FOLLOWERS

Wednesday, January 22, 2020

Travelog TA ke Krabi: Day 1 sekitar hotel dan walking street Ao Nang.

Assalammualaikum =)

Sambungan dari ENTRY INI

25 October 2019 / Day 1

Sebab esok nak travel lagi, maka hari ni gigih update blog utk coret pengalaman travel yg lalu.

ladies trip ke Krabi! 
terima kasih lah korang semua dok melayan daku yg masa ni kepanasan tgk husband travel oversea byk kali wlupun atas urusan kerja. 
maka ku pinta izin suami utk create ladies trip ni. 
permohonan lulus!
maka ku kumpulkan ahli, tadaaaa cukup dah 4 org yg setuju utk ke krabi bahahaha best!

so ber backpack lah kami ke krabi naik Air Asia pd tanggal 25 Oktober 2019. 
alhamdulillah bahu masih kuat.

 kami tiba di Wakw Up Ao Nang hotel hampir jam 7pm waktu krabi. dr airport ke Ao Nang naik van dan hujan sepjg jalan. 

Cantik hotel ni, hotel baru dengan modern design. sesuai utk backpackers. plg penting murah. alamak mana tah aku letak catatan budget kami ke krabi ni huhu..nnt cari balik. 

room for 2, aku sebilik dgn haza. best...dok membawang sampai tgh malam mcm tak kenal erti penat. macam baru lepas kandang pun ada hahaha

bilik ringkas, takde wardrobe pun.

 view dr bilik. hotel ni dalam 100m ke pantai Ao Nang. nak cari tempat makan halal kami ke area masjid, naik tuktuk dlm 5 min gitu. blh je jalan kaki..ada masa jalan kaki, ada masa naik tuktuk. 

 rehat2 jap, bersihkan diri...lps solat maghrib kami keluar utk cari makam malam dan pakej island hopping utk aktiviti esok. 

jalan2 di walking street Ao Nang utk cari makan kedai makan yg halal

jumpa kedai ni. tak ramai org. sebab dah lapar, terjah ajelah. ternyata tak sedap huhu spoiled tau petai dia. 


menu yg kami order, tp x sedap..petai dia tak elok. tiada dlm gambar: kerabu mangga

 TA di mercu tanda walking street Ao Nang Krabi.

sgt byk travel agent yg offer island hopping di sini. tak perlu booked dr Malaysia pun, cari je on the sport kat sini. mcm2 offer ada. kaunter warna pink ni plh byk tp agak mahal. kami tak ambik kat sini.

cuci mata

kami ambik 4 - island tour di sini. lbh murah. esok mlm kami ke sini lagi utk ambil van sewa ke emerald pool pd hari ke-3. Emerald pool bkn di Ao Nang. 

harga aku tak ingat, nnt lah aku cari balik catatan budget tu dan buat 1 entry khas utk budget saja. fuh niat ko dasyat ala2 blogger tegar hahaha

teruskan jalan2 cuci mata

pastu kami ambik tuktuk ke Ao Nang night market. 

takde yg menarik pun melainkan ada jual street food yg agak byk di sini. bagi aku walking street Ao Nang lbh meriah. 

sedap wooo fruit shake ni. aku beli mango shake. pastu pakat2 tukar rasa dgn yg lain. 

ada yg mula terjebak dah. 

aku beli tshirt kat sini. ternyata lbh mahal dr tempat lain yg kami jumpa kemudiannya bahahaha..aku terkena. 

dalm kul 10pm balik hotel..tu yg bantai bersembang dgn haza habis semua cerita keluar. dekat kul 1am baru kami tido tu pun stlh aku surrender. ikut haza dia nak sambung membawang lagi tu :p

alhamdulillah selesai catatan hari pertama kami di Krabi.
catatan ringkas janji ada namanya.
itu dulu bye semua! 

Travelog Umrah TA - solat dan malam pertama di Masjid Nabawi

assalammualaikum =)

SAMBUNGAN DARI ENTRY INI.

9 Dec 2019

kami ke Masjid Nabawi untuk solat isyak sejam awal sebelum masuknya waktu. 
saat pertama kali bertentang mata dgn masjid nabawi, aku terpegun terpesona rasa sebak rasa dekatnya dgn Rasulullah, pendek kata pelbagai rasa bercampur baur. 
mulut tak putus berselawat ke ats junjungan Nabi Muhammad SAW. 
Aku dan ibu mertua cuba mencari ruang solat paling hadapn utk jemaah wanita, tapi tak dapat. dah penuh sgt. alhamdulillah kami dpt solat di ruang ke-2 dari depan, di tengah2 pintu laluan. itupun byk kali kena langgar. sepanjang menanti masuknya waktu sokat isyak, aku berdoa, membaca Al-Quran dan mata melilau melihat keindahan senibina Masjid Nabawi. indah dan sgt berseni binaan masjid ini. masjidnya juga sgt besar. serba serbi rasa sempurna di dalamnya. paling utama, aku rasa sgt tenang dijiwa sepanjang berada dibumi madinah. di dalam masjid nabawi terutamanya.
benarlah org kata, bumi Madinah sgt indah sgt tenang sgt tenteram sebab tertanam jasad Rasulullah di dalamnya. Rasullullah sgt menanti kedatangan umatnya menziarahi baginda di sini. alhamdulillah syukur tak terkata Allah jemput aku ke sini akhirnya. 
seriously, wlu jutaan manusia di sini, tapi hati tetap rasa tenang rasa tenteram. tujuan kita kat sini 1 je iaitu beribadah kepada-nya, jadi semua menjadi sgt tenang. susah nak describe bagaimana rasanya..tp percayalah, bila kau rasa penat dgn rencah dunia, berdoalah bersungguh minta Allah jemput kau ke tanah suci-Nya, Allah pasti akan jemput dan hati kau pasti tenang. 

 capture pertama masjid nabawi di waktu malam, tatkala kami melangkah masuk ke dlmnya utk menunaikan solat isyak. 


 selepas solat isyak. 
di sini jugalah aku mula menunaikan solat jenazah sebab setiap kali usai solat wajib, pasti menyusul solat jenazah. dan jika kau tahu ganjaran menunaikan solat jenazah, pasti kau akan turut serta. 
Ya Allah..beruntungnya mereka yg meninggal dunia di tanah suci Mu. jutaan umat menunaikan solat jenazah. moga ada rezekiku juga untuk menghembus nafas terakhir di tanah suci, aaminn.


lbh kurang jam 10pm tiba di bilik, kami terus tidur. terasa letih sgt lbh 24 jam non-stop. 
tapi amat berbaloi untuk merasai pengalaman ini. 
segalanya indah.

itu dulu bye semua!

Saturday, January 18, 2020

Travelog Umrah TA - Catatan perjalanan dari VillaComelKami hingga ke madinah.

Assalammualaikum =)

Travelog TA ke Jepun tak siap
Travelog TA ke London tak siap
Travelog TA ke Seoul Korea tak siap
Travelog TA ke Krabi tak siap
.
.
.
.
.
Now muncul pula travelog umrah =)

dapat catat sket2 jadilah buat kenangan. 

alhamdulillah mcm tak percaya aku dah pi umrah. pernah satu ketika, rasa mcm tak terjangkau nak pi umrah ni atas beberapa sebab. 
tapi benarlah apa yang di kata oleh mutawwif kami Ustaz Abdullah Khairi:
"Umrah ini bukan untuk orang kaya, umrah untuk mereka yang di jemput ke rumah Allah. untuk di jemput, berdoalah..minta Allah jemput. bila Allah dah jemput, Allah jua yg akan permudahkan segalanya termasuk urusan kewangan, urusan anak2 yg ditinggalkan dan lain2'. 
benar, sgt benar. 
perjalanan umrah ku bermula bila seorang sahabat berkata kpd ku: "kalau betul Azimah nak ke tanah suci, Azimah doa byk2 minta Allah jemput. doa je. doa bersungguh2. tak perlu lagi fikir hal duit hal anak dll. doa je".
eh siapa yg tak nak menunaikan umrah kan? semua org nak. maka aku pun berdoa, minta Allah jemput. 

tak lama, aku dipertemukan pula dgn seorang rakan guru yg baru berpindah masuk ke semesti. satu ketika, dia bercerita tentang pengalaman umrahnya..dia dah ke tanah suci 6x utk buat umrah padahal dia lbh muda dr aku. 
dia kata best sgt kak kat sana. segalanya indah. 
dari situ aku semakin teruja. maka langkah dimulakan dgn berbincang dgn suami. suami setuju. kemudian aku bertanya pada kak cho dan kak cik, boleh tak untuk aku tinggalkan anak2 12 hari dgn mereka sepanjang kami menunaikan umrah. mereka terus setuju. nampak tak Allah mudahkan? dan kami terus survey pakej - daftar - bayar ansuran 3x dan taaadaaaa..masanya tiba juga. 

Umrah kami selama 12 hari bermula 9 Dec 2019 - 20 Dec 2019 menggunakan pakej UAK Travel and Tour (highly recommended) - Ustaz Abdullah Khairi. UAK ni penceramah agama, best aku suka dgr ceramah2 dia. 

perjalanan kami bermula 8 Dec 2019. keluar dr villacomelkami jam 11.30am menuju ke proton city (rumah kak cik). kami singgah lunch dulu di tg malim. 
usai solat zohor, jam 2.30pm kami menuju ke aeon shah alam pula sbb husband baru nak tukar duit. sebak oiiii nak tinggal lama anak2 masa ni. tp alhamdulillah anak2 nampak ok aje sbb ramai geng kat rumah makcik tu. 

jam 5.30pm, lepas tukar duit kat aeon shah alam, terus keluar menuju ke rumah kak cho pula di teluk panglima garang. mak ada di rumah kak cho dan kami akan bersiap2 di rumah kak cho sblm ke airport. 

tepat jam 10pm, kami menaiki grab ke airport. kami perlu berkumpul jam 11.45pm. takpelah sampai awal sket. flight kami jam 4.25am 9 Dec 2019. kiranya 24 jam tak tido ni huhu. 

kami menunaikan umrah ber-4 sekali dgn mak dan abah mertuaku. 

bersama adik beradik suami yg berkumpul di klia. family aku takde yg hadir ke klia, takpe aku tak kisah pun sbb faham depa dah tlg jaga anak2 aku tu dah cukup baik dah. camne pulak depa nak berangkut ramai2 ke klia kan? 


waktu ni berdebar nya rasa Allah je tahu. kami akan menuju ke madinah terlebih dahulu. 

sesi taklimat dr staff UAK dan mereka return passport jemaah yg dikumpul sblm ini utk buat visa. 

sekitar jam 4.25am waktu Malaysia, bermulalah penerbangan kami ke Jeddah selama 8 jam menaiki Saudi Airlines. aku tak tido sepanjang dlm flight, terlelap sket2 aje, ntahlah kenapa. hati berdebar2 mungkin.

kami solat subuh 2x dlm flight haha.. sbb yg 1st tu staff UAK tersalah info. tu yg aku pun pelik, apsal lps solat subuh tp fajar tak terbit pun kat luar nun. kekal gelap. selang sejam lepas tu baru nmpk fajar terbit, haaaa kena solat subuh lagi sekali. td blm masuk waktu daaaa...ni semua sbb pertukaran waktu kan, jd confuse. 

kami tiba di airport jeddah (airport lama) sekitar jam 8.30am waktu tempatan.

tu dia UAK dah tggu di airport

then kami naik bas pula ke madinah. perjalanan ambil masa 5 jam + 1 jam berhenti rehat dan solat di RnR. kami lunch dlm bas. sbb dah lapo, dpt pulak nasi dgn ikan grg mmg nikmat makan hehe

beginilah rupanya penempatan di tanah arab. rumah takde bumbung. petak2 aje semuanya. 

tandus takde pokok2. mmg itu ciri tanah arab kan.

berhenti rehat di kwsn Rnr untuk ke toilet dan solat.

RnR. beza benar dgn di Malaysia. surau pun tak besar mana. tahap kebersihan pun tak seberapa. 

lepas kwsn RnR ni, kami disajikan pula dgn pemandangan gurun di tanah arab yg penuh dgn bukit bukau berbatu. ya batu, takde pokok. kira ni benar2 pengalaman dan view baru dlm kisah travel aku yg tak seberapa ni. di sepanjang perjalanan ke madinah, byk kami lihat bangunan / penempatan yg ditinggal kosong di celah2 bukit berbatu ni.


eh udah mcm Fujisan pulak hehe

kami tiba di hotel Al-Mukhtara International sekitar jam 3pm. urusan penerimaan kunci bilik / transmitter / dan collect beg juga ambil masa yg agak lama. jemaah warga emas kelihatan sgt letih dah waktu ni. kami tak sempat solat maghrib di masjid nabawi. 
aku dan suami dpt bilik 3 katil. bilik cun. so 1 katil tu kami letak bag dan barang2 kami lah, takde kacau space lain dah. sepanjang kami di madinah, waktu makan 3x sehari tu semua di hotel. aku suka lauk2 yg disediakan sbb variety jugak lah pd tekak aku. tp bapak mertua aku takleh makan lansung mknn yg hotel sediakan di madinah ni. ntahlah, tekak masing2 kan. 

luas juga bilik nya. puas hati.

mula2 tgk tandas, aku terkejut tgk ni. ooo ada pilihan ok nak duduk atau cangkung time melepas hehehe. belah kiri tu ada bath tub. sinki besar, blh lah aku memberus pakaian kecik2 dgn selesa. pakaian besar aku hntr dobi aje. btl2 tu lah sekali hntr dobi sepanjang 12 hari umrah kami ni. dobi di madinah sblm berangkat ke mekah. tp tu pun tak berapa kering masa kami dpt baju2 tu semula. lembab2 aje huhu...

inilah hotel yg kami stay di madinah. keluar dr pintu utama hotel jalan terus untuk ke pintu nom.25 masjid nabawi. Takdelah jauh sgt dlm 150m iaitu selang beberapa lorong aje. 

Ok sampai sini dulu ya..nnt next entry aku start dgn pengalaman pertama kali melihat dan menjejak kaki di Masjid Nabawi utk solat isyak. oh ya, suhu masa ni sejuk juga below 20 degree. 

itu dulu bye semua!

hoyyyeeeeeee! dpt jugak update blog utk kisah umrah TA.

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH