FOLLOWERS

Wednesday, January 28, 2015

VCK: susun atur kabinet bawah sinki

assalammualaikum =)

wordless Wednesday...blh ya?
share susun atur terkini kabinet bawah sinki di villa comel kami






lambatnya jumaat huhuhu

itu dulu. bye semua!

Monday, January 26, 2015

hectic week pheeww~

assalammualaikum =)

lap peluh kejap. saya keletihan. serious. jumaat lepas sy terpaksa mc sebab khamis mlm jumaat tu tetiba je irfan demam kuat. cecah 39.5C! aduhai anak..kenapa tetiba je demam ni. padahal sebelum tu elok jer bkn main aktif mcm biasa. anak-anak aku ni mmg paham sgt dah, asal abah nak os jer mesti demam. lagi satu asal balik dr kuala kangsar pun anak2 aku suka demam. tiga2 mcm tu. masa iman kecik dulu mcm nilah dia. amal kurang sket. ni irfan nmpk gaya style sama dgn abg iman. pastu demam stock terus lembik tak bermaya buat hati mama gundah gulana risauuuu. kalau amal tak, dia demam pun still aktif mcm biasa. maka jumaat tu dlm kul 11am berangkat lar en.suami ke perlis untuk ragbi. aku yg tinggal dgn anak2 ni terkontang kanting rasanya siang mlm. yg demam, yg ligat semacam, semua cukup lengkap. ok ni bkn merungut ya. kang ada plak kata aku tak bersyukur lar, apa lar. tidak, aku hanya meluahkan perasaan agar dapat release kepenatan aku ni. sebab yg rasa penat tu aku, bkn korang. ptg jumaat patut kena join gtg royong unit peperiksaan. pagi sabtu pula ada kejohanan merentas desa. semua aku tak dpt join gara2 irfan demam kuat. mujur pengetua dan kawan2 yg lain memahami. penat wei sorang2 handle 3 anak yg tgh ligat semacam ni. pastu baby irfan demam plak tu yg lagi jadikan keadaan aku huru hara. mujur ada mak yg menemani aku weekend hr tu. dpt gak dia bantu sket2 dlm keadaan dia pun tak sihat. tido mlm? sumpah kalau aku dpt tido straight 4jam pun aku dah rasa puassssss sgt. tp itulah yg susah utk aku dapat sekarang ni. allahhuakbar..moga pengorbanan ini di terima Allah, insyaallah. abang iman, syukur sgt2 dia dah boleh membantu aku byk perkara. smpi kdg2 dia merungut juga, semua abang iman kena katanya. so aku explain balik kat dia elok2, mujur dia memahami. sungguh dia sgt byk membantu aku handle lg 2 org tu. amal? alahai anak omak.

 ini hari khamis mlm jumaat. dlm pada dia tgh ligat main dgn abang2 dia, aku notice dia asik menguap jer. bila rasa dahi dia, oh dah mula panas. panas terus panas btl plak tu.
baby walker ni 3 generasi tau hehehe...
actually ada kepala itik yg besar kat situ. tp tertinggal plak kat kg. mlm ni masa hntr mak balik kg blh ambik sekali kepala itik tu.
condition masih tip top semuanya alhamdulillah.
tp irfan x berapa suka dok dlm baby walker ni. merangkak lg laju katanya hehehe

 really appreciate my mak yg sudi dtg menemani. dpt layan anak2 main pun dah cukup bagus alhamdulillah.
baby irfan takmo sgt dgn atuk dia.
biasalah tgh demam, klu blh nak melekatttttt je dgn mama.
ni td masa hantar ke rumah pengasuh pun runtun jiwa dibuatnya.
dah ler mama bgn subuh2 dia pun turut bgn sama.
kalut wei bersiap pagi td. masa aku dok kat katil nak pki stokin merangkak dia dtg merebahkan kepala kat riba mama. at this point yg sealunya buat aku nak resign keje. korang paham tak?

2 hari, jumaat dan sabtu yg dia demam kuat. 
cecah 39.5 ok...fuh..jenuh nak bantu bg turun suhu badan dia.

nampak tak merah muka baby irfan sebab suhu bdn dia panas sgt.

alhamdulillah..ahad semalam irfan dah tak demam. but still kena consume antibiotik.
pastu selera menyusu merudum.
mujur masih nak makan. so masih bertenaga utk main.

hari ni pagi takde kelas.
tapi petang kelas smpi kul 4.15pm.
semoga terus tabah ya azimah.

kepenatan aku sedikit terubat bila pagi td di kantin makcik cleaner yg bukan sesiapa tegur aku bertanya khabar aku sihat ke tak bermanis wajah dgn aku dan akhirnya dia kata:
'cikgu nmpk makin slim dah sekarang'. 
ohhhh la laaaaaa!
terus rasa nak lompat bintang kat situ.
terserlah kebesaran Allah SWT yg menghantar sesorang yg bkn sesiapa pun pd aku asalnya untuk menceriakan hari aku syukur alhamdulillah.
selalu berlaku bila org yg tiada apa2 hubungan dgn kita, bkn sesiapa pd kita, tapi org tu yg lbh pandai mengambil hati kita, kan? setuju tak?

btw, berat ahkak sekarang tinggal 50kg aje huhuhu...baru semalam i timbang.
betapa 2 minggu kerja ni aku btl2 kepenatan. 
itu dulu...bye semua!

Tuesday, January 20, 2015

irfan towards 9 month old

assalammualaikum =)

suam-suam kuku dah nampaknya blog ni ya huhuhu
apa blh buat, tak sempat nak update akibat dihambat rutin kesibukan harian
nasiblah kan..
kat umah mmg takdelah aku nak update blog.
ni pun sementara menanti kepulangan anak2 tersayang.
bygkan dah dekat 6.40pm tak smpi umah lagi.
baru lepas call en.suami, stuck kat bno tggu order mknn tak smpi2 lagi
nmpk gayanya hari ni cuti mengaji lar iman amal.

nak citer pasal baby irfan.
eh apsal cepat sgt membeso dik oi
30hb januri ni genap 9bln dah.
dah makin panjang akalnya.
gigi bawah dah tumbuh 1.
dah mula berdiri di tepi2.
jatuh toksah citer arr...dlm kawalan abahnya selalu sgt jatuh huhuhu
meraung! alahai anak kecik mama...kuat ok.

baby tower 3 generasi.
baru jer ambik dr rumah mak.
still boleh main wlupun condition dah kurengg
burung atas tu pun dah hilang bunyi
cukup suka irfan main kat sini
selamba jer dia berdiri kat situ

selalunya 'adik irfan' ni yg lebih2 hahaha
nmpk tu..feeling baby plak amal ni huhuhu
manja oi
maklumlah dia sorang yg bfd.
irfan sekarang ni nak bergerak ke mana pun mesti merangkak.
dah takde menyusur dlm keadaan meniarap mcm kuak dada tu.
nmpk abang iman tu, dia suka main lego yg kecik2 tu, so terpaksa main atas sofa
nak elak irfan kacau
tu pun selalu jer irfan pi 'main sama' hahaha
tapi tak penah pulak abg iman marah kat adik kecik dia ni
sayanggggg sgt.

rajin abg iman layan adik2 dia.
buat susu adik pun dah blh hehehe
inilah 3 arjuna di hati hamba :-)

ini dilakukan oleh en.suami huhuhu
so kalau jatuh takde le berdentum kan..wlupun dah selalu huhuhu
kalau anak2 ada kat rumah, jgn lar harap rumah nak ada dlm keadaan tersusun kemas sentiasa.
tp sy tak kisah...sbb suasana mcm nilah yg memberi nyawa pada rumah dan juga penghuninya..kan?

penyeri penghibur dlm family kami

dah pandai pok amai-amai belalang kupu-kupu hehehe comey sgt!

dah pernah jatuh katil sekali huhuhu cuak!

cairrrrrrrrrr hati mama tgk renungan dia mcm ni tau

bertambah cair bila dia sengih mcm ni
sayang kamu ketat2 wahai anak

itu dulu coretan petang hari selasa.
dah kul 6.49pm tapi anak2 masih blm smpi huwwaaaaa
sedih!
bye semua!

Friday, January 16, 2015

finally its friday!

assalammualaikum =)

it's friday yeayyyy!!!
dah kul 12tgh hari pun.
jap lagi nak balik, i nak tidooooooo puas2 muahahaha

minggu ni sgt meletihkan.
letih sgt.
sgt pun tak letih mcm i tau.
semalam sakit kepala dari pagi santak ke malam.
tak dapat nak layan anak2 sgt.
mujur en.suami memahami, dia yg banyak membantu.
irfan pula ntah kenapa renyah je tido mlm sekarang ni.
bila dah azan subuh berkumandang baru dia lena betul.

arghhhhhh terbayang2 katil dan bantal
nak tido nak tido nak tido.
malam ni nak main dgn anak2 puas2.
sabtu dan ahad juga nak all out layan anak2.

ok itu aje merepek hari ni.
nak siap2 nak balik hehehe

bye semua!

Wednesday, January 14, 2015

vck: storage organizing

assalammualaikum =)

fuh penat!
moh rehat jap sementara tggu latihan merentas desa kul 3pm ni.
cuaca hari ni dah le terik.
hitam ler TA nnt huhuhuhu

meh nak share citer.
ini juga dikerjakan masa cuti sekolah hujung tahun lepas.
mmg all out re-organize and re-deco of our vck.
bila tak bercuti ke mana, ni ler jadinya hehehe

kat vck takde bilik stor.
semua 4 bilik kami gunakan secara maksimum.
saper2 yg follow catatan aku dlm blog ni pasti tahu.
 so kat mana kami simpan segala mcm peradak?
jawapannya di bilik nom 3 hahaha
kat situ lar soho kami suami isteri..
kat situlah mini library
kat situlah tempat main ps2 anak2
kat situ juga stor kami

untuk memastikan bilik ni dlm keadaan yg sgttttt kondusif utk kami gunakan
maka susun atur barang2 / peradak mestilah kemas.

 alhamdulillah...dapat juga rak besi ni. 
siap dpt 2 ketul hehehe
warna merah lg tu..i is suka!

terima kasih en.suami yg gigih bantu sy set up rak besi ni
bila barang2 di susun kat sini, senang nak ambik.
kalau dulu takde rak besi, mmg susun jer bertindih2.
bila nak ambik barang yg bawah sekali, jenuh.
paling penting kena pastikan barang2 ni semua dlm keadaan yg tersusun, 
baru sedap mata memandang.
moga blh dijadikan contoh bg mereka yg nak mencontohi ya :-)

kedudukan rak besi ni di dinding sebelah kanan bilik ni.
setentang dgn dinding ni adalah mini library + ps2 centre.
soho suami di sudut kiri tepi tingkap nun.
soho say pula di dinding kiri setentang tingkap.
blh imagine?
bagusss.

bila lar en.suami nak install econ kat bilik ni ya huhuhu
panassss sgt waktu siang dlm bilik ni
alangkah kondusif nya kalau ada econ.

baru ni en,suami tanya: 
'kalau abg ada budget, ma nak install econ kat bilik nom.3 or nak pi bercuti?'

aduhhhhh pilihan tu sgt susah nak di pilih.\
kalau u all pilih yg mana?

ok itu dulu..bye semua!

Tuesday, January 13, 2015

kisah hari pertama persekolahan iman amal

assalammualaikum =)

rehat jap dr keje. update blog jap.
nak citer pasal hari pertama persekolahan 2015 iman dan amal.
catatan ni blh jadi kenangan utk mereka nnt insyaallah

maka bermulalah rutin harian mama sebgai ibu yg bekerja
5.30am dah bgn tido
mlm pun tak berapa nak lena, almaklumlah ada baby.
moga pengorbanan ini diterima Allah SWT insyaallah.
 mlm isnin tu, anak2 dipaksa masuk tido jam 10mlm.
dekat kul 11 baru amal lena.
iman kul 11 lbh pun tak lena lagi.
kesian dia susah nak tido..mana tak nya siang dua2 tido huhu
subuh isnin, 6.10am dah kejut depa.
mujur ok aje. both excited nak ke sekolah.
oh ya lupa nak bgtau, amal dapat masuk pra sekolah alhamdulillah.
cikgu pra call mama last min a week before school inform ada yg tarik diri.
mmg rezeki amal sgt2. 
rezeki mama abah juga, memudahkan pengurusan hantar kat 1 sekolah aje.
syukur alhamdulillah.
terus simpan baju kemas masuk tong dan keluarkan stock baju pra iman yg lama.
basuh bersih2 dan iron.

 masa ni dlm kul 6.30am
solat subuh berjemaah..alhamdulillah

6.45am, sebelum bertolak ke sekolah sempat ambik gambo dgn iman amal dulu.
masa ni baby irfan lena kat baby car seat dah.

 *ehemm* TA pakai baju dan tudung baru :D

kualiti gambo tak memuaskan huhuhu
en.suami i ni mmg tau..shaking sokmo bila ambik gambo
tak puas hati, moh tempek gambo mama dan iman masa iman pi mesyuarat pengawas tempoh hari.

handsome woi!
wakakakka puji anak sendiri wakakka

kebetulan tarikh iman mesyuarat pengawas sama dgn tarikh mama meeting 29 dis 2014

moga tahun ini abg iman lbh berjaya dlm bidang akademik ok
moga jawatan pengawas dpt mendidik abg iman utk lebih berdisplin dan bertanggung jawap
itu doa mama utk kamu sayang

gambar yg teacher huda hantar.
terima kasih teacher
uiks gomoknya anak TA hahaha

pakai baju lama abg iman.
saiz agak besar utk anak manja mama yg kurus ni,
takpe..dah dpt baju baru, blh tukar2

 rasa syukur tak terkata bila dpt call dr cikgu nennie bgtau amal dpt masuk pra.
thn ni cikgu baru, tp dah 16thn pengalaman mengajar pra sekolah.
alhamdulillah...cikgu terbaik utk amal.

 masa ni tgh tggu pk untuk beri taklimat ringkas.
so far amal ok aje..seronok je dia tak nangis lansung.
masa mama nak balik ramai juga budak2 yg nangis. 
tp amal dok menyengih aje. 

 pk tgh bagi taklimat.
thn ni sesi persekolahan pra bermula 7.40-11.40am
oooo puas hati sgt masa masuk sama dgn abg iman.
takyah lar amal tggu lama kat kerusi depan sekolah.
biasanya 7.20am depa dah smpi sekolah.
lepas tu mama berdesup pula ke sekolah mama

 cikgu nennie yg cantik
cikgu nennie kata waktu sarapan pagi 7.30-7.40am.
7.40am pdp bermula
isnin, rabu dan kjumaat pakai baju kemeja purple.
elok benor, amal dah ada 3pasang baju kemeja purple ni.
selasa dan khamis pakai tshirt sukan.

 ni mas anak balik semalam
menyengih tgk mama dah smpi

bila di tanya belajar apa?
dia kata belajar lukis bulatan 
makan habis tak?
habis mama...
emmm...kalau kat rumah susah btl nak mkn byk hehehe

anak2 mama abang iman dan abang amal,
belajar rajin2 ya nak,
jadi org yg berguna untuk agama bangsa dan negara
jadi org yg bijak pandai ya
mama abah takde harta nak bagi, hanya ilmu
ingat Allah sentiasa..
apapun yg kita lakukan, niatkan kerana Allah ok sayang..
mama love both of you sooooo much
moga jadi contoh yg baik buat baby irfan
insyaallah...

itu dulu, bye semua!

Sunday, January 11, 2015

di mana saya beli white laundry basket

assalammualaikum =)

ramai yang bertanya kat mana saya beli double white laundry basket tu kan?
saya beli online..sebab tak smpi lagi ke home pro sana nun, jauh beno hehehe

so sape2 nak beli brg2 home pro blh add friend adik ni kat fb ya
adik kot. aku kakak kot huhu
dia ambik brg2 ni dr home pro hatyai thailand
harga yg dia jual termasuk pos sgtttt berbaloi2
actually byk lg brg lain yg dia jual
twin-double white laundry basket pun ada

ok itu aje nak share di pagi ahad ni
i is sedang mengumpul semangat nak mula keje esok huhuhu
ptg ni pun dah terlibat dgn pendaftaran pelajar
tahun ni jadi guru kelas kedua plakkkk
punya dah lama tak jadi guru kelas, tahun ni terpilih plak adeh.
nasib baik yg kedua aje.

ok itu dulu..bye semua!

Friday, January 09, 2015

new decoration of my work space at staff room.

assalammualaikum =)

*tajuk nak omputih aje. nyampah*

salam pagi jumaat yg indah buat semua
hujan sepanjang malam, so pagi ni sejuk damai aje alhamdulillah
suka dgn cuaca mcm ni.

tahun 2015 bermakna masuk 11 thn sy di SBPISB.
mmg berhajat utk thn ke-11 ni nak ubah dekorasi,
 nak sisihkan apa patut dr work space sy di bilik guru.
masih di tempat yg sama since sy posting pd thn 2005.
ada juga ura2 suara yg suh sy pindah dok bilik ketua bidang sbb sy su bidang dan juga GC
tapi smpi ke hari ni tiada arahan rasmi so tak perlu lar susah2 nak pindah kan?
emm mungkin itu suara2 yg tak suka sy dok bilik guru kot hahaha
abaikan.

maka utk tahun 2015, tiada lagi key chain yg bergayutan di work space sy ni
semua dah simpan elok2 dlm storage
kenangan gak semua tu kan

inilah dia simple decoration of my work space
mmg tak suka crowded
rasa takleh buat kerja klu meja dlm keadaan crowded
rasa lemas

ruang keseluruhan work space sy.
L shape table.
paling penting semuanya mesti dlm keadaan tersusun dan kemas.
deco tu takde apa sgt pun selain ada ayat kufi dan bunga di situ

 ayat kufi ni mcm biasa print sendiri aje atas glossy paper then tampal atas mounting board hitam.
moga lebih byk zikir yg dpt sy lafazkan dgn adanya ayat kufi ni di sini insyaallah
segala mcm to do list dan nota2 penting blh sepit kat tali tu
saja suka2 hahaha
actually kalau nak cucuk je kat soft board tu guna thumb tack warna warni tu pun blh :p

 bunga beli kat kaison
pasu ultraman dpt free masa pi hatyai tempoh hari
bekas air sbnrnya tu
3 botol kosong actually bekas paper clip.
nnt dah edar slip pbs blh masukkan semula paper clip dlm ni

 simple aje, yg penting mata tak serabut memandang

ni bhgn kiri meja sy td
kang ada yg pelik plak kenapa cikgu tak byk buku hehehe
banyakkkkkk ni ha sy simpan kat rak buku 3 tingkat ni
penuh
dlm almari tu pulak penuh dgn fail2 dan dokumen penting yg tak blh disisihkan
atas almari adalah ruang utk tugasan2 yg pelajar hantar
so takdelah kacau atas meja sy kan.

ok itu aje..
cuti tinggal 2 hari je ni huhuhu

ok bye semua!

Wednesday, January 07, 2015

white laundry basket idaman hati

assalammualaikum =)

hari ni i kat sek utk siapkan apa patut sebelum kelas bermula isnin depan.
esok pun ke sekolah untuk gotong royong.
semangat ni nak mula kerja.

sebenarnya dah lama mengidam untuk beli white laundry basket
tapi susah nak jumpa kan?
hr tu kat group kami suka susun atur viral jap pasal home pro yg baru buka kat ioi city mall nun.
mcm bestttttt je tp nak pegi ya ampun jauhnya putrajaya
mcm2 barang rumah org dok tayang
aku telan air liur je tengok semua cun semua nak huhuhu
tetiba ada sorang sis ni kat fb juga jual brg2 home pro di hatyai thailand nun.
ooo rupanya dia dok perlis.
apa lagi gigih ahkak order laundry basket putih idaman hati wakakakka

sukkkkkkkkaaaaaaaa sgt!
basket bawah untuk baju kotor 4 orang 
and yg atas utk baju kotor baby yg masih diasingkan ketika cuci.
paling takleh blah best nya sebab ada roda...
i is tolak aje dr bilik utama ke laundry area wewewewe suka!
cuba korang tgk putih dia, putih susu tu. 
kalah bakul sampah ikea tepi tu putihnya tau.
ada lg satu jenis tu lagi lebar, bakul bawah tu ada dua kiri kanan.
tp sy ambik yg single ni je sesuai dgn space kat sini.
alhamdulillah saiz dia pun cukup elok untuk kami 5 beranak
harga rm59.90 + rm10 utk pos

2015 ni nampak gaya makin galak aku shopping online huhuhu
sampaikan husband aku pun terjebak sama
tetiba dia bgtau dia shopping jam tgn kat lazada
ecewahhhhhh bang, ma pun tak penah shopping kat lazada lg.
takleh jadi ni. tercabar rasanya hahahah

ok sambung keje
bye semua!

Tuesday, January 06, 2015

irfan dah 8 bulan

assalammualaikum =)

sekejap benar rasanya masa berlalu.
terlalu cepat.
30 dis 2014 lalu genap irfan 8 bulan dah
sangatttttt mudah menguruskan irfan alhamdulillah sgt. 
tak banyak kerenah.
bkn jenis perengek.
mungkin sebab dah ada 2org abg kan
jadi rasa cepat btl dia membesar.
iman dulu mcm lamaaaa jer baby hahaha...

mcm2 perkembangan dah irfan ni sekarang
makin hari makin bertambah akal.
setakat villa comel kami ni semua dia dah tawaf.
tu blm dpt kaki lg tu.
dia menyusur bkn mcm askar tu tau, tapi mcm kuak kupu2 tu
smpi kadang kesian tgk dia, tak sakit ke dada dik?
laju plak tu..terhentak2 ke lantai
tp nmpk dia ok aje..yer lar dah dia dpt mcm tu kan hehehe
 comel sgt fan fan fan mama ni tau
aah kat rumah ni most of the time kami semua panggil dia fan fan fan (bkn fan kipas tu. fAn)
terkekek dia ketawa

tgk ni..habis dia discover
abg iman sayang sgt adik dia...mana2 pun mesti dia dok jaga
berani tak jaga? nnt mama menyinga haha

 bukan dia sedar mama snap gambar..
tu yg tengkuk tersangkut kat bakul tu pun bkn dia tau hehe
padahal bakul tu kosong je
saja suka main tepuk tepuk tepuk

bila dipanggil baru dia perasan dah tersangkut mcm tu..
bunyi sekejap..
terus abg iman btlkan

 sekarang ni soft toys mmg dia tak heran dah 
tak berusik pun kalau dilonggok tepi dia
yg dia main ni haaaaaa
koleksi abg2 dia.
apa yg abg2 dia main..itu yg dia dok ralit sama main.


2org budak hitam hehehe

 ni masa hujan lebat tempoh hari
bila dgr bunyi hujan, nmpk hujan, laju dia ke pintu nak discover 

 nampak tu, dia sibuk sama nak keluarkan toys dr storage
dah mcm budak besar gayanya

 nmpk tak selonggok soft toys tu?
lansung tak dipedulikan
tak lama lagi i nak lelong hehehe

 mlm td tak berapa nak tido..
renyah jer
2am-4am layan mama tgk tv
correction, mama yg kena layan dia yg taknak tido huhuhu
nak tumbuh gigi punya pasal
ptg smlm smpi berdarah sapu tgn dia dok gigit2 sbb gatal gusi
gusi dia nak pecah lar tu, nak kuar gigi
mlm td nmpk dah gigi dia kuar
mujur tak demam alhamdulillah

fan fan fan kesayangan mama, 
cuti mama nak habis dah huhuhu sedeih.
nnt fan fan fan kena stay kat umah emak ya.
habis work mama abah ambik. petang lar fan :-(
malam kita main sama2 ok.
weekend kita ada utk discover mcm2 lg...

itu dulu sayang...bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH