FOLLOWERS

Showing posts with label villa comel kami. Show all posts
Showing posts with label villa comel kami. Show all posts

Tuesday, May 11, 2021

DIY Project on weekend ~ new skin for my washing machine and dryer

Assalammualaikum =)

hai!! bertemu kita lagi ewahhh padahal takde sape pun baca blog aku ni. blog syok sendiri buat bacaan anak2 di kala mama dah takde nnt. even skrng ni pun, klu aku rindu saat2 lampau, buka je blog usang ni-baca-tgk gambor. nikmat.
daku upgrade laundry room di VillaComelKami tp tu cerita later lah.
ni nak cerita pasal washing machine dan dryer dulu.
masa kerja2 upgrade laundry room berlansung, kami hntr 2 ketui ni pi service. sekali bila dpt balik, body dah separuh kuning akibat expose to sunlight. sedihlahhhh knp tak keep barang customer elok2 padahal masa dia ambik tu semua cun lg. 
so apa maknanya upgrade laundry room bg cun tp 2 ketui ni nmpk comot?
oh no..oh no...takkan nak beli baru kotttt hahaha.
maka panjang akalllll ku.

tgkkkkk kuning separuh. even dryer tu pun penutupnya kuning ya.

nampak x comot?? gerammm kita dibuatnya.

maka kita google cara diy plg mudah nak bg cantik. so kami pilih utk tampal dgn wallpaper.


pi Mr.diy, tak byk pilihan. ambik jer lah yg ni sbb laundry room dgn tema putih sgt cantik ya.


tgh2 puasa aku dan husband mengerjakan tampal wallpaper ni. susah huhuhu. 1st side ni pun dah ambil masa yg lama. sekali tu en.suami teringat utk guna kaedah tampalan menggunakan spray air sabun. 
tettttt terus cepat kerja2 ni uollss. hilang kedut2 yg mencelakan. so tipsnya, sape nak tampal wallpaper pd washing machine / dryer..sila spray dgn air sabun. tp ni utk wallpaper jenis mcm plastik tu ya..bkn kertas. dia shining sket mmg sesuai utk tampal pd cabinet dll. 


kerja2 menampal wallpaper menjadi laju bila spray dgn air sabun. senang takde kedut.


taaadaaaa ini hasilnya.
awesome i sukaaaa.
ruang dapur jd huru hara ya sepanjang kerja2 upgarde laundry room so jgn heran sgt brg2 penuh blkng tu. sebulan lamanya kami dok ulang alik ke kedai dobi utk kerja2 mencuci pakaian. sadiss. ni masa washing machine dan dryer sampai, laundry room blm lg siap sepenuhnya. tu letak sini dulu.

cantik dahhhh
alhamdulillah.


itu dulu bye semua!

 

Tuesday, October 20, 2020

Projek PKP 3: Mini Garden Mama @ VillaComelKami

 assalammualaikum =)

lama dah upload gambo, tapi cerita tak terkarang. 
1 lg projek kami masa pkp hr tu adalah mini garden mama. 
sejenis kegigihan.
terima kasih byk kpd en.suami yg memainkan peranan utama. 
mama jd banker :p
bertabahlah mama..udah mama yg nak kan? hahaha.
takleh lupa pnegalaman kami pi nursery sg buloh lps pkp tamat, masa tu sek masih tutup.
ada 4-5 kali jugak kami ke sana huhu..
total damage toksah kira lah kan..dah suka, on aje. 



bicycle planter ni en.suami yg d.i.y dr basikal lama mama. gigih tau..bukan senang nak spray bagai tu. 
pokok bunga yg ada di sini juga dah berubah banyak kali. 
biasalah, yg hidup pastikan mati hahaha.


upload kat fb gambar2 ni semua, dlm group berkaitan. dapat lbh 6k like hahaha
kenangan sungguh.



setiap sudut penuh dgn pokok bunga.





masa ni blh masuk lg dlm pagar putih tu sbb blm penuh. skrng penuh dan merimbun dah.








pokok ati-ati

ok settle tinggalkan kenangan ni kat blog.
alhamdulillah..
gambar je byk hahaha...malas btl nak menulis skrng ni. 

itu aje bye!

Tuesday, June 30, 2020

Projek PKP 1: makeover bilik anak

assalammualaikum=)

aku taktau nak buat apa oii dok sekolah students takde ni. online learning pun sejam je 3x seminggu. kerja sekolah semua dah siap. haaaa tu ada masa lebih ni, blh update blog. 

setiap org punya kisah tersendiri sepanjang pkp tempoh hari kan. as for me, bersyukur sgt2 dgn aturan yg Allah tetapkan ni. sgt byk hikmahnya. sgt byk, serious. wlu trip ke perth kami terpaksa dibatalkan, kami berlapang dada dan redha. selebihnya enjoy dok rumah dgn family hehehe. 

so byk projek yg dpt kami laksanakan. salah satu drpdnya, dpt makeover bilik anak. bilik anak TA sblm ni ok je dr segi susunaturnya. cuma lack of proper furniture. katil takde. almari baju pun kecik, pastu pintu habis tanggal. penuh dgn toys je. mmg dah lama plan nak makeover, tp masa tak mengizinkan. so dah ada masa Allah bg ni, kita laksanakan.

projek bermula time PKPB (time puasa tu oii sgt gigih) sbb masa tu dah blh keluar beli barang. tu pun kami byk beli online je. hazab nak tggu barang sampai berminggu2 huhuhu. inilah keadaan bilik anak bila perabot asal dikeluarkan. sudut belajar yg ada wallpaper di dindingnya kami kekalkan. tak usik yg tu. 

 kami guna lebihan cat ruang tamu dulu je. warna turquoise. kerja2 mengecat ni mmg totally husband dan anak2 yg buat. ku rilex je masa ni sbb tau dah lps settle kerja2 mengecat, ku yg kena kemas dan bersihkan. sugguh, mmg btl. nak pengsan rasanya huhuhu. udahler time ni puasa. 

 buat konsep bertingkat mcm ni. idea dr en.suami.

 sudut belajar yg ada wallpaper tu kami kekalkan. 

 pi sg besar, berbekalkan rm2k, kami dpt beli 2 wardrobe utk bilik anak(total 5 pintu) + 1 wardrobe bilik kami yg jenis pintu slide (menggantikan wardrobe lama yg pintu slide nya dah rosak asyik jatuh je stress dibuatnya) + single pull out bed. 
kisahnya single pull out bed kena order, sehari sblm raya baru smpi. jenuh tunggu. 
this time aku pilih tema dan warna yg lebih sesuai dgn remaja lelaki, maklumlah anak dah semakin besar. tp masih ada anak umo 6thn, so toys mmg takleh nak elak lagi. no more wardrobe cartoon bagai. kami pilih tema warna grey and turquoise dgn sentuhan design kayu. gitewwwwww hahahaha.

wardrobe plastik hijau tu asalnya tempat letak baju2 irfan di bilik kami. now letak dlm bilik anak jd tempat simpan toys dia. mmg agak spoil tetiba ada hijau di situ. tp sgt elok lagi, sayang nak buang. maka belasah ajelah, buat jd penyeri bahaha. ada yg suggest wrap dgn wallpaper kaison. ok aku malas. 

toys storage box anak tu takde tempat lain dah nak letak melainkan ku susun aje atas wardrobe. bila nak main, turunkan. anak2 dah tau apa isi dlm setiap storage tu, takde masalah. 

ok ini pula laci katil lama anak yg dah runtuh. sape rajin baca blog picisan aku ni dulu, mesti ingat katil anak kami jenis double decker design kereta siap ada tangga berlaci. tak tahan lama ko. runtuh huhuhu. maka lama lah anak2 ku tido tak berkatil, atas tilam aje. kesian tak kesian lah. tp bebudak ni suka je. so laci katil lama ni kami DIY jd rak komik anak. perghhhh awesome idea sgt kan:p.
en.suami spray dgn warna putih dan jemur bg kering. 

taadaaa. jd hanging book shelf di kepala katil anak.

letak koleksi komik dan sedikit deco2 dr toys anak. terus nampak mcm buku ikea hahaha poyo.

yeayyyy katil dah smpi. set cadar ni aku beli di shopee. bantal 3 ketul tu beli di mr.diy. tp rasa masih tak puas hati dgn set cadar ni. nak kena beli ikea punya jugak. maka ku kirim kat kawan ku yg pi ikea time bulan puasa tu. dia pas pulak kat kwn lain yg blk kg time raya. gigih tak gigih lah kan haha

inilah view sementara tggu langsir baru dan duvet + quiltcover ikea sampai. 

sementara tggu yg tu smpi, kami mulakan pula dgn projek pemasangan wall shelf utk koleksi imaginext anak. masa ni dah lepas raya. raya ke-3 kami balik ke villa comel kami, raya ke-4 start pasang wall shelf ni. beli di shopee juga. saja aku pilih warna kayu ni utk match dgn meja study anak2. tu yg pilih wardrobe pun corak kayu. tau je klu putih lagi cantik, tp kan dah kata td, saja ku pilih corak kayu, nak match dgn meja study anak hehehe

 kerja2 pemasangan en.suami yg buat. idea susunan wall shelf tu idea aku.

dan ini hasilnya...taadaa...selagi ada ruang di dinding, kita penuhkn. ikut idea ikea hehe. bilik ni share 3 org anak tau. bila dah makeover bilik ni, mmg terasa lapang sgt bilik ni di bhgn lantai. dah tarik pull out bed tu, blh bentang 1 lg tilam single. so muat elok utk 3 org. 
haaa tu nampak tu, pasang dah set quilt cover ikea. pilih colour grey corak yg sesuai utk remaja lelaki. bedsheet tu, masa ni tak dpt lg yg plain. so belasah aje apa yg ada hehe. 

 sudut belajar anak2

 suka sgt dgn view ni. puas hati dgn hasilnya. 



 akhirnya langsir yg ditunggu pun tiba. lbh 2 mggu woooo sbb order dr cina nak murah punya pasal hahaha. jenuh menunggu. 

 inilah hasilnya...alhamdulillah. anak2 sgt happy. mama pun happy sgt.

 raya ke-3 kami pi ikea, gigih woooo beratur lbh sejam. tu haa beli pulak storage baru utk toys anak2. yg jenis jaring tu dah koyak sbnrnya. elok pulak ada box turquoise. 




alhamdulillah berjaya juga parking kisah make over bilik anak2 ni dlm blog. 
buat kenangan.
jgn ditanya berapa total damage..beli itu ini sket sket..adeh beribu juga. tu pun dah beli yg murah2 di shopee. 

itu aje bye semua!

Wednesday, June 21, 2017

deco raya 2017

assalammualaikum semua =)

alhamdulillah dah 26 hari kita puasa. lagi 3 hari insyaa Allah nak raya dah.
so kat villa comel kami ada ler sket2 ganti baru ambik mood nak raya.

sofa baru. puas hati dapat sofa merah muahahaha
yg ni mmg niat nak tukar baru dah lama, sbb sofa lama aku tu dah rosak. 
pastu letak juga owl hijau tu sebagai throw cushion. tema living hall masih kekal merah hitam dan putih. pastu aku byk guna item2 berwarna hijau di sini bg mengelakkan mata jadi merah bebeno..tu sebab pilih owl hijau.

owl hijau ni..menyemak aje sebenarnya hahaha
aku dah selamat pi simpan kat bilik nom.4
living hall dah le kecik. dtg 5 ekor ni plak menyibuk..arghhhh simpan ajelah hehehe
kot ada tetamu nak dtg blh keluarkan, sbb masa ni mainan2 blh simpan. sekarang kita bg keutamaan kat mainan anak2 dulu.

pastu carpet baru. oh best sgt carpet ni. aku beli online. harga pun reasonable. tebal dan lembut nya tu..ya ampunnn aku sukaaaa. best aje kami guling2 atas carpet ni tgk tv.

nampak tak kerusi panjang tu? aku nakkkk sgt remove kerusi tu dan gantikan dgn 2 bijik wing chair kat situ. mesti nmpk lebih elegant..gittteewwww.
TAPIIII bhgn bawah wall kat situ agak comot. klu letak wing chair mesti terserlah kecomotannya. ku tak suka huhu..
so kita tangguh dulu wing chair. hajat di hati, cuti sekolah hujung tahun nak upah org cat dinding living hall dan sedikit dinding menghala ke dapur. ok kalau dah cat, blh dah letak wing chair kat situ. 
4 toys storage tu nak letak kat mana nnt? adalahhhhhh idea aku dah cantik dah ni. peruntukan utk tu pun insyaa Allah ada. tinggal masa aje lagi takde. yerlah..kena tggu cuti sekolah panjang utk urus semua ni. 

pastu ada lah frame gambar keluarga yang baru kat situ

itu aje...nak raya dah. yeayyyy!

bye semua!!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH