FOLLOWERS

Showing posts with label perabih duit. Show all posts
Showing posts with label perabih duit. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

pertemuan di Pearl Haya

 assalammualaikum =)

update laju2-pastu nak solat zohor-pastu sambung kelas lagi sampai 4.25pm
phewwwww!
hakak fenat hokay.
tak sabar nak cuti 3 hari weekend ni.
last wk kerja 6 hari, rasa nak fitammm!

so sabtu lepas ada ladap di msu.
pergilah kami..SYMP kannn.
lepas ladap yg best hikhik
lama dah tak reward diri sendiri
hujung thn lepas perabih duit utk persekolahan anak2 je.
so dah alang2 ke shah alam ni, moh kita beli sesuatu utk diri sendiri
terjah pearl haya.
dapatlah tudung baru.

ini TA dan acik haza 
kenal dari dunia blog
and now dia loyal customer TA Preloved Toys.
terima kasih byk ya haza..bg sokongan pd business kecil-kecilan sy.
dapat jumpa haza kejap di depan pearl haya COD toys.

acik haza tinggi.
tetiba i rasa kemetot hehehe

acik haza rushing ke tempat lain pula
tak sempat nak lunch sama.
pastu jumpa juga dgn family my kak cho.
kak cho baru sihat dr denggi.
tempoh hari masa dia warded tak dapat nak melawat.
so now dpt jumpa dia-menjebakkan dia shopping tudung PH juga muahaha
pastu lunch sama2 di wang solo.
sempat borak kejap aje dgn kak cho sbb dia rushing nak hntr husband masuk kerja ptg. 
sy plak rushing nak balik ambik anak2 cpt dr rumah pengasuh sbb iman tak sihat masa ni.

tgk lah tu, acik haza pakai shawl.. kak cho pun pakai shawl. elokkkkkk je.
apsal bila TA pakai shawl aku rasa serabut gila??? habis kuar rambut huhuhuhu

itu aje bebel2 di tgh hari.
bye semua!!

Tuesday, April 14, 2015

kisah hari sabtu lalu. its bonding time!

assalammualaikum =)

bismillahhirahmannirrahim

kisah sabtu kami yg lalu. seperti yg telah dijanjikan dgn abg amal masa kat wad hr tu, sabtu ni kami akan outing untuk belikan dia toys. as usual budak yg tak masuk wad pun dapat gak hahaha
asik lar beramuk budak 2 org ni nak pi toys r us ataupun aeon. mcm2 depa request. dah kerana janji maka mama turutkan wlupun ni zaman gst huhuhu. masa kat wad hr tu, mmg amal paling teruk all the time. cucuk ambik darah nangis. masuk air nangis. masuk antibiotik nangis. jenuh nak pujuk. tu yg mama dok janji mcm2 masa tu. dah kena tuntut hahaha padan muka mama.
amazingly, baby irfan lansung tak nangis sepjg melalui prosedur ni. rilex je tgk nurse tu buat apa kat dia. cuma kdg dia takut kalau nurse tu pakai mask. mama rasa mesti irfan pikir, ni sape ni pakai baju putih nmpk 2 mata je ni hahaha. nurse tu dah tau so bila dekat dgn baby irfan, nurse akan buka mask. eh korang, i tell u, nurse kat hospital kerajaan sekarang veryyyyyy friendly. baiikkkk sgt. serious tau. tak mcm hmpr 9thn yg lalu masa abg iman warded umo 8bln. masa tu nurse ada sket ek hahaha.
sekarang, mama blh siap sembang2 dgn nurse tu dah mcm kawan. bila smpi masa depa nak check patient, mesti depa say maaf berulang kali terutama kalau terpaksa kacau kita tgh tido. tahniah utk semua nurse kerana berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap anda. 
eh apa aku melalut pjg beno ni hahaha.
maka sabtu hr tu, bgn le mama awal mcm biasa utk siap2. 
sebelum masuk keta, sempat kami bergambo 5 beranak.
susah sket skang nak bergambo 1 family mcm ni. semua pakat buat muka je skrng klu mama ajak bergambo. 

 takpelah muka mama blur sket, blh cover lemak di bawah dagu hehehe
masa ni siap jerit2 jgn buat muka! tu yg masing2 muka comel je
sekarang ni klu tak kuat semangat jgn lar ngada2 nak outing mcm ni. 
3 ragam anak kena handle oi. tu sebab mama sekarang lbh suka online shopping utk beli barang mama. bila outing mcm ni, mmg layan anak2 ajelah. eh konon je tu. masuk daiso beli gak barang mama muahaha.

 kesayangan mama sepenuh jiwa raga

 masa ni mama tak sempat nak warning jgn buat muka.
tu hasilnya tgk muka abg iman dan abg amal
eh baby irfan pun sama!
takpelah, asalkan mama tetap nmpk ayu gittuuuuuuuuu

 destinasi kami adalah ke toys r us paradigma mall. kuar umah kul 9am, singgah breakfast kat sg besar, then kami smpi di paradigm mall kul 11.30 pagi. oklah tu. masa breakfast, byk anak2 makan. mana tak bykk, sbb mama ugut, klu tak makan cancel beli mainan.
muka excited baby irfan, tapi kesian dia tak dpt apa hahaha..
dapat ler seketul hammer dr daiso.
tu pun abg amal dah patahkan. nasib kamu ler dik oi.
smpi abah ckp, bln ni birthday irfan, kenapa irfan x dpt apa? 
ok irfan punya coming soon, by online...lagiiiiii.

 nampak tak semua tak tgk camera.
peliknya en.suami pun sama lbh excited tgk toys mcm lar dia yg nak beli hahaha

 gigit baby irfan ni dinosaur!
 hayukkkkk byk dinosaur dekat adik hahaha
lepas dah dpt habuan masing2..sementara tggu jan and family tiba, kami lepak di popular.

 yg kecik tu menggeleser nak turun dr stoller. mama lepaskan aje. oooo bkn main seronok dia ke sana ke sini, tu blm dpt kaki tu.

 habis baca 1 buku, sambar buku lain utk beli.
masih lg tak smpi pakteh jan ni isk isk isk

haaaaaa meh nak citer betapa hazabnya aku pakai skirt kembang semangkuk ni.
konon nak try feseyn org muda sekarang kan maka inilah hasilnya.
ok aje...kan? tp sungguh aku takkan beli lagi skirt kembang semangkuk ni. 
ni satu2nya skirt kembang aku, beli kat ex-student yg bawak ke sek masa ada karnival tempoh hari. aku mmg takde skirt kembang ni maka beli lar satu. ni 1st time pakai ni. pakai dgn blouse niichii.
ok kan?
tapiiii hazab nya bila kat toilet hahahah
bergelumang sekejap dgn skirt kembang bila nak melepas.
masa ni lar baru aku pikir eh korang2 yg pakai skirt kembang ni mmg berhadapan dgn situasi mcm ni ke bila kat toilet?
tabahnya korang? hahahah
utk aku, cukup sudah..1 ni jer lar kot skirt kembang aku. ntah bila nak pakai lagi. hazab benar bila nak melepas, bergelumang! eh korang paham tak ni? hahaha

 yeayy family pakteh jan dah smpi.
moh kita lunch di krr mcm biasa.

 lama tak jumpa baby adam. bambam sgt dia! geram tgk!
cikyam nak tau, bila pandang cikyam, teringat zaman kak ima anak sorang dulu. kurus mcm cikyam. now dah anak tiga, kembang sana sini huhuhu pasrah!

 obvious baby irfan kurus bila dok sebelah adam hehehe
irfan dan adam sepupu, sebab en.suami dan pak teh jan itu adik beradik. faham semua? kihkihkih

 abg iman baca doa makan, pastu apa lagi, makan!

 baby irfan mkn bubur ya sayang. byk dia mkn alhamdulilah.
keluar dr krr mama ke daiso.
hoi sekarang harga barang di daiso bkn lagi rm5 huhuhuhu
semua dah jadi rm5.30 per item gara2 gst huhuhu
nyampah!

 keluar dr paradigm mall...kami ke rumah makcik awin pula
baby irfan lena.
nmpk tu bantal comel tu? mama beli kat daiso, untuk ampu kepala baby irfan. 
biasa ada sekor ulat utk ampu kepala dia, tp ni tertinggal kat keta abah.

 sayang anak mama ketat2

 smpi kat umah makcik awin, budak berdua ni terus bukak toys yg depa beli. eh salah, mama belikan hehehe. en.suami, get ready yer. next will be ur turn muahaha

 star wars light saber sorang seketul.

 abah ckp, masuk tahun 4 nnt no more toys like this utk abg iman. dah beso, malu je main gini. eleh en.suami ku sayang...itu suara jeles sbb zaman u takde mcm ni semua kan hehehe

 sihat dah dia, syukur alhamdulillah.

 budak kenit ni dok kacau toys aisyah.

 baby adam 7bln. baby irfan 11bln. alahai anak..plz plz plz mkn dan susu byk2 utk jadi bambam mcm adam yer sayang?

mcm ada anak twin!

dlm kul 5.30pm kami gerak balik. smpi vck jam 9pm, stuck kat jam kuala selangor huhuhu mencik tau.
ok itu je citer hari sabtu kami.
bye semua!

Monday, February 23, 2015

kegilaan kepada Aidijuma kembali

assalammualaikum =)

apa dah jadi dgn aku ni? hahaha
punya dah lama tak shopping tudung AJ, hunting jauh sekali.
pastu siap letgo preluv AJ, banyak gak hampir 10helai termasuk bl cupcake yg org dok hunting tu.
ntah, masa tu mmg aku dah rasa, enough is enough dgn tudung AJ yg dah byk ni.
tapiiiiii, bila terpandang pink label red sakura yg baru release tu, hati terpaut terus. 
cantikkkkkkkkk sgt di pandang mata hahaha
ok dpt dah. tinggal tggu parcel smpi je.
di pendekkan cerita, eh apsal aku turut tergoda dgn lain2 design yg keluar kat republik penang semalam? terus order full set pheeewwwww
pastu pastu pastu...
aku dok hunting plak bl royal blue cheetah tu?
hadoiiiiiiii beli jgk! 
dah ler sekarang org dok jual combo aje.
tak pepasal aku beli 12 helai AJ dlm tempoh 2 hari sabtu ahad semalam hahaha
hubby dok geleng pala sambil cakap: ma..ma...
alar bang, kalau ini yg menggembirakan ma apa salahnya kan?
pastu hubby aku jawab, ala ma, klu rugby yg menggembirakan hati abang apa salahnya kan?
hahaha...ok fineeeeeeee

kena beli lagi 1 bakul lain untuk menempatkan 12 helai AJ baru yg otw skrng ni
jom kita pi daiso bang?
hahaha

cuti 6 hari tak pi mana, dok umah aje, tapi duit menyusut juga hahaha
hati gembira kan?
ya gembiraaaaaaaaaaaa

ada yg cemburu ke? hahaha

ok itu dulu, bye semua!

Saturday, February 07, 2015

sabak bernam - ikea - GM klang - pasar karat shah alam - aeon bukit raja - sabak bernam ~~ new at VCK

assalammualaikum =)

upload gambo subuh td. tp baru sekarang dapat taip entry ni huhuhu

rindu benar dgn soho saya ni.
dalam tempoh 2minggu, baru hari ni dapat duduk kat sini semula,
kemas apa patut, on laptop dan update blog :-)

weekend lepas mmg tak stay kat umah. 
kami outing sepuas2 nya heeeeehuuuuu
mcm tajuk entry ni, 
pagi sabtu lepas dr vck di sabak bernam kami berdesup ke ikea.
dah nama ikea...tentulah tempat shopping mama, hahaha
anak2 keboringan. tapi mereka tetap sabar berjalan tak banyak kerenah 
sebab dah dijanjikan utk ke GM klang mencari habuan mereka pula lepas ni.

 ramai gila manusia kat dlm ikea.
dpt ler snap gambo kat ruang store ni jer menuju ke kaunter bayaran.

cina paling ramai, maybe mereka shopping utk cny.
baru jalan sket, mama dah shaking kelaparan dan mcm nak pitam sbb rmi sgt org.
terus ambik short cut pi makan dulu kat food court ikea.
tu pun ramai jgak org dah wlupun baru kul 11.30am masa tu huhuhu

tujuan utama ke ikea sbb nak beli bar chair baru utk breakfast table vck.
alhamdulillah dapat sepasang dgn harga yg murah sgt puas hati.
emmmm dah namanya azimah, mau ke beli benda tu je?
byk jgk yg takde dlm list tetiba dah ada dlm trolley huwwwaaaaa
melayang rm300++ kat sini aje sobsobsob
padahal bar chair tu seketul br rm39.90
cer x 2, tak smpi pun rm100
means yg takde dlm list tlh memonopoli purse aku huhuhuhu pasrah dlm happy!

 mana aci pic mama takde dlm gambo
moh selfie reramai

eh irfan mana? 

ok nampak semua dah, bukti kami menjejak ikea sabtu lepas hahaha

 dah nak kuar dr ikea, tggu abah dtg dgn keta.
irfan ok aje..bila ngantuk tido dlm stroller

maka berdesup pula kami ke GM klang

syurga anak2.
sampai je sini pi makan minum dulu,
suap irfan mkn
emm..sedap rojak buah kat sini.

 pastu baru lah jalan2..cari habuan iman amal.
mama takde beli apa pun

pastu terus ke rumah kak cho di teluk panglima garang.
tido semalam kat sini.

 sonok anak2 jumpa sepupu depa main sama2.

 irfan dah berdiri dan menapak di tepi2 meja, tepi2 sofa..mana dia suka lar kan hehe

 tido...
esok pagi awal2 dah menuju ke pasar karat shah alam.
takde gambo
kejap aje pun kat sini sebab panas sgt, sian kat irfan.
kul 11am dah masuk aeon bukit raja

 dpt habuan baby irfan pula kat sini.
stroller baru hehehe
mama tak berapa suka stroller lama irfan yg merah tu.
memang tak dinafikan sgt ringan dan senang control
tp baby irfan asik lar meluncur ke bawah bila dibaringkan kat stroller tu.
tapak dia terlalu tegang.
tak pepasal kena letak bantal kat bhgn kaki utk avoid dia meluncur ke bawah
udah org dok tgk apsal mak budak ni letak bantal anak kat kaki
huh nyampah.
korang nampak muka seposen amal tu?
dia bantai merengek nak beli mainan lg kat sini
oh nononono
takde sape layan.
semalam dah byk beli kat gm kan.

 sonok mama baby irfan dapat stroller baru heeeeeee

so kat ikea dpt le menangkap beberapa ketul barang baru utk vck

 lapik kaki hitam putih yg gojes.
rm19.90 sehelai. 
mama beli 3 helai utk 3 bilik air.
sgt puas hati, berbaloi beli mahal.
material tak sama dgn lapik kaki yg dijual kat kedai lain tu
yg ni bulu2 dia lebih pendek dan lebih kemas.

 lapik kaki merah separa bulat utk depan sinki di dapur.
tapi iman kata dia tak suka pijak lapik kaki ni sbb material dia agak kasar

 toy box lama yg beli kat kaison dah musnah
anak teruna i ganazzz hahaha
beli storage tanpa penutup ni 3 ketul di ikea.
just nice saiz dia
kebetulan warna hijau tu blh match dgn pewangi tepi tv tu.
seketul rm5.90

 ini dia bar chair baru di vck
cuma rm39.90 sebiji percaya tak?
aku pun mulanya tak percaya, letak budget yg lbh tggi utk bar chair ni
alhamdulillah ada yg murah.

 just nice size dia utk breakfast table kami.
sukkkkaaaaaaaaa sgt

kat aeon bukit raja dpt juga beli set cadar baru utk katil anak2.
gambo bola, mmg kena sgt dgn jiwa anak lelaki.
ada sale, 3set cuma rm70.
pastu dpt juga sambar set cadar katil mama hahaha

dah itu aje citer weekend kami yg lepas.
selamat berhujung minggu semua
manfaatkan masa yg ada utk bersama keluarga tercinta ya.
bye!

Sunday, January 11, 2015

di mana saya beli white laundry basket

assalammualaikum =)

ramai yang bertanya kat mana saya beli double white laundry basket tu kan?
saya beli online..sebab tak smpi lagi ke home pro sana nun, jauh beno hehehe

so sape2 nak beli brg2 home pro blh add friend adik ni kat fb ya
adik kot. aku kakak kot huhu
dia ambik brg2 ni dr home pro hatyai thailand
harga yg dia jual termasuk pos sgtttt berbaloi2
actually byk lg brg lain yg dia jual
twin-double white laundry basket pun ada

ok itu aje nak share di pagi ahad ni
i is sedang mengumpul semangat nak mula keje esok huhuhu
ptg ni pun dah terlibat dgn pendaftaran pelajar
tahun ni jadi guru kelas kedua plakkkk
punya dah lama tak jadi guru kelas, tahun ni terpilih plak adeh.
nasib baik yg kedua aje.

ok itu dulu..bye semua!

Wednesday, January 07, 2015

white laundry basket idaman hati

assalammualaikum =)

hari ni i kat sek utk siapkan apa patut sebelum kelas bermula isnin depan.
esok pun ke sekolah untuk gotong royong.
semangat ni nak mula kerja.

sebenarnya dah lama mengidam untuk beli white laundry basket
tapi susah nak jumpa kan?
hr tu kat group kami suka susun atur viral jap pasal home pro yg baru buka kat ioi city mall nun.
mcm bestttttt je tp nak pegi ya ampun jauhnya putrajaya
mcm2 barang rumah org dok tayang
aku telan air liur je tengok semua cun semua nak huhuhu
tetiba ada sorang sis ni kat fb juga jual brg2 home pro di hatyai thailand nun.
ooo rupanya dia dok perlis.
apa lagi gigih ahkak order laundry basket putih idaman hati wakakakka

sukkkkkkkkaaaaaaaa sgt!
basket bawah untuk baju kotor 4 orang 
and yg atas utk baju kotor baby yg masih diasingkan ketika cuci.
paling takleh blah best nya sebab ada roda...
i is tolak aje dr bilik utama ke laundry area wewewewe suka!
cuba korang tgk putih dia, putih susu tu. 
kalah bakul sampah ikea tepi tu putihnya tau.
ada lg satu jenis tu lagi lebar, bakul bawah tu ada dua kiri kanan.
tp sy ambik yg single ni je sesuai dgn space kat sini.
alhamdulillah saiz dia pun cukup elok untuk kami 5 beranak
harga rm59.90 + rm10 utk pos

2015 ni nampak gaya makin galak aku shopping online huhuhu
sampaikan husband aku pun terjebak sama
tetiba dia bgtau dia shopping jam tgn kat lazada
ecewahhhhhh bang, ma pun tak penah shopping kat lazada lg.
takleh jadi ni. tercabar rasanya hahahah

ok sambung keje
bye semua!

Wednesday, December 24, 2014

dari aeon taiping ke aeon manjung

assalammualaikum =)

ini cerita masa kami balik kk last 2 wks. 
hari sabtu, otw nak balik umah tok di batu kurau, sempat singgah aeon taiping.
baru buka je aeon taiping ni. katanya terbesar di asia tenggara btl ke?
sy rasa sama je lbh kurang besarnya dgn aeon yg lain. 
aeon bukit tinggi lg besar kot huhu

sekarang ni mana2 shopping complex pun penuh dgn Christmas decoration kan
maka bergambo lar kami di situ 

tuan tanah bersama 3org anak bujangnya hehehe
rasa mcm semakin kurus dah ni muahahaha
penangan 3 anak lelaki yg sedang membesar i told you

i tak pernah sampai penang lg huhuhu 
sekali terjumpa wall art ni kat sini
cpt2 posing utk bergambo

 mmg tak shopping pun
singgah sini semata2 nak bagi anak2 main
sonok depa bergumpal

 lama jugak depa main kat sini
mcm2 games ada

baby irfan?
poo poo plak masa ni huhuhu
eh lupa nak bgtau
kat sini ada gak my.diy dan daiso
mr.diy btl2 sebelah tempat main ni
so masa iman amal main kat sini sy dan irfan jalan2 dlm mr.diy
ada gak lar terjebak sket huhuhu..kata td tak shopping :p

patutlar irfan nangis dlm stroller tetiba
poo poo rupanya
maka ke baby care room lar kami
dah selesai urus irfan tetiba nmpk tempat main baby kat baby care room ni

 bagi main jap
oh sonok benar nampaknya

 soft toys dia kat rumah semua dah pandang sebelah mata jer huhuhu

 mama selalu ckp dgn irfan
jgn cepat sgt membesar ya dik hehehe
mama nak punya baby lama2

 gembira sgt

 mama tinggalkan baby irfan dgn en.suami jap kat sini while mama laju2 terjah daiso ihiks
dua tempat tu jer pun yg kami pi
lepas semua dah penat main, terus keluar menuju ke rumah tok
lunch kat rumah tok


esoknya ahad...otw nak balik vck
singgah pula kami di aeon manjung
ada tujuan..tuan tamah nak pi kaison hehehe
masa ni iman amal dah tinggal kat rumah opah di kk
so kami bertiga aje

 again, bergambo dpn Christmas decoration
cantik yg ni
alar...tak nampak muka kami lar abah, zoom sket ya

 peace! ihikss..

 baby irfan dah mula rasa keseorang tanpa abg iman dan abg amal
eh kesian arr dia ni klu takde abg2nya
mati kutu
smpi demam2
tak aktif jadinya

 sukaaaaaaa sgt dgn sapu tangan.
sebijik mcm abg iman kecik2 dulu

ewaaahhh...berselfie plak depa berdua ni
ya irfan mmg melekat dgn puting terutama masa nak tido
satu2nya anak sy yg melekat dgn puting hehe

dah puas shopping kat kaison
lunch kat food court
dan kami terus berdesup balik

itu dulu ya
bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH