FOLLOWERS

Tuesday, April 29, 2014

susun atur bilik anak2

assalammualaikum =)
lambat sket bersiaran hari ni.
mood sgt lar lemau rasanya...
rasa mcm menanti bulan jatuh ke riba hehehe...

**********************************
hari ni nak share susun atur di bilik anak2 sy.
dulu2 dah penah tayang..masa tu simple jer.
ni ada lar sket penambah baikan
gambar ni pun snap 2 minggu lepas tak silap
baru hari ni rasa nak share.

ini pandangan dr pintu masuk ke bilik nombor 2 ni. kecik jer bilik ni.
share plak 2 orang.
toys sgt ler banyak...jadi kena pandai susun atur supaya nmpk kemas.
alhamdulillah dah sebulan lbh anak2 tido sendiri kat bilik ni
abang iman tido kat tingkat atas, amal bawah.
sebelum anak2 tido, amal mesti nak mama atau abah temankan dulu.
layan kan aje...

katil anak2...ni bhgn atas untuk abg iman

 sticker kereta tu ada yg dah hilang. 
bukan IA yg cabut. tp anak2 sedara sy hehehe..
tunggu mama habis pantang nnt mama cantikkan semula ok. 

 amal tido kat bhgn bawah ni..kena tarik keluar

 ni plak almari baju anak2 dgn lambakan toys depa
nmpk tu mama rajin dok label setiap storage toys ni hahaha
abg iman kan dah pandai membaca so label ni sgt membatu
on weekend...dua beradik ni akan pilih toys mana yg depa nak main.
pastu bila nak kemas pun depa akan masukkan dlm storage yg btl.
senang..takde campur2 dah.

 bila dah siap label ni semua, nak tau apa en.suami cakap?
"dah mcm makmal sains plak ma buat mcm ni, semua nak berlabel"
wakakakakaa sabor jer lar

 2 ekor turtle ni adalah storage terawal kami beli di ikea
masa tu abang iman masih baby lagi
alhamdulillah masih bertahan smpi sekarang wlupun dah koyak sket tu ha

 ni plak sudut belajar anak2
sepatutnya kat sini lar tempat anak2 buat homework mereka
tapi lately ni depa lbh suka buat depan tv
sbb abah yg pantau kan..abah pun nak tgk tv jgk, mama redha.
nnt lah mama dah sihat esok. rules asal akan berkuat kuasa semula.
me is garang ok hahaha
abg iman kecut perut klu mama yg memantau dia buat kerja sekolah
siap pegang rotan hahaha
yerlar...slow sgt buat kerja tu
lg klu buat depan tv..mata tu asik ke tv jer lar.
abah dia blh bersabar...dgn mama no way
nantilah mama ambik alih balik tugas memantau anak2 buat kerja sekolah ni, siap depa :p

 set meja dan kerusi ni pun beli kat ikea. pun dilabel jgk hahaha
kanan meja abang iman, kiri meja amal

rak gantung ni pun beli kat ikea
takyah label lar hehehe


ada lar sket deco2 ha kat dinding..baru ler nmpk mcm bilik kanak2.
dah ler dinding putih jer tak bercat :p
abang amal kata, meja kecik tu utk baby muhammad nnt hihi
1st owner meja tu dah tentu abg iman, alhamdulillah still elok smpi sekarang.
berbaloi beli. 

ok itu jer cerita untuk hari ni...bye semua!

Monday, April 28, 2014

tidurlah sayang...

assalammualaikum =)

sekadar buat kenangan dan tatapan mama di hari tua nnt insyaallah
wajah2 amal tika tidur:







moga Muhammad Amal Hafiy sentiasa di bawah lindungan Allah SWT insyaallah
moga membesar sebagai anak yg berjaya, yg sentiasa menuju ke Jalan-Nya
amiinnn..

mama sayang amal sangat!

my pregnancy @ 39weeks

assalammualaikum =)

salam pagi isnin yang indah.
TA masih belum bersalin huhuhu...bila ntah baby ni nak keluar.
rabu ni (cukup 39wks) pi check up lagi kat SALAM.
harap2 kepala baby dah engage and laluan dah terbuka sket, blh terus induce.
tapi sy still tak rasa apa2 perubahan dr rabu minggu lepas.
so kemungkinan utk tidak bersalin lg tu ada
taknak mengharap sgt dah mcm last wk huhu
mana tau baby ni nak sama birth date dgn abah dia (7 Mei 2014)
kaki semakin membengkak
hari tu balik dr expo baby tu, smpi umah mmg sakit gilaaaaaa kaki ni.
dok lama terjuntai dlm keta tu kan.
tgn juga dah membengkak
muka toksah citer lar, hidung ni dah mcm hidung clown kekeke

cuti 14hari sblm bersalin dah habis.
sepatutnya hr ni mula kerja semula
uiks..amat mustahil lar sy nak pi kerja balik dlm keadaan mcm ni.
lagipun guru ganti dah ada.
dok umah ni pun setengah jam sekali ke toilet menunai hajat.
ok lar 5langkah jer dr katil.
kalau kat sekolah 5 minit pergi, 5minit balik dr bilik guru ke toilet.
pastu takde toilet duduk plak tu, semua cangkung...
mmg hazab lar sebab perut sy ni jenis tajam ke depan
nak cangkung serius susah.
silap hb blh terlentang dlm toilet tu kang, nauzubillah
tu blm ambik kira turun naik tangga nak ke kantin dan ke kelas
takpelah org nak kata apa pun
yg penting sy utamakan dulu diri sendiri dan baby ni
kalau susah, sendiri yg tanggung, org lain sekadar simpati jer...tu pun klu ada.
so hari ni dan esok sy CRK
rabu pi check up lg.
klu still takleh bersalin, sy akan dptkan mc (30April - 6 May) dan surat makluman dr doctor insyaallah.
7 May pi check up lagi..ish takkan lar dah 40wks masa ni takleh bersalin lg kan huhuhu
ada yg kata ntah2 sy salah kira due date tak
helloooooooo agak ni pregnancy ke tiga sy ok bkn 1st.
cikgu sains plak tu
malu arr kalau itupun x reti nak kira
apapun kita kembalikan pada Allah SWT sebab ini semua kerja Dia
kita hanya mampu doa saja yg terbaik :-)
berat sy sekarang dah 61kg
kalau saiz kaki beso ok jer kot nak tampung 61kg ni
ni kaki sy cekeding ya amat
serius pregnant ni badan tak naik lansung, perut jer makin membeso.
last wednesday berat baby dah 2.7kg
apsal doc kata kecik lagi sedangkan baby linda hashim dan baby wan sakinah lahir tak smpi pun 2.7kg?
confuse i tau
maybe dia compare dgn berat amal dulu kot sbb dia ada rekod kan
abang iman 3.46kg
amal 3.43kg
emmmm maybe baby muhammad 3.40kg plak hehehe

itu jer lar nak bebel pagi2 ni.
selagi tak bersalin selagi tu ler dok citer pasal pregnancy jer hahaha
muntah hijo sesape yg dok baca
kang dah bersalin dok citer pasal baby plak ya :P

nak tempek gambar apa ni?
ok takde gambar
bye semua!



Saturday, April 26, 2014

shopping @ mother, baby and kids expo SACC 25-27 April 2014

assalammualaikum =)

kot blh dijadikan panduan untuk sesiapa yg nak pi expo ni hari ni atau esok ok :-)
expo bermula jam 11am-9pm
kira banyak jugak lar booth jualan yg bukak
paling tak blh blah ada jugak booth prudential, kredit card and travel agency
dah ko kenapa menyelit kat expo baby ni???
nyampah tau
dah lar suka tahan2 org.
dijangkakan pengunjung hari ni dan esok lbh ramai dr semalam.
semalam masa sy masuk kul 11am...pun dah ramai tapi still ok lar tak sesak mana
yg penting econ mmg kuat
itu legaaaaa sgt.
ok moh tgk apa yg sy beli semalam.

 #1 avent manual breast pump @ rm172.00.
dulu sy guna pureen manual bp jer. rosak dah
so this time beli yg ni
nak beli yg electric kita adalah tidak mampu.
lgpun memandang ini baby last kita insyaallah..so manual breast pump cukup lah.
kang dah tak guna kita let go jer murah2.
kenapa sy pilih avent?
berdasarkan review di internet, avent is the best manual breast pump.
kalau kat aeon harga mencecah rm300++
kat online store harga mcm2 
tp harga rm172 ni dah kira murah ler ni.
nampak tak sy pilih jenis cup, bkn bottle.
sbnrnya berbelah bahagi nak beli avent or tommee tippee punya 
botol dah beli tommee tippee.
tapi bila dah compare kat sini, tgk btl2..sy tak berapa berkenan dgn sucker material of tt breast pump.
bkn silicon mcm avent. nmpk keras. so reject.
ambik avent ni yg guna cup jer, kang blh tuang dlm botol tt and botol storage dgn senang.


banyak booth yg jual brand avent and tommee tippee ni. ada 1 booth tu mmg booth avent and tt.
sepatutnya dia blh jual lg murah kan?
tp tak. kat situ manual breast pump avent rm180. manual bp tt rm150
so sy beli kat booth ni ha. paling murah compare to others.

 pilihan mmg banyak.
utk yg nak tau harga manual bp tt, kat booth ni rm158 tak silap. mahal sket dr booth avent yg sy ckp td.
mcm2 harga, kena rajin pusing untuk cr yg murah.

 hasil pelaburan semalam
sy mmggggg takleh pegi expo2 mcm ni tau
dulu penah pi pureen warehouse sale
habis hampir rm500 huhuhu

 huggies diapers ni mmg murah.
4 pack rm100 jer
sy ambik 1 pack newborn, 2 pack small and 1 drypants medium.
kalau saiz lbh besar, harga up lg tp still jauh lbh murah dr harga pasaran.
ramaiiiiii yg dok mengendong 4pack huggies ni hehehe
kesian klu yg berperut beso kena kendong byk barang sbb pi sendiri or dgn kwn2 jer
sy?
en.suami ler tlg carry :D

 pastu sy beli autumnz breastmilk storage bottle ni
10biji putih rm26
kalau ada colour sket rm27
murah kan?
see...mcm2 brand dah utk penyusuan my baby kelak
tak stick to 1 brand only hehehe

 booth yg jual baju mmgggggggg banyak
rambang mata rambang RM juga huhuhu
baju baby kat atas ni 1 for rm10. so 3 helai rm30
sy ambil saiz 3-6m. target utk raya.
pants tu plak 1 for rm5.
mix and match kekdahnya.
baju2 dgn harga rm5 sehelai pun byk tp kualiti so-so jer bg sy. kena pandai pilih ya.
ikut selera masing2. jgn ikut org.

 ni pun 1 for rm10
comel sgt. puas hati

 dpt jugak beli sepasang baju tido amal ni @ RM10. 
ingat nak beli dlm 3 pasang, tp jenuh membongkar, ni ler sepasang saiz 6thn yg ada.
lain semua saiz lbh kecik huhu
murahkan baju tido mcm ni rm10 jer sepasang. berbaloi sgt.

apsal ler gambo baby cap ni senget plak huhu
1 for rm5. 3 for rm10.
sy rembat 3 terus..alolololo comel sgt hehehe

pastu ada beli susu s26 promise untuk amal.
murah 90sen dr harga di 99 speedmart hehehe

ini free gift yg sy dapat alhamdulillah

secara keseluruhannya, booth2 kat sini byk jual barang and pakaian for newborn and baby jer. kids tak sgt.
sy nyaris jugak terjebak nak beli autumnz breastfeed bra without wire only at rm18/pcs. alolololo..mcm2 design. comel. tp sbb dah ada byk..so sy berjaya menahan kemahuan diri.
lagi 1 hampir terjebak dgn bedung moden tu only @ rm40.
cute sgt!! kain dia pun sejuk jer.
tapi sbb bedung traditional i dah byk..so tak beli.
dlm 12.15 sy dan en.suami keluar dr expo ni.
masa ni kan dah mula lunch our
makin berpusu-pusu pengunjung masuk ke expo ni.

harap entry ni blh jd panduan untuk mereka yg nak ke sana hari ni or esok ok.

haaaaaaa ada sesape nak terjah pureen warehouse sale??
best jugak tu hehehe.

ok itu dulu...bye semua!

Friday, April 25, 2014

My latest online shopping~ berjah & Aj

Assalammualaikum =)

Tiba2 mood nak update blog dtg menerpa. Bkn nak citer pasal baby expo yg sy pergi td. Tp nk citer pasal online shopping LAGI. adoi...aku ni mmg ler sukaaaa sgt online shopping tau. Tak sedar duit mengering menjelang gaji akan dtg. Camtu ler selalu. Sedey....tp suka!


Parcel ni dah dpt 2mggu lps x silap. Aku beli berjah! Apa itu berjah??? Makanan segera org dlm pantang hahaha...nmpk no pemalas nak masak sendiri. Eh bkn malas lar.. tp kan dlm pantang x blh buat kerja berat :p dah ler kali ni nak berpantang sendiri. Harus ada stock2 back up mcm ni.



Ini lah dia berjah. Serunding ikan bilis. Aku amik pic ni kat google jer. Mls nak ke dapur snap gambo. Ada 3 perisa: original, spicy dan curry. 1 bekas kecik ni rm15 huhu... aku beli 3 bekas dulu: 2 original dan 1 spicy. Honestly aku x rasa pun lg berjah ikan bilis ni. Alasan sbb nak simpan mkn dgn nasi masa dlm pantang nnt. Gaul sekali dgn lada hitam yg dah di blend perghhhhh mau berasap badan hahaha.. tp aku yakin aku akan suka dgn berjah ni sbb aku mmg suka mkn ikan bilis grg. Info ni aku dpt dr blog ana. Tq ana...

Seterusnya aku beli tudung bawal aj lg.


Ni ha...parcel smpi on rabu. Bukak2 parcel tup2 dpt 3helai tudung aj wl yg lain. Ain tersalah pos ler ni hehe...contact2 ain pun x dpt. Whatsapp pun x delivered. Tp aku masih bersangka baik. Maybe ain os. Takpelah. Serius aku x risau lansung. Walaupun aku x knl ain ni...just buat pre order dr fb jer tp sbb ni dah 2nd time beli dgn dia so hati aku kuat mengatakan its ok. Wlupun yg aku beli 2 bl 1 wl...dpt yg lain..tp hati aku tenang jer nape tah. Bersangka baik. Kbtln hr ni aku nak ke shah alam so aku bwk sekali tudung aj yg salah tu. Tup2 otw ke sana...ain call and say sorry. Kesilapan berlaku di bhgn pos laju katanya. Tipon dia pun rosak terhempas tu yg x dpt dihubungi. Dia guna nom lain. Sbnrnya klu dia nak diamkan jer hal ni mmg aku xleh buat apa kan. Tp ain ni baik...dia call aku and kitorang deal. Dia akan hntr tudung aku ke sacc alhamdulillah...setel. kbtln dia kerja kat shah alam jgk. Kesimpulannya anak2 murid sekalian...bersangka baiklah. Insyaallah semua akan ok. Plg utama bersangka baik pada Allah SWT atas setiap ketentuanNya. Insyaallah ada hikmahnya :-)

Gaji bln ni aku xleh spend utk online shopping dah sbb td dah terjebak byk kat baby expo huhuhu... tggu gaji mei plak ya. Ko biar btl azimah..ye ke ni...xnak online shopping dah bln ni. Habis tu kata ko nak beli ephyra?????

Uwwwaaaaaaaaaaa!!!!

Itu dulu. Bye semua!
posted from Bloggeroid

Banyakkan berjalan so here i am :D

Assalammualaikum =)
Kawan2 kata kena banyakkan berjalan untuk bantu cepatkan kepala baby engage. So mengambil kira faktor ini... here i am hahaha.. wlupun en.suami tgh x sihat, i pujuk rayu dia utk hangkut i ke sini. Keh keh keh.. ni tgh tggu kul 11am baru blh masuk. Ramai pengunjung berperut beso tp i rasa my tummy yg plg beso. Maklumlah dah 38wks++ :D. Ok nnt2 i citer detail pasal expo ni ek. Itu dulu...bye semua!

Wednesday, April 23, 2014

Baby is still happy in my tummy :-)

Assalammualaikum =)

Hahahahahahahha #ketawadulu
Check up dgn doktor siti mariam td, tup tup kepala baby blm engage. Air ketuban masih byk. Berat baby baru 2.7kg. So doc xnak ambik risiko which can harm both baby and mommy. Doc siap buat ve to make sure laluan dah buka ke blm. Blm! Kepala baby jauh lg katanya. Dia tanya: nak sy twist sekarang ke utk bantu bukaan sbb x terbuka lg ni. TAPI u kena lalui procedure induce masuk ubat ikut bwh yg ambik masa 6jam. Then br induce ikut drip. Lama...nnt u yg tak larat nak tahan sakit. End up tak pepasal kena czer. Nak ke?? Doc tanya mcm tu. Aku: erkk??? Czer??? Xnak lar doc hahaha.... pastu doc sambung lg: haaa tu lar..baby pun aktif lg ni ha, air ketuban pun byk lg. So biar dulu dia membesar dlm perut as natural. Jgn paksa2 katanya. At last doc bg tempoh seminggu lg: 30hb april. Huhuhu... doc kata klu sblm 30hb dah keluar tanda cpt2 dtg. Baik doc :D. Itulah kisahnya ya kwn2 hehehe... so bertabahlar menunggu seminggu lg. Harap2 sblm 30hb dah kelaur tanda sbb dh x larat beno ni ha... hr ni genap 38wks dah tp kepala baby blm engage..pelik gak. Ish..kuasa Allah semua ni kan. Siapa kita nak pertikaikan. Redha. Allah knows the best for us. Ok lar...ni sy update dlm keta sementara en.suami pi jenguk ragbi msss kat adtec bukit kemuning. Bkn main lega dia bini blm blh bersalin. Blh dia focus pada ragbi jap smpi ahad ni. Silap hb weekend ni dia angkut kitorang pi tgk ragbi sbp kat star ipoh huhuhu...
Itu dulu...bye semua!
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 22, 2014

Dilema ibu :D

Assalammualaikum =)

Fuh rmi plak yg respond entry sy smlm. Siap ada kwn msg tu. Tetiba rasa disayangi ramai hikhikhik... tu blm tau respond kwn2 sek yg jd silence reader jer tu hahaha... tq lar u all yg memahami situasi ahkak sekarang. Actually takde menda sgt lar...ok jer. Aku jer lbh2 kot. Mcm yg aku ckp smlm lar, ragbi jer pun. Bkn ragbiatul kehkehkeh...
Smlm amal tak berapa sihat. Batuk, badan dedar. En.suami pun sama. Alahai korang, jgn ler sakit masa2 kritikal mama ni. Risau hati mama nak tggl IA kat umah pengasuh tau. Harap x stay lama lar kat hospital. 1 mlm cukup lar...huhuhu. alhamdulillah mlm td amal nmpk cergas semula dah. Lg best pg td mama siap kena sound dgn amal: "mama nnt sapu lar sampah ni semua, tgk ni beso2" hammmmmmboooooiiiiiii. Terdiam mama dgr tau. Ko tgk anak aku!! Hahahaha abah dah ketawa dah. Padahal br sehari aku tak menyapu. Alar sampah tu pun dia dgn abg iman gak buat. Nak xnak aku pun ckp: yer nnt mama sapu ya. Mama mop sekali. Mama tak larat...xleh buat cpt2. Huhuhu....sedey jer kan. Tu lar dah sarat sgt ni tp batang mop dan btg penyapu x lps lg dr tgn aku. Emmm aku rasa dlm pantang nnt pun sama. Aku tetap akan ligat jgk mengurus rumah. Ko nak harap sape lg? Emak dah tak lalu. Dpt temankan aku borak2 pun ok dah. Mak mertua? Pak mertua? Ko berani ke nak mintak tlg??? Hahaha.. klu dia nak tlg memasak pun dah cukup baik tau. Tok ali tlg layan iman amal. Haaaa lega sgt dah tu. Slbhnya buat sendiri lar....yer tak?? Alar...anak dah tiga jgn nak manja2 sgt lar kan hikhikhik....berpantang cowboy jer lar hahaha...
Eh btw esok besday tok ali. So klu baby muhammad blh lahir esok, sama besday dgn tok ali lar dia hehehe...so sweet.
Ok itu dulu bebelan hari ni. Bye semua!!
Eh korang...jgn putus ya doakan aku slmt bersalin esok. Baby lahir sihat sempurna insyaallah. Tq tau.

posted from Bloggeroid

Monday, April 21, 2014

Me vs ragbiatul :p

Assalammualaikum =)

Ya btl tu, lg 2 hari jer kita bakal di induce. Insyaallah rabu ni. Ni nak citer pasal braxton hicks @ false alarm. Dah 2x kena. Uiks sakit ok. Masa kena tu ternanti2 terjenguk2 kot ada show @ amniotic fluid leaking. Takde plak. Emmm...tu yg yakin sakit tu sekadar braxton hicks. Teruk btl dah mcm 1st time pregnant jer rasanya ni huhuhu... Harap2 bertahan lar smpi rabu ni. Jgn sakit dulu. Dpt kita urus anak2 yg 2org ni elok2 dulu. Tu pasal braxton hicks. Pasal anak2 plak....
Emosi mama korang ni sgtttttt lar unstable skrng. Masa anak2 xde kat rumah mama rasa bosannnnnn sgt2. Bila anak ada kat rumah, mama rasa huru hara plak dgn kerenah depa. Mcm2 hal. Terutama amal. Dlm Seminggu dua ni dia jd budak yg kuat meragam. Semua x kena. Semua nak cepat. Semua nak segera. Ate mama ko ni dah makin slow nak bergerak, mcm mana nak cpt2??? Ada sekali tu dia rentap tgn mama, hampir nak tersungkur dibuatnya. Klu kurang sabar mmg dah lama kena. Paling kesian kat abang iman. Selalu jer kena marah dgn mama. Amal semua nak cpt, iman ni plak semua slow. Kalau mata dah ke tv...ko ckp lar berapa kali pun lambatttttt jer dia nak bertindak. Geram btl jdnya. Bila dah kena marah mula lar tersedu2 tercebek2 meleleh air mata nangis takde bunyi. Mama pun rasa bersalah... kena lar peluk anak semula. Hai lar anak...hai lar hati... plg x blh blah kalau tgh geram kat en.suami, anak jgk tmpt jd bahan. Geram lar wei....asik ragbi ragbi ragbi ragbi ragbi ragbi ragbi. Tau lar nnt yg nak bersalin yg rasa sakit semua aku. Agak2 lar kan...huaaaaaaaa.. br sekali x dpt pi ragbi msss dan ragbi sbp dah mcm hape jer dok kat rumah. Jasad jer ada kat sini kot. Tgn tak lepas pegang hset nak tgk perkembangan ragbi. Huuuuuuaaaaaaaaaaa kan kita dah terluah perasaan kat sini huhuhuhu...tp tu lar..takleh nak complaint sgt pun sbb kerja rumah byk yg dia bereskan. Anak2 pun byk dia yg urus. Wlu minda dia melayang2 ke ragbi tp urusan rumah dan anak2 byk dia setelkan. Dah tu apa yg ko nak sbnrnya TA oi???????? Plz plz plz plz..lg 2 hari jer kita nak bersalin. Tlg ler jgn pi jauh2 lg. Tlg ler bg moral support kat bini ni sket. Tlg ler manja2 kan bini ni sket. Tlg ler lupakan kejap pasal ragbi tu and focus kat bini awak ni plak. Bini awak ni nak berjuang antara hidup dan mati, bkn antara menang or kalah mcm ragbi huhuhuhuhu... ni siap tanya nnt lps aku bersalin blh ke dia tggl jap utk pi jmpa kwn2 ragbi msss dia. Kbtln kat shah alam jgk. Klu ko lar....sentap tak? Sentap tak? Aku sentap!! Tp mls nak gaduh lar...dlm keadaan mcm ni kan. Aku gelak2 jer. Aku ckp nnt klu adik beradik dia nak dtg melawat kat hsptl, dia xde mcm mana? Klu aku teruk lps bersalin nak tgglkan jugak ke? And lagi best kalau aku mati camne??? Diam jer dia. Last2 aku ckp takpelah, tgk nnt mcm mana ya. Klu masa dia teman aku tgh sakit dlm lr nnt sambil pegang hp siap lar.... huhuhu. Kesian jgk kat dia kan sbb ragbi tu mmg kesukaan dia. Kbtln plak thn ni serentak tournament dgn masa bini nak bersalin...pasrah lar dia. Tgk kat group wa ragbi dia mcm2 citer keluar. Tu yg bergolak kot jiwa dia hahaha... dan aku cuba positifkan diri. Mujurrrrrrrr ragbi. Ok sgt dah tu. Kalau kesukaan dia dgn ragbiatul??? Tak merana ko??? Hahahaha...
Ok lar...itu dulu merepek merapu pg ni. Bye semua!!

posted from Bloggeroid

Saturday, April 19, 2014

Tetamu dtg membawa rezeki Allah

Assalammualaikum =)

Lately ni selalu sgt kena tggl sorang2 kat rumah. Boring. Ok ni nak citer..tanpa ada planning apa pun smlm family kak cho, family kak cik dan emak bermalam di rumah sy. Wahhhh meriah!! Best sgt! Semuanya ad hoc. Eh malas plak nak citer detail dr awal. Just nak share betapa bestnya rasa bila family adik beradik and mak dtg melawat adik bongsu dia ni and bermalam kat sini. Best hokay! Mmg lar penat sket sebagai tn rumah. Lbh2 lg dlm keadaan sy yg dah makin sarat ni. Tp alar...apa nak kisah sgt?? Buat mana mampu jer lar hehehe...
Mlm td sambil2 borak, sambil layan mujhe dosti karoge. Best tul. Dah 18x tgk pun x boring movie ni. Lagu2 dia semua marvellous! Org yg paling happy dah tentu lar iman amal. Ko bayangkan 9org budak2 dok sini semalam. Mmg havoc! Mcm2 kerenah. Pagi td semua balik kg plak. Sy siap pos iman amal ke kg hikhik...en.suami plak ada hal kat sek dr pagi smpi ke ptg. So melangut ler aku sorang2 kat rumah. Mmg pening arr tgk keadaan rumah pagi td. Emmm...takyah pening2 lar. Call k.fida. yes dia blh dtg utk setel keje rumah! Alhamdulillah...zup zap zup zap siap!! Vck kembali kepada keadaan asal. Esok dia dtg lg utk lipat pakaian dan iron baju. Mujur jgk ada kak fida... cuma smpi sekarang washing machine masih on hahaha....tak habis2 membasuh dan mengering. Plug kat laundry area ada 1 jer tu yg x dpt nak on both wm and dryer serentak. Tp blh jer guna plug kat dapur..sampai jer wayar wm tu. Tp saja taknak hehehe... yg pasti esok mmg byk ler kak fida kena melipat.
Ok lar....itu dulu citer utk hari ini. Bye semua!

Friday, April 18, 2014

jumaat terakhir @ 37 weeks

assalammualaikum =)

tido-makan-tido-makan-online shopping
itulah keje aku bila dah dok sorang2 kat rumah ni
boring wei huhuhu
actually byk jer benda blh buat
tapi badan tak lalu so buat lar cara tak lalu
melepek jer atas singgah sana hahaha
menghitung hari detik demi detik
insyaallah 5 hari lagi nak delivered
yg bestnya bkn setakat mama yg dok mengira
anak2 juga turut sama, lbh2 lagi amal.
excited bkn main nak dpt adik :-)
mama siap bagi tugasan kat anak2, saja nak tgk gelagat depa
abang iman kena tidokan adik while amal kena basuh berak adik hahaha
mula2 dulu jerit2 mengamuk taknak tak puas hati 
tapi sekarang depa dah pasrah...
hahaha...nak tgk nnt depa nak buat tak :P

alhamdulillah my pregnancy dah masuk 37wks 2 hari.
semakin berat hehehe
tido malam mmg tak lena dah. 
2jam sekali mesti bangun utk hilangkan kebas2 di badan. 
mengereng ke kiri tak kena, ke kanan tak kena, telentang pun rasa tak sedap...
inilah dia pengorbanan seorang ibu yg pregnant kan? ;-)
moga dirahmati dan diberkati Allah SWT insyaallah..
yg peliknya tido siang ok jer hahaha..
yer lar tido siang plg lama sejam kan.

rabu minggu depan (38wks) nak pi hospital dah.
harap2 doctor tak reject suh balik lg.
perasaan nak bersalin?
mestilah takut seram sejuk.
itu normal kan?
tp pikir2 positif, nak taknak aku kena lahirkan baby ni, mana blh simpan lama2 dlm perut.
so takyah lar takut sgt2, doa je banyak2.
sakit dah tentu sakit lar kan...
redha jer dgn rezeki yg Allah bagi nanti
Allah itu maha adil maha mengetahui kemampuan hambaNya :-)
moga baby ni lahir dgn mudah, sihat walafiat cukup sifat insyaallah...

alamak nak tempek gambar apa ni!

eh lupa, sabtu ni Aidijuma launching design baru lagi hewhewhew...
and again i terjebak lagi uwwwaaaaaaa!!!!
ntah bila lar nak pakai koleksi byk2 ni huhuhu.

oklah, entry hari ni takde gambo.
itu dulu...bye semua!
i nak sambung tido keh keh keh...

oh btw, saja nak bgtau jerawat beso2 dah tumbuh kat muka i hahaha...
sakit ok! i siap letak minyak cap kapak, lantak.
klu tgk previous pregnancy i, ni petanda hari nak bersalin semakin dekat hehehe

ok itu dulu, bye semua!!

Tuesday, April 15, 2014

kalau aku kaya~cruising nomads

assalammualaikum =)

malassssss sgt nak hapdet blog hr ni adoiiiyaaaaiiii
ni kisah 2 minggu lepas masa kami ke salam specialist hospital utk check up 35minggu
tgh hari tu kami pusing2 nak cr tempat untuk lunch yg sejuk.
aku tak sure ni kat sekyen berapa, tapi yg ada pizza hut tu ha
tp x lunch kat pizza pun sbb masa kami masuk tu, org ramai.
ada kakak tu ckp dia dah tggu order lbh setengah jam tp tak sampai2 lg
so kami pun keluar pi kedai lain utk mkn nasi
isk..bukan nak citer pasal makan
ni haaaaa kami follow blkng benda alah ni ha masa nak masuk kawasan ni

 its cruising nomads!
mcm pelik bila benda alah ni ada kat malaysia kan?
mula lar aku dan hubby berborak pasal ni
uiks kayanya..
bestnya..
banyaknya duit dia takyah kerja...
jimat ke travel naik ni jer?
jimat kot sbb takyah sewa hotel
bla..bla..bla..bla..bla..

 ingatkan pasangan omputih ni nak parking utk pi lunch jugak
rupanya tak.
depa stop enjin, and both pi bhgn blkg.
memasak kah?
tak panas kah?
ada aircond kah?
berehat sebentar melelapkan mata kah?
atau...mcm2 spekulasi kami buat keh keh keh...

 nampak tak ada seketul benda kat blkng cruising nomads ni?
motor beso you all!!
kiranya sesekali depa akan parking mana2 crusing nomads ni and just naik motor jer utk travel
bestnya!!!!

 perghhhhh round the world kot?
bermula dr czech republic and now dah smpi malaysia.
dasat..dasat...
aku rasa lps ni diorang akan ke singapore, then ke indonesia, then Australia
eceh...yg ko plak pi atur schedule utk depa travel nape???
hahahaha

kalau aku kaya...mungkin aktiviti ni akan jadi SALAH SATU dlm agenda kekayaan kami
muahahahaha

#beranganitupercuma

itu dulu...bye semua!

Monday, April 14, 2014

my newborn "red baby" ~ welcome to our family!

 assalammualaikum =)
bertemu kembali ya. syukur alhamdulilah...syukur sgt2 akhirnya yg di tunggu2 tiba juga.
penantian yg sgt lama rasanya dlm tempoh hampir 3 bln ni.

 introducing my newborn "red baby" ~ cik alza advanced!

en.suami pi ambik kat gombak ptg sabtu baru ni selepas friendly rugby di sekolah dgn sesta dan sabda
dia di temani ex-student yg dah mengalahkan saiz cikgu hehehe
tq ya bon dan zul yg tlg cikgu 
really appreciated ur help
nak harap TA yg dah sarat ni...tak terakmbik lar cik alza tu huhuhu


anak2 lar yg paling excited
rezeki anak2 pun kan..syukur alhamdulillah

apapun mr.innova tetap di hati
dia masih milik kami cuma dlm beberapa thn ni mr.innova tak dpt nak bersama kami, pergi membawa diri huhuhu
alar..susah mau citer lar. en.suami suh zip mulut zip jari-jemari juga
baik boss!
panjang umur insyaallah mr.innova akan kembali ke pangkuan.
so sekarang marilah kita sekeluarga bermesra pula dgn cik alza.
sebab saiz dia lbh kecik dr mr.innova so dia dpt title 'cik' ajer hahaha

apapun dia merah you i is sukaaa!!!

itu dulu...bye semua!

bermula cuti 90 hari

assalammualaikum =)
yeayy i am now a stay-at-home mom!
untuk 90 hari JER..jadilah. syukur alhamdulillah
kalau kaya mmg dah lama resign and focus pada rumah tangga
tapi tak cukup kaya hehe..
lagipun sy ikhlas bekerja untuk membantu suami dan mencari saham akhirat insyaallah.

so pagi td 4.30am dah terjaga. kul 5am sy dah ke dapur buat apa patut secara perlahan2.
serius sekarang ni semakin tak larat, serba serbi rasa tak kena pada badan ni.
sabar, sbb sy yakin dgn bersabar, insyaallah perjuangan sepanjang pregnant ni akan diberkati dan menjadi ibadah :-)

pagi td dptlar iman sarapan roti sapu nuttela 2 keping. biasanya sarapan twiggies jer seketul. sungguh instant kan huhu... pastu en.suami pun dpt mkn roti sapu nuttela and air teh panas.
amal? dia sarapan susu sebotol..kenyang dah hehehe

fresh picture taken this morning.

ceria jer bila dah cukup tidur alhamdulillah..
walaupun nak suh masuk tido awal mlm td kena berperang dulu huhuhu
masa ni tgh tggu abah balik dr belikan mama nasi lemak dan kuih

anyway, saja nak bgtau insyaallah lg 9 hari kita delivered! yeay!! 
tak sabar ok.

itu dulu...bye semua!

Saturday, April 12, 2014

api oh api

assalammualaikum =)

org lain dok citer pasal catuan air, sy plak nak citer pasal bil api kami hahaha
semenjak berperut beso di musim panas, penggunaan econ di vck adalah maksimum
takut2 jugak pada mulanya
tp en.suami kata kalau ma dah tak tahan on jer lar
kita redha jer membayar bil nnt
i is sukaaaaaaa dpt green light gitu kan
so sepanjang bulan mac kat cuaca sgt panas
maka kami pun on econ siang mlm pagi ptg
asal ada kat rumah jer on econ

sekali tu baru2 ni bil tnb sampai
nahhhhhhhhhh rasakan!!!
rasa nak menangis!!!!


*alamat pun salah. patut lorong melor 4.
rekod bil api terbanyak di vck
ni termasuk rm60 deposit tambahan
pasal apa tah tetiba ada deposit tambahan
emm...apa lagi nak di kata. dah guna, bayo jer lar kan huhuhu
ingat nnt klu berkesempatan nak jugak pi tnb untuk check.
tp ntah lar...en.suami sgt sibuk sekarang ni

untuk bersangka baik dan menyedapkan hati sendiri,
takmo gundah gulana,
kita fikir jer ni rezeki dr Allah SWT utk baby dah mama...alhamdulillah :)
senyum azimah...senyum...

 cinta hati beta

eh ni namanya selfie ek??
hahaha....
kena beli monopod nmpk gaya nya ni sbb semua pun mcm suka berselfie ni :p
sukaaaaaaa sgt tgk pic ni wlupun muka kita tgh sembab dan bengkak semacam hahaha

takpe2..seminggu lbh jer lg

tiktoktiktok...

itu dulu catatan di petang sabtu yg bosaaaaaannnnnnnn!!!
kenapa bosan?
takleh citer

bye semua!

Friday, April 11, 2014

tahniah! ~ baby baru my cousin

assalammualiakum =)

alhamdulillah my cousin dah selamat melahirkan anak pertamanya ptg semalam di hospital teluk intan
mendengar pengalaman dia, i is ngeri ok! ngeri!
takmo citer kat sini sbb nnt aku jugak yg dok baca berulang kali, aku jugak yg takut sendiri huhuhu
ni pun dah 2-3mlm tak tido lena. dia yg  bersalin, aku yg termimpi2
kalau aku yg bersalin nnt?? 
aduhhhhh moga urusan bersalin ku kelak ok ok aje amiinn
dapat pengalaman yg lbh kurang bersalin amal pun dah ok dah sebenarnya, syukur alhamdulillah.
wlupun sakit contraction induce tu mmg sakit gila mcm nak putus pinggang
tapi insyaallah aku blh tahan

so ni baby dia, baby boy, besar kan?
my cousin kata berat dia 3.19kg
tapi husband dia kata doctor yg kat NICU timbang 3.9kg
taktau mana 1 btl
tgk gambar ni...rasanya 3.9kg kot
kena tahan NICU sebab baby mcm kekurangan oksigen dan nak pantau sama ada baby ada diabetes jugak or not.
kepala baby pun agak bengkak sket, maybe sebab tersangkut lama kot
apapun, moga baby keken ni selamat takde apa2 masalah ya
kita doa sama2 insyaallah...

tahniah keken dan jamal!!

itu dulu bye semua!

Thursday, April 10, 2014

tudung aidijuma dah sampai

assalammualaikum =)

sungguh pun badan tak lalu nak outing
tapi jari ni alhamdulillah sihatttttt jer nak meneruskan aktiviti online shopping hikhikhik
yer lar..sambil2 lepak atas katil meluruskan badan menghilangkan lenguh kaki tu, tgn blh jer pegang smartphone utk shopping kan?
utk lebih menenangkan perasaan bersalah sbb byk shopping, anggaplah ini reward utk diri sendiri yg sedang melalui saat2 tak larat ni. yeahh!!

 so semalam dah dpt 2 parcel tudung aidijuma
satu dr pre-order kat fb 
satu lagi dr kiriman kat mummy haza :-)

masa dok bukak parcel ni and susun utk snap gambo, en.suami ada kat sebelah.

dia tanya: "bila nak pakai byk2 ni ma?"
saya jawap: " raya nantilar...ni tudung raya"
en.suami: "nnt raya mesti aidijuma launching design baru lagi kan?"
saya: *sengih* "ni pakai dalam pantang nnt lar
en.suami: "hahaha..nak pakai ke mana dlm pantang??"
saya: "err...selimutkan baby jer lar :P"

dan dan masa tu amal masuk bilik dan terdengar ayat last sy td. sibuk plak dia bertanya ni selimut baby muhammad ke mama?? alahai anak...

tu dia!!

yg bestnya kita dapat 1 free tudung aj black label yg kat atas tu dr MUMMY HAZA!
serius terharuuuuuu gila!!!
terkejut and happy sgt2 masa ni tau terus whatsapp dia

haza...kalau awak baca entry ni, kita nak ucapkan sekali lagi ribuan terima kasih ya atas pemberian yg mengejutkan ni. u really make my day tau 
terus cukup 10 helai yg kita dpt semalam :D

ni yg kita beli kat cs last wk

pastu tudung aj design lama ada 1

cukup 16 helai
sekian terima kasih..

*dlmpantangnantikitanakgroominghabishabisanthennakmelaramdengantudungajni.rasamacamnakconsumeephyra*

saya tahu kemampuan diri sendiri

assalammualaikum =)

tak berapa nak mampu utk tersenyum sebenarnya, tapi takpelah, senyum jgk..
akhirnya sy terpaksa mengaku kalah pada tahap kemampuan diri sendiri.
konon nak terus bekerja smpi jumaat minggu depan, then rabu minggu lagi 1 bersalin.
emmm tak dapat lar. ni dah terukkkk sgt rasanya.
isnin pergi sekolah, gagah jugak rasanya lagi,
hari selasa, serius dah flat.
ulang alik ke tandas jer 3x kat sek. utara-selatan blok tu. dah ler takde tandas duduk.
seksa hokay..seksa!!
termengah2, semput, mencungap2 kita. 
heartbeat laju gila
tu nak melangkah ke kelas lagi..ke kantin lagi..turun naik tangga
rasa mcm menyeksa diri sendiri plak
rasa useless jer dok kat sek tp tak dpt buat apa, badan sendiri yg terseksa
org lain tak rasa..sendiri rasa hokay!
so semalam dan hari ni mc.
esok last kerja..takpelah jika itu yg trebaik buat saya dan baby.
minggu depan mula cuti, then 23 hb april insyaallah blh bersalin dah.
jgn lar doctor reject lg sbb masa tu dah cukup 38minggu pun
tak sabarrrrr sgt rasanya nak bersalin huhuhu..
dahler di saat dan ketika ini, my cousin yg pregnant 38wks dah pun warded di hospital teluk intan, tgh tggu turn untuk masuk ke labor room. 
patutnya dia kena induce due to high diabetes
tp masa doc check, rupanya dah pun terbuka laluan 4cm
rezeki dia, takyah kena induce alhamdulillah..happy for her :-)
harap2 urusan bersalin sy kelak juga mudah, insyaallah..

***********************************************

so mlm td lps ke klinik, sempat singgah membeli 2 item terakhir utk baby yg difikirkan perlu

dah tentu kita nak bfd baby nnt
tapi jika keadaan tak mengizinkan, ini bakal menjadi back up
org lain sibuk ber 'tommee tippee'
kita pun nak merasa jugakkkk
hikhikhik..

ok lah itu jer citer utk pagi ni.
kawan2..terima kasih atas doa kalian untuk saya ya?
really appreciate.
moga semuanya berjalan lancar nnt insyaallah..

jumpa lagi nnt!

Monday, April 07, 2014

Aku dah mula berdebar2

Assalammualaikum =)

Wahhhh wan sakinah isteri ashraff muslim dah bersalin! Cuak sy jdnya. Sbb pregnancy kami lbh kurang sama usianya. Dia dpt baby girl patut lar berseri2 jer muka sepjg pregnant. Tp klu dah nama artis @ isteri artis mmg ko akan nmpk dia sentiasaaaaaa cantik wlupun tgh pregnant. Eh apsal aku rasa aku x berseri lnsng sepjg prgnnt ni ek? Hahaha... rezeki msg2 lar tu kn. Syukur alhamdulillah :-) Artis lain yg lbh kurang sama usia pregnancy mereka dgn sy: liyana jasmay dan isteri bagio. Perghhhh menghitung hari jer ni. Ikut kan anytime dah blh bersalin sbb dah masuk 36wks pun. Aku request dr doc nak induce on 37wks tp doc x bg huhu...dia suh tggu cukup 38wks jugak. So insyaallah sy akan warded on 23april utk induce. Lamanya lagi huhuhu.. harap2 blh sakit normal sblm tarikh tu.
Minggu dpn last kerja. Doa sgt2 moga terus diberi kekuatan oleh Yg Maha Esa utk meneruskan rutin harian sblm saat kelahiran tiba. Mcm hr ni td...adoi tetiba rasa byknya kerja2 yg sy perlu bereskan sblm bercuti panjang. Sy buat yg mana mampu jer mengikut priority. Bak kata pk kami: tak mampu buat semua, jgn tinggal semua insyaallah. Alhamdulillah kwn2 di sekolah byk yg memahami keadaan sy sekarang. Nama sy x lagi naik sebagai ketua utk ajk program2 di sekolah. Klu tgh sihat memanjangggggg jd ketua hahaha... sekarang ni nama sy di letak kat baris terakhir jer :-) iyalar...ni masa kita, akan dtg masa mereka plak. Allah itu Maha Besar..what u give u get back so.. alhamdulillah sgt2.
Ikut hati mmg dah lama nak cuti. Tapi takleh lar kan...klu cuti awal nnt masuk kerja awal, kesian baby muhammad tak dpt nak bermanja2 lama dgn mama. Emm takleh byg lg camne keadaan kami sekeluarga masa sy dlm pantang nnt sbb ni 1st time berpantang di rumah sendiri. Takde maid plak tu. Masa berpantang amal dulu ada maid, mmg heaven lar ko goyang kaki jer tp semua benda beres. Cukup lar kot merapu di petang hari ni. Yg pasti sy dah mula nervous!! Tik tok tik tok...

Sunday, April 06, 2014

aktiviti IA cuti sekolah last week

assalammualaikum =)

salam hujung minggu semua
best btl cuti 4 hari hehehe
cerita basi sket hari ni
kisah anak2 masa cuti sekolah seminggu last wk
selain dr bawa anak2 ke tesco dan karnival giant balloon tu,
kami hanya stay di rumah
ada lah sket aktiviti anak2
yg utamanya main..main..main..dan main...

 IA request nak mandi pool
dpt lar beberapa kali mandi dan main air kat sini
tak kira cuaca yg tgh panas terik
nak berendam jugak...silakan wahai anak2 hehehe

 lama jugak IA berendam setiap kali mandi pool ni
smpi kecut2 baru nak stop

cuti panjang jer pun baru en.suami nak bukak pool ni
kalau cuti weekend jer jgn harap lar

dapat jugak en.suami melayan amal ber logico primo 

 baru beli colorful stick ni
ralat jugak IA amal dok main ni berdua
eh korang tau tak mcm mana nak main stick ni?
kena tarik 1 stick dgn syarat stick lain tak blh bergoyang 
sape dpt kumpul stick plg byk dia menang

 dan ini aktiviti yg plg IA suka
membongkar segala mcm koleksi toys yg ada dlm simpanan
dah nama pun cuti sekolah
so mama dan abah ok kan ajer
dgn syarat lps habis main mesti kemas semula
klu tak mama bawak plastik hitam hahaha

tgk tv dah tentu...

ok itu dulu cerita pendek utk hari minggu ni
sedang mengumpul kekuatan nak pi kerja esok
2 minggu jer lagi kerja sebelum bercuti panjang
semangat! semangat!

bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH