assalammualaikum =)

Alhamdulillah hr ni dpt berbuka puasa di cni
Cerita lanjut kemudian lar ye hikhik...
Sy masih dlm mood mls nak menaip nape tah.
Itu dulu...bye semua!

P/s dia salah ejaan nama sy pulakkkk :p

Thursday, July 18, 2013

Pelita ku nyalakan... (buat nada ziana zain) hikhik

Assalammualaikum =)

We all dah mula pasang pelita kat vck mlm ni. Baru lar feel nak raya kan??? Hihihi...
Awal sungguh :p
Cerita lanjut dlm entry akan dtg ya :-)
Tak sabar nak raya hehehe...wlupun baju raya sedondon blm siap.

Itu dulu..bye semua!

gambar tempahan tudung baru

assalammualaikum =)

punya lama dah tak tempek gambar tudung yg customer tempah kat sini
bkn apa...rasa mcm sama jer warna2 dan designnya kan hihihi
so ini dia gambar tudung2 baru yg customer tempah
tudung raya you :-)

ni design baru...add rm10 dr normal price






 masa snap gambar ni tak sedar gambar blur huhu



tempahan terdekat sy akan hantar ke tailor sabtu ni.
next week siap dan sy akan pos on 29july
sempat lg tu untuk tudung raya:-)

mungkin tempahan terakhir sebelum raya kot
so sape2 nak tempah tudung raya roger sy cepat ya.

itu dulu...bye semua!

masak lemak nangka muda dengan ikan masin

assalammualaikum =)

ahad baru2 ni, balik dr kuala sempat ler sy dan en.suami masak utk berbuka puasa kami
menu utama adalah seperti dlm tajuk di atas
sy btl2 ikut resepi dari blog Cahaya Cinta Ku
terima kasih ana kerana sudi berkongsi resepi
cuma bezanya sy hanya letak 3 biji lada besar, bkn 5. 


so hasilnya...alhamdulillah
siap bagi jiran semangkuk :-)
amal tak sempat pun makan masak lemak ni dia dah diarrhea alahai kesian dia

minggu ni sangat kalut
we all lansung tak pernah iftar kat luar lagi
sabtu ni sekolah ganti plak, pastu nak balik sekinchan berbuka puasa dgn mak
sian mak berbuka puasa sorang2

tgk ler weekend depan plak kalau dpt iftar kat luar
sebab weekend depan kan cuti 3 hari :-)

itu dulu ya...bye semua!

resepi "paper cup walk"

assalamualaikum =)

sambungan dari entry INI

Activity 2: Paper cup walk
Materials needed:
1)   Small paper cups
2)   5 cardboard

Instructions:
1)   Can you make a platform with cups and a piece of cardboard that will support your weight?
2)   Place one cardboard square on the floor and arrange a bunch of cups face down on top of it.
3)   Use your creativity to arrange the cups.
4)   When you think you have enough cups to support your weight, put another square cardboard on top.
5)   Choose one of the group members to stand on the platform.
6)   Did it hold you? If it did, trying using fewer cups. See how many cups you need to support you.
7)   Try to add more layers of cup and cardboard. Group that can stand on the highest platform with fewer cups will be the winner.
Here’s how it works. If you try to stand on just one cup, it will smooch. That’s because all of your weight is pushing or compressing the cup. But if you arrange the cups and put a piece of cardboard on top, then the cardboard will spreads out your weight. So each cup supports less weight. That means there is not too much weight on any one cup. Try it out! 









nota kaki: masih dlm mood malas nak menaip

itu dulu...bye semua!

Wednesday, July 17, 2013

kemalangan

assalammualaikum =)
tgh2 melalui kesibukkan rutin di tempat kerja hari ni
saya dikejutkan dgn berita seorang guru sbpisb yang kemalangan
ustaz azrae berulang alik menaiki motorsikal setiap hari dari kuala selangor ke sbpisb
dia kemalangan dgn sebuah kereta di sg besar tadi
dr hospital sabak bernam, dia di hantar ke hospitak teluk intan
dan keadaanya...50-50

warga sbpisb semua sedang bersedih
kita sama-sama doakan moga ustaz azrae selamat ya?
insyallah

itu dulu..bye semua!

nota kaki: sy tak cukup mood nak update blog hari ni

Tuesday, July 16, 2013

kiriman dari vietnam

 assalammualaikum =)

nak ucap terima kasih banyak2 buat mummyhaza yg melayan kiriman rakan blogger dia ni
walau tidak pernah bertemu muka
tapi persahabatan tetap terjalin di alam maya :-)

hari tu kan dia pi bercuti ke vietnam
sy dgn muka tak malunya whatsapp mummyhaza tanya blh ke kirim baju
nasib baik dia layan..klu tak malu woooo hikhikhik
mmg dah lama aim kan baju kurung sulam manik dr vietnam ni
cun wooo
kalau kat malaysia i dah survey harga, area rm150-rm200 gitu
parah nak beli...kira confirm tak beli arr, mana mampu 
awal thn hari tu sepupu sy pi vietnam
dia yg bgtau baju2 mcm ni murah kat sana
jom tgk baju saya dr vietnam hihihi

amacam gorjes tak?
pink pastel gitu...mummyhaza yg pilih warna ni. i suka :-)
baju raya ke ni?? ntahlar...dah byk sgt baju ni sama jer semua...inilah baju raya, inilah baju kerja hehehe
percaya atau tidak harganya cuma rm55.00

cotton dr vietnam
juga haza yg pilihkan...sekali tu dpt warna merah wowowowowo sengih i tau!
i kan mmg suka merah hehehe
cantik sgt
lepas raya nak tempah ni. 
skang mana ada tailor yg nak terima tempahan lagi

dannnnnnnn i dpt buah tgn dr mummyhaza

taaadddaaaaaaa!!! merah lagi!
tq sgt haza ya
FM tu really comel

so now i galak baca citer dia bercuti ke vietnam tu
and i dah ada 6org yg dah bersetuju utk serang vietnam next year muahaha
tak terkata apa my hubby hikhikhik...

ok itu dulu...bye semua!

amal oh amal

assalammualaikum =)

terima kasih di atas doa kalian semua buat anak saya amal
dia masih lagi sakit perut dan diarrhea 
cuma dah tak muntah
tapi mama dah kerja hari ni
actually dr last week lagi dah minta permission dr tuan pengetua 
hari ni nak keluar kul 9am bawa amal berjumpa dr.serena di sungai buloh
so kejap jer lar dia kat rumah pengasuh hari ni
kang kul 9am kami ambil dia dan berdesup ke sg. buloh
batuk dia semakin teruk sejak haze hari tu
and now diarrhea, sakit perut, muntah2...alahai anak omak
risau wei
'bronchitis allergy' 
allergic to environment, dust, smoke, haze, etc etc....
alahai anak
kesian sgt kat kamu...
doc kata allergic ni akan hilang sendiri bila dia semakin dewasa
tapi takkan nak biarkan ajer kan
klu biar blh jadi asthma plak
so demi anak...kami takkan putus asa
berusaha selagi mampu berselang doa yg berterusan

 ni gelagat dia petang semalam dlm kul 1pm camtu
abang iman dan abah masih blm balik masa ni
amal baru bgn tido
ptg tu dlm kul 5pm dia tido balik...
lemah kot badan dia sebab asik CB jer berulang kali
kesian sgt
doctor klinik semalam ckp tak perlu bwk ke hospital sbb no dehydration
so rehat kat rumah jer
lega jugak dengar


 nampak tu kasut raya anak2...diorang buat main dlm rumah hehe




itu dulu ya...bye semua!

Monday, July 15, 2013

Terpaksa cuti

Assalammualaikum =)

Sy terpaksa cuti hr ni sbb amal tak sihat. Since ptg smlm dah start dhiarea. Tido mlm td keadaan semakin teruk...siap demam dan muntah2. Dhiarea juga masih on. Sy dan suami tak berapa tido mlm td menjaga amal. Kesian sgt kat our little amal. Merengek dah tentu...
So td dah bawa dia ke klinik. Klu doc klinik suh bwk hsptl br terus ke hsptl. Tp doc kata x perlu sbb tiada tanda2 dehydration.  Just rehat kat rumah jer.
Dlm 9.45am td dia tido smpi sekarang masih lena. Ingat mama nak joint lena sama td. Tp mata ni takleh lelap plak wlupun mengantuk. Asik perhati amal jer takut nyamuk hinggap, takut suhu bdn dia naik blk...sape x sayang anak oi!
So dlm waktu yg ada ni dpt ler sy menyiapkn kerja2 rumah. Kerja2 di sekolah diamkan dahulu huhu...
Itu dulu...bye semua!

Sunday, July 14, 2013

Dah 3x runtuh

Assalammualaikum =)

Kami dah slmt smpi vck jam 9am td. Kul 6.30am bertolak blk dr kk. Sempat singgah pasar sabak beli brg2 basah utk masak hr ni.
Tgh kemas2 baju tadi sekali prakkkk! Masuk kali ni dah 3x runtuhan baju kat almari ni berlaku. Tak blh nak salahkan almari bersaiz 16x16 kaki ni. Mmg dah cukup besar. Umur pun br sethn jagung. Walaupun bersaiz besar mana lar dia mampu menampung overload lbh 40pasang baju kerja sy *ehemm* setakat ni yg belah kiri elok jer tak penah runtuh, maknanya bilangan baju en.suami tak ler sebanyak baju sy hehehe...
Nampak gayanya tgh hari ni kena pi beli almari baju lagi. Alahai...melayang lagi rm huhu...nak beli penyidai yg jenis open air tu, kang nampak tak kemas plak. Pastu berhabuk plak. Alahai....apa kan daya...
Itu dulu...bye semua!

Saturday, July 13, 2013

Online shopping lg: tshirt muslimah

Assalammualaikum =)

Bersiaran dr rumah mertua di kuala kangsar. Kat sini celcom 3G lansung takde. Saja try on yes...tup2 wahhh full bar! Nyesal tak bwk laptop.
Abg iman dah byk kali merengek menangis nak berbuka puasa. Klu xde aktiviti sgt mmg dia akan teringat jer lar nak buka puasa tu ya. Sabar ya abang iman..abg iman blh sbnrnya. Be strong ya anak.
Ni citer last wk, kita online shopping lg wooott wooottt!  Kali ni beli tshirt muslimah plak 2 helai. Beli kat fb. Ala you all search jer tshirt muslimah kat fb...byk dah yg jual. Mmg cun2 tau designnya. Kat sg besar mmg xde lg yg jual tshirt muslimah design2 mcm ni. Harga yg dijual di fb ni pun berpatutan.  Ingat nak pki tshirt ni masa raya nnt. Amacam...ada berani pakai tshirt muslimah masa raya? Hahaha....agak2 ler yer bila masa yg sesuai nak pki. me ingat nak pakai masa vacation kelab guru dan staff next month. Ayu gitu vacation pakai tshirt muslimah hikhikhik....
Itu dulu...bye semua!

Friday, July 12, 2013

Berbuka di kuala kangsar.

Assalammualaikum =)

Kami dah sampai kuala kangsar ni. Tp belum smpi umah abah lagi. Singgah bazar ramadhan kat arena kk jap. Satu-satunya bazar ramadhan yg berbumbung. Bagus btl kan. Sy tak kuar keta pun, tggu anak2 yg sdg tido dlm keta. En.suami jer yg pegi beli juadah.
Alhamdulillah hr ni abg iman masih berpuasa. Smlm tak dpt puasa penuh, balik sek dia dah berbuka. bila kat rumah pengasuh mcm tu lar.. tak dpt nak pantau dia. Takpelah abg iman, yg penting abg iman dah mula belajar berpuasa. Bagus sayang, mama bangga dgn abg iman.
Pagi td sy sgt x sempat nak update blog. Tu lar ingatkan bln puasa ni sy dah blh bertenang dr longgokan kerja yg byk..rupanya sangkaan meleset. Now sy busy dgn kastek plak. pertandingan Peringkat daerah akan berlansung pd 19ogos iaitu hr pertama buka sek lepas cuti raya nanti. Maknanya...sesi latihan kena berjalan dlm bulan puasa ni. Ayoyoyoyo...letih TA ok. Isnin depan ni baru nak pi beli brg2 utk solar boat. Moga2 thn ni team solar boat sbpisb dpt mara ke peringkat kebangsaan mcm 2thn sudah. Insyaallah...
Oklah...itu ajer kot utk ptg ni. Emm.. xde gambar ya utk entry ni hikhik.. ala sesekali takpelar kan.
Itu dulu...bye semua!

Thursday, July 11, 2013

Bubur pulut hitam

Assalammualaikum =)

Selain dr masak nasi, hari ni saya masak bubur pulut hitam utk juadah berbuka puasa, memenuhi permintaan en.suami :-)
Lauk pauk yg lain beli dr param jer hihi..
Honestly 1st time ni sy masak bubur pulut hitam. Nmpk rupa mcm jadi. Rasa tak sure lg sbb blm masa berbuka puasa lagi. Resepi? U all google jer byk keluar. Sy pun masak di samping ipad hahaha...pastu x confident jgk terus call mak kat kg :p

Oklah...selamat berbuka puasa semua! Esok lusa buka pose kat kk hihi..

resepi 'paper tower'

assalammualaikum  =)

alhamdulillah selesai dah slot sains untuk program selangkah ke sbp
semput TA melayan budak2 tu hehehe
mmg respect sgt2 kat cikgu sek ren yg blh bersabar melayan kerenah pelajar mereka
my sis pun cikgu sek ren
selalu dgr dia citer camne mengajar dan handle budak2 sek ren ni
totally berbeza dgn mengajar sek men.

oklah...sy mulakan dgn cerita aktiviti pertama kami iaitu paper tower.
resepinya begini:
orang lain dok share resepi menu berbuka puasa, sy share resepi aktiviti sains hahaha

Activity 1: PAPER TOWER

Overview:  To build the tallest and stable freestanding tower using old newspaper.
Materials (per team):
§  Old newspaper
§  Masking tape
§  Scissors

Rules:

1.    Each tower must be constructed from the old newspaper and tape supplied by the teacher.  No other materials or substitutions are allowed.

2.    Contestants have a 45-minute period in which to construct their towers.  Any modifications made to tower after the allotted 45-minute period will disqualify the tower. 

3.    Each tower must be freestanding, it must not be attached to or lean against any other surface (e.g. floor, wall, desk, etc)

4.    Towers, whether standing straight/erect or sagging/curved, will be measured from the floor vertically to the highest point. 

5.    When construction of tower is completed within 40 minutes, the tower will be measured for it height and stability.

6.    The highest and stable tower will be the winner.


Simple tips:

* two factors affecting stability:
            1) higher centre of gravity
            2) base area
           
*how to measure the stability of the tower?
            -Hit using paper ball! 

so kalau ada sesiapa yg berminat dgn activity ni blh ler copy paste ya. even nak buat dgn anak2 kat rumah pun blh. best you all... diorang confirm suka. yg penting kita kena involved sekali, buat sama2...and explain. pastu bantu diorang construct their mind to give out their creative idea. mmg best dan byk faedahnya. dah membebel... jom tgk gambar!

introduction tadi.

cikgu sangat kan hehehe

setiap kumpulan akan dibantu dengan seorang fasilitator dr pelajar tingkatan 4. 


briefing dulu camne nak buat aktiviti ni



 tgk tu student sy. beso kan? dah mcm bapak dgn anak je

tower ni yg menang td


 menara paling kecik hehehe



 lagi 2 org tu cikgu pengiring dr sk seri utama
comel2 org nya

 cuba tgk paper tower yg mereka bina, 
kreatif kan?
ni baru 4 kumpulan, kalau 10kumpulan, kita dpt 10 paper tower yg pelbagai bentuk.

 ni masa sesi pengujian kestabilan menggunakan paper ball. paper ball tu mesti compact tau. masukkan seketul batu supaya berat sket.
kena baling kat centre of gravity of the tower.
baling kuat-kuat
tower yg jatuh dikira tak stabil

ok next entry sy share pula aktiviti yg ke-2 ya.
itu dulu...bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH