FOLLOWERS

Showing posts with label birthday party iman. Show all posts
Showing posts with label birthday party iman. Show all posts

Saturday, August 20, 2016

abang iman 10 tahun dengan panda

assalammualaikum =)

mengantuk sgt marking paper ni. sgt mengantuk.
maka update blog ler kejap. 

20 ogos 2016
genap usia anak sulung mama 10 thn.
masih terkenang2 saat melahirkan dia.
berat dia 3.46kg masa lahir.
lepas 10thn, dah jadi 40kg OMG sgt! hahaha
alahai anak mama...bg mama kamu masih baby, always and forever.
 so birthday dia tahun ni, dia request nak tgk panda.
toys dah banyak dpt kan...takyah tunggu birthday pun dpt toys. 
so mama cakap kat dia, request something else selain toys sebagai hadiah birthday.
dia request nak tgk panda kat zoo.
maka marilah kita beramai2 sabtu lepas menerjah zoo negara.

tadaaaaa
udah mcm muka panda jugak anak mama ni
bulat semacam hahaha
tgk lah tu, betapa happy nya muka dia dpt tgk panda secara live.
walaupun panda asik tido aje hahaha
tp tulah...smpi je kat umah malam tu, 
mama keluarkan jugak parcel toys utk dia.
gembira tak terkira dpt figurine idaman hati.
adik2 dia pun tumpang sekaki hehe..

itu aje lah.

selamat hari jadi abang iman! 
muargh muargh muargh

mama sayang abang iman lbh dr segalanya...

bye semua!


Thursday, August 28, 2014

sekitar sambutan birthday iman di sekolah

assalammualaikum =)

cerita tertangguh. sy update blog ni jap sebab dah pening menanda paper trial pt3. ko bayangkan ada yang jawab kutu air kerana KUTU AIR BOLEH TERBANG SEPERTI HELANG
stresssssss teacher ok. 
moh ler update blog jap untuk bertenang.

terima kasih tak terhingga pada teacher huda guru kelas tahun 2 bestari di sk parit baharu kerana sudi handle simple birthday celebration untuk iman di kelasnya.
May Allah Bless you teacher, always and forever insyaallah.
baikkk sgt teacher ni. favo teacher abg iman. 

so pagi 20 ogos yg lalu, kami hantar abg iman ke sekolah mcm biasa.
bawakkan sekali birthday kek, pinggan dan sudu plastik, air kotak laici.
door gift utk kawan2 pula, sy pack kan setiap sorang dpt clay dough, pensel warna dan gam.
sy tinggalkan juga camera utk teacher huda snap gambo kejadian.
pastu berdesup ke sekolah sy. lps thumb print terus pi dewan makan utk ambik bihun goreng yg ditempah.
then berdesup ke sekolah iman semula utk hantar bihun goreng ni.
berdesup kembali ke sbpisb.
eh byk plak berdesup ke sana ke sini hahaha takpe..anak punya pasal.
pastu sy telegram teacher huda minta dia send gambo kejadian kat telegram..
again teacher huda penuhi impian mama iman ni yg tak sabo2 nak tgk suasana birthday iman di sekolah.
a very BIG thanks to teacher huda ya. really appreciated ur help. 


tuuuu diaaaa....happy ler tu :-)


jelas nampak dia gembira sgt masa ni. syukur.
seronok rasa hati tgk my little boy enjoy his day.


gigih teacher huda snap semua gambo ni terbaik lar teacher.


birthday boy kena dok makan kat tgh2 kelas.


banyaknya abg iman makan huhuhu
cer korang tgk background kelas ni. meriah! ni mesti inisiatif guru kelas dia 
again..terbaik lar teacher huda.
yerlar...nak harap budak darjah 2 ni hias kelas sendiri?
harapan tinggal harapan ler jawapnya.
mama suh kemas tempat tido pun payah.
eh tapikan..since baby irfan dah lahir ni rajinnnn abg iman tlg mama tau.
lepas mandi sidai terus towel dia dan amal. 
cuci pinggang dan cawan yg dia guna kat sinki pun dah blh
kemas toys tu biasa dah.
good job anak mama.

 ceria kan kelas ni? suka tgk. siap ada skirting tu.

 inilah dia teacher huda.
iman with his favo teacher.
masa mama mula2 tgk pic ni eh! eh! muka ada iras lar! hahaha
blh jadi anak teacher huda ni :p

 iman with his girlfriends
amboiiiiiiiii :P

 insyaallah satu hari nnt, ini semua akan menjadi kenangan terindah buat iman dan rakan-rakannya

teacher bagi main clay dough sebab kebetulan hari ni teacher huda kena jaga kelas 2 bestari  smpi balik sbb ramai cikgu takde kat sekolah.
kelas beku.



again
happy 8th birthday my dear little bucuk mantung 
abang iman, mama sayanggggg sgt2 kat abg iman tau
besar harapan mama nak tgk abg iman berjaya dlm hidup
jadi contoh pada adik2 yg lain
apapun yg abg iman buat, letakkan Allah di tempat pertama yer sayang
ingat tu.

muarghhhhhhhh utk abg iman!
love you my son!

itu dulu yer...bye semua!

Thursday, August 30, 2012

sambutan birthday abang iman dan amal-part2

assalammualaikum =)

sambungan entry sebelum ini ya. ok dlm gambar2 ni semua cuba tgk air muka iman. semuaaaa masam ok. dia buat muka sbb kitorang cakap thn ni takde hadiah untuk dia. duit dah habis belik katil dia hahaha...so dia sgt takde mood masa ni. sian plak kan...patut dia ceria masa ni. majlis ni kan untuk dia. so nak taknak mama kena bisik jugak kat dia tgh2 majlis tu, mama dan abah dah belikan hadiah hari jadi dia. tapi rahsia dulu. lepas majlis ni br kami bagi. lepas tu barulah dia ceria. ceh kecik2 dah pandai buat perangai gini yer. 

                         
busy mama said: ok beratur semua untuk ambil topi ni ya. (klu dah cekgu tu, cekgu jugakkkk)

abg iman tgk marah masa ni. cubaan dia nak rosakkan kek ni berjaya di atasi

sebahagian kanak2 yg hadir. anak kakak2 saya dan anak sepupu sepapat

 cer tgk muka iman tu...alahai. 

 dia masih xde mood masa ni

 lepas bacaan doa selamat, bermulalah acara tiup lilin. muka abg iman masih masam

 dia dah mula nak mengamuk. amal tetap rilex mcm biasa. dia excited jer nak tiup lilin hehe...
bila nmpk iman dah makin teruk, cecepat mama bisik kat dia hadiah dia ada mama sorok dlm bilik.

 barulah dia ok


 wlupun sambutan secara kecil kecilan, tapi tetap meriah dpt berkumpul ramai2 mcm ni.

terima kasih untuk semua yg hadir.

buat abang iman;
mama selalu doakan moga anak mama menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat
moga suatu hari nanti abg iman blh menjadi contoh yg terbaik utk adik2 yg lain
mama cukup bangga punya anak seperti abg iman. 
mama love you soooooo much sayang

buat adik amal;
mama sayanggggggg sgt kat anak kecik mama ni tau
selagi xde adik, selagi tu lar dia ni manja bucuk2 dgn mama
mama doakan supaya amal juga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat
insyaallah....

Thursday, October 06, 2011

pre-birthday party (part 2)

assalammualaikum =)

masanya semakin hampir. berdebar-debar jer rasa hati menanti saat majlis bermula (cheh mcm nak akad nikah lg sekali je bunyi nya).. hampir 90% persiapan dah siap. selebihnya cont esok pagi. moga2 cuaca terang sepanjang hari esok.

hadiah for games' winner

party pack for all kids :-)

semoga Allah SWT merahmati majlis kami ini amiinnnn

Thursday, September 29, 2011

pre-birthday party (part 1)

assalammualaikum =)

dengan rasa rendah diri saya menjemput semua pengunjung blog ini hadir ke majlis harijadi anak2 saya; iman dan amal seperti maklumat berikut:

tarikh: 8 october 2011
tempat: playground SBPISB
masa: 4pm - 6pm
theme colour: merah


semoga dengan kehadiran anda semua, majlis meraikan ulang tahun kelahiran putera2 sy ini menjadi semakin meriah insyaallah...

persiapan menjelang majlis ini semakin rancak berjalan dan sy sungguh excited sbb ni 1st time organize sendiri majlis besar seperti ini. birthday sblm2 ni mungkin x semeriah ini, yg plg meriah pun masa iman 2thn dulu celebrate kat KFC, so KFC yg organize bkn sy hehe...tau bayar jer masa tu. now, serius sy lbh feel sbb....ntah ler excited sgt!! :D
check list on paper mmg ada tp x larat arr nak buat check list kat blog ni. yg pasti, kad jemputan dah diedar, banner juga dah ditempah. jom kita tgk design banner n kad jemputan yg sy buat sendiri ngeh ngeh...bangga wei muahahahaha....

banner ni nnt blh guna berkali2 di tahun akan dtg.

kad jemputan yg hampir siap diedar.

so u hv any comment pd design yg sy buat sendiri ni? komen lar..komen lar...tp jgn kutuk ok :D

Friday, August 07, 2009

special present from cik ah n uncle azim

sambungan cerita sekitar majlis kesyukuran hari jadi iman yg ke-3. thanx to uncle azim n sara n afnan yg sudi meluangkan masa dtg ke majlis ni. lucky us rumah diorang tak jauh dr umah k.cho. mesti diorang ni dah tak sabo tggu afnan 1yr old to celebrate his besday plak keke...

sebelum continue citer pasal sara n family, tgk pic abah n iman dulu. rasanya mama cukup bertuah punya hubby mcm abah iman, coz abah cukup rajin suap iman makan. i like!! mungkin ni faktor utama saiz badan iman dah jd mcm abah hehe...like father like son!


ok ni plak anak bujang sara. time dtg dia masih tak tido, dapat ler layan kejap. tp aku tak larat nak pegang dia lama2 dlm keadaan perut besor ni hehe. ooo...rupanya baby afnan pandai ngamuk! dia blh nangis sekuat hati dulu sblm tido. papa cuba pujuk tp tak jalan, nak tgn mama jugak. yg bestnya....tgh dia nangis kuat, tiba2 jer blh diam n terus tido kat pangkuan mama dia keke...sara kata mcm tu lar selalu. cuba tgk, afnan tido mata celik. ikut saper lar agaknya?



sara and her very cute baby...


baby dah tido, tibalar masa uncle jim layan iman. diorang bagi black power rangers kat iman...huhu mmg kesukaan anak ku itu!!


posing dulu before tgk kamera


yeye...nak buka hadiah!!

mula lar iman tersentil...



hadiah utk boy, hana n kak oyin tgk jer, tak berminat pun keke..



haaaa tu dia... ko tgk sara, siap peluk time tido huhu..really thanx to both of u.
beside family sara, adik2 ipar aku pun dtg semua kecuali pak su mei. tak sempat upload pic lg. iman cukup suka dengan baju bola yg pak teh jan bagi. to makcik awin, alamak... toy dinasour tu utk budak below 1yr old hehe... takpe nnt kak ima simpan utk adik iman ok. btw...terima kasih untuk semua yg sudi hadir :)

Monday, August 03, 2009

majlis kesyukuran hari jadi hana-iman


HAPPY 3RD BIRTHDAY TO HANA & IMAN!



alhamdulillah, berkat rezeki dari Allah SWT, tahun ni dapat lagi celebrate hari jadi iman. but this time buat ala kadar among family jer. mama tak larat nak arrange big party mcm thn lepas. tggu baby kuar dulu ler :). this time kami joint majlis hana (thanks to k.cho n family) buat kat teluk panglima garang. walaupun penat tahap gaban aku mlm tu (padahal bkn kena masak pun) aku tetap happy tahap cipan. yerlar...buat kenduri malam2 time ni patut ibu hamil mcm aku, ni masa tido, tp mlm tu ku gagahkan jua diri ini supaya anak bujang ku gumbira :)


iman-hana-nurin. cuba tgk btl2 wajah diorang, mesti ada yg cakap mcm adik beradik kan hehe...this pic taken besfore majlis start. semua tgh excited. iman pun dah faham ni majlis utk dia, tak mcm thn lepas, menangis bila org tepuk tgn utk dia, takut!

birthday boy makan sate dulu, dah lapar :P




don't you think they are so lucky as children??


birthday boy and birthday girl dah get ready to celebrate their big day!

a busy mommy...:P

Happy birthday to you...happy birthday to you...

happy birthday to both of you..happy birthday to you...

mama and abah nak enterframe jugak hihi...


tu dia my big sister @ kak cho tgh sibuk nak potong kek..nyam2!


they are very happy on that night!


nantikan gambar2 lain dlm entry akan datang. now mama dah tak larat nak edit gambo. tq for viewing!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH