FOLLOWERS

Sunday, October 30, 2011

hati ini

assalammualaikum =|

harini nak taip panjang2 ikut sedap tgn. nak luah semuanya...eh jap2 x blh semua, separuh jer hehe... yerlar mana blh semua benda nak share kat public ni kan. mlm td smpi rumah dah lbh kul 11 mlm. sian iman-amal kena stay rumah pengasuh mlm2. tp org lain mungkin tak faham apa yg sy rasa sbb diorang ada mak bapak blh tgkkan anak2 bila ada tuntutan kerja melebihi waktu sepatutnya. senang klu ada mak bapak yg masih kuat, dok dekat2 sbb blh tgkkan cucu mereka. lain rasanya hantar anak kat mak bapak sendiri dgn hantar anak rumah pengasuh ni. tp mcm sy ckp td, hanya yg melaluinya seperti sy yg faham..... yg tak faham akan mengutuk mengata kat belakang, kata sy tak bg komitmen kerja mcm org lain, kata mcm2 lagi...siap bisik2.. knp yer x blh faham situasi kita yg berbeza-beza ini? beban kerja kita juga berbeza rite? masing2 ada kerja dan tugasan yg perlu dibuat. bkn bermakna sy cuma goyang kaki selama ni. cuma situasi kita berbeza, sy perlu bahagi masa dgn baik supaya anak2 tak terabai. so sy terpaksa buat priority.. again, sy hantar anak2 rumah pengasuh, takde mak bapak yg blh tlg jaga anak2 saya...situasi kita berbeza. hari ni dtg sekolah, ingatkan blh tarik nafas lega sket sbb tugasan solar boat dah berakhir. rupanya dtg plak yg baru hehe... kena jadi guru bertugas plak mggu ni. pastu harini final exam for science subject form1 and form2, dah kena start marking. oklah..sy akur :-) yg tak syoknya sy ternampak pulak ada yg berbisik2 di belakang sy hahaha...jgn memain tau, sy ada 6th senses hahaha... takpelah. teringat kata2 arwah uwah dulu: biar orang buat kita, jgn kita buat org. sbb Allah sentiasa ada untuk memberikan pembalasan terbaik. dia yang Maha penentu segalanya...
sabtu baru ni, dlm pada sy sibuk dgn karnival 1belia 1 malaysia, sempat jugak sy memasak utk mkn tgh hari kami sekeluarga. ahad dah x smpt masak, cuma sempat goreng nasi utk sarapan jer huhu... oklah jom tgk menu super-simple utk lunch kami sabtu lepas =)

sayur goreng campak2

sambal belacan pelam nyam2!! serius nyam!

cecah plak dgn ulam pucuk jagus dan petai...walaweiiiii rasa terangkat semua!

sotong goreng tepung

telur dadar

walaupun simple tapi anak2 dan suami cukup banyak mkn tgh hari tu hahaha...sonok sy tau. oklah, nak sambung keje lg. kang ada yg kata sy mcm2 plak hahaha....bye semua!

solar boat @ karnival mesra 1belia 1malaysia (part 2)

Saja nak display gambar sy kat booth ni masa hr sabtu hehehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

solar boat @ karnival mesra 1belia 1malaysia

assalammualaikum =)

ini kisah weekend sy. x dpt nak bgn lambat.. x dpt nak bersenang lenang tgk dvd dgn en.suami dikala anak tido.. x dpt nak berbasikal dgn iman amal di waktu ptg dlm keadaan santai...semua x dpt uwwwaaaaa!!!! dah tu ko buat apa weekend ni azimah? sy bwk team solar boat buat pameran di karnival mesra 1belia 1malaysia (knp mesti 1???) sabtu-ahad full time smpi ler mlm ni. tension jgk, ahad malam isnin pun kena keje. x dpt nak tgk cave of the golden rose cheh.. apsal ler YB. DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK ni dtg malam2? siang xleh ke? malam2 kat sini hujan ler dato' sri hehe... gambar2 hari sabtu ada dlm my xperia x10. nnt ler masuk kemudian. ni gambar2 yg diambil tgh hari td. kbtln crew pengambaran aquilla emas sdn bhd dtg lg utk shoot aktiviti team solar boat kami. so pameran PPD Sabak Bernam jd glamer sekejap td. yerlar crew pengambaran dtg buat shoot, siap interview public, mestilah org kg teruja kan. sblm tgk gambar, sy nak ucapkan setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat en.suami yg support sy utk tugasan ini smpikn x dpt nak pi jamuan perpisahan pkhem mlm td. terima kasih yer abg...sayang abg! ok jom tgk gambar :D

iman amal tgk apa tu sayang?

iman amal teruja dgn ciptaan rumah uereka dr SKPP (sek rendah sy dulu hehe...suka jer nak bgtau :p)

hebatlar mama uereka house ni

kamu sonok n happy jer yer raida, teacher yg stress huhu...

shooting bermula..

director tgh shoot solar boat tgh pusing2...

see...ramai pengunjung yg teruja tgk solar boat kami :-)

masa ni iman-amal masih lg excited tgk uereka house ni. jgn balik nnt kamu ajak mama buat rumah mcm ni udah hehe..

moga besar nnt iman - amal bakal menjadi seorang inventor yg terkenal insyaallah...

host for this documentary show

bangga si kecik mama ni jalan2 bwk belon ya. mahal arr rm5 satu ni huhu

jeng jeng jeng...aku sungguh teruja tgk sniper uniform yg digayakan kat pameran askar ni. nak bergambor sorang2 malu plak. ajak iman, dia awal2 dah menyorok ketakutan bila aku tunjukkan sniper ni hahahaha... at last aku seret en.suami n amal utk bergambar sama. kelakar sgt sbb amal serius takut lps dia perasan kat benda pelik ni, siap ajak balik terus hahaha

ahli parlimen sabak bernam: dato' abdul rahman bakri turut ditemu bual mengenai solar boat ini. wahhhh sy sungguh kagum dgn cara dia bercakap. patut ler dia jd ahli parlimen n sy cuma jd CIKGU AJER hahahaha

mlm ni harap2 dpt bergambar dgn dato' seri sabery cheek plak. wahhhh tinggi impian mu azimah kah kah kah...

sahabat...untuk selamanya


assalammualaikum =)

amal dan iskandar...dua org sahabat yg bisa menggegarkan kuaters guru sbpisb hehe.. mereka ni sebaya, iskandar lahir bln 1, amal lahir bln 10. moga kamu berdua bersahabat selamanya ya :-)


dulu2, kita selalu jer main lecah kan? so sesekali mama biarkan iman amal main lecah, biar mereka explore sendiri apa itu lecah. tp lepas main, mmg kena mandi n sabun bersih2 lar...

see.. kalau ini yang membuatkan mereka ketawa, mengapa mesti kita sekat? apa yang penting kita pantau pergerakan mereka, jgn too much ya.

friends forever :D

1 putih 1 hitam hahaha... yg pasti kamu berdua mmg handsome bangat!

Tuesday, October 25, 2011

teacher azimah masuk tv?? waahhh :D

Assalammualaikum =)

uiksss serius lama dah tak update blog. terlalu banyak perkara berlaku seminggu dua ni. sy sgtttt lar busy dan serius letih. biasanya sy dah senang lenang bila PMR dah tamat. tp lain plak tahun ni, makin banyak tugasan dtg selepas habis PMR. sabor jer lar huhu... tak tau nak express mcm mana perasaan yang bercampur baur ni. di pendekkan cerita, sy tak sabor nak cuti sekolahhhhhh tlg lar cepat sket 19 november tiba hahaha blh gitu?
2mggu lepas sy terima 1 surat yang memaklumkan bhw sbpisb terpilih utk sesi pengambaran rancangan berbntk dokumentari 'inovasi kreatif' utk tayangan RTM2. sbpisb akan diberi 1 episode untuk rancangan berjumlah 13 episode ini. wahh bercampur baur perasaan sy masa tu. so 24 okt yg lalu, dtglah 2 van krew pengambaran dr syarikat Aquilla Emas Sdn bhd. berdebar2 rasa hati sbb dah dimaklumankan team solar boat dan baju kalis peluru kena bersedia utk sesi pengambaran sehari suntuk ni, termasuk cikgunya yg akan di interview juga... walalweiiii terasa mcm artis dah miahahahaha...:D
so jom kita tgk gambar2 diselang seli dgn sedikit cerita pada hari tersebut.

seperti dijanjikan krew sampai tepat jam 8.00am, wah sungguh menepati janji kamu semua ya. mula2 sy bwk kak niza selaku wakil Aquilla Emas berjumpa dgn pihak pengurusan sekolah. then kami semua menuju ke kantin sekolah utk breakfast sambil2 intro dr pihak crew kpd sy. berbaju biru di atas adlh en.rosli, director penagmbaran ni dan yg bertopi tu...eh2 mcm kenal lar! jimmy shanley ke??? oh no no no...pelanduk 2 serupa ok. tu penolong director, eddy hahaha perasan nak jmp jimmy shanley cuba cermin muka tu sket teacher azimah oi!

lepas bfast, sesi pengambaran di makmal bermula. mula2 dia nak rakam pelajar2 ni tgh buat kerja. berlakon jer ok...serius jer budak2 ni nak masuk tv haha...

then dia nak rakam sesi perbincangan antara pelajar dan guru. ok no problem.... buat mcm biasa kita discuss dgn pljr then mata jgn mengada nak tgk camera ok kang tak pepasal CUT!!

seterusnya sesi rakaman untuk racing the boat. amacam, glamour tak teacher hari tu? mujur baju ni tak panas wlupun nmpk mcm panas... masa ni mcm ada hati jer nak ambik alih peranan host utk rancangan ni sbb sy tgk host tu mcm tak reti cakap, tanya soalan tah apa2. kesian students i nak kena jawap soalan pelik2 tu tau. at last dgn selamba tenuk sy bisik kat director tu cth soalan yg lbh scientific n educated utk ditanya... haaaaaa blh jd director dah aku hahahaha... after that barular students pandai nak jawap soalan2 dia keh keh keh...

baju kuning tu adalah BILL, host rancangan ni. suara dia alar2 suara fizz fairuz. fuhhhh patutlar director taknak amik aku jd host....pang!!

panas masa ni

teacher azimah interframe lagi hahaha....posing dgn payung crew yg cantik :p

action.......cut!!!! serius banyak kali repeat. terus takmo jadi pelakon sbb nmpk letih jer buat benda yg sama berulang kali hahaha

ecececece.....sonok kamu ya raida

tiba2.....jeng jeng jeng...... kelihatan 2 mamat yg handsome dtg kat area pengambaran sedang berlansung. aku (guna AKU arr ek...baru best sket citer) tak cam lansung saper kah mereka. dah pong pang pong pang sembang bersama....tetiba husband aku tanya dia: err ni x silap pelakon kan? dia jawap: aah. kenal tak siapa? aku jawap: emm x cam lar, siapa ya? hahahaha selamba jerung aku jawap mcm tu. pastu dia jawap: SAYA ZIZAN NIN. walalaweiiiii mcm mana aku blh tak cam ni??? dia kan glemer isk isk.. pastu selamba aku tanya dia: eh apsal dlm tv nampak putih, kat sini gelap?? hahaha sungguh tak patut soalan aku kat dia. tp serius dia nmpk gelap masa ni.

buat apa dia dtg sini? oooo sbnrnya dia produser rancangan ni. org sungai besar jer pun hehe... ok bro malas nak cakap banyak tp you mmg handsome (ni ayat off record ya. tak pasal lar aku nak ckp depan dia huhu)

segan plak nak snap pic dia sorang, so dpt lar snap pic mcm ni jer hehe...

seterusnya bergerak ke lobi untuk sesi rakan interview.

masa ni aku dah sedikit gelabah sebab lps ni turn aku plak kena interview

asst director dah mula inform soalan interview kat sy.
err sama ke dgn sesi interview nak jd cikgu dulu? lain kot haha...

wahhhhh sy pun kena touch up serius masa ni rasa mcm artis dah huh perasan lar ko!

dup dap dup dap dup dap

elehh...jawap jer bukan dia tau jwpn tu btl ke salah kan? kan? TAPI byk kali jugak kena cut!! hahaha.... sbb ada ketika sy terdiam hilang idea nak jwp apa. ni klu zizan nin ada kat dpn lansung kaku terus kot hahahaha

hampir tamat sesi solar boat, kul 1 stop untuk lunch. after lunch cont dgn team baju kalis peluru. sesi utk team solar boat dah habisss....

canggih tak?

with the crews

with mr.director.

sejujurnya pengalaman seperti ini sgt menarik utk dilalui oleh insan biasa seperti sy. almaklumlah biasanya org akan kata: CIKGU JERR... hehe... ya cikgu cabuk jer sy ni bkn saper2 pun. ini semua kisah isnin lalu. ahad ni crew pengambaran ni akan dtg sekali lg utk sesi rakaman pameran solar boat utk karnival 1 belia 1 malaysia. dimaklumkan juga crew ni semua nak dtg sekali lagi untuk rakam persekitaran sekolah, haritu tak sempat sbb hujan. pn.amy kata, mereka sgt berbesar hati dgn layanan dr pihak kami. hehe...alhamdulillah itu jer yg kami mampu sediakan.
oklah itu dulu untuk entry kali ini. bye semua!!
p/s: tak sabar nak cuti sekolah

Monday, October 17, 2011

sedetik lebih

assalammualaikum =)

smlm dlm keta otw back to home dr sbpi gombak, tiba2 lagu ni berkumandang di radio suria.fm
tiba2 juga hubby bersuara: abg suka sgt lagu ni. abg dedicate special utk ma. wahhhh berbunga2 rasa hati wlupun sbnrnya x dpt bunga hahaha...

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


p/s: our 6th anniversary dah dekat :D

Friday, October 14, 2011

hadiah hari jadi untuk mereka

assalammualaikum =)

bestnya korang dpt byk hadiah. mama jeles huhu... dulu masa mama baya kamu x pnh pun dpt hadiah sebanyak ini. so mama menggunakan kuasa veto yg mama ada, kamu berdua tak blh buka hadiah ni serentak dlm satu masa ok. langkah berjimat cermat, lps ni takyah beli mainan dah utk sethn muahahaha... masuk bulan baru, mama keluar kan 1 untuk kamu buka. yeah... lps ni budget utk shopping brg mama akan bertambah lalalala...

alhamdulillah...murah rezeki kamu iman-amal. RM pun blh tahan jumlah yg kamu dpt. masuk tabung haji ya :-)

zoom sket toys yg I-A ni dpt

ni hadiah dr acik sara. iman bengang mama suh pose dulu sblm buka hadiah. di bg nya muka ni ha dalam kamera mama huhuhu sabo jer lar.

main ler kamu puas2...masuk bln nov nnt baru blh buka hadiah lain hahahaha

berakhir sudah entry kisah garden birthday party I-A... lepas ni sy nak start proceed photobook for this event. ya kwn2 kat sini semua dah tau sy mmg obsess dgn gambar2 ni terutama gambar anak2.. gambar family. facebook dah takde so kat blog ni lar tmpt sy share gambar2 ni dgn anda semua. harap tak bosan ya.
bkn mudah sbnrnya nak organize sendiri birthday party anak2 ni. lbh senang klu booking jer mana2 fast food restaurant, bayar jer selebihnya pihak diorang yg aturkan. tapi garden party ni mmg menjadi impian sy sekian lama.. so sgt berpuas hati dpt adakan majlis ni dan yg penting sy organize sendiri A-Z. terima kasih byk2 buat suami tersayang yg sentiasa menyokong sy, ikut jer keinginan sy utk garden party ni haha... sayang abang!
so lepas ni (tolak dulu kerja2 sek yang menimbun tak penah habis ni ya. blog ni bkn utk kisah kerjaya sy sgt pun :p) sy nak fokus pd our vacation to medan (dis) and our anniversary celebration (nov).. soal rumah baru hold dulu sbb nmpk gaya nya tak dpt kunci lg hujung thn ni. rumah semi-d depan rumah kami tu tak siap lg so jalan tak dapat buat lg so senang citer blm blh dpt kunci. takpelah next year pun ok gak...kami bkn terdesak sgt nak pindah dr kuaters guru ni ;-)
itu dulu untuk entry terakhir kisah garden birthday party ini. moga catatan yg sy buat di sini akan menajdi kenangan terindah untuk iman-amal baca bila mama dah tiada di dunia ini. cuba u all bayangkan iman amal akan baca blog mama dia ni bila diorang berdua dah besar nnt, n maybe masa tu sy dah takde kat dunia ni. pastu iman-amal bg anak cucu cicit dia plak baca...wahhh hebat kan?? erkksss nak ke diorang baca? hahahaha....
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH