FOLLOWERS

Wednesday, May 31, 2017

Travelog TA ke Jepun: Day 2- Ameyoko Street dan As-Salam Mosque

assalammualaikum =)

TA rindu Jepun. sungguh.
byk info dah lupa. teruk dah ketuaan aku. masa nak tulis entry ni, jenuh aku mentelaah balik. mujur byk catatan di buat hr tu.

masih pd hari ke-2. keluar dr Ueno Park, kami menapak ke Ameyoko Street. ala2 Jalan Tar gitu. jom tgk apa yg ada kat sini.

Pintu masuk Ameyoko Street. masuk ikut belah kanan dan keluar belah kiri.
jom tgk apa yg ada kat dalam tu. 

semua sayuran fresh dan bersaiz besar u all. faktor suhu kot depa dpt hidup subur hehe..

harga kurita. kurita adalah lauk yg agak popular di sana. bkn sebarangan sotong ok. KURITA.

kaki-fie dkt manhole setiap tempat yg kami tuju dah jadi perkara wajib. ini manhole di Ameyoko Street.

hachinko tak silap nama kedai ni. kedai judi. bersepah kat sana. besar2 plak tu. beratur pjg org nak masuk.

tadaaaa weeeee kaki apa tuuuuu

strawberry saiz besar2 dan merah2. kami beli. nak merasa. manis woiiii omg teringin nya. ni kalau mengidam strawberry jepun camne ni huhu

kami di hadapan kedai buah-buahan. kami takde masalah nak beli2 atau nak tau halal ke tak. afifah speaking jepun berabuk wei. dlm pic ni TA dgn teacher Adyani - travel partner. afifah tlg snap gambo.

nampak mcm tak ramai org dlm pic ni. hakikatnya ramai sgt. agak sesak.

haaa tu nmpk dah ramai org. rasa starwberry ni sgt sedap dan manis. lg manis dr yg kat CH tu hokay.

tumpang duduk aje kat sini. tak beli pun hehe

ada dlm 2-3 kedai kebab halal kat sini from turki. so takde masalah utk mencari mknn halal. jgn ko cari nasi grg kampung udah.

haaaaa kan dah ckp td. sesak kat sini. nampak cuaca mcm terik kan? mmg mentari terik tapi angin dia sejukkkk. tgk tu semua berbaju tebal. sekitar 10 degree celsius. 

mcm2 ada jual, just like jln tar


 rindu sgt dgn view ni


keluar dr Ameyoko street, kami menapak ke As-Salam mosque utk menunaikan solat zohor dan asar.

view sepanjang perjalanan kami.

berselisih dgn lori sampah ni. omg aku terpana sekejap. saiz nya kecil sket dr lori sampah di malaysia tp yg buat aku kagum sbb bersih gila woi and takde bau busuk lansung hokay. bagus sistem dia.

alhamdulillah dah sampai. tapi kami takde rezeki utk solat di sini sebab...


ada majlis ilmu yg sedang berlansung di sini oleh komuniti muslim dr indonesia. sesak, mmg takde ruang utk kami solat. difahamkan indonesian mmg ramai yg stay di kwsn ni.

ok ke mana plak lepas ni? 
nntkan dlm entry yg lain hehe..
mmg hari ke-2 kami pi byk tempat di tokyo. maklumlah tenaga masih maksimum masa ni dan kami cuma ada sehari di tokyo so kena maksimumkan masa yg ada ke tempat yg ada dlm list. tu pun ada gak tmpt2 dlm list yg tak dpt kami cover.
next time maybe? ecewahhhh

itu dulu. bye semua!

Monday, May 08, 2017

Travelog TA ke Jepun: Day 2- Ueno Park bertemu sakura.

assalammualaikum =)

meh sambung sket lagi cerita. destinasi ke -2 selepas Sensoji Temple, kami ke Ueno Park. tinggi harapan kami nak bertentang mata dengan sakura di sini. walaupun sedar ni baru nak masuk spring, tp mana tahu rezeki, dpt gak bertemu sakura hehehe

naik train dan stop di Ueno Station ni. dari sini kena menapak dalam 20minit plak. mmg klu tak sakit kaki tak sampai jepun namanya. kaki aku siap melecet2 berdengkot2 jalan. teruk btl.

Ueno town. no traffic jam at all
nak jumpa traffic jam ko pi kat train station. pack gila.

kat jepun ni, kemudahan utk OKU mmg tiptip. line2 kuning ni bersepah di jalan2..kemudahan utk org buta.

ni bukan manhole tapi sbb panda tu comel so kami ambik gambo jugak. manhole kat jepun sgt various dan eye catchy. sukaaa kami ambik gambo kaki kat manhole.

naik tangga belah kanan tu, dah sampai ueno park. dari jauh, tak nampak pun sakura huhuhu

manhole ueno park. gambar sakura. mmg klu tgk kat google, ueno park familiar dgn hanami during spring session. kami dapat tgk takap hanami aje.

melangkah masuk ke ueno park, yeayyyyyyyy sakura!
besar oiii pokok sakura ni. ada lah dlm 3 pokok je baru yg ada bunga tgh bloom. jadilah kan drpd tak jumpa lansung. tak jelas ek..jom tgk pic yg lbh jelas sakuranya.

haaaaa tu nampak. sorry aku malas nak edit pic. dpt update ni pun dah cukup baik hahaha
jgn x caya ni tgh update masa mesyuarat kurikulum. selamba aku bawak laptop.

#misimencariskaura done. lebar sengih aku dpt juga akhirnya bertentang mata dgn sakura. mmg cantik.

sbnrnya banyak jenis sakura. ni salah satu drpdnya.

meriah! ni kalau semua pokok tgh berbunga mesti cun

besar pokoknya

puas hati ok dapat bergambar berlatarkan sakura. again klu tak jumpa sakura kira tak lengkap kembara ke jepun kan hehe..


jalan di dalam ueno park. klu sakura tgh bloom, pengunjung akan berhanami sepanjang jalan tu di bawah rimbun sakura. temperature below 10 ok wlupun sunlight mmg terik. angin dia yg sejuk sgt.

kita tgk gambar sakura ya ;=)



tapak tgn 'somebody'

jom kita masuk ke dalam ueano park


bhgn dalam ada 1 pokok aje kot yg berbunga.
nun hujung tu


view mmg sgt cantik


TA di ueno park


sebelum keluar kami jumpa lagi manhole pokok sakura 

begitulah serba sedikit kisah kami di ueno park. 
nntkan entry seterusnya utk destinasi ke-3.
bye semua!

Wednesday, May 03, 2017

Travelog TA ke Jepun: Day 2- Kaminarimon - Sensoji Temple.

assalammualaikum =)

18 Mac 2017

sedihnya.. sikit demi sikit ingatan dan kenangan TA di Jepun hari tu terpadam dek kerana faktor usia yg semakin tua. aku bukan taknak update blog, tapi sbb kesihatan tak berapa baik so mmg tak larat nak buat apa2. ok pasal masalah kesihatan, aku taknak cerita sekarang, tu nntlah klu sempat blh share dlm blog. gamaknya tak sempat punyalah huhu

sebelum aku teruskan catatan travelog TA ke jepun ni, aku share kan juga jejak 9 hari kami di Jepun:

Tokyo - Lake Kawaguchiko - Saitama - Kyoto - Himeji - Nara - Kobe - Osaka

ya kami balik dari Kansai Airport.

ok jom sambung cerita hari ke-2 di Jepun. so lepas ni aku akan update ikut tempat2 yg aku lawat. bkn apa, dgn harapan takyah nak tulis panjang2 dlm setiap entry huhu
selepas sarapan alar kadar kat haneda airport pagi tu (which is aku cuma makan roti seketul dan minum air milo. air panas blh dpt free kat 7e), kami pun mula mencari kaunter ticket train menuju ke asakusa. kami menggunakan keikyu train line utk ke asakusa station. bab2 ni yani dah study awal so aku follow aje. 

 train pertama menuju ke asakusa station seawal jam 7am tak silap aku. ayoooo lupa sudah huhuhu
tak ramai org lagi masa ni.

tiba di asakusa station, kami terus cari locker utk simpan anak2 panda yg kami bawak. ok bab locker ni, kami pasrah aje berapa nak kena bayar. dah tentu locker kat dlm station lebih mahal dr di luar station. ntah mcm mana, rezeki kami jumpa jugak locker bag di luar station setelah melilau2 beberapa ketika. ok selesai bab simpanan anak2 panda. mana larat nak usung weiiii besar2 tuh huhu.

seterusnya kami menuju destinasi pertama iaitu Kaminarimon Sensoji Temple. tak sampai jepun kalau tak pi tgk temple dia kannnn hahaha. yani guna google map aje. tu pun pening2 gak sbb baru lagi kan. siap kena tanya orang. tapi oklah, yani manage dgn baik utk kami tiba di temple ni. tak lama pun mencari arahnya. dah jumpa.

  Bandar Asakusa. Pengangkutan utama di Jepun adalah train so ko mmg akan susah nak jumpa traffic jam di Jepun. ni waktu pagi, lagi ler lengang jalan raya.                                            

inilah dia Kaminarimon dari lensa kamera TA. sbb 1st time guna camera baru, tah apa2 mode aku guna hahaha

Kaminarimon (Kaminari Gate)

Kaminarimon is the first of two large entrance gates leading to Sensoji Temple. First built more than 1000 years ago, it is the symbol of Asakusa. The Nakamise shopping street leads from Kaminarimon to the temple grounds.

bukti dah sampai nah setepek.

melepasi Kaminarimon, kita akan lalui Nakamise shopping street menuju ke sensoji temple. sebab masih awal pagi (sekitar jam 8.30am tak silap aku masa ni), maka kedai2 masih tutup. semua lot kedai kat sini punya lukisan di pintunya. sgt menarik pada mata ku.

sedang kami berjalan menuju ke sensoji temple, afifah pun sampai. haaaa inilah ex-student kami yg sedang belajar di Jepun. berabuk wei dgr dia cakap bahasa jepun. ok teacher rindu sgt kat kamu afifah. afifah lah yg guide kami sepanjang kembara kami di bumi jepun.. alhamdulillah. nampak pokok2 kayu byk2 tu? itulah pokok sakura huhuhu...kosong aje. masa kami ke sini, peralihan musim sejuk ke musim bunga, so sakura blm bloom. cuba bayangkan kawasan ni masa sakura tgh bloom, mesti cantik kan? sbb view tanpa sakura ni pun sgt cantik dah kat mata aku. mmg org jepun sgt menjaga kebersihan dan lanskap terutama kawasan tarikan pelancong. 

pokok sakura. ok blh bayangkan lagi sakura tgh bloom masa ni hehehe

walaupun matahari dah mula terik masa ni, tapi angin dia sejuk sgt2. suhu masa ni dlm 10degree. view sgt cantik.

masih dlm langkah menuju ke sensoji temple. ni klu btl2 musim bunga confirm meriah bila semua pokok2 tu berbunga kan?

beginilah rupanya sepanjang perjalanan dr kaminarimon menuju ke sensoji temple.


akhirnya kami tiba di sensoji temple, salah satu tarikan utama di asakusa. 

Sensoji (浅草寺, Sensōji, also known as Asakusa Kannon Temple) is a Buddhist temple located in Asakusa. It is one of Tokyo's most colorful and popular temples.
The legend says that in the year 628, two brothers fished a statue of Kannon, the goddess of mercy, out of the Sumida River, and even though they put the statue back into the river, it always returned to them. Consequently, Sensoji was built nearby for the goddess of Kannon. The temple was completed in 645, making it Tokyo's oldest temple.
pengunjung semakin ramai

another temple kat blkng sket.

bahagian belakang

landscape menarik dalam kawasan temple ni.

deretan kedai

rezeki kami dapat tgk perarakan tok sami depa kot ni masuk dari kaminarimon menuju ke sensoji temple. meriah bunyi2an depa. ada aku record.

gate ni juga di dalam  kawasan sensoji temple. seni binanya sgt indah pada aku.

dlm 20 minit spend masa kat sini, kami pun keluar utk menuju ke destinasi seterusnya.
nantikan dalam catatan entry selepas ini yg ntah bila2 huhuhu

itu aje dulu ya. bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH