FOLLOWERS

Monday, July 30, 2012

villa comel kami: bilik nombor 2- bilik anak2.

assalammualaikum =)

bilik anak-anak dah settle alhamdulillah

langsir ben-10 pilihan iman

snap gambar ni semalam. masa mama and abah sibuk set up rumah, anak2 projek memunggah mainan dlm bilik.

dah complete. eh...blm lar! meja study tu xde kerusi lg hahaha

 sonok lar tu...dapat katil baru :P

 yang kecik tu asik tanya jer bila kita nak pindah rumah baru mama?
ok anak2 pun nampak excited nak pindah ke rumah sendiri ni
mama abah apatah lg :D

persiapan rumah baru vs persiapan nak raya

assalammualaikum =)

bila ber blogwalking, ramai bloggers yg mula excited prepare macam2 sebagai persediaan menyambut aidilfitri. baju baru, kasut baru, baju anak2, perabot baru, jualan hari raya, kuih raya etc etc etc... saya plak? lansung tak prepare apa nak raya ni haha..mujur baju raya anak2 semua dah siap. sy lbh terfokus untuk set-up rumah baru nnt. pastu menung2...sembang dgn en.suami, isk isk...i pun mula panjang akal. jeng jeng jeng... why not kita pindah masuk ke rumah baru dlm bulan ramadhan ni jgk, then boleh merasa berpuasa dan buka pose kat rumah baru. paling best, sambil2 gantung langsir kat rumah baru, we all blh feeling ianya sebagai persediaan nak raya jgk.  2+1 lar kan.....wahhhhhhh blh gitu? so we have decide to move in rumah baru on this coming thursday yeah!! lagi 3 hari kami akan meninggalkan bumi kuaters sbpisb yang telah menelan 1001 macam kenangan pahit manis masam masin. honestly, saya tak sabar nak mulakan hidup baru kat rumah baru nnt sbb...ada lar beberapa sebab hehehe. apapun sy pasti ini langkah baru untuk refresh hubungan kami suami isteri dan juga dgn anak2. lepas setel pindah rumah, dah blh plan for the next baby...eh? ok dah keluar tajuk, sila lupakan hahahaha
rupanya nak set-up rumah baru ni bukan perkara yg mudah. yes it is fun actually (move to ur own house it is like wahhhhhhh bestnya!) but at the same time a little bit tired to manage everything related to 'rumah baru'. kena plak kat TeacherAzimah yg konon2 nya perfectionist ni, semuaaaaa nak dibuat secara detail, nak bg complete puaskan hati. klu orang lain blh jer pindah masuk ke rumah baru wlupun blm ada yg lengkap. asalkan api air dah masuk, blh pindah dah. tp sy ni lain, semua nak lengkap dulu huhuhu...akibatnya masa 24jam mcm tak cukup. mujur en.suami tetap setia melayan kehendak wife dia ni. 
lg satu....bila keluar dr rumah kuaters (yg semuanya dah tersedia untuk digunakan secara percuma, tapi x blh bawak pindah ok) nak masuk rumah baru, bkn sedikit RM yg terlibat. semuaaaaaa guna RM huhuhu rasa nak nangis tgk saving yg kering kontang dah. serius kering kontang ok. emmm saper yg dah penah lalui apa yg i ckp i, dia mesti tau. sekarang ni nak beli 1 majalah pun i pikir 18x, then decide tak yah beli. baik simpan duit ni, blh guna untuk beli penyepit langsir. mind you, latest design penyepit langsir yg magnet tu 1 = rm15. rasa nak terbelahak keluarkan rm95 hanya untuk penyepit langsir, including sliding door punya yg style sanggul berukir tu. pastu tak cukup plak. i kena beli lg 3 ketul yg jenis magnet tu baru complete utk satu rumah. uiks....semua pakai duit, bkn sikit tp banyak huhuhu...selamat berhujung minggu di rumah jer lar lepas ni ya TeacherAzimah hahaha....

dah mula angkut sket2...esok dah nak buka air-cond, astro dan home theater untuk di pasang kat rumah baru. khamis angkut semua barang...
tata bumi kuaters sbpisb.

Saturday, July 28, 2012

details about the tudung

assalammualaikum =)

ni ha tayang dulu gambar sy pakai tudung baru hari ni
susahlar xde nama tudung ni
apa kata kita bagi nama tudung 'TeacherAzimah'
tudung TA hehehe sesuka hati sy jer huhu


tudung yg sy pki ni saiz m yer

alhamdulillah ramai yg email sy bertanya info tudung ni
dan ramai juga yang dah order
terima kasih di atas kepercayaan anda semua, kawan2 maya sy di blog
insyaallah anda akan berpuas hati dgn tudung ni dgn harga murah yg sy tawarkan

kat sini sy nak maklumkan terus details berkenaan tudung ni ya
sebab dah tak larat nak taip email yg sama berulang kali
eh copy paste pun dah tak larat hehehe

so dptkan info dr blog sy
then email sy klu ada apa2 nak tanya atau nak order ok :-)

bagi kain 1st gred yg sama sebijik sejibun dgn di butik:
3 layer = RM120.00
2 layer = RM110.00

kain 2nd gred, lain sket dr kain 1st gred tp tetap cantik, x nmpk beza sgt pun:
3 layer = RM80.00
2 layer = RM70.00

semua harga ni dah termasuk pos ya
dan harga ni semua utk saiz s, m dan l
untuk saiz yg lbh besar, cthnya on request size, harga up lg ya
ini harga yg melibatkan pos. 
yg tak melibatkan pos, harga kurang rm10 ok ;-)

eh mesti ada yg perasan....harga dah naik!! mcm harga gula lar plak yer huhuhu...
ok mcm ni citernya
pagi td sembang2 dgn hubby pasal harga tudung ni
dia tanya kenapa ambik untung sikit sgt..
huhuhu...sungguh lar mmg pun sy ambik untung sikit sgt
that is why sy blh bg harga murah mcm ni
mana nak dpt harga mcm ni di pasaran dgn kualiti yg sama dgn di butik
lbh2 lg di pasaran online...kan?? kan??

so inilah harga akhir yg sy jual ya....plz jgn mintak kurang lg ya huhuhu

TAPI!! TAPI!! TAPI!!!
berita baik untuk anda yg dah berurusan dgn sy wlupun blm order
sy kekalkan harga lama untuk anda ok :-)
mcm tu jugak untuk customer sy yg nak repeat order
kekal harga lama ya...istimewa lar utk korang kan...
kwn2 blog yg dah cop kata nak order mcm  zura, cikgu azrine, cikgu salmiza...
pun kita bagi harga lama jer lar hehehe...alar tak kisah lar kan..harga kawan2..
terima kasih jugak sbb  korang tlg promote pd kawan2 yg lain.
tp utk kawan2 tu, harga baru ni ya

alar dont worry lar...harga ni tetap jauh lbh murah...kan?

ok itu dulu ya...jumpa lagi!! 
thanx sgt2 tau utk korang semua hehehe :-)

pssss: alhamdulillah...semua yg dah terima tudung tu, semua berpuas hati. sy suka bila anda happy! yeah...:D

Monday, July 23, 2012

villa comel kami: kitchen cabinet

assalammualaikum =)
ini ibarat mimpi jadi kenyataan
syukur alhamdulillah
Moga lebih kerap ke dapur memasak lepas ni :D


sedang menanti penghantaran 2 buah kerusi AF untuk letak di breakfast table putih nun...
agak2 saya ambik kerusi AF colour apa?
jumpa lagi nanti!

Sunday, July 22, 2012

Solat Tarawih bersama anak-anak

assalammualaikum =)

sejujurnya dah 2x Ramadhan sy tak dpt ke masjid atau surau untuk solat Tarawih berjemaah. sejak dah takde maid ni, susah dah nak follow en.suami ke surau. kena jaga amal kat rumah. en.suami jer pi surau dengan iman. tahun ni sy cakap dgn en.suami nak bawak amal pi solat terawih sekali kat masjid. so terawih pertama, jumaat malam sabtu lepas kami ber-4 ke masjid politeknik sultan idris shah. sebelah sbpisb jer. surau sbpisb tutup sebab semua students and most teachers balik kg. berdebar rasa hati, tak putus berdoa moga2 amal tak buat perangai kat masjid nnt. iman takpe dia dah biasa. 


alhamdulilah Allah SWT permudahkan urusan ibadat kami kepada-Nya. amal tak meragam lansung! but of coz lar dia tak duk diam...berlari ke sana sini main dengan gembira. lgpun jumpa plak geng dia anak staff poli. yg penting dia tak merengek meragam. iman plak, alhamdulillah follow abah dia solat. tp tak diam jgk....solat budak2, bergoyang jer lar badan dia hehe.. alhamdulillah iman skang rajin solat. bacaan dlm solat pun dah hafal. dlm proses menghafal doa qunut skang ni. mama yg terlebih risau ni siap bawak sebotol susu masuk dlm masjid kekeke...
apapun, syukur alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. gambar kat atas ni sy snap guna tipon selepas tamat solat witir. habis dibukanya kain pemisah staff lelaki dan pompuan ni. 

Saturday, July 21, 2012

villa comel kami: wiring kipas dan lampu

assalammualaikum =)

selamat berpuasa buat semua...syukur alhamdulillah dapat lagi kita berjumpa dgn bulan Ramadhan yg mulia ini. mlm td dpt kami 4 beranak ke masjid menunaikan solat terawih.. will story later ok. excited sbb pi masjid bawak anak2 kecik hehe...
ok now nak citer pasal rumah baru ni lg. rabu lepas dah bermula kerja2 wiring untuk memasang lampu dan kipas (insyaallah siap hari ni). so far semunya berjalan lancar...

 kipas ruang tamu dan ruang makan. penutup tengah tu masih blm dipasang masa ni.

 kipas untuk master bedroom

 kipas untuk 3 bilik yg lain dan untuk car porch. 

 down light untuk satu rumah. mentol blm pasang lg time ni hehe... lampu gantung? non-ado!



ok nak citer pasal syilling car posh rumah kami yg pelik ni plak...sila tgk gambar dulu hehe..

haaaaa nampak tak ada sesuatu yg pelik di situ???? konon ada ruang pengudaraan di kiri dan kanan tu. hello????? hujan pun blh masuk tau! korang bayang kan kalau hujan, dah tentu air masuk btl2 kat depan pintu utama umah kami. camne nak masuk rumah???? serius masa mula beli dulu x sangka plak gini jadinya huhu pasrah btl. so nak xnak kena lar pasang awning di situ. nak naik concrete terus out of budget kekeke...payment kat majlis daerah pun blh tahan mahalnya. so lg 2 mggu geng cina baju oren ni akan dtg utk pasang awning kiri kanan tu, awning depan pagar dan juga pasang grill+awning kat ruang belakang rumah. ruang apa?? tgk gambar lar susah nak citer...

haaaaa ruang belakang ni pun nak pasang grill dan awning. budget nak letak washing mashine dan dryer kat sini. semalam juga dah bermula proses pemasangan kitchen cabinet. harini insyaallah siap.  tgh hari nnt kami nak ke sana lagi tgk perkembangan. at the same time kena pantau iman juga yg sedang belajar berpuasa. ok semua jumpa lagi nnt ya! sy nak ke dapur nak panaskan sup untuk suap amal makan. takde idea lg untuk menu buka puasa ptg ni. 

Wednesday, July 18, 2012

wordless Wednesday: Iman's 1st medal

assalammualaikum =)

 tempat ke-4 futsal tempoh hari. kalah sbb tak pi lawan pun team dia ni huhu

 anak bujang saya: muhammad iman kasyfi. besor dah anak mama 
kang pejam celik pejam celik dah dapat menantu...eh?

Tuesday, July 17, 2012

sambutan sedekad SBPISB: KASTEK

assalammualaikum =)

sambutan sedekad SBPISB berlansung pada 5-7 Julai 2012 yg lalu. letih...letih...letih... apapun syukur alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. sy percaya semua cikgu2 SBPISB sekarang ni berasa sgt lega sbb dah blh bertenang sket.
TA paling busy pada hari pertama sambutan ni iaitu hari khamis 5julai 2012. busy sebab pd hari ni SBPISB jadi tuan rumah Karnival Sains dan Teknologi peringkat daerah. TA selaku penyelaras program ni rasa tak cukup tangan kaki dan akhirnya kaki TA pancit 2 hari huhu...sakit ok byk sgt berjalan. alhamdulillah KASTEK berjalan lancar wlupun pd mulanya byk sgt masalah2 yg dihadapi. terima kasih buat en.suami dan rakan guru yg lain yg byk membantu memastikan program ini berjalan lancar. uiks takmo dah jd tuan rumah seksa rasanya huhuhu..
jom tgk gambar lar ok

gerai jualan dibuka dari 5-7julai 2012

rest lar jugak sbb takde P&P kan hee~~~

mcm pesta tau budak2 ni. seronok diorang..

ada 7 acara yg dipertandingkan dlm KASTEK ni. ada solar car, solar boat, rocket, saintis muda sek ren dan men, solar cooking dan bercerita sains sek rendah. tam sempat smpi majlis penutupan, bateri kamera TA dah kong. haha nasib lar. gambo racing pun xde :P



TA juga JU solar boat. ni gambar bersama hakim2 solar boat. en. mat nor yang berbaju biru tu adalah pegawai teknikal kastek daerah. smpi kastek kebangsaan pun dia jd pegawai. orang kuat kastek lar ni. bagus dia ni, ilmu dia luas dlm kastek ni.

busy me



alhamdulillah pasukan solar boat dan solar car SBPISB johan di peringkat daerah ini dan akan mewakili daerah ke peringkat negeri di Sek. Men Sains Banting pada 17-18 julai 2012. eh hari ni lah!! aah, ni schedule post ya kawan2 :P pasukan lain x kurang hebat juga. solar cooking dan saintis muda dpt 2nd place. doakan pasukan solar boat dan solar car sbpisb johan di peringkat negeri pula ya, insyaallah..
TA x dapat pi makan malam amal tu sbb di saat2 akhir something happen to me membuatkan sy x dpt dtg. padahal baju dah siap tempah dah siap iron pun huhu.. takpelah, kita hanya mampu merancang, Allah jua penentu segalanya. bersangka baiklah :-)

Monday, July 16, 2012

shopping @ ikea

assalammualaikum =)

alhamdulillah dgn izin-Nya ikea jugak dpt sy terjah sebagai persediaan nak masuk rumah baru. 
btw uollssss...ikea is on sale from 5july to22july ok. murah2! pi terjah cepat! hahaha


jom tgk apa yg menarik sempat saya snap

pompuan ni not for sale ok hehehe

simple jer wardrobe ni. harga pun murah. telah disambar utk letak kat 2nd hall kami berdekatan dapur. plan saya nak letak tv gemuk kat sini utk iman-amal-abah main ps3. mama blh layan tv beso kat depan sorang2 muahahaha... para kat atas sekali tu ingat nak letak koleksi buku2 saya...

sangat jatuh hati kat meja kerja ni. tapi gagal disambar sebab budget tak mengizinkan

idea deko bilik tidur yang menarik

masa nak lunch, Q panjang ya amat. eh selama sy beratur kat blkng pompuan baju merah tu, sy cukup admire kat baju dia. cantik sungguh! maklumlah....merah! hahaha

menu glemer kat food court ikea

meatball set

muffin dan kek daim

spaghetti

paling tak larat bila masuk ikea store utk cari item yg kita dah catat tadi huhu..

tak larat pun udah namanya shopping mestilah happy kekeke

kitorang  en.suami yg utamanya sudah jatuh cinta dgn set payung + meja kerusi ni utk diletakkan sebagai landscape kat luar rumah nnt. means menggantikan pergola yg saya minati itu. yg pasti set ini jauh lbh murah dr pergola. tp dah theme kitorang modern minimalis so set payung ni sgt sesuai....kot! kot sebab blm final decide lg.

yang ni pun cantik..

tapi set ini lbh menarik...hehehe

2 trolley hasil rembatan kami :D 
nearest rm1k jugak huhuhu...

jumpa lagi nnt!

Sunday, July 15, 2012

villa comel kami: grill pintu dan tingkap yg simple

assalammualaikum =)

alhamdulillah grill dah selamat dipasang hari rabu lepas. takde pi tgk pun masa diorang pasal grill ni sbb masing2 pun busy. mujur semuanya ok...

 design yang simple jer. murah jer pun hehe.. masih lagi dlm linkungan merah-hitam-PUTIH :D

grill pintu. 

hari ni rehat jer dgn anak2 kat rumah.
nak recharge balik bateri dlm badan ni hahaha
happy weekend semua!

Saturday, July 14, 2012

kerja2 membersihkan villa comel kami pun bermula...

assalammualaikum =)

pagi tadi seawal jam 8 pagi sy dah keluar dr rumah menuju ke rumah baru. anak2 tinggal dgn mak kejap. amal meraung2 nak ikut. uiks tak blh sayang...mama ada misi beso ni, nak bersihkan rumah baru kita ok. bersama sy ke rumah baru adalah 6 orang hulubalang yg gagah perkasa. ecehh...terasa mcm tuan puteri lar konon tetiba ada hulubalang hahaha...actually saya bawa bersama 6 orang pelajar sy untuk bantu bersihkan rumah ni. tanpa mereka, sy tak larat buat sorang2 huhuhu...en suami kan out station skang ni. klu nak tggu dia balik baru nak buat..lambat beno. so sy on jer dgn bantuan budak2 ni. hebat mereka tau sungguh gagah perkara. terima kasih tak terhingga untuk Ammar, Sidek, Najib, Syukri, Umi dan Naqibah. u are the best!!

misi utama hari ni adalah untuk membersihkan kwasan tanah sekangkang kera ni. patut pemaju yg bersihkan tapi nak harap pekerja indon dia yg sorang tu alamat thn depan lar baru buat. itu yono..ini yono..semua yono. org lain takde. huh nak puaskan hati buat sendiri jer habis citer. 

 banyak betul batu2 mcm ni. jenuh jugak budak2 ni tau...tp mereka mmg hebat. saya puji sgt sbb masing2 pun bersungguh tlg teacher dia ni ha..

batu2 besor ok...uiks hebat sidek. tak silap teacher pilih dia utk tlg teacher haha...paling tak lupa part dia nak tutup semula penutup lubang longkang depan rumah tu. sekali hentak jer ok terbaik!

 banyak batu dlm tanah ni. susah nak digemburkan. tp alhamdulillah semua dapat dilakukan dgn baik hasil kerjasama mereka.

 ada sesape nak ambk upah kemas rumah dia tak? hehehe...no no no cannot. yg ni hulubalang  tetap sy ni ok :D

 alalalala.....mujur ada diaorang..klu tak parah jgk teacher.

 ok ok dah penat kita rehat jap ya. jom mkn aiskrim hahaha.. at the same time si yono masih dok touch up cat cornice dlm rumah sambil diperhatikan oleh iza, pekerja dr pemaju. tah bila larr nak siap. sambil skang tak siap lagi nyampah.

 masa ni dah jam 10.30am

 11.30am

 tetiba jumpa plak busut sarang semut merah kat sini. jenuh plak dok sembur

 jgn ikut aksi ini: sembur ridsect and on lighter utk bakar busut semut ni. 
kreatif dan bijak diorang ni tau.

 12.15pm...ha cepat teacher dah lapor ni jom kita pi makan dulu. pastu syukri jawap: jap teacher sket lg ni kitorang siapkan dulu yg ini :D

 umi dan naqibah sibuk cuci dalam rumah.

 sikitttt lagi....

 dah siap!! wahhhhh hebat! ok jom kita makan dulu kang lepas makan kita sambung kemaskan plak

 makan kat Lela Best Nasi Padang, tepi shell sungai besar.

 makan banyak2 ya lepas ni kita sambung kerja lagi

 lepas makan ammar tlg touch up cat pada pagar

 yang lain tlg bersihkan kawasan tanah td including cuci longkang. masa ni naqibah dan umi cont cuci dlm rumah

 tetiba berus cat ammar jatuh plak dlm lubang ni. bkn senang nak buka lubang ni sebab telah dimatikan. jenuh pusing2.. tapi bila nak tutup, sidek hentak dgn kaki sekali jer perghhh...

last sekali kita cuci car porch. tapi tile car porch ni kena cuci dgn asid lar. so next time lar, kena beli asid dulu. dah pukul 3pm....jom balik. terima kasih semua!! teacher appreciated st pertolongan kamu semua. jazakumullah... 
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH