Assalammualaikum =)
update blog laju2 di malam hari untuk menyimpan kenangan di sini.
alhamdulillah 5 Okt 2019 yg lalu genap amal 10 thn. mama abah taktau nak bg hadiah apa dah utk birthday anak2. bila tanya anak nak hadiah apa, depa pun dah taktau nak apa. maka sejak 2-3thn kebelakangan ni, kami akan bg special birthday treat dalam bentuk bercuti ke mana2 yg mama anak suka.
maka utk birthday amal, kami ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut for 2D1N.
perjalanan ke sini hanya mengambil masa 1 jam 30 minit dari villacomelkami. maka jam 12 tgh baru kami keluar dr rumah.
add-on 1 extra bed letak kat tgh between this two super-single bed - just nice for 5 of us.
anak aku siap angkut x-box ke sini. suka hatilah nak, dah namanya birthday treat..mama layankan aje apa korang nak selagi tak melampau. tgk lah tu bukan main seronok 3 beradik ni mengadap x-box sebelum terjun pool.
pool di resort ni mmg awesome! gonna repeat for sure. bukan anak je suka, mama abah pun sama.
tak silap ada 4-5 different pool kat sini tapi semuanye berdekatan aje. setiap pool ada keunikan tersendiri dan mengikut kesesuaian umur. mcm yg dlm gambar ni, infinity pool with awesome sea-view utk dewasa which is paling dalam.
irfan paling suka kat pool yg ni.
cantik sgt view ni.
pool yg ada slide di kiri kanan ni pula pilihan utama birthday boy dan abg iman. depa lama kat pool yg ni.
lanskap sekitar resort mmg sgt indah.
anaother pool yg ada slide yg lbh kecil, sesuai utk irfan.
3 panglima di hati mama
taadaaaa! amacam? seriously best sgt dah resting kat sini sambil menikmati view yg sgt indah ni.
1st day, aku join anak2 mandi pool sepuasnya.
2nd day, malas dah. just relaxing kat sini.
hari ke-2 en.suami melayan isteri bergambar sekitar resort while anak2 mandi pool dengan pengawasan abg iman dan peringatan pjg lebar dr mama. alhamdulillah everything went well.
dah puas melayan isteri bergambar sekitar resort, baru ler en-suami join anak2 mandi pool. thank you sayang ❤️
takde apa sgt aktiviti kami di sini melainkan spent masa mandi pool dan relaxing by the beach.
malam tu kami keluar dinner di lumut dlm setengah jam dr resort. apa tah nama kedai ikan bakar ni lupa dah aku..tp mmg awesome lar lauk dia, sedap!
so tiga menu utama kami adalah seperti gambar di atas.
makan besar alhamdulillah semua kata sedap.
aktiviti wajib sebelum check-out dah tentulah ronda sekitar resort dan bergambar.
kat resort ni ada juga gym dan kids club. dpt lah si kecik ni spent dlm 20 minit main kat club ni.
view sekitar resort mmg sgt cantik. puas hati sgt.
resting kat sini pun best. tgk lah tu my husband bkn main santai.
ni kawasan pokok rhu, x silap kawasan ni untuk aktiviti 'burung hantu' di malam hari..tu ada tali berikat2 di setiap batang pokok tu.
kat belakang tu small animals farm. kami tak ke sana pun, just layan si kambing hitam ni aje. bukan main jinak. takde tali tu...lepas bebas aje.
kul 12tgh 6 Oct 2019 check out, singgah lunch di manjung dan berdesup balik. sempat solat zohor di rumah. kadang terfikir, dok selalu pi jalan jauh2 rupanya ada je resort best2 yg tak jauh dr rumah. tp mcm tu lah biasanya kan, yg jauh tu lah kita pi. yg dekat ni tak pernah smpi pun huhuhu.
sebenarnya sgt byk gambar menarik kami di sekitar resort ni.
tapi cukup kot yg ini utk di simpan sebagai kenangan di blog.
selebihnya ada juga di instagram.
nnt bila mama abah dah takde, bila anak2 rindu..blh lah baca blog mama ni kan =)
Happy Birthday abg Amal!
doa mama sentiasa yg terbaik utk amal.
mama selalu je baca catatan kelahiran amal dlm blog mama ni.
sgt mengimbau kenanangan.
itu aje...bye semua!