askum semua...inilah aktiviti kami weekend baru ni. last wk cuti pjg tak kemana, so this week turn kami plak cuti2. thank you so much pd k.azi 'sponsor' kami stay kat Teluk Batik Beach Resort atas nama owner. rm100 per night utk apartment 1bilik. sgt puas hati. wlupun pi utk 2 hari jer...mcm2 nak cerita ni hehe..

Sampai sana dlm kul 11.30am kami terus ke Marina Waterpark. mandi!! waterpark ni biasa jer taklar sehebat wetworld shah alam. tp oklar...org pun tak ramai so sng hati kami mandi2 kat situ
klu nak tau iman ni penakut air sbnrnya. ni kira nak test dia lar dah blh mandi waterpark ke blm. so iman dah lulus test. dia enjoy sgt mandi2 dgn 'turtle' dia ni.

amal? wahhhh tak sangka btl si kecik ni hantu air rupanya. patutlar tiap kali lepas mandi kat umah dia nangis, means tak puas main air ler hehe... lama amal berendam dalam air tanpa sikit nangis pun. terkekeh2 ketawa... best!!

tgk lar tu...seronok btl si kecik ni berenang

ni plak pic sekitar waterpark, taken after mandi2. amal dah keletihan. lepas mandi, breastfeed then zzzz....
kami keluar dr waterpark dlm kul 2pm, terus menuju ke restoran silaturrahim suggested by kak azi. (lupa nak snap pic coz excited nak mkn jer hihi). restoran ni btl2 kat simpang masuk ke teluk batik. restoran biasa jer tp org ramaiiiiiii sgt. emmm no wonder lar rmi coz menu dia pelbagai n taste dia? sedappppppp sgt!! harga pun berpatutan. paling sy suka coz byk ulam2 kampung. so kpd kwn2 yg nak bercuti ke sini, mesti singgah mkn kat restoran ni tau. sedap!
then kami check in hotel, rehat2 jap. sian sgt kat amal coz tido sekejap2 jer. tp si kecik ni tak meragam sket pun..asalkan mama depan mata dia, dia OK. mama cayang amal!
belah petang kami ke Lumut Waterfront plak. jalan2 dgn family kat sini, tgk org, tgk laut, tgk kapal..mmg puas hati lar. then beli2 mknn laut sket utk kawan...enjoy the pic ya.

nampak tak terminal jetty tu? itular jetty utk ke pangkor. byk kali dah ke pulau pangkor, tp dgn anak2 blm penah lagi. kenapa?? nnt sy jawap kemudian ya :P

ni semua gambar sekitar Lumut Waterfront
layan anak-anak...
cantik view kat sini
dah nak maghrib baru kami balik ke hotel. lagi sekali sian kat amal tak cukup tidur. tp dia tetap ok tak meragam. dlm kul 9mlm kami kuar dinner kat medan ikan bakar Marina Cove. mmm tak sedap n mahal huhu... kat umbai lg sedap maaahabis sudah cerita utk hari pertama kami kat sini...
nota kaki: ni kira percubaan kami bwk amal outing. haritu bwk pi jusco bukit raja ala2 gagal jgk lar. kalini amal lulus 100%! wlupun tak bwk buaian dia ok jer. cayalar amal! berendam lama dlm air pun dia ok. br 4bln ni huhu...
4 comments:
salam!mmm..bestnya amal dan iman!sampai terliuk! apa pun kami tumpang seronok walaupun tak alami sendiri!maklumlah nak layan lima orang sekaligus ni cam tak larat lak,baik bercuti kat rumah aje...
wahhhhhhhhhhhh sangat best g holiday2.. pas ni kene belikan amal pelampong kat lengan tu ha... hehehe.. nak buat bantahan ni!!! gambar adalah kecik jugak..hehehe
kak raja- sesekali bawa anak2 bercuti buat mereka happy, parents pun gembira :) mengeratkan ukhuwah family...insyaallah
cikin- oh pic kecik erk? rasanya kolaj tak sesuai utk blog kan? lepas ni takleh guna kolaj arr...tp kklu satu2 pic takleh upload byk arr kan...
Post a Comment