Assalammualaikum =)
last update blog Januari 2022 tetiba eh dan Januari 2023 cepatnya masa berlalu! nak simpan sedikit kisah TA ke Dalat - Muine - HCM tempoh hari. Percutian selama 5 hari 4 malam 12 - 16 Disember 2022 bersama acik haza, kak wan dan fathiah yg asalnya nak buat ladies trip tp at last kami join group besar tapi besttttt semua pun sporting alhamdulillah. dah lama sbnrnya menyimpan impian nak ke Dalat dan Muine..alhamdulillah dapat. HCM dah pernah pi dulu tp utk repeat sehari 2 spent time utk shopping why not hahaha.
flight seawal 7am dr KLIA so sekitar 4.30am dah smpi airport. jam 1am oi gerak dr Sabak Bernam,
lbh kurang 8am waktu tempatan tiba di airport Saigon..dlm sejam lbh dah berada dlm bas menuju ke DaLat memakan masa 8 jam perjalanan. mujur seat dlm bas tu sgt selesa siap ada leg rest so takdelah rasa letih nau.
bandar HCM masih kelihatan sama di mata TA jika nak dibanding dgn pandangan mata 2015 dulu.
Traffic Jam
otw ke DaLat, singgah jap di KDL Thac Tea Bobla - Tea Bobla Waterfall. tujuan utama utk semua ahli group ke tandas tapi sbb landskap area ni sgt lawa...jom lah bergambar jap. suhu tempat ni dah mula rendah sbb dah dekat dgn DaLat.

Sampai di DaLat singgah makan malam terus. oh lupa pulak, lunch td bento nasi lemak je
...then kami ke DaLat night market. Best uolss jalan2 night market dlm cuaca yg sejuk. time ni suhu dlm 16C.
ramai sungguh Vietnamese beristirehat a.k.a melepak kat sini. DaLat mmg destinasi pelancongan pilihan rakyat vietnam..Malaysian juga haha
TA dpt beli winter jacket bulus2 murah kat sini uolss tak sampai RM40. mujur beli sbb TA bawa jacket nipis je ha. rupanya sejukkkkk.
bilik kami 2 malam di DaLat cantik sgttt tapiiii takde heater uiiiii. menggigil2 tido kesejukan wlupun dah pakai winter jacket. kak wan sampai demam ler.
ok itu je catatan ringkas buat kenangan simpan di blog ni...catatan hari pertama dlm percutian ke DaLat-Muine-HCM
itu aje bye semua!











