FOLLOWERS

Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

musim buah di batu kurau

assalammualaikum =)

sblm kita kemas2 laptop ni sebab esok dah keje, marilah kita update blog dgn cerita2 tertangguh. kang dah mula keje blm tentu dpt update. ecewahhhhh poyo ya amat bunyinya. kang sampai2 sek blog jugak yg aku hadap kekeke
sblm masuk ke tajuk sbnr, meh kita borak pasal lain jap. kita ada 1 azam sempena nak mula keje esok. kita takmo jd cikgu yg garang lg. nak senyummmmmm jer. masa pregnant mmg garang semacam yer lar tak berapa sihat kan masa tu so bila ada silap jer sket mmg rasa marah tu akan dtg. tapi terkawal lar..idak ler smpi kita jadi harimau jadian dlm kelas. paling2 hebat pun TA akan dok diam sambil mata merenung tajam ke arah budak yg buat salah tu. masa tu mmg satu kelas akan senyap sunyi hahaha..
masalahnya...boleh ke? akan ku cuba insyaallah...

ok moh citer pasal balik kampung kuala kangsar on last weekend. balik jumaat ptg so sempat ler berbuka di kk. hari sabtu kami balik batu kurau plak untuk berbuka di sana. haaaaa ni nak highlight tentang musim buah di batu kurau. 9 thn dah kawen, ni 1st time balik batu kurau trekena musim buah...tapi kat bulan puasa pulakkkk huhuhuhu..tak dpt menikmati sepenuhnya kenikmatan buah-buahan tu. mcm tak bersyukur plak bunyinya. tak tak...tetap bersyukur dpt mkn buah free dari dusun tok nek. 
eh tgk gambo lar..biar gambar berbicara...

 btl2 depan umah tok jer pokok manggis yg sedang lebat berbuah ni. actually dah ramai anak cucu tok kait buah dr pokok ni tapi yg tggl utk turn kami pun masih tetap byk alhamdulillah

 maggis yg blm masak pun byk lagi. rezeki utk mereka seterusnya

 blh petik dgn tangan jer sebab pokok ni rendang. excited benar sy memetik uah maggis sambil ambik gambo hehehe

durian yg dah gugur pun byk

berlonggok sana sini

 en.suami dan my FIL

 byk pokok bunga raya sekitar rumah tok ni. semuanya sedang mengeluarkan bunga dgn cantik

ni baru sket...penuh bakul ni kami dpt

 walaupun sy dok kampung di sabak bernam ni, tapi rumah toknek di batu kurau lagiii kampung. keliling rumah adalah dusun buah-buahan. cuaca tak panas sbb bukit bukau byk kat sini
pendek kata best arr bila sesekali balik tu

kalau bkn bulan pose, petik2 buah kopek terus ngap hehe

belakang rumah tok. nampak yg berbaju oren tu meneruskan misi mencari manggis durian dan langsat di dusun keliling ni.

 belakang rumah tok. pokok banyak tu sebab tak panas kot

misi diteruskan mencari buah langsat pula

 dari jauh dah nampak


yang rendah pun ada...petik guna tangan jer takyah kait

wahhhhh best best

sebahagian hasil tangkapan yang diagih agihkan antara adik beradik suami

raya tahun ni turn beraya kat kk dulu 
huhuhu

itu dulu...bye semua!

Sunday, July 07, 2013

weekend di kampung

assalammualaikum =)
tajuk ni mcm ler sy dok bandar sgt hahaha
sy dok kg jer :p
tapi tak kira, still nak guna istilah 'balik kg' jugak bila kami ke rumah mak
walaupun hanya 40min dr rumah vck
pecut sket dlm stgh jam dah blh smpi hehehe
actually my husband out station since rabu lepas
iring budak ke rugby 10 sbp di mozac melaka
hari ni baru dia balik
lama sungguh tinggalkan kami 3 beranak huhu
biasanya klu hubby takde lama mcm ni, emak akan dtg menemani
but this time mak taknak dtg
mak dah tak lalu..dah makin uzur
umur pun dah 73thn
selalu jer tak sihat...
so ptg jumaat lepas ambik amal dan abg iman dr sekolah agama, kami terus pecut ke kg
bestnya family kak cho pun balik sama
family kak cik tak dpt balik sbb ada hal.
depa akan balik next weekend utk berbuka puasa dgn mak
kami plak next weekend nak balik kk buka pose dgn opah dan tok ali
biasanya bulan ramadhan kami tak lekat di rumah on weekend
mesti balik kg utk berbuka puasa dgn org tua
eh lupa nak bgtau, thn ni we all beraya kat sekinchan lagi lalalala suka sgt!
patutnya thn ni turn beraya di kk
tapi ada cousin belah suami kawin on raya ke-4
so haruslah kami beraya di sekinchan dulu kan...hikhikhik...
mcm biasa raya ke-3 baru pecut balik kk dan batu kurau
eh, bkn sy tau yg decide mcm ni
hubby yg decide...i ok ajer hehehe

so ptg semalam sy dan kak cho dok pulun kemas rumah mak
misi utama adalah menukar semua lapik meja kepada yg baru
pastu buang segala peradak yg ada
my mak tinggal sorang kat kg, so keadaan rumah pun mcm rumah tggl...
dah le besar mcm dewan badminton
u know style umah kg dulu2...
rumah ni pun rumah pusaka arwah tok wak dulu
tapi keliling rumah ni semua rumah adik beradik mak
so adalar org yg tlg tgk2 kan dia

ok moh tgk gambar sket
tema raya thn ni kat umah mak tema taman bunga you hik hik...

5org cucu tok non balik this weekend.
klu family kak cik ada, 10 org you!
tambah lg sedara mara kecik keliling rumah yg dtg bermain,
bisa terangkat rumah mak ni hahaha

 tv di ruang tengah rumah

 meja mesin jahit mak
merangkap meja yg sy guna masa menaip entry ni

 kampung-style-kitchen
no kitchen cabinet ok

 see...mcm2 jenis buah ada
epal, ciku, pisang, limau, labu air, kelapa, mangga, durian, tembikai susu
pendek kata kita mmg suka sgt bila balik kg
perut kenyang memanjang wlupun tak kena masak
biasa arr i anak bongsu, 
apa guna ada kakak 2 org klu adik bongsu jgk kena masak kan muahahaha

 almari baju budak2 yg dah berusia 15thn

 ruang tamu kat depan
takde sofa pun, just ada set kusyen rotan yg dah berusia lbh 50thn
sarung kusyen saiz JKR yg mmg susah dah nak jumpa skang ni
set ni dr zaman arwah tok wak ada dulu lagi
sungguh classic
vintage gitu hahaha

 meja dlm bilik kak cik

lagi set meja kat ruang tamu 
kat dapur kami guna meja bulat sebagai meja mkn
style yg ada 2 layer tu, layer ke dua blh pusing2

itu jer lar nak citer
langsir baru nnt dah dekat nak raya lar baru tukar
pastu thn ni nak beli jgk bunga2 hiasan baru utk umah mak ni
thn ni mesti meriah sbb kami 3 beradik semua beraya kat sini dulu
silap hb abg atan pun raya sini dulu thn ni
anak2 ucu pun semua beraya kat sini dulu
wahhhh meriah2
doa sgt2 moga semuanya panjang umur insyaallah...

itu dulu ya..bye semua!

Monday, February 18, 2013

lepas pekena cendol, ke playground plak

assalammualaikum =)

banyak plak keje hari ni sampai tak tau nak mula dan buat yg mana satu dulu
mengadap blog ler kejap hihihi

so lepas pekena cendol kat lembah tempoh hari, kami bawak anak2 main kat playground.
tgk gambar ler yer
nak masukkan dlm collage adalah masa, kita tgk ler gambar yg byk ni hehehe











cubaan berani abang iman
slide ni mmg tinggi
tak sangka anak mama dah berani...dulu2 penakut dia ni


cubaan berani abang iman
slide ni mmg tinggi
tak sangka anak mama dah berani...dulu2 panakut dia ni


in fact sejak bilik dia dan cantik ni, berani plak tido kat bilik sendiri


lukman yg aktif. berlari ke sana ke mari. bila mama dia dukung, menangis minta dilepaskan hehehe...
jenuh mama dan abah dia mengawal lukman masa ni





ok ke isnin korang? hehehe
alhamdulillah isnin sy ok jer
sbb tak byk kelas
biasanya sy akan pancit mejelang hari khamis hahaha

mode: tak sabar nak tggu cuti sekolah bulan mac. blh gitu??
itu dulu ya...bye semua!

SESIAPA NAK TEMPAH TUDUNG BLH EMAIL SAYA YA.

Thursday, February 14, 2013

cendol at lembah, kuala kangsar

assalammualaikum =)
entry banyak gambar tp sy malas nak berceloteh panjang
so tgk gambar jer lar ek
ni kisah ptg sabtu baru2 ni. kami balik kuala kangsar...dan haruslah pekena cendol kat lembah nun
cendol kuala mmg best!

family farah pun ada balik. look at his son...soooo comel and putih gebu!
kalau kata nik luqman aiman ni adik muhammad iman kasyfi mesti org percaya hehehe...
luqman sgt friendly
riuh rendah umah tok ali bila cucu lelaki balik serentak

sungai perak di lembah kuala kangsar
kat sini kita boleh naik bot untk pusing2 kwsn ni tgk view yg indah
anak2 sy sibuk ajak naik bot
tapi mama and abah tak layan hahaha

info utk byrn naik bot kat sini

opah kat blkng mengawal cucu2nya yg berlari ke sana ke mari..
takut ada yg terjun sungai plak nnt haru!

pekena cendol di tepi sungai mmg best

kebetulan masa ni cuaca redup berangin kuat 
mcm nak hujan pun ada
nampak kain rentang tu berkibar di tiup angin?

view yg sgt cantik...
angin mmg kuat masa ni

maaf yer tuan keta. 
sy nak snap gambo anak2 sy yg tak reti dok diam tu sbnrnya hehehe

cendol yg best

pekena plak dgn popia stesen...mmg pergh!!
org kuala kangsar mesti tau popia stesen yg glemer ni

sedap ok...tak toleh kiri kanan dah hahaha

en.suami yg sdg melayan anak2


raw picture. malas nak edit
kalau edit mesti lg cantik ni

lepas pekena cendol kat tepi sungai..kami terus ke taman permainan plak
melayan anak2 bermain dgn gembira kat sana
citer next entry lar

now en.suami tgh bertungkus lumus menampal wallpaper kat bilik anak2
tak sabar nak tgk hasil

itu dulu yer...bye semua!

sy nak hantar tempahan tudung esok
so sesiapa nak tempah tudung blh email sy yer
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH