assalammualaikum =)
23 November 2018
alhamdulillah akhirnya tarikh ni muncul juga. hari terakhir sessi persekolahan 2018. dapatlah cuti 5 minggu. tapi bukan bermakna takde kerja cikgu kena buat, byk je kerja berderet2 menanti. mana yg blh diabaikan dulu, abai je lah hahaha
gambar terkini kami 5 beranak. abang iman dah pun tamat tahun 6. thn depan dah masuk sek menengah. beso dah anak bujang mama. berat dia dah 10kg lbh dr mama sila lah percaya huhu. mama sekarang 54kg dan abg iman 64kg. tinggi lambat lg kot dia blh potong mama sbb mama ni baka tinggi. tu tgk baru lepas bahu je tu. psra sek ptg dpt jaid jiddan alhamdulillah. upsr pula next wk baru keluar result. moga yg terbaik utk abg iman. tak taulah masuk sek mana ni nnt tingkatan 1. dah keluar upsr nnt, busy menguruskan persekolahan dia pulak.
abg amal, thn depan nak masuk tahun 4 dah. insyaa Allah abg amal akan pindah sek ke pekan sabak bernam yg lbh dekat dgn rumah. proses pertukaran sek abg amal akan diuruskan dlm cuti sek ni juga. nmpk tak byk nya hal kami nak urus dlm cuti ni. ada lagi tau...nnt aku list dlm ni hahaha
so pergi sek pagi, mama abah akan hantar amal. tgh hari amal akan transit di rumah kak fida (pembantu rumah aku yg dtg setiap weekend). pastu kak fida hantar sek agama pula..dekat je dgn rumah aku. ptg balik sek agama aku ambik. camtu lah plannya nnt. so no more menghala ke parit baru, no more pengasuh di parit baru, no more upah pemandu anak2 ke parit baharu. masa aku cakap kat pengasuh anak2 hari ni last anak2 dok dgn dia, menangis kak idah. mana taknya, dah 9thn dia mengasuh anak2 aku. since amal lepas pantang terus kak idah lah jd pengasuh. dah mcm keluarga sendiri. kak idah sgt bagus mengasuh anak2 aku. aku pun senang hati je anak2 tinggal dgn dia..rumah kampung, ada mbah wedok dan mbah lanang. anak2 kak idah juga rajin melayan anak2 aku. suami kak idah rajin je bwk amal / irfan masa depa kecik2 naik moto pi mengopi. oh..satu kenangan yg pasti aku takkan lupakan. 9thn wei anak2 aku membesar di tgn mereka..thn lepas mbah lanang dah meninggal dunia..al-fatihah utk mbah lanang.
kisah anak bongsu pula. irfan next year dah 5 thn so dah wajib pi sekolah. ikut plan sekarang, irfan akan kami daftarkan di little caliphs teluk intan. 20 minit lg ke atas selepas semesti. takpelah jauh sket, nnt mama abah bergilir2 lah hantar ambik dia tgh hari mengikut jadual waktu kami nnt. dah mohon pd pk supaya waktu pertama kami dlm jadual 2019 di selang selikan supaya kami dpt bergilir hntr irfan ke LC. now, kami hanya blh berdoa moga Allah permudahkan urusan kami thn depan insyaa Allah. ntahlah, aku yakin je klu niat kita betul, nak bg yg terbaik utk anak2, pasti Allah akan permudahkan semuanya. doa je byk2. camtu ler aku lalui hidup skrng, malas dah nak fikir lbh2 jika berdepan dgn masalah, pendek kata takmo stress memikirkan mslh yg dtg. tenang aje. serahkan pd Allah, doa banyak2...pasti Allah bagi jalan penyelesaian yg baik. takde ke sek lain yg lbh dekat utk irfan? ada je kat area simpang 4 ni pasti dan tadika..tp ntahlah. tak berkenan sgt. cukuplah iman amal di pasti sbb kat parit baru mmg takde pilihan lain dah. anak bongsu ni bg chance lah kami hantar sek swasta, nak merasa hehehe..wlu yuran agak mahal, takpe blh. ada rezeki utk irfan. amboi mama beli hbag byk2 blh takkan nak hntr anak ke LC berkira yuran mahal bagai kan?? gitu jerlah aku fikir. nak yg terbaik utk irfan...si bongsu kami. so pdpc LC bermula jam 8.30 - 12.30. pastu kami ambik irfan bwk ke sek. kul 2, mama balik umah bawa dia terus. klu ada meeting ptg, bawak jugak masuk meeting, mcm tulah plan nya. so far kat semesti ni ok je nmkpnya klu bwk anak masuk meeting pun..pentadbir tak kisah sgt asalkan anak tu tak ganggu meeting. insyaa Allah moga 2019 yg bakal tiba nnt, dpt dilalui dgn baik mengikut perancangan. doa banyak2.
mengenai en.suami pulak. haaaaa takmo lah cerita lbh2 pasal dia hahaha...rahsia hokay :p.
yg pasti, seiring berat badan yg semakin bertambah, ku lihat dia semakin kacak. gitewwww hahaha
ok apa lg nk buat cuti sekolah ni? byk wei..byk.
* urus pertukaran sekolah amal pagi petang. ambik masa gak ni. byk stepnya.
* pendaftaran irfan di little caliph
* urus persekolahan iman ting.1 2019 (takde plan apa lg ni)
* kenduri kawin adik ipar di alor star
* kenduri kawin adik ipar di kuala kangsar
* husband meeting menanda paper AK SPM. khabarnya seminggu dia kena berkg kat hotel. hadoi.
* daku blm tau lg terlibat dgn penyediaan buku pengurusan 2019 atau tak. mcm thn lps mmg terlibat sepenuhnya. byk kali kena dtg sek time cuti. thn ni blm ada apa2 info dr HM. tunggu jer lah.
* pastu kena cari ruang juga utk spent masa dah my mak. ini penting.
* nak juga bawa anak2 holiday dlm cuti sek ni. tp smpi skrng blm ada apa2 plan lg. mlm ni br nak hntr proposal kat husband. harap lulus hahaha.
...and the list goes on.
ok itu aje lah.
alhamdulillah utk 2 thn yg mudah di semesti. ada je benda2 tak best berlaku. sama je kat mana2 pun mesti ada masalah yg dihadapi. tp so far semua blh dilalui dgn baik..syukur. dah tua2 ni malas sgt nak beria2 sbnrnya. dok kira berapa thn nak pencen je ni hahaha.
bye semua!!































































