assalammualaikum =)
kenangan sgt semua ni pada aku. tu sebab aku tulis pasal ni kat dlm blog aku.
sejak aidilfitri 2014 hingga penghujung Ramadhan 2015 (sebelum cuti raya), inilah kasut kerja aku.
kiranya ini kasut raya 2014. memang sedap sgt pakai sandal crocodile ni. ringan je. walaupun iman penah kata kasut ni cantik mcm kasut atuk, aku tak kira, janji sedap pakai...maklumlah aku kan sakit lutut. menjelang aidilfitri tahun ni, keadaan kasut merah mmg dah uzur. mmg dah beli sandal raya lain utk 2015, tp takde niat pun nak pakai kasut baru tu ke tempat kerja sbb kasut merah ni masih the best. nampak tak wlupun aku pakai baju hijau, kasut merah tetap ku sarung tanpa ku peduli apa org nak kata muahahha
kena plak mggu aku pakai handbag pink...(tetiap mggu aku mesti tukar handbag) maka hasilnya handbag pink, baju hijau kasut merah tudung apa pun blh hahaha
hodoh tak hodoh ar aku ke tempat keje.
nak dijadikan cerita, mggu last sblm cuti hari raya hr tu, pdp aku kena observe dgn puan pengetua. blh tahan arr prepare..siap bawah set hot wheel anak2 ke sekolah utk dijadikan bbm.
alhamdulillah...syukur sgt2. berbaloi rasanya.
so mcm biasa ada lar sesi perjumpaan dgn pengetua lepas dia observe pdp tu.
jumpa kat bilik pengetua.
mmg redha je klu boss nak komen apa pun. pasti dia lbh berpengalaman, dan setiap teguran dia adalah utk aku perbaiki mana yg salah dan kurang.
dup dap juga heartbeat aku masa melangkah masuk ke bilik boss masa tu.
korang tau tak satu-satunya perkara yg dia tegur aku adalah pasal kasut merah aku hahaha
serius wei aku gelak besar depan pengetua masa tu. mmg tak sangka sgt2 dia akan tegur pasal ni.
aku pun satu, dah tau nak kena observe, pakailar kasut bersarung patutnya. ni tak...sandal merah ni jugak yg aku bawak masuk lab hahaha
mmg tak terlintas langsung aku pagi tu nak pakai kasut yg lbh proper. ada je..tp tak sedap pakai wei. klu terpaksa je aku pakai.
pn pengetua kata, kita kena ikut professionalism keguruan, pakai kasut bertutup ke sekolah.
dlm gelak2 tu aku cakap..aku sakit lutut, tak larat nak pakai kasut sarung.
puan siap bg idea utk aku beli kasut yg mahal sket brand mcm hush puppies, or scholl..insyaallah selesa pakai dan tak sakit kaki katanya.
aku pun sengih2...mengangguk...sambil kata ok insyaallah lepas raya saya mula pakai kasut sarung.
malu wei...mcm budak baru posting je kena tegur pasal benda ni huhuhu
maka ini hasilnya...
kugagahkan keluar RM melabur beli kasut hitam hush puppies demi kerana SYMP hahaha
so mulai hari ni (semalam aku masih pakai kasut merah clark yg beli kat vietnam) aku pun berkasut hitam ke sekolah huhuhu
good bye sandal merah crocodile..jasamu amat di kenang.
ku kan tetap bersama mu di luar waktu kerja huhuhuhu
kepada kasut hitam hush puppies baru ku, moga kau mesra dgn kedua2 lutut ku ini hokay?
jgn mengada2 nak mintak geget..aku tak percaya dgn petua tu hahaha
itu aje merepek hari ni..harap2 boss tak baca entry aku ni. klu boss baca pun, harap2 boss anggap je entry ni sebagai bahan jenaka utk mencetus senyum di bibir boss.
serious puan, kenangan puan menegur kasut merah saya akan kekal dlm ingatan selagi hayat di kandungan badan insyaallah.
akan sy ceritakan kisah ini pada anak menantu sy kelak, di ptg2 hari sambil bermain dgn cucu waktu tu ecewah...
itu aje..bye semua!























































