FOLLOWERS

Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Friday, February 04, 2022

2022


assalammualaikum =)

our 1st photo together in this year was taken on 5 January 2022.
alhamdulillah atas semua kurniaan yg Allah SWT beri pada kami. 
Benar, pandemic covid-19 meninggalkan byk kesan buat kita semua.
tapi aku lagi suka melihat kesan yg positif. 
kesan negatif kita simpan kalau boleh di buang jauh2. 
antara kesan yg sgt aku syukuri, kami dpt meluangkan masa bersama dgn lebih kerap wlu hanya di rumah. 
pelbagai aktiviti di rumah dilakukan bersama sepanjang 2020-2021 ni. alhamdulillah sgt2
Allah dah tunaikan impian aku nak merasa jadi suri rumah. 
dah sampai boring plak dok rumah taktau nak buat apa 😆

2002:

aku 42
en.suami 43
abg iman 16
abg amal 13
Irfan 8

Ya Allah..terlalu cepat rasanya masa berlalu. 


sekelip mata semua anak2 dah besar.
mama dah tua.
moga 2022 memberi 1001 kebaikan buat kita semua
aaminn ya rabbal alamin 💖

 

Tuesday, February 21, 2017

family portrait

assalammualaikum =)

TA sekarang ni, suka sgt ambik gambo pic 1 family sebelum outing ke mana2.
eh bkn dr dulu ke suka ambik gambo hahaha
ok sbb sblm nak outing tu semua pun rasa tgh cantik lg tudung tak senget2. so rasa confident aje dlm gambo.

ni sebelum pi kenduri kawen ex-student
irfan april ni dah genap 3thn. rupanya tak banyak pic dia masa baby dlm blog ni huhu
tau2 eh tgk ni dia dah besar!

ni masa kami pi taman burung dec 2016 hari tu.

ok gambo dgn pakwe aje, tak cukup 1 family :p

ni sebelum ke mitsui outlet shopping mall

ni sebelum ke setia city mall dan aeon shah alam
kembang sungguh muka ahkak skrng huhu

again gambo dgn pakwe, ni sebelum ke rumah my cousin early jan hr tu ada family day.

errrr yg ni tak ingat sebelum ke mana tah ni.

ok saja nak save gambo family TA dlm blog.

itu aje by semua!

Friday, April 01, 2016

perasaan bila dapat sediakan breakfast utk keluarga di hari bekerja

assalammualaikum =)

ni kisah semalam (khamis)
tapi rentetan kisahnya bermula dari rabu lagi.
rabu tu ada program kat sek.
Ya Allah...penat nya aku, taktau nak ckp camne. penat sgt.
di pendekkan kisah hari rabu, aku dan anak2 sampai rumah jam 6.15ptg tu.
husband ada meeting kat shah alam, aku harap sgt dia dpt smpi sblm maghrib.
6.50pm husband dah smpi..alhamdulillah dpt dia tlg handle anak2.
kul 7pm tu aku dah rebah, letih sgt ok.
lg 10min kul 8pm, en.suami kejut utk solat maghrib.
aku solat dlm keadaan nano-nano.
pastu rebah balik.
teruk gila huhuhuhu
aku btl2 dpt gurau senda borak2 dgn anak2 masa dlm keta otw balik umah tu je.
dgn irfan lama sket lar sbb ambik dia kul 5pm, pastu dok dlm keta depan sek tggu anak2 keluar.
so masa bergurau senda dgn irfan lbh sket hr tu.
aku tido tak sedar apa smpi ler kul 3am, terkejut irfan nak susu.
lepas irfan dah lena semula, aku rasa segar gila time tu. kira2 balik, oo dah cukup 8jam aku tido rupanya hahaha
solat isyak-solat tahajud-kemas rumah-bungkus mainan sket utk pos...dah kul 5.15am masa tu.
aku ke dapur, nmpk roti. timbul idea!!
ntah dr mana kerajinan aku dtg aku pun buat ler roti goreng salut telur siap letak madu hokay.
pastu buat teh.
aku mkn sekeping. en. suami sekeping. iman sekeping. iman kata sedap sgt mama..so balance 3 keping tu, en.suami bawak ke sek 2 keping, iman bawak 1. aku kerat 2 setiap kepingan roti tu.
dlm bekal iman, aku letak sekali twiggies dan mentos.
suka dia hokay.
hr tu dia cuma makan bekal aje kat kantin katanya..tak luak duit.
amal?
dia dah sarapan susu pekat (sbb letak 3 cedok besar haha) penuh sebotol susu hehehe
comel aje dah thn 1 masih susu botol :P

roti goreng salut telur cecah madu

ya Allah.. taktau nak ckp apa perasaannya bila dpt sediakan sarapan utk family pd hari bekerja.
padahal simple gila kot sarapan ni.
aku mmg teror buat ni sbb ni lah menu sarapan pertama yg aku belajar dlm hidup.
korang pun sama kan?
hahahaha
jgn buat2 lupa ya ni menu ert zaman sek dulu hahahaha
agaknya kalau aku dpt sediakan nasi lemak di pagi hari, lagi hebat perasaannya kan?
hahahaha

ok itu aje
bye semua!!

Tuesday, January 19, 2016

pertemuan di Pearl Haya

 assalammualaikum =)

update laju2-pastu nak solat zohor-pastu sambung kelas lagi sampai 4.25pm
phewwwww!
hakak fenat hokay.
tak sabar nak cuti 3 hari weekend ni.
last wk kerja 6 hari, rasa nak fitammm!

so sabtu lepas ada ladap di msu.
pergilah kami..SYMP kannn.
lepas ladap yg best hikhik
lama dah tak reward diri sendiri
hujung thn lepas perabih duit utk persekolahan anak2 je.
so dah alang2 ke shah alam ni, moh kita beli sesuatu utk diri sendiri
terjah pearl haya.
dapatlah tudung baru.

ini TA dan acik haza 
kenal dari dunia blog
and now dia loyal customer TA Preloved Toys.
terima kasih byk ya haza..bg sokongan pd business kecil-kecilan sy.
dapat jumpa haza kejap di depan pearl haya COD toys.

acik haza tinggi.
tetiba i rasa kemetot hehehe

acik haza rushing ke tempat lain pula
tak sempat nak lunch sama.
pastu jumpa juga dgn family my kak cho.
kak cho baru sihat dr denggi.
tempoh hari masa dia warded tak dapat nak melawat.
so now dpt jumpa dia-menjebakkan dia shopping tudung PH juga muahaha
pastu lunch sama2 di wang solo.
sempat borak kejap aje dgn kak cho sbb dia rushing nak hntr husband masuk kerja ptg. 
sy plak rushing nak balik ambik anak2 cpt dr rumah pengasuh sbb iman tak sihat masa ni.

tgk lah tu, acik haza pakai shawl.. kak cho pun pakai shawl. elokkkkkk je.
apsal bila TA pakai shawl aku rasa serabut gila??? habis kuar rambut huhuhuhu

itu aje bebel2 di tgh hari.
bye semua!!

Monday, December 22, 2014

kenduri vs bola

 assalammualaikum =)

weekend lepas kami balik kk.
iman amal tinggal kat kk sampai le khamis.
khamis tu en.suami pi ambik depa kat kk terus balik sekinchan pula. 
mama dan irfan smpi sekinchan dulu khamis tu, 
kami naik alza while en.suami iman dan amal naik innova. 
ya mr.innova dah ada semula di vck, tapi tak lama tu
bln 1 2015 ni insyaallah dia 'pergi' lagu huhuhu
irfan punya citer, balik dr kk hari ahad, selasa dah start tak sihat. badan dedar jer.
takmo susu takmo makan.
dah ler abg2 nya takde, dia kelihatan sgt boring tggl berdua dgn mama huhu
isnin selasa abah takde. rabu baru dpt bawa ke klinik.
doc kata jangkitan kuman, merah tekaknya tu sebab takmo makan takmo susu
terasa ringan terus bila dokong dia
nmpk susut dah bdn baby mama ni huhu sian sgt.
dpt ler antibiotik.
hr jumaat dah tak demam. sabtu. dtg pula batuk dan selsema.
complete semua dpt.
bergegas kami bawa dia ke klinik lg.
dpt ubat cair kahak dan titis hidung.
alhamdulillah...mlm td irfan dah aktif semula mcm biasa.
dah mula nak makan dan susu. 
batuk hanya sesekali.
selsema juga nmpknya mcm dah takde.
lena dia tido mlm td, tak mcm malam2 sebelumnya
huru hara tgk dia tido mlm,
byk berjaga dr tido
kesian sgt.
letih mama abah dibuatnya huhuhu
kat sekinchan ada kenduri arwah sabtu mlm ahad.
catering jer.
tu pun melimpah ruah juga rumah mak.
mak dah ler tak lalu, tp berhajat sgt nak buat kenduri.
alhamdulillah terlaksana juga.

 pasang kanopi 1 utk tetamu mkn di luar
takdelah kecah sgt nak bersihkan rumah lepas kenduri.

 cantik tak lapik meja ni?
hehehe...
langsir lama rumah sy masa kat kuaters dulu

 tak ramai pun yg dtg
mungkin sebab penangan bola sepak malaysia lawan thailand masa tu kan

sebelum tetamu dtg, sempat lg kami semua layan bola
ni mmg family area
tgh2 antara dapur dan ruang tamu
rumah mak ni panjang
so jgn pelik sgt nmpk family area besar mcm ni
memang besar
ruang tamu kat depan lagiiii besar
blh main badminton you.
berbaloi mak ada 11 org cucu
bila balik semua mcm ni ha, masih selesa utk kami semua.

budak tecik yg tak sihat

itu dulu ya, 
bye semua!

Thursday, August 14, 2014

happy birthday dik yam!

assalammualaikum =)

korang...sy btl2 takde masa nak update blog dgn proper
jadi kita citer sket2 jer ya
janji blog masih update mcm biasa..gitu kekdahnya

tarikh kejadian: 10 Ogos 2014
tempat: rumah kakak di proton city
perihal kejadian: sambutan hari jadi anak sedara + rumah terbuka aidilfitri kakak saya



tahlil ahli keluarga sebelum potong kek besday




 besday girl adalah yg tak pakai mask tu ya
dia takmo pakai...mak dia kata jgn di paksa nnt rosak mood lagi parah
hehehe paham sgt!

 jelas di situ makcik besday girl plak yg lbh2..eh?


 terseksa jugak rasanya pakai mask tu di atas spek mata hahaha

pakai masa bergambo aje..ok lah

 mak besday girl ni belikan jugak set baju yg mcm angle tu
ponnnn takmo dia pakai

 happy birthday to you dek yam!



itu aje...nak pi breakfast dulu.
bye semua!

Monday, May 06, 2013

majlis perkahwinan yang sgt meriah

assalammualaikum =)

cerita malam berinai tak berakhir lagi.
malam tu juga sekitar jam 1am abang ipar pengantin perempuan terkena renjatan elektrik di tapak tangan
dia dikejarkan ke hospital tg karang dgn segera.
pagi sabtu tu pula terpaksa menaiki ambulance untuk ke hkl
berlubang 3 di tapak tangan kanan.
3 hari warded
sampai sekarang masih mc
kesian sgt. tapi sy mcm malas nak citer detail kat sini.
moga dia cepat sembuh ya.

*********************************
kenduri kawin diadakan pula pada hari sabtu 27april 2013.
pagi tu sy dan en.suami gigih lagi ke sekolah.
siap ada ad-hoc meeting lg 
kami tiba ke kg semula sekitar jam 11am++
sampai2 umah tgk tgh meriah dgn tetamu yg ramai


 serius ramai..murah rezeki pengantin.

 itu dia fresh flower dan hidangan untuk makan beradab yg telah siap

 selamat...pengantin...baru...

 udang bakar panjat nenas

 sama cantik sama padan bagai bla bla bla...


 meriah...sgt meriah...sampaikan makanan dr pihak katering tak cukup.
kecoh lagi.
again TA menjadi penyelamat 3x ulang alik pi beli lauk dan nasi 3 tong readymade dr restoran yang berdekatan

alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.
masalah yg melanda dpt di atasi hasil kerjasama saudara mara dan jiran tetangga.

terima kasih yang tak terhingga.
badan mmg penat.

cerita dah habis....
bye semua!!

EMAIL SAYA JIKA NAK TEMPAH TUDUNG YA. 


kejadian di malam berinai

assalammualaikum =)

bersiaran dr rumah sbb hari ni cuti lg :-)
last wk keje 3hari jer. this week keje 4hr jer. bahagianya rasa...
ok nak citer mengenai majlis perkahwinan sepupu sy last week. 
selamat pengantin baru buat nurul asyikin dan pasangannya jamaluddin.
alhamdulillah...semuanya telah selesai.
mereka nikah pada hari jumaat 26 april jam 9pm
selepas nikah, berlansung pula majlis berinai besar. renjis-renjis dipilis gitu. 
meriah. tapi ada kejadian yang tak disangka2 berlaku.

 pelamin nan indah diluar rumah telah pun siap untuk majlis berinai bsar selepas majlis akad nikah.
skang ni mmg style buat pelamin kat luar rumah kot ya.
sy snap pic guna hset jer. konon busy tak sempat nak pegang kamera hihi

 ini pula tempat untuk makan beradab.
ada hiasan bunga hidup untuk meja santapan ni tapi akan dikeluarkan pd waktu mkn beradab keesokan hari.

 sanak-saudara jauh dan dekat berkumpul untuk meraikan keluarga mempelai.

pengantin perempuan dah pun siap masa ni.
sy pakai tshirt muslimah jer mlm tu hohoho
hanya menantikan kedatangan rombongan pengantin lelaki untuk acara akad nikah jam 9pm.
tepat jam 9pm, tetiba "plup"!! alahai comelnya bunyi black out satu rumah pengantin ok!
haruuuuu!!!!!!
gelap gelita!
sinaran lampu kat pelamin pun hilang.
pendek kata semuanya gelap!!!
kecoh gila. takkan nak akad nikah dlm gelap?
kaum lelaki cuba selesaikan masalah tu
kaum perempuan dok cuba menghubungi tnb
akhirnya TA jugakk yg dpt bercakap dgn pihak tnb melaporkan segala kerosakan *ehemm*

rombongan lelaki pun tiba
tok kadi juga dah sampai
tp tnb tak muncul2 juga
dan akhirnya...semua sepakat majlis akad nikah akan diadakan di rumah saya
huahuahua...rumah dah ler mcm tongkang pecah
kakak2 sy dan bibik bertindak jd lipas kudung kemas apa patut, bentang tikar dll
masuk tu TA masih kat luar rumah 
bila masuk umah tgk2 dah siap kemas seadanya..

 maka majlis nikah dan batal air sembahyang pun diadakan di rumah makngah pengantin perempuan
inilah seadanya...
nasib baik ruang tamu beso mcm dewan badminton hehehe

sy dan sepupu2 lain di luar rumah pulak terus menjana idea camne plak dgn majlis berinai nnt?
takkan nak merenjis kat pelamin yg dah bergelap tu?
dan kami pun berdesup membina instant pelamin di area meja mkn beradab

 taaadaaaa....again TA memainkan peranan penting di sini *ehemm lagi*

 sejam lepas tu tnb pun tiba.
jauh ok diorang dtg dr kuala selangor.

 kabel utama dr pencawang di luar rumah mengalami kebocoran kot.
kena tukar kabel baru.
gitulah lbh kurang citernya...

 baru jer duduk kat sini...tetiba cahaya lampu rumah pengantin muncul semula. 
alhamdulillah...
pengantin perempuan berhajat sgt nak adakan majlis berinai besar di pelamin asal
so bg diorang menjamu selera dulu
sementara kami jd lipas lagi memindahkan semula bunga2 ni semua ke pelamin asal..

alhamdulillah....dpt juga akhirnya menjalankan majlis berinai besar di sini.
walaupun ketika ni dah pukul 11.45pm
tapi tetap meriah.

bersambung....
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH