FOLLOWERS

Showing posts with label langkawi island. Show all posts
Showing posts with label langkawi island. Show all posts

Saturday, January 22, 2022

Langkawi 2021 ~ memori tercipta.

Irfan byk kali menyatakan keinginannya utk naik aeroplane. 
alhamdulillah we made it true on 30 Oct - 2 Nov 2021 tempoh hari. 
Pulau Langkawi!
kebetulan mama ada kredit AA refund dr trip ke Perth yg terpaksa dibatalkan kerana Pandemic Covid-19 yg melanda dunia, maka kita gunalah bawa anak-anak naik flight. 

"its gonna be the best experience in my life mama!"
I will never forget his voice saying this to me 

pertama kali naik aeroplane 5 beranak. alhamdulillah syukur atas rezeki yg Allah beri. 

*****

30 October 2021 - Day 1

Kami tiba di Langkawi dlm jam 8.15am. Breakfast di bumi Langkawi!

Destinasi pertama selepas sarapan: Dataran Lang.


Destinasi kedua: Kota Mahsuri
keluar dari sini dah tgh hari, plan nak lunch di Nasi Dagang Pak Malau dibatalkan sbb hujan sgt lebat + ramai orang + perut dah lapar. So kami singgah je kedai makan tepi jalan otw ke hotel. mujur blh check-in awal. kami stay di Aseania Resort for 2 nights. 

ptg tu masih hujan..tapi sebab dah buat full payment for sunset cruise, pegi jugaklah. hujan sampai malam...no sunset at all huhuhu. anak2 kebosanan. pengajaran: sunset cruise tak sesuai bawa anak2. bila hujan..double tak best jadinya. takpelah..pengalaman juga, syukur. 

Irfan tido lena atas cruise. mama yg beria pakai dress bagai..sbnrnya dress tu lencun betis ke bawah hahaha. 

bila tanya anak2 nak repeat sunset cruise lg tak? serentak jawab taknak! hahaha


8.30pm tiba di port, 9pm tiba di hotel. tido. 

*****
31 October 2021 - Day 2

free and easy hari ni. Langkawi masih hujan hingga jam 3pm. 

kami mandi-manda di pool 9am-12tgh. hujan lebat. tapi takde kilat or petir. so aktiviti mandi-manda diteruskan. time ni anak2 sgttt happy. 

lepas solat zohor, kami keluar lunch then ke pekan kuah membeli coklat. 
coklat daim out of stock so mama beli di shopee. smpi skrng tak habis lagi huhuhu

menjelang petang, matahari pun muncul. 
kami ke Pantai Chenang pula. kegembiraan berganda dimuka anak2 alhamdulillah.


Kenangan indah

*****
1 November 2021 - Day 3

kami antara yg terawal tiba di oriental village pagi ni. 
siap dpt goodies pack sempena ulang tahun Langkawi Skycab
Cuaca hari ni sgt baik alhamdulillah. 

see..takde org lagi masa ni..ada ler 2-3 family lain dah mula beratur depan en.suami.

pengalaman pertama anak2 naik cable car. rupanya amal sgt gayat. akibatnya dia bad mood sepanjang berada di sky bridge. 

nampak tu muka bad mood amal? hahaha. dannn cukuplah sekali ni utk insan bernama Teacher Azimah ke Langkawi Sky Bridge. rupanya dr cable car station nak ke Sky Bridge kena berjalan jauh huhuhu...hilang kejap lutut masa ni. 

halah halah amallll. 
Irfan dan abg iman maintain enjoy every moment time ni. 


turun dr Sky Bridge, lunch dan jalan2 sekitar Oriental Village. 
amal mula senyum..ketawa...dan gembira. 

tarikan terbaru di Oriental Village. lama juga kami di sini sbb anak2 suka sgt. semua best. pic di sini sgt byk sbb anak2 sgt gembira bermain dgn haiwan sepanjang di sini. berbaloi byr mahal pun. 

lebar dah senyuman budak yg sentap td hihi. 


๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“
my precious moment with them. 

ptg tu kami check-in di The Frangipani Langkawi Resort. 
4.30pm tiba di resort, 5.30pm baru dpt masuk family room yg kami booked. mujur diberi bilik lain dulu utk kami rest dan solat. 

belah malam..kami ke Pantai Chenang semula...

...utk mkn malam di sini. rilex2 sambil memerhati gelagat pengunjung yg pelbagai. 
balik ke resort semula dan tidooo. 

*****
2 November 2021 - Day 4

Resort ni punya private beach. subhanallah view sgt cantik. 

beach di sini lbh cantik dan bersih berbanding Pantai Chenang. Org pun x ramai..ada dlm 2-3 family je jauh2.  cuma pantainya agak curam. kena lbh hati2.

Subhanallah...alhamdulillah..atas semuanya. 

maka kenangan pun tercipta.

flight balik kami dlm jam 1.00pm...
alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar dgn izin Allah SWT. 
itu dulu...bye semua!


YEAYYYY AZIMAH BERJAYA UPDATE BLOG!

Thursday, July 01, 2010

holiday @ Langkawi Island- day 3 final episode

hari terakhir kami di Langkawi Island...pagi lg kami dah check out dr chalet coz nak kuar awal dr langkawi. ada destinasi lain. cuba teka??? mana lg klu bkn Padang Besar hehehe... alar takde beli apa pun kat padang besar. beli brooch jer banyak. sy mmg suka kumpul brooch terutama brooch avon. cekgu lar katakan hehehe... jom tgk pic ya.


gambar kami di sekitar The Cabin chalet... blh tahan jgk view kat sini




sempat juga kami singgah di Dataran Lang. bergambar dengan 'lang mulia' kata iman. apa itu lang mulia? hehehe...tanya kanak-kanak insyaallah depa tau.


gambar solo sbgi penutup cerita kami di Langkawi. sedih jgk coz gambar ber-4 dgn 'lang mulia' ni tak cantik. tak nampak kepala lang. geram btl dgn budak yg tlg amik gambo tu.

itu dulu serba sedikit cerita tentang percutian kami di Pulau Langkawi. sampai kat umah, penat tahap cipan huhuhu...dah lar takde maid, semua kena process sendiri. baby amal pun demam sket balik tu, kepenatan. sian dia. dan akhirnya saya pun tak pi ke kursus BTN... terpaksa ditangguhkan coz my mom surrender, tak sanggup jaga cucu keciknya itu yg amat merengek, tak sihat, taknak kat orang and still breastfeed. maka mama pun berkorban tangguhkan kursus BTN demi family. (sbnrnya mama pun penat sgt hehe...sonok jer tak pi BTN). secara keseluruhannya, kami enjoy dgn cuti ni :) wlupun penat, puas hati dapat bersama suami dan anak-anak tercinta. for the next holiday, kami plan nak bercuti berdua without kids. harap anak2 faham hehehehe...tp bila? ntahler, skang ni tgh 'mode nak beli rumah baru' semuanya perlukan RM yg bkn sedikit. citarasa tip-top ni, aduh..cukup ke duit kami :(
itu dulu utk entry kali ini. jmp lagi!!

NOTA KAKI: banyak lg kisah lain yg sy nak story dlm blog ni..harap2 sempat.

Wednesday, June 30, 2010

holiday @ Langkawi Island- day 2 (edisi sambungan)

sambungan dr entry sebelum ini. lepas oriental village kami ke tapak kawasan beras terbakar. mmg rasa nak terbakar kat sini. cuaca sungguh panas!! tgk pic jer lar ek.



then kami ke crocodile farm plak. besar2 sungguh buaya2 kat sini. amal yg kecik itu pun terpegun tgk sang buaya. show dia pun blh tahan!


gambo kat bawah ni takde kaitan dgn cerita di atas. ni pic amal time kami makan malam di jetty mall. comel!!
so far seronok pi langkawi ni. tapi letih larrr coz bawak anak2. eh, cerita tak abis lagi mana blh buat conclusion kn?? ok next entry kita tgk pic hari ke3 kami di sini. hari last...

NOTA KAKI:
tak sabar tunggu anak2 besar nak bg depa baca blog mama ni. emmm agak2 depa nak ke baca???

Tuesday, June 29, 2010

holiday @ Langkawi Island- day 2

askum semua.. lambatnya sy nak update blog skang ni. mmg tak cukup masa. letih toksah citerlar. semuanya gara2 sy dah takde maid tiba2. huhu malas nak citer lar. yg pasti maid baru akan tiba tak lama lg insyaallah...
back to the story. hari ke-2 sy di langkawi, sy ke oriental village. kat sini tarikan utama adalah cable car. tp sy n family tak naik pun cable car. bwk anak kecik ni, tak yakin plak sy. buatnya iman meraung menggigil kat tgh2 tu, ha sapa yg haru???? syyyy jgk. mujurnya sekitar oriental village ni byk tarikan menarik terutama utk kanak-kanak. view pun lawa. jom tgk pic!










byk lagi gambar2 menarik tp takkan nak upload semua, tak sesuai utk blog hehe... keluar dr oriental village, kami ke kawasan beras terbakar dan crocodile farm. gambar dan cerita di entry akan datang ok. itu dulu utk entry kali ini. jmp lagi!

Thursday, June 24, 2010

holiday @ Langkawi Island- day 1

askum semua, alhamdulillah mood sy semakin baik :) harini nak cerita tentang percutian kami ke Pulau Langkawi baru-baru ni. kami ke sana konvoi 2 kereta dgn cikgu farid and wife. bertolak dr sbpisb jam 12 tgh mlm 12 jun 2010. sesekali travel tgh mlm mcm ni, memberikan pengalaman tersendiri dlm kamus hidup sy. mulanya ingat susah bwk anak2 travel waktu mlm. rupanya2 tak susah lansung. anak2 tido sepjg jalan. sesekali iman dan amal terjaga. klu travel waktu siang, mesti banyak kerenah budak2 ni hehe...
sampai kat jeti kuala perlis lbh kurang jam 8.30am. tp kami hanya dpt tiket feri jam 11am. so kami sarapan n rilex dulu. seperti dijangka org mmg ramai. menjelang kul 11 nak naik feri, amal dah meragam coz mengantuk. huru hara jgk ler kami, dgn nak mengangkut brg2 lagi. million thanx to cikgu farid n acik fazlin yg byk tlg kami. btl kata kwn2 dan family saya, kalau pi Pulau Langkawi dengan anak2, tahap kesabaran mesti tinggi hehe...jom tgk gambar ya!


ni pic kami sejurus tiba di jeti Kuah. nampak tak muka baby amal yg keletihan...sian dia. oh harini kami semua pakai merah!

selesai semua urusan sewa kereta, kami terus cr tempat utk lunch, then kul 2pm check-in hotel dulu. rehat2 jap coz anak-anak, mak anak, n bapak anak dah klthn. badan pun dah melekit semacm huhu... kami stay di D'Cabin Chalet, Pantai Chenang.
then kul 4pm kami keluar and destinasi pertama kami adalah Underwater World. kat sini mcm biasalar, anak2 yg seronok lbh. mama n abah tumpang gembira :)


happy sgt lar baby amal ni dah puas tido. bestnya skang ni amal senang jer nak tido kat buggy, tak mcm time dia baby dulu huhu..


ececece anak teruna sy tu klu tang bergambar, suh lar buat aksi apapun semua blh.




ni plak shop @ the end of this Underwater World. iman teruja tgk key-chaon dolphin.

lepas tu kami terus ke pekan kuah utk shopping fasa 1. mana lg klu bkn ke Hj Ismail Group. sy tak shopping byk pun, blm ada rumah sendiri so tak excited sgt nak beli brg2 dapur yg sgt byk and murah kat sini. beli sket2 jer utk cenderamata family and kawan2.

pilih kain batik...


lambakan coklat yg mmg WOW!! byk jgk sy beli coklat wlupun sedar semua ni bakal menambah lemak dlm bdn sy huhu...sy mmg hantu coklat.

hari pertama berakhir dgn kami mkn mlm di pekan kuah. then terus balik chalet, tido...

NOTA KAKI:
harap anda tak jemu baca cerita sy yg ala2 syok sendiri hehe.. tak salah berkongsi pengalaman kan kwn2?
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH