FOLLOWERS

Showing posts with label Jalan TAR. Show all posts
Showing posts with label Jalan TAR. Show all posts

Monday, May 13, 2013

terapi minda di hari sabtu

assalammualaikum =)

tetiba hari ni kurang kerja mih mih mih..sonok btl. actually minggu ni minggu peperiksaan pertengahan tahun, tu yg rilex sket. science exam will be held on this coming thursday so dpt lar 4 hari yg blh bertenang. hari jumaat dah start bergelumang dgn kertas utk ditanda plak. pepehal kita enjoy this 'waktu bertenang' dulu :)
saya tahu...ramai cikgu2 kat sbpisb ni yg jadi silence reader blog saya. hihi...hai azma! hai zahra! tu baru dua...jgn terkejut ya tgk kak zimah dlm blog ni berbeza dgn yg dilihat oleh mata. blog ni adalah dunia kak zimah as a mama..as a wife..not as a teacher. kekadang jer share citer pasal sek kat sini. pastu...ooo awin pun silence reader kat sini jgk ya?? hahaha...jgn salah sangka ya dik, i'm not telling my a-z life-story here. emmm...maybe a-z but i will drop d, l, n, r, q, s, t, u, and y here and there...mana blh citer semua kat blog :)
btw...ni nak citer pasal sabtu saya. wahhhhh best sgt dpt melalui terapi minda ni, apalagi klu bkn shopping!! sy dan hubby ke sogo dan jalan tar. some of my friends said: 'eeewwwww ko pegi sogo lagi ke? aku tak sanggup lar...sesak sgt'. hehehe...we are not the same person right? so, yes sy masih lagi pi shopping ke sogo and jln tar ni, biasanya once a year to get some stuff for hari raya. walllahhhh dah prepare utk hari raya nampaknya. nak buat mcm mana, hanya weekend ni yg free. cuti sek 2mggu ni dah ada plan lain. bln 6 plak dah start busy lg kat bumi sbpisb ni. bln 7 dah ramadhan. biasanya kami takkan outing jauh2 during fasting month. dah tua...dah tak lalu huhu...so hanya dlm bln may ni yg kami blh buat sket preparation utk raya...
ingat kan tak ramai ler org kat sogo and jalan tar masa ni. rupanya ramalan ku meleset. mak oi ramai gila org kat sana! mujur kami smpi awal. masa dah mula sesak tu, kami dah nak balik. alhamdulillah selesai urusan pembelian baju raya anak2 dan mak bapak anak. tggl kasut raya anak jer lg blm. yg tu kena beli masa bawak diorang sekali. oh ya, dpt jgk saya belikan sepasang kasut utk mak, kiranya hadiah hari ibu ler...otw balik dr kl terus singgah umah mak utk solat. suka dia dpt kasut tu.

lepas ronda sogo, kami masuk jln tar plak. longgar kepala lutut dok pusing area ni termasuk kat pasar minggu dia tu. bestnya sbb dpt beli jus durian belanda fuhh sedap btl. 


 kat jalan tar sy beli 2 helai tudung, pastu en.suami belikan jubah cotton dan 4 helai kain pasang ni. murah tau, 4 pasang ni rm50 jer. jenis cotton apatah tp mmg elok kualitinya. haaaa klu nak tau, TA mmg tak suka sgt baju pasang corak bunga2. kebanyakkan baju TA corak2 abstrak dan geometri mcm ni. klu kwn2 kat sbpisb ni mmg dah tau dah. hehe...ok ni bkn baju raya ya. ni nak buat baju kerja...eh tapi kan, kalau cikgu ni, itulah baju kerja itulah baju raya..sama jer tak gitu? itu klu sy ler hehehe...pastu beli lagi 4 pasang utk sedekah pada pengasuh anak dan familynya. mmg puas hati. beli skirt labuh, beli cover tipon baru...uhhhh mmg best dpt terapi minda ni.

kul 2pm, baru terasa perut menggelegak lapo. masuk sogo semula utk lunch. masa ni lar dpt tgk mak oi ramainya orgggg!!!

 menu yg sy pilih.
dlm kul 3pm kami pun bertolak balik...
habis cerita hari sabtu.
mlm tu kaki sakit gila huhuhu...

 itu dulu ya...bye semua!

Thursday, June 07, 2012

Jalan tar lagi hehehe...

assalammualaikum =)

ok yg ni kisah sy ke jln tar utk kali ke-3 thn ni hahaha... puas hati! kami pegi 2 june baru ni. tujuan asal nak terjah sogo utk beli baju raya anak, i mean yg tshirt dan seluar diorang. (citer next entry ya) kali ni kena bawak amal sekali sbb emak kat kg sibuk prepare utk kenduri. abg iman jer tinggal kat kg main dgn sepupu2 dia yg ramai tu. kami keluar dr sogo utk ke jln tar, amal dan mula mengantuk. haaaa bagus lar tu biar dia tido dlm stroller takde lar dia nak mcm2 or merengek kepanasan kat pasar mlm nnt. alhamdulillah sepanjang kat jln tar ni dia tido dgn lena. senang hati mama and abah ber window shopping. 

nak masuk ke tapak pasar malam dah. mujur mama bawak small fan amal ni so takde lar dia panas tido dlm stroller tu.

orang ramai masa ni tp selamba jer sy berlagak ala2 pelancong yg sibuk berpossing depan camera huhu... 
cepat bang cepat...malu dah ni org makin ramai! kehkehkeh...

gaya jer lbh bkn beli pun :P

sgt colorful getah rambut ni kan. murah plak tu. 1 ikat rm2 jer...

ini adalah tarikan utama knp sy sanggup terjah pasar mlm jln tar dlm cuaca panas ni lagi. hari tu dah rasa air durian belanda ni. sgt sedap!!!!! serius! so kali ni siap beli 2 cawan lagi. dpt minum air ni dlm cuaca yg panas, rasa best sgt! sear jer rasa..mmg sedap arr.tak caya??

tgk ni tak toleh kiri kanan dpt minum. en.suami minum byk tu yg beli lagi 1 tuh sebab x cukup ekekeke

jalan tar yg sgt meriah. 

sesekali rasa mcm berada kat mumbai plak. eh?? sorry bro :P

pastu terasa gak mcm berada di negara omputih kahkahkah...verangan jer lar!

eh korang nampak tak apa yg aku nampak? kedai kain ZAIRA. kedai baru ni kan? x kisah lar tu...tp model dia tu..mcm kenal lar!! joM tgk lagi dekat. tak puas hati ni.

wah biar btl!! dia bayo SRK berapa utk jd model kedai dia ni? pompuan tu saper plak? toke kedai ni kot. uh jeles!

masa sy snap gambo ni, org yg lalu lalang kat situ tu sibuk dok teleng kepala ke atas jgk tgk apa benda yg sy ter excited semcm ni hahahaha....
SHAH RUKH KHAN ok...SHAH RUKH KHAN!!

amal tetap lena masa ni...smpi lar angkat dia masuk ke kereta, dia tetap lena. bagus anak mama ni. lain kali blh bwk lagi hehehe... actually klu bawa dua2 iman-amal mcm huru hara sket arr coz diorang ada kawan untuk bermain dan bergaduh. haru!

Wednesday, June 06, 2012

shopping baju raya - Jalan Tar

assalammualaikum =)

*2nd time ke jln tar utk tahun 2012*

rasanya semua isteri2 dan mama2 dah mula shopping baju raya kan? maklumlah raya dah mkin hampir. 19 ogos dah raya.. dlm 2bln jer lagi. biasanya bila semakin hampir nak masuk ramadhan, rata2 tukang jahit takmo terima tempahan lagi. tu yg kena shopping awal sebab nak hantar tempah. tempat plg glemer nak shopping baju raya dah tentu jalan tar. citer pasal jln tar ni, dah 3x sy terjah ke sana dlm waktu terdekat ni huhu...ni gara2 'promosi jalan tar' yg mamaGee buat kekeke... tapi serius arr best! lbh2 lagi klu dpt terjah pasar malam dia yg kul 2pm dah mula. 1st time ke jln tar awal bln 4 haritu. ada sy cerita kat dlm ENTRY INI.  eh sbnrnya bknlar 1st time..tiap2 thn pun mesti dtg shopping raya kat sini. cuma thn ni mcm byk kali plak. dah 3x kekeke...
gambo kat atas tu masa kali ke-2 sy ke jln tar dgn en.suami, 19 mei haritu utk shopping baju raya sedondon kami. thn ni warna *** menjadi pilihan. (rahsia dulu :P) beli kain sedondon kat nagoya. thn lepas beli kat jakel. saja tukar2 plak. mula2 excited masuk gulatis sbb tgk ada sale up to 80% (katanya...) bila dah masuk, tgk price after sale, cepat2 kami kuar balik :-( mahal nak mamposssss! nagoya is better.
baju melayu en.suami dan baju kurung sy dah antar tempah. pagi td dpt sms dr tukang jahit tu, baju sy dah siap! wahhhhh berbunga rasa hati hehe.. pastu baru tersedar, baju melayu anak blm antar tempah lagi. ahhh sudah..... esok kena pi tempah jgk ni.
errr baju raya korang berapa pasang? baju saya...isk dah namanya cikgu kan, takyah tggu raya pun ada jer baju kurung baru. raya punya mestilah lebih dr biasa. alar berbaloi sgt sbb nnt baju tu semua akan di pakai ke sekolah. 
next entry sy citer pasal kunjungan ke-3 sy ke jln tar ok :-)

**tetiba teringat masa raya thn 2009. masa tu tgh sarat pregnant amal :-) i miss that moment...
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH