FOLLOWERS

Friday, November 23, 2018

Hari terakhir persekolahan 2018

assalammualaikum =)

23 November 2018
alhamdulillah akhirnya tarikh ni muncul juga. hari terakhir sessi persekolahan 2018. dapatlah cuti 5 minggu. tapi bukan bermakna takde kerja cikgu kena buat, byk je kerja berderet2 menanti. mana yg blh diabaikan dulu, abai je lah hahaha


gambar terkini kami 5 beranak. abang iman dah pun tamat tahun 6. thn depan dah masuk sek menengah. beso dah anak bujang mama. berat dia dah 10kg lbh dr mama sila lah percaya huhu. mama sekarang 54kg dan abg iman 64kg. tinggi lambat lg kot dia blh potong mama sbb mama ni baka tinggi. tu tgk baru lepas bahu je tu. psra sek ptg dpt jaid jiddan alhamdulillah. upsr pula next wk baru keluar result. moga yg terbaik utk abg iman. tak taulah masuk sek mana ni nnt tingkatan 1. dah keluar upsr nnt, busy menguruskan persekolahan dia pulak.

abg amal, thn depan nak masuk tahun 4 dah. insyaa Allah abg amal akan pindah sek ke pekan sabak bernam yg lbh dekat dgn rumah. proses pertukaran sek abg amal akan diuruskan dlm cuti sek ni juga. nmpk tak byk nya hal kami nak urus dlm cuti ni. ada lagi tau...nnt aku list dlm ni hahaha
so pergi sek pagi, mama abah akan hantar amal. tgh hari amal akan transit di rumah kak fida (pembantu rumah aku yg dtg setiap weekend). pastu kak fida hantar sek agama pula..dekat je dgn rumah aku. ptg balik sek agama aku ambik. camtu lah plannya nnt. so no more menghala ke parit baru, no more pengasuh di parit baru, no more upah pemandu anak2 ke parit baharu. masa aku cakap kat pengasuh anak2 hari ni last anak2 dok dgn dia, menangis kak idah. mana taknya, dah 9thn dia mengasuh anak2 aku. since amal lepas pantang terus kak idah lah jd pengasuh. dah mcm keluarga sendiri. kak idah sgt bagus mengasuh anak2 aku. aku pun senang hati je anak2 tinggal dgn dia..rumah kampung, ada mbah wedok dan mbah lanang. anak2 kak idah juga rajin melayan anak2 aku. suami kak idah rajin je bwk amal / irfan masa depa kecik2 naik moto pi mengopi. oh..satu kenangan yg pasti aku takkan lupakan. 9thn wei anak2 aku membesar di tgn mereka..thn lepas mbah lanang dah meninggal dunia..al-fatihah utk mbah lanang. 

kisah anak bongsu pula. irfan next year dah 5 thn so dah wajib pi sekolah. ikut plan sekarang, irfan akan kami daftarkan di little caliphs teluk intan. 20 minit lg ke atas selepas semesti. takpelah jauh sket, nnt mama abah bergilir2 lah hantar ambik dia tgh hari mengikut jadual waktu kami nnt. dah mohon pd pk supaya waktu pertama kami dlm jadual 2019 di selang selikan supaya kami dpt bergilir hntr irfan ke LC. now, kami hanya blh berdoa moga Allah permudahkan urusan kami thn depan insyaa Allah. ntahlah, aku yakin je klu niat kita betul, nak bg yg terbaik utk anak2, pasti Allah akan permudahkan semuanya. doa je byk2. camtu ler aku lalui hidup skrng, malas dah nak fikir lbh2 jika berdepan dgn masalah, pendek kata takmo stress memikirkan mslh yg dtg. tenang aje. serahkan pd Allah, doa banyak2...pasti Allah bagi jalan penyelesaian yg baik. takde ke sek lain yg lbh dekat utk irfan? ada je kat area simpang 4 ni pasti dan tadika..tp ntahlah. tak berkenan sgt. cukuplah iman amal di pasti sbb kat parit baru mmg takde pilihan lain dah. anak bongsu ni bg chance lah kami hantar sek swasta, nak merasa hehehe..wlu yuran agak mahal, takpe blh. ada rezeki utk irfan. amboi mama beli hbag byk2 blh takkan nak hntr anak ke LC berkira yuran mahal bagai kan?? gitu jerlah aku fikir. nak yg terbaik utk irfan...si bongsu kami. so pdpc LC bermula jam 8.30 - 12.30. pastu kami ambik irfan bwk ke sek. kul 2, mama balik umah bawa dia terus. klu ada meeting ptg, bawak jugak masuk meeting, mcm tulah plan nya. so far kat semesti ni ok je nmkpnya klu bwk anak masuk meeting pun..pentadbir tak kisah sgt asalkan anak tu tak ganggu meeting. insyaa Allah moga 2019 yg bakal tiba nnt, dpt dilalui dgn baik mengikut perancangan. doa banyak2.

mengenai en.suami pulak. haaaaa takmo lah cerita lbh2 pasal dia hahaha...rahsia hokay :p.
yg pasti, seiring berat badan yg semakin bertambah, ku lihat dia semakin kacak. gitewwww hahaha

ok apa lg nk buat cuti sekolah ni? byk wei..byk.

* urus pertukaran sekolah amal pagi petang. ambik masa gak ni. byk stepnya.
* pendaftaran irfan di little caliph
* urus persekolahan iman ting.1 2019 (takde plan apa lg ni)
* kenduri kawin adik ipar di alor star
* kenduri kawin adik ipar di kuala kangsar
* husband meeting menanda paper AK SPM. khabarnya seminggu dia kena berkg kat hotel. hadoi. 
* daku blm tau lg terlibat dgn penyediaan buku pengurusan 2019 atau tak. mcm thn lps mmg terlibat sepenuhnya. byk kali kena dtg sek time cuti. thn ni blm ada apa2 info dr HM. tunggu jer lah.
* pastu kena cari ruang juga utk spent masa dah my mak. ini penting.
* nak juga bawa anak2 holiday dlm cuti sek ni. tp smpi skrng blm ada apa2 plan lg. mlm ni br nak hntr proposal kat husband. harap lulus hahaha.
...and the list goes on.

ok itu aje lah. 
alhamdulillah utk 2 thn yg mudah di semesti. ada je benda2 tak best berlaku. sama je kat mana2 pun mesti ada masalah yg dihadapi. tp so far semua blh dilalui dgn baik..syukur. dah tua2 ni malas sgt nak beria2 sbnrnya. dok kira berapa thn nak pencen je ni hahaha.

bye semua!!

Friday, October 12, 2018

Travelog TA ke London: Day 2- The Green Park

Tarikh: 22 - 28 Ogos 2018
Day 2 in London (24 Ogos 2018)

semua maklum kat london sgt byk taman yang cantik2. 
kami berpeluang menyusun langkah menikmati keindahan Green Park. blh click link tu utk baca info tentang Green Park. sebagai salah satu Royal Park Of London, dah tentu keindahan dan kebersihan taman ni di jaga rapi. dgn cuaca yg sgt sejuk di bawah terik mentari, dapat peluang lepak2 berpicnic dgn insan tersayang..dah tentu lah best sgt kan. beza ok dgn lepak2 di taman kat sebelah setia city mall tu atau di taman KLCC. sgt lain..sbb malaysia panas. no wonder lah depa kat london blh jogging kul 1pm..sebab sejuk haha..
nak berjalan 5km pergi balik ke tempat kerja pun blh sebab cuaca sejuk even time summer pun. cuba ko buat kat malaysia? blm tentu ko blh smpi ke tempat kerja hahaha...silap hb smpi tempat kerja pun ko tercungap2 peluh menitik2 ketiak basah mmg takde lah nak buat kerja dah. mau staff lain pakat2 hantar ko ke spital aje.. so jgn cari pasal ikut budaya london di malaysia.

TA malas nak edit gambar..gambar2 yg dah edit up kat instagram aje. 
sebenarnya kami berpeluang berada di Green Park sbb kami perlu lalu sini untuk menuju ke Buckingham Palace untuk menonton the changing guard. itu cerita dlm page lain lah ya. 

haihhhh berkepit ajelah kan..ambik peluang dating puas2 sbb tak bawak anak kihkih.

gambar ni snap dr Green Park..tu dah nampak gate utama ke kawasan Buckingham Palace.
Actually Green Park ni sgtttt luas. mmg kalau nak beriada kat sini best sgt lah.

En.Suami kesayangan TA ni seronok sgt melancong ke London. padahal dia ni jenis tak suka travel hehe

Hoi!! Usha awek London ke??






Marple leaves masih hijau di taman ni

klu edit lawo lg ni pic ni hahaha

Selepas menonton proses changing guard di Buckingham Palace, kami lunch secara picnic di Green Park. makan bekal yg dah bawa siap2 dr hotel td. no no kami tak masak, meals inc dlm trip kami ni. pihak penganjur guna students malaysia yg buat part time job terima tempahan makanan dr pelancong. 

lepas makan, jalan2 lagi di Green Park

menuju destinasi seterusnya...

itu dulu, jumpa lg nnt!

*sangkut kat sini, ntah bila dapat continue update kenangan ni huhuhu

Monday, October 08, 2018

Travelog TA ke London: keindahan kota London

Tarikh: 22 - 28 Ogos 2018
Day 1 in London (23 Ogos 2018)

Assalammualaikum =)

PT3 dah bermula minggu ni tu yg blh update blog kejap..tu pun laju2 hihihi.
ok sambungan dari cerita sebelum ni ya. selepas memborong kasur clark, kami balik ke hotel semula utk check in dan rehat2 jap. dapat ler mandi dan tukar baju selepas 24jam tak mandi ni :D
then kami keluar semula untuk meneroka kota london. 

TA nak cepat + malas nak menaip ni so gambar ajelah yg byk ya hahaha
keluar dari hotel, destinasi pertama kami adalah sekitar Tower Hill of London. ni TA di hadapan Trinity House - Port of London Authority building. gambar tak berapa lawa sebab hr ni gloomy aje..+ photographer TA ni kan..geram tau. bila tgk balik gambar2 kami, asal ada je muka dia gambar semua lawa2 nmpk awan berkepul2 di langit biru..tp bila gambo TA, gelapppp huhuhu nasib badan.

 Inilah dia Tower Hill Memorial. takdenya TA nak baca semua yg tertulis di information board tu. kalau berminat, google aje. 

 ini pula TA dan kawan2: Kak Mel, syuhada dan syahida serta kak Ruhi di hadapan Falklands Merchant Navy War Memorial =, masih di sekitar Tower Hill. 

Dari Tower Hill, kami bergerak pula ke Tower of London, jalan kaki aje tak jauh mana pun. 
cantik sgt2 kawasan ni. matahari terik tp persekitaran sgt sejuk. 

  bagi yg berminat, blh baca sejarah Tower of London di pautan ini. 




kami meneruskan langkah ke Tower Bridge pula. tgk tu sangat ramai pengunjung. kena berhati2 sebab bila dah sesak2 mcm ni pick-pocket akan mengambil peluang. alhamdulillah sepanjang kami di london tiada yg menjadi mangsa pick-pocket. 

masa ni TA sgt teruja dan sgt happy sebab akhirnya impian nak jejak london tercapai juga. selama ni dok tgk tower bridge ni di screen tv / laptop / hset / majalah...akhirnya nahhh ada di hadapan mata sendiri. byk kan filem2 hollywood dan bollywood yg buat pengambaran di sini..akhirnya daku jejak kaki di sini juga alhamdullilah.

kena take turns tau nak guna port ni utk bergambar huhu



ni di atas Tower Bridge, gigih bergambar cepat2 masa melistas hehe..tp nampak tak senyuman TA dah lain tu? Allahuakbar..di sekitar tower bridge ni lah TA dapat tau irfan di malaysia tgh demam. terus drop perasaan happy tu, terus bertukar menjadi 1 kerisauan. tp family di malaysia semua kata irfan ok jgn risau sgt. alhamdulillah after 3 days, irfan tak demam dah. rupanyaaaaaaa dia bkn demam rindu kat mama tau sbb sebelum mama balik malaysia lg dia dah baik demam. dia demam sebab my sis bawa pi tgk hantu kak limah kat wayang bahahaha. udah ku kabo kat depa irfan takut..tp  yerlah nak tggl dgn sape pulak kan. tu pun abg iman kata lepas setengah jam dia dah tido dlm cinema tu. kesian my baby..bertabahlah nak..mama abah nak bercinta kejap. setahun sekali aje mama abah minta izin anak2 utk tinggal di malaysia while mama abah travel oversea. setahun sekali aje setakat ni ok :p

seterusnya kami ke Parliament Square of London. tarikan utama kat sini adalah Big Ben. tapiiiii masih under renovation. khabar nya lg 3 thn baru siap.
tu en.suami di hadapan Portcullis House (bangunan hitam sebelah kanan). bangunan putih belah kiri tu tak ingat apa namanya huhu..


Bangunan tinggi belakang TA tu Big Ben yg masih under renovation. en.suami cakap: Big Ben siap nnt kita repeat london. hoyeayyyy!!!

haaaaa super excited jumpa Telephone box trademark london ni. tak silap ada 4  biji di hadapan Government Offices Great George Street (GOGGS)

TA di hadapan Government Offices Great George Street (GOGGS)
kat area ni ada 12 statue semuanya. sila gogle kalau nak tau statue siapa hihi

belakang TA tu london double decker bus. belakang tu lagi adalah London Westminster Abbey St Margaret Church.

TA di hadapan pintu utama London Westminster Abbey St Margaret Church.


adeh ni bangunan apa tak ingat hahaha tapi masih di sekitar Parliament Square of London.

masih di sekitara Parliament Square of London. mamat kiri tu dok usha TA hahaha


nak melintas jalan pun sempat lagi bergambar


masih di sekitar parliament square of London. 

tube (keretapi bawah tanah) merupakan pengangkutan utama kami di london.

keluar dari parliament square of london, kami menuju pula ke Piccadilly Circus

TA di sekitar Piccadilly Circus melihat gelagat manusia melaui pertembungan budaya yg berlaku.

di sekitar Piccadilly Circus. bangunan belakang tu sgt cantik tp apakan daya..gloomy aje gambar2 TA kat sini huhuhu..plz blame my photographer :p


melepak sambil menanti kawan2 yg lain shopping kat mall apa tah depan  ni byk jual brg2 sukan. 


TA in front of The National Gallery which is an art museum in Trafalgar Square.

Trafalgar Square tak nampak peak dia hahaha


Eye of London



very beautiful view 

ok gambar2 kat bawah ni capture di sekitar Paddington Station masa mula2 kami keluar dr hotel td.

geng pompuan MGCM dlm group 12 org yg stranded 2 hari di klia hahaha nnt2 lah cerita pasal ni. dari tak kenal each other, kami jd akrab and now dah plan for another trip pula. 2019. tak sabar. 

Paddington Station. i think they should put the photo of paddington bear at this area barulah tak terbayang2 bear berjaket biru tu setiap kali terpandang sign board paddington ni. setuju dgn TA?

The red mail box, another trademark of london.

maka hari pun dah malam masa ni, kami pun kembali ke hotel. sgt letih sgt mengantuk tp ada hati lg nak keluar mlm tu. tp permintaan tak dilayan hahaha..rehat dulu lah kan. esok jalan2 lagi.

habis cerita hari pertama TA di london. 


Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH