assalammualaikum =)
hai semua! happy weekend! camne weekend u all? as for me biasa lar...busy dgn kerja2 di rumah. pastu sempat jgk menyelit sekejap2 guide iman belajar sebab next week sek petang dia ada ujian. iman ni susah sket nak suh belajar sendiri. pastu klu belajar dgn abah dia, mesti ada yg mengalir air mata.
ok sy excited ni nak share cerita kunjungan kami ke matta fair semalam hehehe
mmg dinantikan sgt2 matta fair ni sbb last year punya matta fair sgt memuaskan hati kami.
so matta fair smlm, org mmg ramai. nak cari parking pun susah. dipendekkan cerita, sekitar jam 11.30am dpt ler kami menjejakkan kaki ke dalam ruang pameran pwtc.
masa melintas jalan tu, tgk muka org dlm keta yg masih stuck semua masam mencuka hahaha...sabo jgn tak sabo. Q untuk beli tiket masuk ke matta fair mmg panjang, tp bergerak dgn cepat. rm4 per head. tak silap tahun lepas rm3 per head. so next year will be rm5 per head hahaha...tiap2 tahun naik nmpk gayanya.
kat dalam tu...mula2 tak ramai sgt org. tapi masa kami keluar dlm kul 1.00pm mcm tu, org dah mula sesak. kira kami ni smpi awal jgk ler.
mcm tahun lepas jugak, perlu ada perancangan dgn baik sebelum pi matta fair ni. kira ni tips jugak lar ok hehehe...kena plan btl2 nak pi mana, nak beli berapa voucher dll..paling penting, mesti SETIA dgn plan yg telah dibuat. or else...mesti terbabas banyak plak sbb offer kat dalam tu, klu tak kuat iman blh juling mata. sy ni, mujur ada en.suami kat sebelah yg jadi penasihat maka semua pembelian hanya mengikut yg dirancang hahaha...tu pun ada gak masam muka jap sbb ada 1 resort voucher yg sy nak tp en.suami tak bagi beli. bkn tak bagi sbb apa, sbb masa tu dah beli 4 voucher pun! hahaha...mana nak sumbat lg tarikh percutian tu. anak dah sekolah, hujung tahun ni nak bersunat. ada rezeki hujung thn ni ahli keluarga bertambah lg sorang. so itu semua kena diambil kira :-) haip! i'am not pregnant yet ok...tehehe...
so target utama kami sebelum melangkah masuk ke matta fair, nak ambik lokasi percutian yg dekat2 jer kecuali JB. tu paling jauh lar sbb kami plan nak pi legoland lg bln 6 ni since annual ticket legoland kami masih valid smpi hujung thn.
and make sure ada budget nak habiskan berapa kat sini. bawak duit siap2. kredit card pun blh tapi tak semua booth yg terima CC. mcm kami, honestly to share kami bawak rm1k untuk habiskan kat sini. klu dicongak, rm1k untuk percutian 4org dlm sethn. rasanya dah berbaloi sgt. pastu dpt plak pi 4destinasi! *lompatbintangterus*
lagi satu..kami mmg plan nak cari percutian yg rilex..yang santai...so here we go!
ok jap lagi sy citer pasal ni :D
wajah gembira TA selepas keluar dr matta fair
maunya tak gembira dah ada 4voucher kat tgn tuh hihihi
lebar sengih hahaha
so apa yg TA grab kat sana?
Voucher Pangkor Island Beach Resort (4* hotel) for 2D1N at rm609.20 for 2 adults and 2 children.
apa yang sy dpt dr offer ni, sy review selepas balik dr percutian ni ya.
insyaallah will be there 26-27 Mac 2013.
hilang terus ragam dan rajuk sy pd en.suami sblm tu sbb mmg kami takde any plan pun lg untuk cuti sekolah next week. kwn2 lain dah plan mcm2 dah. nak book hotel pun dah last min...mana nak dpt. tu yg terus book tarikh ni masa kat booth lg. alhamdulillah ada kekosongan...serius tak sabar nak ke sana!
Suria City Hotel di JB. (3* hotel)
haaaa yg ni paling best. kami beli voucher utk stay 3D2N di sana dgn harga rm108 per nite. staff dia masukkan terus resit dan voucher dalam envelope ni. masa kat stadium hoki nasional bukit jalil, sy belek2 semula voucher ni sekali tu taaadaaaaa...ada 3 voucher inside! rasanya staff dia kelam kabut kot so terkoyakkan sekali 3 voucher. kira rezeki lar ni kan? dpt ler kami pi JB utk 4D3N masa cuti sek bln 5 nnt. puaslar anak2 main kat legoland nnt insyaallah...emm klu sehari dr 4 hari tu kami dpt lari ke USS mcm indah jer kan? sentosa island pun dah ok. alahai...indahnya berangan...
Teluk Batik Resort
haaaaa yg ni saya rasa mcm tak cukup fikir plak masa tu. bila belek2 semula, rasa mahal plak rm288 for staying at apartment 1 room (2D1N). tp banyaklar complimentary yg pihak resort bagi for 2 adults and 2 children. bila nak pi ni? insyaallah yg ni untuk bln 6.
haaaaa yg ni saya rasa mcm tak cukup fikir plak masa tu. bila belek2 semula, rasa mahal plak rm288 for staying at apartment 1 room (2D1N). tp banyaklar complimentary yg pihak resort bagi for 2 adults and 2 children. bila nak pi ni? insyaallah yg ni untuk bln 6.
sebenarnya offer ni banyak kita boleh beli melalui online offer cuma ada lar kelebihan sket di matta fair ni.
kami beli voucher 2D1N stay at rm198. normal price dia rm664. kalau kat livingsocial.com dpt harga rm168. nmpk mcm coucher dr matta fair lg mahal kan? sbnrnya lbh kurang jer sbb dr matta fair kami dpt free ticket masuk water park for 2 adults and 2 childrens. kat livingsocial tu dpt ticket for 2 adults jer. pastu voucher kami ni sekali dgn breakfast and dinner. yg lg 1 tu takde dinner. so bila nak pi ni? insyallah bln 4 ni :D tak sabar nak berendam dlm jacuzzi hahaha
paling best yg sy suka sgt2...keempat2 destinasi percutian kami ni semua ada swimming pool yeah! bila citer kat anak, amboi sonok sgt diorang. alhamdulillah...rezeki anak2 kan.
eh TA xde plan percutian utk hujung thn ke?
takde...sebab matta fair akan muncul lg pd september 2013! miahahaha....en.suami geleng kepala tgk gelagat sy hahaha
lgpun, klu ada rezeki sy untuk ada baby lagi, maka hujung thn tak dapat nak ke mana2.
doakan sya dpt baby girl yer? :-)
inilah entry paling panjang dan paling lama nak type dari TA....
-TAMAT-








