assalammualaikum semua...
sabtu baru ni kami plan nak bawa iman tgk monyet kat bukit melawati kuala selangor. seingat saya ni kali ke-3 kami dtg ke sini. kali pertama iman kecik lg so dia rilex je. 2nd time umur 2thn tak silap saya...takuttttt sgt dia kat monyet2 ni. this time bila tanya: iman takut tak kat monyet2 tu nnt? dgn selamba dia jawab: tak takut dah....iman kan dah besar. huhu kita tgk saja nnt apa yg berlaku. so far kami enjoy dgn aktiviti harini. kos pun tak banyak. rm2 per person jer utk naik tram ke atas. untuk makluman semua, sabtu dan ahad hanya tram saja dibenarkan naik ke atas. klu nak naik kenderaan persendirian blh dtg antara isnin - jumaat. paling best this time kami turut dibawa ke taman ikan air tawar kuala selangor yg baru dibuka bersebelahan taman alam. memang menarik! byk ikan2 air tawar yg tak penah kita kenal ada dipamerkan di sini. akuarium besar2 dan blh tahan banyak. akuarium kecik2 pun banyak.. memang puas hati dgn bayaran rm2 td. smpikan sy n hubby bertanya sesama sendiri, berbaloikah bayaran rm2 utk mereka jaga taman ni semua? emmm mungkin juga ini bayaran promosi coz taman ni baru dibuka. pengunjung memang lar ramai....maklum saja cuti sekolah. jom kita tgk pic ok :)
rumah api: mercu tanda bukit melawati. suatu ketika dulu rumah api ini cukup berperanan kepada para nelayan sebagai penunjuk arah.
inilah tram yg kami naiki utk ke atas. cantik kan! lebih cantik dr tram zoo taiping.

mama dan iman pose depan meriam

haa inilah antara ratusan monyet yg ada kat sini. aksi monyet ni mendokong anaknya membuat kami terfikir, sedangkan haiwan sayang kan anaknya, kenapa masih ada manusia yg sanggup buang anak sendiri? tak sayangkah mereka pada anak yg dilahirkan itu????

abah pose dgn monyet2 hehehe

saya cukup takuttttt sbnrnya time ni huhu...

heartbeat laju wooo time ni huhuhu...geli!

yaaaaa inilah iman kesayangan kami yg td kata tak takut monyet huhu... sepanjang kat atas bukit ni lbh kurang mcm ni lar aksi dia. penakut!!

pose depan taman ikan air tawar

nak dijadikan cerita dgn ikan2 ni pun iman takut huhu apalar anak bujang aku ni. harap badan je bulat. mcm lar ikan ni blh kuar dr akuarium terkam dia....

mural ni cantik sgt! so pose lg...hehehe

cepat lar amal besar...blh joint kami jalan2. nak tggu tengkuk dia blh tegak jer ni untuk senang dukung hehe...

taman alam...kami plan nak ke sini untuk tracking nnt. tp berdua jer lar..mana blh bwk budak kecik utk aktiviti mcm ni.

pose lagi...
...dan lagi
itu dulu untuk entry kali ni. jumpa lagi!! saat ni jam dah ke angka 12.25 pagi n mata cukup mengantuk. esok kena jaga spm lg, last day! mengantuk pun tahan jugak demi berblogging huhu...siang td tak sempat. sibuk layan anak2 jer.