FOLLOWERS

Showing posts with label special birthday. Show all posts
Showing posts with label special birthday. Show all posts

Thursday, June 03, 2021

Throwback to 30 April 2021: Happy Birthday My Little Baby!

Assalammualaikum =)

birthday Irfan last year kena time puasa dan pkp.
same goes to this year!
nasib kamu lah baby hehe..
sometimes mama lovessss to call him baby..dan dia layankan aje mak dia ni.

Simple birthday celebration for irfan this year. 
jadi lg simple sbb abg iman takde, abg iman di asrama.
kami berbuka puasa di KFC, suka sgt dah dia.
mama juga sediakan 2 potong cake from SR and chocolate birthday bouquet. 


thanx pd adik meja sebelah yg tlg snapkan gambar kami sekeluarga.
tak ramai pun masa ni..ada 4 meja je yg digunakan. meja lain kosong.

Happy 7th Birthday sayang!

My forever little baby 💖

 iru dulu...bye semua!

Wednesday, November 13, 2019

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut - A special birthday treat for my amal.

Assalammualaikum =)

update blog laju2 di malam hari untuk menyimpan kenangan di sini.

alhamdulillah 5 Okt 2019 yg lalu genap amal 10 thn. mama abah taktau nak bg hadiah apa dah utk birthday anak2. bila tanya anak nak hadiah apa, depa pun dah taktau nak apa. maka sejak 2-3thn kebelakangan ni, kami akan bg special birthday treat dalam bentuk bercuti ke mana2 yg mama anak suka. 
maka utk birthday amal, kami ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut for 2D1N. 
perjalanan ke sini hanya mengambil masa 1 jam 30 minit dari villacomelkami. maka jam 12 tgh baru kami keluar dr rumah. 

 add-on 1 extra bed letak kat tgh between this two super-single bed - just nice for 5 of us.

anak aku siap angkut x-box ke sini. suka hatilah nak, dah namanya birthday treat..mama layankan aje apa korang nak selagi tak melampau. tgk lah tu bukan main seronok 3 beradik ni mengadap x-box sebelum terjun pool.

pool di resort ni mmg awesome! gonna repeat for sure. bukan anak je suka, mama abah pun sama.

tak silap ada 4-5 different pool kat sini tapi semuanye berdekatan aje. setiap pool ada keunikan tersendiri dan mengikut kesesuaian umur. mcm yg dlm gambar ni, infinity pool with awesome sea-view utk dewasa which is paling dalam. 

 irfan paling suka kat pool yg ni.

 cantik sgt view ni.

 pool yg ada slide di kiri kanan ni pula pilihan utama birthday boy dan abg iman. depa lama kat pool yg ni.

 lanskap sekitar resort mmg sgt indah.

 anaother pool yg ada slide yg lbh kecil, sesuai utk irfan.


3 panglima di hati mama

taadaaaa! amacam? seriously best sgt dah resting kat sini sambil menikmati view yg sgt indah ni. 
1st day, aku join anak2 mandi pool sepuasnya. 
2nd day, malas dah. just relaxing kat sini. 

hari ke-2 en.suami melayan isteri bergambar sekitar resort while anak2 mandi pool dengan pengawasan abg iman dan peringatan pjg lebar dr mama. alhamdulillah everything went well.


dah puas melayan isteri bergambar sekitar resort, baru ler en-suami join anak2 mandi pool. thank you sayang ❤️



 takde apa sgt aktiviti kami di sini melainkan spent masa mandi pool dan relaxing by the beach. 
malam tu kami keluar dinner di lumut dlm setengah jam dr resort. apa tah nama kedai ikan bakar ni lupa dah aku..tp mmg awesome lar lauk dia, sedap!



so tiga menu utama kami adalah seperti gambar di atas. 
makan besar alhamdulillah semua kata sedap.

aktiviti wajib sebelum check-out dah tentulah ronda sekitar resort dan bergambar. 
kat resort ni ada juga gym dan kids club. dpt lah si kecik ni spent dlm 20 minit main kat club ni.


view sekitar resort mmg sgt cantik. puas hati sgt. 




resting kat sini pun best. tgk lah tu my husband bkn main santai. 

ni kawasan pokok rhu, x silap kawasan ni untuk aktiviti 'burung hantu' di malam hari..tu ada tali berikat2 di setiap batang pokok tu.

kat belakang tu small animals farm. kami tak ke sana pun, just layan si kambing hitam ni aje. bukan main jinak. takde tali tu...lepas bebas aje.


kul 12tgh 6 Oct 2019 check out, singgah lunch di manjung dan berdesup balik. sempat solat zohor di rumah. kadang terfikir, dok selalu pi jalan jauh2 rupanya ada je resort best2 yg tak jauh dr rumah. tp mcm tu lah biasanya kan, yg jauh tu lah kita pi. yg dekat ni tak pernah smpi pun huhuhu.

sebenarnya sgt byk gambar menarik kami di sekitar resort ni. 
tapi cukup kot yg ini utk di simpan sebagai kenangan di blog.
selebihnya ada juga di instagram. 

nnt bila mama abah dah takde, bila anak2 rindu..blh lah baca blog mama ni kan =)

Happy Birthday abg Amal! 
doa mama sentiasa yg terbaik utk amal. 
mama selalu je baca catatan kelahiran amal dlm blog mama ni.
sgt mengimbau kenanangan.
itu aje...bye semua!

Friday, August 28, 2015

20 Ogos 2015 ~ Happy Birthday Abang Iman!

assalammualaikum =)

aduhhhhhhh lewat 8 hari utk mama buat special entry ni
by the way, better late than never!
huhuhuhuhu

My Dear Lovely Son,
Happy 9th Birthday To you!


speechless kejap. taktau nak ckp apa.
mama sayang sgt2 pada abg iman.
terima kasih byk2 sebab rajin bantu mama handle adik2.
mama bangga sgt punya anak seperti abg iman.
anak yg sgt2 mendengar kata, tak banyak kerenah, manja, 
alhamdulillah syukur atas amanah Allah ini utk mama sayangi.
cerita tentang celebration lain kali pula ya.
hanya kami2 saja, makan2 di tutti frutti mengikut permintaan birthday boy.
no birthday cake, only tuti frutti.
hadiah pun dah dapat. 
mcm biasa, hadiah birthday abg iman, amal pun dapat hadiah juga.
juga mengikut permintaan mereka, nak lego yg kecik2 halus tu.
batman dan errr apa ya satu lg? mama lupa.
dua2 abg iman yg siapkan. bravo anak mama! 
klu suh mama yg buat, confirm takkan siap smpi bila2.
tengok description nak buat tu pun blh buat mama muntah.
tapi abg iman, dia blh ikut step by step dgn penuh teliti.
siap modified dgn spare part yg mmg ada dlm simpanan dia.
kagum.

ok itu dulu.
sgttttt byk nak share cerita. 
tapi mcm biasalah, bila dah tertangguh meaning tak lengkap ler ceritanya huhuhu
cerita cuti2 ke vietnam tak habis
cerita hari raya tak habis
cerita open house tak lagi
uwwwaaaaaaaa

mama mmg sgt2 busy sekarang
busy sebagai cikgu dan business women juga 
ecewahhhhhhhh jual preloved toys and kids clothes pun nak consider business women???
muntah hijo.

itu dulu..bye semua!


Tuesday, May 12, 2015

12 mei 2015~Happy Birthday To Me!

assalammualaikum =)

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

alhamdulillah di panjangkan umur mencecah usia 35 tahun hari ni.
terima kasih tak terhingga kepada mak di kampung yg telah melahirkan dan membesarkan saya dlm susah payah hidupnya sebagai ibu tunggal
gmah sayang mak sgt2. 

so hari ni TA berwarna merah, my favo colour. 
saja nak feel syok sendiri hari ni nak ceria ceria hehehe
padahal hidup tgh serabut. 
soalan exam PPT T2 blm siap.
ptg ni meeting pula.
tak habis2 dgn meeting huhuhu

ahad baru ni, sambutan hari ibu, kami keluar makan2 di aeon manjung.
ikut plan asal nak ke setia city mall
tapi ada something happen yg spoil kan mood saya..maka beralih arah ler kami ke aeon manjung.
en.suami kata, makan2 ni sambut semua sekali besday dia + besday pn.isteri + hari ibu + hari bapa + hari guru
iyerlah...pandai sungguh dia berjimat hehehe

 apa lagi kalau bukan makan di KRR
amal lar suka sgt spagetti kat krr ni.
habis sepinggan dia mkn. 

 kekuatan saya
doa sgt2 moga saya di berikan kesabaran yang tinggi dalam mendidik mereka menjadi insan berguna
satu2nya kelemahan sy sebagai ibu, sy kurang sabar huhuhu
cepat je nak marah huhuhu

 terima kasih wahai en.suami kerana sudi belanja kami makan 

 si kecik ni pun byk dia mkn hari ni alhamdulillah

tahun ni TA dapat hadiah head to toe hehehe
mmg request kat en.suami
so dpt ler tudung+blouse+skirt+handbeg+kasut
blouse je yg dah pakai..yg lain blm
eh kasut blm beli. 
susah btl nak beli kasut skrng ni selagi kasut yg ada masih blh di pakai
itulah saya, koleksi baju tudung handbag mmg byk
tp kasut dan jam seadanya jer.

ok lah...itu aje entry ringkas hari ni.
haters..jgn baca blog saya ya hehehe

bye semua!

Thursday, May 07, 2015

7 may 2015 ~~ HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUBBY!

assalammualaikum =)

HAPPY BIRTHDAY ABANG!

proud to be his wife.
sejujur-jujur-jujurnya..sy tak blh hidup tanpa dia.
bila dia os sekejap pun hidup sy dah lintang pukang huru hara stunami bagai...menguruskan anak-anak dan rumah sendirian.
sungguh, sy amat bergantung pada dia
kami lbh kepada 'complete each other' gitu
syukur alhamdulillah...dia milik saya.

 seperti yang janjikan..hadiah jam tangan utk dia.
pilih sendiri..ok tipu, sy yg pilihkan hahaha

saya pilih..tp dgn persetujuan dia.

versus by versace watch utk dia.
pilih yg printed gini bior abg nampak muda sentiasa
selamba dia jawap: eh abg mmg muda lagi ler ma
oookkkkkkk hahaha

moga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, dan dilimpahi rahmat Illahi sentiasa
amiinnn

love you so much!

Thursday, April 30, 2015

30 April 2015 ~ happy 1st birthday my baby irfan!

Assalammualaikum =)

30 APRIL 2014 - 30 APRIL 2015

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY LITTLE BABY!

Allahuakbar..terasa begitu pantas masa berlalu.
sakit lutut ketika mengandungkan baby irfan pun masih tak hilang
but now he's already 1 yr old.
mcm tak percaya!
syukur alhamdulillah.
jauh di sudut hati mama berkata, "kenapa irfan cepat sgt besar ni?"
irfan, u will always be my little baby forever and ever! 
mama sayang sgt pada kamu.

first pic or Muhammad Irfan Hadiy taken just after his birth. 
fresh from mama's uterus.

pengalaman kelahiran baby irfan ada mama catatkan di sini

jom kita tgk wajah irfan setiap bulan!

wajah yg masih bengkak, baru sgt dilahirkan masa ni
oooo ni budaknya yg suka golek-golek dlm perut mama hihihi
sy adak rakam video pergerakan baby irfan dalam perut mama.
bila tgk balik sekarang ni alahai...indahnya saat itu. mama rindu!

day 1. bengkak dah kurang.
dah mula nampak iras abang iman masa baby.

day 2. "mama, switch off the flash please!"
hahaha nasib kamu ler dik dpt mama yg suka ambik gambo.
and now..baby irfan sgtttt mesra dgn kamera hikhikhik  

ok mama dah switch off flash dah.
wajah day 2 baby irfan.

day 3

day 4. tetiba pipi dah labuh hehehe

day 5. lena di ulit mimpi 3 beranak ni

1 bulan. dagu dah start berlapis

2 bulan..dah botak. terus nampak makin bulatttt

3 bulan. tetiba jadi budak hitam hahaha
masa ni baby irfan sgt iras dgn abg amal masa kecik

4 bulan. yeayyy dah meniarap!

5 bulan.

6 bulan. oooo masa ni baby irfan dah laju mara ke semua hala. 
mmg cepat btl dia ni nak besar, nak join abg2 main.

7 bulan.

8 bulan

9 bulan. demam nak tumbuh gigi

10 bulan. "look at my 1st teeth!"


11 bulan. warded haritu tu 3 hari 2 malam. dah nampak kurus masa ni huhuhu

"mama please lah! this entry is about ME! mama jgn selfie dlm entry irfan blh?"

-ok lah ok lah huhuhu-


dan ini irfan latest yg memasuki umur 1 tahun hari ini
syukur alhamdulillah
nampak tak betapa dia nak cepat membesar utk main dgn abang2 dia.
dah blh main pedang lawan2 you all!
klu berdiri kat tepi2 ni mmg dah laju melangkah.
sesekali lepas tangan.

"new ride for me yeayyy!!!"
"thank you mama for giving me this colorful ride as my birthday present."

- no irfan. u are the 3rd owner of this ride muahaha-
#irfanbuatmukasentap

dah pandai main lawan2 sendiri mcm ni
mmg dia sgt suka observe apa yg abg dia buat, then dia plak buat.

inilah style duduk irfan.
ikut style opah duduk

alolololo comel sgt kamu nak

doa mama tak pernah putus agar baby irfan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yg bijak pandai, yang sentiasa menyenangkan hati mama abah.

happy birthday sayang
mama sayang irfan sgt2.
tiba masa irfan baca entry mama ni, mungkin mama dah tiada lg di dunia.
sedekahkan bacaan al-fatihah buat mama ye sayang

jd orang baik2 yer.
paling penting, jangan pernah melupakan Allah SWT dalam setiap nafasmu.

itu dulu..bye sayanG!

mama sayangggg irfan sgt! muarghh!!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH