FOLLOWERS

Saturday, August 31, 2013

Open house lagi

Assalammualaikum =)

Minggu ni mmg x masak ya hikhik TA suka sgt tau :p hari ni kami memenuhi jemputan hari raya dr ex-student di teluk intan. Kbtln en.suami kenal dgn ayah opi ni. Opi pun baik dgn kami. Kat sek dulu diorang kata opi dgn en.suami ni mcm adik dgn abang. Lama dah x jumpa...


Sempat possing dulu sblm bertolak td. Amacam..gojes tak cikgu azimah tua ni? Hahaha...sabor jer lar.


Ayah opi turut meraikan anak2 yatim dan oku. Alhamdulillah...syukur... masih ada insan mulia yg turut berkongsi nikmat Allah dgn mereka yg kurang berupaya.


En.suami dan opi. Ada iras tak? Hehehe...
Ok majlis nak mula dah. Itu dulu ya...bye semua!

posted from Bloggeroid

Friday, August 30, 2013

Chang Puak Camp - Hatyai

assalammualaikum =)

jom sambung citer cuti2 hatyai sy. so lepas keluar dr nora plaza dan renu plaza, kami menghala ke songkhla plak. tourist guide tu bg pilihan nak singgah ice dome atau nak tgk gajah. memandangkan ice dome tu lbh kurang snow walk di icity, so kami sebulat suara bersetuju nak pi tgk gajah. we all nak naik gajah hehehe...1st time ni nak naik gajah :P

chang puak camp hatyai. besar kawasan ni. blh naik gajah merentas hutan dlm 30 min, blh main atv, blh main archery. kalau nak main semua lbh kurang rm100 sorang. mahal lar plak. so kami pilih utk naik gajah jer. sorang rm50. blh lar...sekali seumur hidup. en.suami dulu penah naik gajah dah bawak iman masa iman kecik2. masa tu kat melaka tak silap. sy mcm geli kot nak naik gajah ni hahaha...tp this time tabahkan diri jugak lar..

suasana di dlm camp. cuaca panas masa ni. view pun cantik jer kat sini. 


 haaaaa kitorang dah start naik gajah ni masa ni. sakit badan arr naik gajah ni. sbb badan bergoyang2 kena ikut gerakan gajah tu. kalau lawan gerakan dia lagi sakit kot badan. lama plak tu setengah jam. 
org yg bwk kami naik gajah ni sgt tak mesra alam. tah apa2. pastu cer korang baca yg ditulis kat topi dia tu. bg jgk lar...

sepanjang naik gajah merentas hutan tu, kami dihidangkan dengan pemandangan yg sgt cantik 




 masa naik gajah ni ada lar staff dia yg snap gambo. 2 keping sy beli sbb mmg cun ar pic tu. 



 pastu bg gajah mkn pisang plak. sy cuba gak bg, menjerit i tau. huhuhu...geli ok! takut pun ya. sekali tu jer lar..




 abaikan muka yg berminyak tu ya. mmg cuaca sgt panas masa ni. gambar ni cantik sgt...org yg bwk gaah tu serius nmpk sgt muka thai. dah jadi mcm klasik jer gambar ni. letak kat vck..jd hiasan. 

kalau lar dpt buaian kayu ni letak kat vck..mesti cantik.

impian nak drive atv yg masih blm tercapai...
takpelah, maybe lain kali plak.
lepas naik gajah tu diorang bg free buah dan mineral water.

itu dulu ya...bye semua!

Thursday, August 29, 2013

hatyai: nora plaza dan renu plaza

assalammualaikum =)

jom sambung citer jalan2 di hatyai
walaupun citer pasal raya tak abis lagi, takpe kita citer pasal hatyai dulu.

kami tiba di hatyai dlm kul 10pg waktu malaysia. sepatutnya sarapan free kami dpt pd hari ke-2, tp tourist guide tu awalkan ke hari pertama supaya hari kedua kami blh bangun lambat sesuka hati hehehe.
nama kedai mkn halal ni sy tak pasti. perut dah lapar so terus masuk ambik nasi. lunch jer terus senang dan jimat hahaha..maklumlah yg ni kami dpt free blh ambik apa saja kecuali kambing. 

ini pilihan en.suami. ikan tu mcm ikan siakap. masak apa taktau

ini pula pilihan saya. alahai...serius taktau nak mkn apa kat sini. pilihan tak byk.

teh ais dan milo ais ni pun tak kena sgt kat tekak kami. terlampau manis sbb dia letak byk creamer. tak suka tak suka. tapi ramai jer kata sedap. tapi roti canai kat sini mmg sedap sgt smpi tak sempat snap gambo. diorang goreng canai tak guna minyak tapi guna planta. rasa dia sgt sedap dan rangup. kari dia pun sedap jgk. 

kami kami sekitar tempat mkn td. tak plan pun nak pakai sedondon, in fact mmg tak sama pun warna baju kami ni. tapi dlm gambar nampak sama plak. ok jer lar kan...hikhik

pastu bas bawak kami shopping di nora plaza. dlm bas, tourist guide tu promote tahap lipan bara punya tempat ni. dia kata murah dll...ramai jgk yg terjebak beli mcm2 kat cni. tapi sy tak beli apa kecuali keychain toyota. kenapa? sbb sy dapati harga kat sini mahal semacam. apsal harga souvenir yg sy beli kat singapore dulu lbh murah dr harga kat nora plaza ni? jeng jeng jeng...

pilihan mmg byk arr tapi harga mahal. 
sekali tu....haaa btl arr tourist guide tu tipu. sy rasa dia dpt tips kot dr kedai ni. 
so kawan2, kesimpulannya kalau pi hatyai JANGAN SHOPPING DI NORA PLAZA NI. barangan yang sama kat tempat lain jauh lbh murah berganda2 dr nora plaza ni ok. kalau tak pi sini pun takpe, byk lg tempat lain yg best utk shopping.

kat sini siap ada jual batu2 utk buat barang kemas dgn gred yg terbaik katanya. ramai jgk yg beli. tapi sy bkn peminta barang kemas. so tgk tgk ajer lar hehehe..

model nora plaza hahaha...
turun bas dpn nora plaza tu ada org akan snap gambar kita then dia frame dgn tulis hatyai-thailand 2013. rm10 jer so beli lar 1 utk kenangan. 

lagi pic TA di sekitar nora plaza. takde macet pun kat sini. kat bangkok mungkin kot. 

eh ada jgk arr sistem pendawaian yang merentas kiri kanan jalan raya hahaha

renu plaza tempat jual kekacang dan segala pes tomyam dll..pendek kata tempat jual mknn made in thailand yg halal. tak beli apa pun kat sini.

pastu kami meneruskan perjalanan ke songkhla pula utk ke simila beach. 

sebelum tiba di simila beach, kami berhenti di satu perkampungan islam utk solat di masjid dan mkn tgh hari. 
tu citer kemudian plak ya. bye semua!

macam-macam hal. sabor jer lar.

assalammualaikum =)

nak membebel pagi2 hari ni lantak.
nak membebel kat telinga orang kang ada yang marah plak
baik membebel kat blog aje. 
susah sket lar sebab kena taip
membebel guna mulut lagi best kot :P

  1. mula2 hari tu satu pasu bunga yang hilang dr vck. mujur jumpa balik kat 1 umah i**ia ni. pastu bola anak2 plak hilang. pastu pelita raya pun hilang 3-4biji. minggu ni basikal abang iman + 2 skuter anak2 turut hilang! bengang siot. dah mcm tak selamat dok umah sendiri. tgk lar nanti...aku nak pasang cctv kat rumah. nasiblar. aku yakin sgt2 mesti 'org2 tu jgk' yg curi. sbb aku selalu nampak budak2 'org tu' dok jalan area vck mata jeling2. hampeh ok! hampeh!
  2. kat sek ni ada sorang cikgu baru namanya Nor Azimah bt MUDA. so automatik aku jadi cikgu azimah TUA. aku sentap ok..sentap! paling tak best siap jd bahan gurauan kat dlm contact hour. pastu pikir2 balik..alar...takpelar kot. dah mmg aku dah tua. so ok lar...tua2 pun maintain vouge apa miahahaha.. mujur di kalangan students dah jadi 'cikgu azimah lama' ok sket lar dr tua tu hahaha...
  3. ketagihan online shopping semakin menjadi2 acane ni??? terkini aku dah jatuh cinta dgn t-shirt muslimah plak. zariya, jameela, wafiyya dll..alahai...comel2nya baju tu semua. banyak kali dah aku beli online hahaha...mujur en.suami restu jer :P
baru jer dpt pagi ni ha. 3 helai tshirt muslimah dr 't-shirt muslimah rancak' di facebook
aku takde facebook acc ya kawan2. utk shopping aku tumpang facebook suami hahaha

4.  minggu ni ada jemputan open house isnin-ahad terbaik! 

itu dulu...bye semua!

Wednesday, August 28, 2013

Hatyai as a sex city?

assalammualaikum =)

'post-mortem' yang kami buat di bilik guru selepas balik dr hatyai dlm ruang gosip2, sejujurnya kami sepakat bahawa tak nampak hatyai itu sebagai sex city seperti yg diwarwarkan. sungguh tau. padahal kami berada di sekitar lee garden tu (ala2 uptown) sehingga lbh jam 12tgh malam. mungkin kegiatan diorang berpusat kot tu yg kami tak jumpa. in fact kami tak cari pun kan hehehe... kalau pi kl lagi mudah kot jumpa 'mereka2 itu' beserta pub yang bersepah. kat hatyai kami tak nampak pun pub2 tu semua. kedai urut mmg banyak. haaaaa terkilan tau sbb masa kat sana kejap sgt, sampai tak dpt nak rasa thai massage or oil massage :-(

tapi cd lucah mmg bersepah dijual. 50 baht. takde cover2 punya. alar...diorang bukan ada konsep halal haram or cetak rompak hehehe...tinggal lagi agama yang membenarkan atau tidak

eh tapi org islam ramai arr kat sana. senang jer nampak orang bertudung di mana2 siang dan malam. ingtakan org malaysia. tapi bila dgr diorang bercakap baru tau org thai. pakai tudung pun mcm kkta semua kat malaysia ni.

cuma ada lar lalu kedai2 mcm ni di mana menurut pemandu pelancong kami, ni kawasan shopping pelacur utk mendapatkan baju2 sexy dgn harga yg murah.

besar jgk kawasan ni. sy snap gambo dr dlm bas aje.

ok itu dulu...bye semua!

Tuesday, August 27, 2013

kisah sepanjang perjalanan ke hatyai

assalammualaikum =)

kita sambung cerita lagi ya.

 lawatan kali ni, sy dan en.suami mengikuti 'rombongan cik kiah' kelab guru dan staff sbpisb menaiki bas persiaran ke hatyai. tapi ada jgk yg bkn dr family sbpisb turut serta dlm lawatan ni utk melengkapkan jumlah 44 org dlm bas. TA kan org sekinchan...pastu tgk bas ni promote sekinchan, tu yg teruja bergambar kat bas ni hehehe
kami bertolak dr sbpisb jam 11.30 mlm ( 23 ogos 2013). ada 2x berhenti sebelum sampai di imigresen malaysia-thailand bukit kayu hitam. 

 kami tiba di imigresen dlm kul 8.00pg waktu malaysia mcm tu. waktu thailand awal sejam dr waktu malaysian, means masa ni kat thailand baru jam 7pg. org yg beratur nak masuk thailand sgt lar ramai. sesak!. mujur kaunter byk yg beroperasi, lbh setgh jam jgk lar kami beratur nak lepas imigresen.

pastu naik bas semula melalui danok menuju ke hatyai. plan nak sarapan pagi kat hatyai jer nanti. perjalanan dr danok ke hatyai ni lbh kurang 45min menaiki bas. sempat lelap gak tu hehe..tapi sbb dah puas lelap mlm td dlm bas, so pagi ni sy just menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan ke hatyai. bila lagi nak lihat suasana di tempat orang, ini lar masanya :-)

 kalau tak silap ni kat danok lagi. mcm ni lah keadaan bangunan di sana. lalu lintas jgak tak sesak...elok jer bergerak bas kami

pendawaian elektrik yg berselirat. kfc tak halal ya kawan2.

semua gambar2 ni sy snap dr dlm bas jer. kalau di indonesia, mpv sgt banyak di sana tapi kat thailand ni lbh kurang mcm malaysia. kereta pun byk. toyota..honda...dll...


 mcdonald pun tak halal ya




kat indonesia, taxi ni dipanggil angkut. di thailand, ia dipanggil tuk tuk. merasa jgk lar kami naik tuk tuk ni hehe... utk perjalanan dlm bandar. setiap penumpang dikenakan bayaran 20baht (rm2)



tempat pertama yg kami tuju adalah tempat makan...masing2 dah lapo masa ni. tp gambar atas ni bkn tempat mkn nya ok. ceriat bersambung lagi...

itu dulu bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH