FOLLOWERS

Friday, May 31, 2013

Tudung 'faedah' in the house! ada sesiapa yg berminat?

assalammualaikum =)

sungguh sy tak mampu nak pakai tudung fareeda ni
mahal sgt bg sy
RM179 nak letak atas kepala, rasa berat jer kepala huhu
tapi hati mmg teringin nak ada dan pki tudung ni
yerlar sape tak tergoda tgk design dan warna tudung ni yg sgt menarik
maka memendam perasaan lar jawapnya...
dok kecek2 en.suami, katanya baik beli tudung pasar malam
harga tu blh dpt 18 helai tudung!
walahhhhhh diam jer lar kita huhu

 tapi tak sangka sungguh, ada juga rezeki saya nak merasa tudung ni
syukur alhamdulillah
bukan 1 bukan 2, tapi 4! puas hati hehe
sejujurnya sy tak beli tudung ni kat butik dia
tapi sy beli kat tukang jahit dia! 
ngeh ngeh ngeh....misi berjaya!
sy dpt mengesan tukang jahit tudung ni
so dia blh jual dgn harga yg lbh murah dr butik
tapi dah tentulah takde label takde brooch
sbb yg mahal tu kan harga labelnya! kan? kan?
yg penting kualiti, saiz, jenis kain mmg sama dgn yg kat butik

tudung yg TA pakai ni saiz M ya

paling best sy blh pilih warna apa yg sy nak pd setiap layer!
dah tentulah mengikut pilihan warna baju kan hehe
blh tentukan sendiri
warna awning = ??
warna layer 1= ??
warna layer 2 = ??
warna layer 3 = ??
 sungguh puas hati...

blh jer buka website tudung far**da ni then ikut warna tudung kat butik ni. takde mslh
eh tetiba letak ** plak yer kah kah kah

dan juga yg benar2 menambat hati.. sy blh request utk labuhkan sket bhgn depan tudung ni
semuanya mengikut pilihan anda!
wah bunyinya sgt2 promote kan hahaha

so klu ada sesape yg berminat nak tempah tudung ni mengikut pilihan anda
blh email sy kat azima03@yahoo.com

berikut adalah info tudung ni dgn lbh detail ok:

bagi kain 1st gred yg sama sebijik sejibun dgn di butik:
3 layer = RM120.00
2 layer = RM110.00
(untuk saiz S-L)

kain 2nd gred, lain sket dr kain 1st gred tp tetap cantik, x nmpk beza sgt pun:

3 layer saiz S dan M = RM85.00
3 layer saiz L dan XL = RM90.00
3 layer saiz XXL = RM95.00
3 layer saiz XXXL = RM100.00

2 layer saiz S dan M = RM75.00
3 layer saiz L dan XL = RM80.00
3 layer saiz XXL = RM90.00
3 layer saiz XXXL = RM95.00

semua harga ni dah termasuk pos ya

ini harga yg melibatkan pos. 
yg tak melibatkan pos, harga kurang rm10 ok ;-)

labuh dari dagu ke bawah:
untuk saiz S: 11inci
saiz M: 13inci
saiz L: 15inci
(kalau nak ikut saiz tudung di butik juga blh, takde masalah)

ini plak stock brooch terbaru yg blh dipadankan 
dgn tudung yg anda tempah ok






kalau beli sekali dgn tudung, 1 for rm20. 
tanpa tudung 1 for rm25
* ask me 1st ok sebab dah ada yg sold out

penghantaran tempahan akan dibuat setiap hari Jumaat.
tudung yg ditempah akan siap pada hari Jumaat minggu depannya
dan akan di pos pada setiap isnin.
faham ke? tak faham tanya saya yer
tudung anda akan di pos dalam tupperware bulat.


happy shopping 
bye bye!

P/S: alhamdulillah.... ramai customer yg dah repeat order :D
untuk maklumat dari masa ke semasa, you all blh tgk semua entry berlabel 'tudung' ok
kat situ sy display cth2 tudung customer yg telah siap di tempah.

legoland malaysia 2013

assalammualaikum =)

heeeee tak tahan plak hidup tanpa internet connection. so td i dah purchase 1GB superbooster YES. jadilah...harap bertahan hingga 7 june akan dtg. sambil2 tgh rest ni i cuba gigihkan diri untuk create entry baru mengenai holiday kami tempoh hari. emm..rasa2 nya, i hanya upload 1 entry sahaja mengenai pecutian kami di legoland. bukan apa, tahun lepas kan dah ke sana and dah buat details entry pun. klu sape2 nak tgk blh click pd link 'legoland malaysia' kat sidebar kanan blog ni. legoland malaysia masih sama. legoland hotel pun tak siap lagi. dijangka siap on 2014. apa yg berbezanya adalah cerita kami di sana. masa nak masuk tak perlu lg nak Q pepanjnag sbb kami dah ada annual pass. this time, amal merengek mengamuk tak pepasal banyak kali kat sini. dia mintak benda yg takde di legoland. emm takleh nak kata apa, dia mmg tgh melalui fasa mengamuk skang ni. mmg kdg tu hilang kesabaran dibuatnya. dr mula masuk ke legoland ni, amal dah ckp dia tak sabar2 nak main' buat kereta' dr block2 lego. kat zone mana tah saya pun dah tak ingat apa nama tempatnya. since thn lepas lg dia cukup suka main yg 1 ni. lepas siap keta tu, kita blh race dgn keta lain pd track yg disediakan. nak dijadikan cerita, tak smpi 5min kami masuk tempat main buat keta ni, kami dah diminta keluar oleh staff bertugas dgn alasan baru terima call dr manager inform ada school booking untuk tempat ni. saat itulah amal mengeluarkan segala tantrum yg ada. menangis meraung2 tak nak keluar. abah dia dokong jugak bawak keluar. masih lagi meraung2. lama ok. jenuh plak staff kat situ dok pujuk dia tp tak jalan jgk. tetiba amukan dia bertukar kepada 'nak air botol laici' aduhai...mana nak cari kat sini. takde hokay. jenuh explain kat dia tp still takde perubahan apa. sudahnya abah dia bawak pi caru air milo. mujur ada. beli jugak lar mahal camne pun. diam sekejap. tak lama lepas tu meraung blk. dekat sejam jgk lar kami berkg depan pintu masuk tempat main buat keta tu sbb amal taknak ke mana dah. kalau diam takpe. ni meraung2 semua org tgk mmg haru huhuhu...
bila tempat tu dah dibuka semula, dia blh melangkah masuk dgn sejuta senyuman yg manis hahaha...sabojer lar. lama gak kitorang kat dlm tu bg dia main smpi dia bosan. atlast dia sendiri yg ajak kami ke tempat lain plak. ada lar sejam lbh dlm tu. mujur econ kuat. mama siap seludup pau mahal 2 ketul masuk dlm ni suap anak2 makan. byk diorang mkn. mind you..kat dalam ni semua makanan mahal. that is why takleh nak pi selalu huhu...kami keluar dr legoland sekitar jam 5pm. lagi apa nak citer ya.
hari kedua pun kami masuk lagi ke legoland. this time masuk around kul 2pm camtu lepas kami keluar dr puteri harbour family theme park. hari selasa ni agak lengang berbanding  semalam. cuma cuaca panas tu memang terik. masa mood amal tgh ok dpt lar kami main games yg tak merasa main lg sebelum ni. Q pun tak panjang mcm thn lepas so puas hati sgt2. tapi tak lama. dalam kul 4pm mcm tu kami dah keluar dr legoland sbb masing2 mood dah kelaut. amal apatah lagi. letih dan mengantuk kot. masa nak ke parking kereta yg serius jauh kena menapak tu, amal dah tertido. sian dia. abang iman pun kesian sgt sbb kaki dah sakit tapi still kena melangkah jgk. 
apapun...we all tetap enjoy main mcm2 kat sini. anak2 terutamanya. masa mood amal tgh baik, mmg nampak jelas dia sgt2 seronok bermain dgn abg iman. jom tgk sket gambar kami di legland utk tahun ni ya. 






 cuaca yg panas terik



 anak2 tetap dpt habuan mereka di sini. 1 pedang 1 perisai untuk mereka. sila share dan main sama 2 ok 

 inilah dia main 'buat kereta' yg menjadi kesukaan amal



 itu dia track utk racing

 sempat jgk kami menonton 4D

boating...thn lepas tak dpt main sbb Q panjang sgt


 magic show ni pun thn lepas tak dpt tgk


 time ni mood abg iman pun dah swing

panas sgt kot

annual pass ni akan expired on dec 2013
rasanya tak guna dah kot annual pass ni
cukuplah 4x kami masuk ke legoland, semua dah puas main kot
mmg berbaloi2
tapikan, dgr khabar adik ipar sy akan bernikah dgn org batu pahat hujung tahun ni. batu pahat ke Nusajaya dekat dah tu. tak pepasal larrrr nampak gayanya kami TERmasuk lagi dlm legoland ni hahaha

mcm nilah ada anak2 kan..percutian pun lbh mengutamakan anak2 dr yg lain
takpelah penat sket melayan kerenah anak2 asalkan semua happy
kalau taknak penat, sila bercuti berdua jer suami isteri tanpa bawa anak2
haaaa kurang penatnya. eh kena ada tau masa berdua jer ni. 
mcm thn lepas kami berdua tanpa anak2 ke singapore dan bandung
tahun ni plak insyaallah kami ada trip lg berdua tanpa anak2 lepas raya nanti..itupun kalau jadi.

panjang beno dah entry ni.
packing nak balik kg tak siap lg hehehe

itu dulu ya. bye semua!
kalau ada apa2 nak tau pasal legoland jgn segan silu bertanya ya :)

hari terakhir may 2013

assalammualaikum =)

kejap jer may dah tiba ke penghujungnya. 
maknanya lepas ni hidup akan kembali busy
program di sbpisb dah padat utk bln jun ni sabo kan ajer lar
tu pun mujur kerja2 menanda kertas peperiksaan pertghn tahun dah selesai sebelum cuti bermula lagi
pepehal jom kita enjoy dulu dgn cuti sekolah yg masih ada seminggu lagi ni

hari ni, kerja2 laundry masih blm selesai
kesian plak kat washing machine and dryer machine yg tak berenti2 lg dr kul 6am td
jgn ler diorang jam tetiba mmg naya arr huhu
penah tahun 2011 tak silap, balik dr holiday
gasak membasuh baju sampaikan washing machine jam tetiba
beratus plak duit melayang masa tu
dah ler baru blk holiday dgn poket kering 

ptg ni atau esok pagi kami nak balik kg pt.9 plak
semua adik beradik ada balik

gambo2 percutian 4 hari kami mmg berjuta2 lemon silajanganpercaya
harap diberi kekuatan dan kerajinan utk bercerita mengenai percutian itu dlm blog ni
buat masa skang masih lagi malasss hahaha
meh kita tepek sekeping gambo dulu

ok takde gambo sbb my YES dah limited. haritu byk guna utk tgk online movie
skang rasakan padahnya...punyalar lama lg nak tggu 7hb huhu

tah bila ler TM nak pacak tiang tipon kat taman ni
kalau ada tiang, i dulu yg register TM wifi for my vck
unifi? bau pun blm smpi kat sabak bernam ni hahaha

itu dulu...bye semua!

Thursday, May 30, 2013

Kids pool at science wonderland

Assalammualaikum =)
Larrrr awat ler I baru discover ada kids pool kat sini hahaha...tu pun td my sis terserempak dgn kwn dia kat dlm psn. Kwn dia tu yg bgtau ada kids pool di science wonderland bersebelahan psn ni. Garden ni besar dan serius cantik! FOC ok. Mcm2 ada. Kemudahan pun lengkap. Tp I percaya ramai xtau pasal kewujudan science wonderland ni. Klu ler I dok klang valley for sure setiap free weekend I akan bwk anak2 beriadah ke sini. Best hokay. Nnt I review kemudian ya. Now melayan anak2 main air kat pool ni. diorang mmg enjoy sesangat. Mujur lar bwk extra pakaian utk diorang. Kitorng siap makan2 alar picnic dah kat sini. Ada Pengunjung yg siap2 bawak bekal dr rumah. Best jer tgk diorang. Tp Kitorng best jgk wlupun terpaksa beli semua mknn hahaha...ok itu dulu bye semua!

IA di Pusat Sains Negara

Assalammualaikum =)
Kami masih lagi dlm mood holiday walaupun badan dh sakit2 semuanya hehe.. now 4 of us with kak cho's family ada di pusat sains negara. Pengunjung tak lar ramai sgt..standard cuti sekolah..budak2 jer yg ramai. Eh we all baru tau ada swimming pool kat pusat sains negara ni? U all mmg dah tau ke?? Jap lg kami nak pi terjah ke 'science wonderland' btl2 di sebelah pusat sains negara ni. Now bg chances kat budak2 ni explore this place. Tepek sekeping gambo ya. Eh u all yg dok klang valley bwk ler anak2 dtg cni. Best tau. Anak2 mesti happy punya kat sini. Itu dulu...bye semua!!

Wednesday, May 29, 2013

Rindu nak update blog

Assalammualaikum =)

Alahai dah 2 hari tak update blog. Rindu rasanya hehe... now kami ada kat umah my sis di teluk panglima garang. Kul 2pm td smpi after bertolak dlm kul 10am td dr jb. Esok kami 2 fmly plan nak bawa anak2 ke pusat sains negara dan planetarium negara plak. Klu fmly k.cik ada mesti lg happening. Tap abg kamal x dpt cuti minggu ni. So kami 2 family jer lar. Bila iman amal dah jmpa sepupu2 dia ni barular mama dpt bertenang jap. Diorang main jer. Tak mcm kat jb semalam..merengek mengamuk jer! Btl2 mwnguji kesabaran mama amal ni tau. So smlm kami masuk puteri harbour family theme park pula. Best sgt! Abg iman yg pada mulanya taknak ke sini pun akhirnya realize tempat ni mmg best! Citer details kemudian lar ya. Ni sy tepek dulu sekeping gambo kami dgn pingu. Amal sgt lar happy sepanjang kat sini. Hilang semua rengek di. Tempat ni pun sejukkkk jer dgn air conditioning sistem yg sgt baik. Mmg suggested sgt2 pd u all yg ada anak2 di bawah umo 12thn. Lg kecik lg bagus I mean lg sesuai di bawa ke sini. Ok itu dulu ya. Bye semua!

Monday, May 27, 2013

Cuti2 malaysia lagi: legoland malaysia!

Assalammualaikum =)



Live update from here. Org tak seramai masa kami ke sini last year. Cuaca pun sgt baik..panas geega. Its better than hujan.



Anak2 sgt enjoy..tp td amal dah melepaskan tantrum dia. Sabooooo jer lar. Apa saja untukmu anak. Anak2 happy..ma dan abah bahagia...
Itu dulu ya. Bye semua!!!
posted from Bloggeroid

nilai rm429.60

assalammualaikum =)

shopping barang dapur pada hari gaji yg lalu

semua ni berjumlah rm429.60
termasuk 10 kotak susu anak2
rasa dah banyak duit tu 
tapi barang2 yg dibeli nampak sket jer huhu

switch to +ve mode:
ini semua rezeki untuk anak2 dr Allah SWT. syukur alhamdulillah =)

itu dulu...bye semua!

Sunday, May 26, 2013

dari ikea ke mydin usj

assalammualaikum =)

fuh siap jugak akhirnya kerja2 packing utk travel esok
this time bawak 2 beg sebab tetiba tak muat plak 1 beg mcm biasa. 
cuti2 kali ni lama sket, smpi hari khamis. tu yg packing smpi 2 beg

ok jom layan sket gambo kat food court ikea tempoh hari

punyalar ramai org beratur nak order
dr depan ni...

...barisan panjang sampai ler ke pintu masuk
dlm sejam jgk ler en.suami beratur nak membeli makanan
apsal tah glemer sgt food kat sini
bagi tekak sy ni, biasa2 aje kot
maklumlah..tekak kampung hehe

jenuh jgk lar melayan anak kecik ni masa menanti abah dtg bwk mknn
merengekkkkkk jer
ni kat rumah hari ni pun sama, asik lar merengek ada jer yg tak kena
apa yg dia nak tu, mesti nak serta merta time tu jgk
kalau tak dapat...siaplar..keluar semua tantrum yg ada
ikut perangai saper lar agaknya :p

our brunch
muak ler mkn meatball tu
sy mkn 2 ketul jer
spaghetti tu pun xde lar sedap mana
dr ikea terus ke mydin usj plak
masih mencari  barang rumah

cantik plak decoration sunquick kat mydin ni

abah belikan set ni untuk anak2
sekotak rm10 jer u all mmg berbaloi sgt2

sekarang ni amal mmg tgh suka mewarna
sy btl2 bangga dgn hasil mewarna dia
cantik! padahal blm 4 thn ni
tak percaya? nnt sy tunjukkan hasil mewarna dia
kalah abang iman ok. iman mmg takde kesenian lansung hehe
kelebihan iman pada part lain plak
dua2 ada klbhn masing2, mmg berbeza
asalkan jgn berbakat untuk jadi artis hiburan udah ler huhu
ok itu dulu...bye semua!

berperang dgn habuk

assalammualaikum =)

ini bkn cerita pagi ni. tapi ini cerita pagi semalam (25 may 2013)
kul 6am dah bgn. lepas sulat subuh sy terus berperang menyahkan habuk2 yg dah menebal di VCK
tak suka tak suka...tp apa blh buat, before ni mmg tak sempat nak mengelap habuk2 ni semua
tapi pagi semalam berjaya melunaskan misi yg 1 ni yeayy!

 taadaaa!! rasa mcm nak sambut raya plak kehkehkeh
dapat ler dlm stgh jam dlm keadaan mcm ni
bila amal bgn jer terus dia bina balik kubu2 dia kat sini
itulah namanya home sweet home tak gitu?
rasa best sgt dok umah sendiri ni
syukur alhamdulillah...

itu dulu...bye semua!

Saturday, May 25, 2013

study area in kids room + our SOHO + mini library all @ VCK

assalammualaikum =)
susah sket lar nak update blog time cuti ni sbb macam berat jer nak switch on laptop haha
mmg blh update through my smartphone tp alahai...tak puas
short story blh lar kot
dah 2 hari pun cuti, lega... banyak kerja2 tertunggak di rumah ni dah dpt diselesaikan.
semalam, amal org ke-3 yg menerima rawatan di klinik kanak-kanak serena. 
mmg awal, klinik blm buka kami dah tercongok depan klinik
percaya atau tidak, lepas amal mkn ubat2 dr klinik ni semalam kat parking ikea (yup kami terus ke ikea semalam hehe) amal muntah dgn banyak. a lot of kahak yg keluar.
dengan izin Allah SWT, batuk dia terus hilang lepas tu
syukur sgt2...
mlm tadi...hari ni...mmg tak batuk dah. tp pengambilan ubat tetap diteruskan mcm biasa mengikut arahan doctor. kami ambik sekali ubat untuk abang iman. tp hari ni abang iman masih lg berkahak. harap2 dia pun ok mcm amal.

panjang bebeno intro ya hehehe...
so semalam dapat ler kami grab beberapa item utk VCK

STUDY AREA FOR OUR KIDS:

taaaddaaaa....bertungkus lumus en.suami memasang rak ni pagi td di bilik anak2.
alhamdulillah..tercapai juga hasrat di hati nak letak rak buku anak2 kat sini
ingat nak letak lagi 1 frame gambar kat sebelah photo abg iman tu
picture frame dah ada, tggl nak masukkan gambar amal je

closed up sket 
tapi abang iman dah lamaaaaaa tak tido kat bilik ni hahaha
what to do? he still my little baby =)

update pada 23 Febryary 2014:


letak photo decoration sket kat sini :-)

OUR SOHO @ VCK:

 haaaa ni plak work station di bilik nom3, tempat sy duduk masa menaip entry ni
cer teka apa yang baru dr ikea?

pink shelf you all 

 update pada 23 February 2014:

 dah ada PC dan photo decoration yg comel di SOHO kami

 close up sket..ok puas hati dah :D

 OUR MINI LIBRARY:

 mini library ni juga letaknya di dalam bilik nom.3, bersebelahan dgn work station kami
kat sini juga tempat anak2 bermain ps2
simple jer hehehe

pandangan dr sudut lain

update pada 23 February 2014:

photo decoration yang comel di sini

actually ada lagi kerja kat rumah ni yg belum siap which is 'menawan gunung everest'
yes..everest mountain, no more Kinabalu...tu rendah jer haha
esok pagi ler pulun plak, sambil2 packing utk cuti-cuti malaysia kami

itu dulu ya...bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH