FOLLOWERS

Showing posts with label aidilfitri 2015. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 2015. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

deco raya 2015

konooooooonnnn hahaha padahal bkn ada apa pun!

assalammualaikum =)

nak ambik feel raya punya pasal maka dekat2 nak cuti raya hari tu aku pun dok kemas rumah sedikit beria dr biasa. 
takde apa yg baru kecuali langsir dan bantal sofa .
bln puasa thn ni genap 4thn kami menginap di vck. 
means 4 thn dah usia langsir ni tak pernah berbasuh tak pernah bertukar huhuhu
maka thn ni aku kecek2 en.suami belanja langsir baru full set utk vck.
dulu tempah kat nilai 3, rabak rm1k++ 
thn ni beli yg ready made aje.
terima kasih pd acik cikin yg bg idea ni, sgt menjimatkan dgn kualiti yg sama.
noted that aku tak suka langsir ropol2 tu. tak sesuai dgn konsep moden and simple kat vck ni.
so langsir pun mesti simple.
paling penting mesti langsir sun-block
aku suka keadaan bilik yg kelam2 utk jd ubat mata yg mengantuk haha
ruang tamu vck pun mengadap matahari terbenam so harus cari langsir yg sun-block

 dapat lar tu ha...beli kat aeon bukit raja.
mula2 pi cari kat ikea
takde lansung yg berkenan kat hati. harga pun agak mahal
mujur kat aeon byk pilihan.
so thn ni langsir kami tak seragam. sliding door lain, tingkap master bedroom lain, bilik anak lain (owl warna pink muahahaha), pastu 2 bilik lagi sama.
sajaaaaaaa ubah selera. rumah aku kan, suka hati aku lah.
utk mengekalkan konsep merah-hitam-putih maka kena ada jugak polkadot merah tu.
ok lar kan.

 susun atur perabot vck mmg dah permanent.
so takyah susah2 nak tukar2.
aku target tukar susun atur nnt bila ada rezeki utk besarkan hall vck ni. haaaaa masa tu lar pun klu nak tukar baru gila2 punya. ecewah...bestnya berangan.
tgk lar vck sekarang..toys anak2 je penuh. 
apa nak buat..mama kan tauke preloved toys sekarang ni muahahha

 ramai yg tanya mana aku beli buaian tu.
kat fb ada jual dah bg yg berminat. 
tp harga mahal gila...rm290 belum masuk pos.
aku beli kat vietnam hr tu rm125.
tak pernah menyesal beli..anak2 dan bapak anak sgt suka bersantai kat situ
berbaloi aku dok pikul dulu haha

ada 2 harta irfan tu mama dah let go sb dia dah tak main.
org dah dpt kaki apa kes nak main walker lg kan hehe

 kat celah mana pun ada harta irfan ni. 

 harta iman amal penuh dlm box hijau tu.
apa yg penting, kena rajin kemas dan susun atur semula.
tak kira lar sape pun yg rajin, tapi mesti rajin.
kalau malas, mmg org pikir 8x nak jejak rumah ko huhuhu

 sofa hitam ni dah hazab.
melendut sana sini
tgk lar thn depan, murah rezeki nak tukar baru. nak sofa merah pula. teringinnnnn sgt!

 carpet merah-hitam aku dah masukkan dlm bilik. sgt tak practical berada di ruang tamu. asik nak kena vacuum aje. mama rajin, tapi tak larat hahaha blh tak alasan ni?

 bantal sofa penaik seri..konon!


 inilah seadanya...kat ruang dapur pun takde yg baru, so takyah ambik gambo beria

 itu aje lah

bye semua!

#SambungMarkingPaperUS2
#HuwwwaaaaMengantuk!

Wednesday, July 29, 2015

Hari Raya Pertama 2015

assalammualaikum =)

aku citer ringkas2 je mengenai hari raya pertama kami ya.
in fact tak dpt ambik pic byk pun sbb aku lbh banyak bersama camera brand irfan.
elok masa raya ni dia baru dapat kaki dlm seminggu dua.
ligat berjalan ke hulu ke hilir.
takde arr aku nak kejor. pantau dgn mata je hahaha
sbb dia punya ligat ikut sepupu2 dia main sama. sesekali jatuh. nangis. ada lar yg beso2 tu pujuk. klu tak jalan pujuk..depa angkat bawak ke mama..baru ok. so takde lar mama nak kena bgn duduk bgn duduk sgt.

en.suami ku baru balik dr solat raya masa ni.
gamba sblm solat non hado. busy aku menyiapkan 4 teruna ni.
tahun ni 1st time amal pi solat raya. dia excited sbb cikgu dah ajar mcm mana nak solat raya masa kat sek katanya. klu cikgu ajar semua dia nak buat.
tp pagi tu susah gak nak kejut bgn, siap ada adegan rengek2 dan akhirnya bertukar jd ugutan dr mama. baru dia bgn tido pi mandi. 

balik dr solat baru iman amal makan..tu pun makan yg ringan2 aje dulu. 

makan sambil tgk tv. 

raya tahun ni mmg milik budak kecik ni.
dah ler baru baik demam masa ni, mmg ligat wei

 sebelum tukar uniform, abah ajak semua bergambar dulu. klu tangguh lagi, mmg takde lar jawapnya gambo kami pakai sedondon.

 2 hari sebelum raya kami bawak 3 hero ni botak kepala. 
so senang nak cam anak2 aku masa beraya kat rumah sedara mara hahaha
bila ada yg tanya anak2 azimah yg mana, aku jawap je semua yg botak kepala :p

semua celah dia masuk

ini pic yg palinggggggg mama suka.
cak!
mmg dia cukup suka main cak2 sekarang ni..pastu ketawa alolololo..masa ni lar aku rasa nak ada baby lg.
eh?!

gigi atas ada 4, gigi bawah ada 5...emmm not sure. ptg ni aku kira btl2 huhu

 raya kami

no words can describe how much i love my family. 

 yeayyyy semua tgk camera! akhirnya dpt jugak pic yg blh consider proper mcm ni. 

cantik tak baju dan tudung raya tuan tanah? hihihi...
tudung raya yg dah byk kali pakai hahaha
janji match dgn baju
mmg suka sgt dgn tudung koleksi mawaddah ni.
now klu dgn anak2 aku jarang pakai bawal dah. ko tau lar kan bila kena kepit handbag dua tangan brand irfan, habis tudung bawal renyuk2 senget2 ditariknya.
tudung sarung mcm ni lbh practical.

lepas solat jumaat baru kami ke rumah sedara mara tepi2 rumah mak ni.
masa ni semua dah tukar uniform, kecuali mama.
tak kose aku nak iron baju lain plak.
ni kat halaman rumah arwah paklong. 

ni pun kat depan rumah arwah paklong. 
ok mama sukaaaaaaa sgt tgk pic ni. 
semua nampak happy,
sayang sgt kat kamu ber-4 ketat2.

belah malam..kami tak kemana pun. layan tv aje. pastu tido.
itu je kisah raya pertama kami di rumah mak kat parit 9, sekinchan. 
makannnnn je banyak. maklumlah raya.
habis terus diet aku ke mana hahaha

itu dulu...bye semua!

Thursday, July 23, 2015

kisah kasut

assalammualaikum =)

kenangan sgt semua ni pada aku. tu sebab aku tulis pasal ni kat dlm blog aku. 


sejak aidilfitri 2014 hingga penghujung Ramadhan 2015 (sebelum cuti raya), inilah kasut kerja aku. 
kiranya ini kasut raya 2014. memang sedap sgt pakai sandal crocodile ni. ringan je. walaupun iman penah kata kasut ni cantik mcm kasut atuk, aku tak kira, janji sedap pakai...maklumlah aku kan sakit lutut. menjelang aidilfitri tahun ni, keadaan kasut merah mmg dah uzur. mmg dah beli sandal raya lain utk 2015, tp takde niat pun nak pakai kasut baru tu ke tempat kerja sbb kasut merah ni masih the best. nampak tak wlupun aku pakai baju hijau, kasut merah tetap ku sarung tanpa ku peduli apa org nak kata muahahha
kena plak mggu aku pakai handbag pink...(tetiap mggu aku mesti tukar handbag) maka hasilnya handbag pink, baju hijau kasut merah tudung apa pun blh hahaha
hodoh tak hodoh ar aku ke tempat keje.
nak dijadikan cerita, mggu last sblm cuti hari raya hr tu, pdp aku kena observe dgn puan pengetua. blh tahan arr prepare..siap bawah set hot wheel anak2 ke sekolah utk dijadikan bbm.

 alhamdulillah...syukur sgt2. berbaloi rasanya.
so mcm biasa ada lar sesi perjumpaan dgn pengetua lepas dia observe pdp tu.
jumpa kat bilik pengetua.
mmg redha je klu boss nak komen apa pun. pasti dia lbh berpengalaman, dan setiap teguran dia adalah utk aku perbaiki mana yg salah dan kurang. 
dup dap juga heartbeat aku masa melangkah masuk ke bilik boss masa tu.
korang tau tak satu-satunya perkara yg dia tegur aku adalah pasal kasut merah aku hahaha
serius wei aku gelak besar depan pengetua masa tu. mmg tak sangka sgt2 dia akan tegur pasal ni.
aku pun satu, dah tau nak kena observe, pakailar kasut bersarung patutnya. ni tak...sandal merah ni jugak yg aku bawak masuk lab hahaha
mmg tak terlintas langsung aku pagi tu nak pakai kasut yg lbh proper. ada je..tp tak sedap pakai wei. klu terpaksa je aku pakai.
pn pengetua kata, kita kena ikut professionalism keguruan, pakai kasut bertutup ke sekolah. 
dlm gelak2 tu aku cakap..aku sakit lutut, tak larat nak pakai kasut sarung.
puan siap bg idea utk aku beli kasut yg mahal sket brand mcm hush puppies, or scholl..insyaallah selesa pakai dan tak sakit kaki katanya.
aku pun sengih2...mengangguk...sambil kata ok insyaallah lepas raya saya mula pakai kasut sarung.
malu wei...mcm budak baru posting je kena tegur pasal benda ni huhuhu 

maka ini hasilnya...
kugagahkan keluar RM melabur beli kasut hitam hush puppies demi kerana SYMP hahaha
so mulai hari ni (semalam aku masih pakai kasut merah clark yg beli kat vietnam) aku pun berkasut hitam ke sekolah huhuhu
good bye sandal merah crocodile..jasamu amat di kenang.
ku kan tetap bersama mu di luar waktu kerja huhuhuhu
kepada kasut hitam hush puppies baru ku, moga kau mesra dgn kedua2 lutut ku ini hokay?
jgn mengada2 nak mintak geget..aku tak percaya dgn petua tu hahaha

itu aje merepek hari ni..harap2 boss tak baca entry aku ni. klu boss baca pun, harap2 boss anggap je entry ni sebagai bahan jenaka utk mencetus senyum di bibir boss.
serious puan, kenangan puan menegur kasut merah saya akan kekal dlm ingatan selagi hayat di kandungan badan insyaallah. 
akan sy ceritakan kisah ini pada anak menantu sy kelak, di ptg2 hari sambil bermain dgn cucu waktu tu ecewah...

itu aje..bye semua!

Wednesday, July 22, 2015

Dugaan Ramadhan dan Aidilfitri 2015

Assalammualaikum =)

hari ni udah start keje huhuhuhu. raya ke-6 dah keje. apa nak buat dah namanya servant kan, redho je lah. pagi td hantar baby irfan ke rumah pengasuh, punya dia meraung takmo pegi kat mak dia. punya lar dia peluk mama kuat pg td taknak lepas. adeh, sentap juga rasa hati mama tgk dia. ikut hati nak sorok dia dlm handbag, bawak ke sekolah hahaha.
tahun ni Ramadhan dan Syawal sy punya kisah tersendiri. ujian dr Allah SWT, anak2 tak sihat memanjang. awal ramadhan, tiga2 demam. susah hati sgt mama masa tu, khuatir kalau melarat smpi kena masuk ward lg huhuhu..i tak rela berpuasa di wad hospital huhuhu. tiga2 dpt antibiotik, maka iman terpaksa tinggal puasa 8 hari. kesian dia, punya berkobar2 nak puasa penuh tahun ni. alhamdulillah..tak melarat. bila dah sembuh..selang seminggu lepas tu baby irfan demam lagi. masa tu tinggal beberapa hari je lagi nak raya. CRK mama tahun ni mmg dah habis. terpaksa bergtg pd mc dr belas ihsan doktor. baby irfan dpt antibiotik 2nd level. alhamdulilah sehari seblm raya, demam dah takde. raya ke-2 pula, hampir 1 rumah kat kg di serang cirit birit. amal ok lg masa tu. ptg raya ke-2 amal dah start demam dan cirit birit. mlm tu mmg teruk, siap muntah berkali2..suhu badan tinggi... cirit-birit yg teruk. pagi raya-3 dia dah lembik. phewwwwww mmg mencabar sgt masa ni. sepatutnya pagi raya ke-3 kami dah gerak ke kk pula. terpaksa hold dulu. bawak di ke klinik. mcm2 ubat dapat. tgh hari tu balik ke vck dulu. sentiasa pantau keadaan amal, bg dia minum byk2. ptg tu, dlm kul 5.30pm kami gerak juga balik kk. pakaikan amal diapers siap2, mujur my kakak bg diapers anak dia saiz xl 3 keping. amal kurus, so muat lar. kesian dia, x selesa. sepanjang perjalanan all boys tido. lega mama. alhamdulillah..semalam, raya ke-5, amal dah sihat. no more cirit birit. hari ni, semua sekolah.

 tahun ni tema kami warna pink. 
at first semua taknak, tapi mama guna kuasa veto.
mereka pasrah hahaha

gambar yang cun2 byk dlm kamera, blm dpt transfer.

 susah btl baby irfan nak tgk kamera hahaha
sonok tgk dia beraya tahun ni sbb dia dah dpt kaki.
terkedek ke sana ke mari alolololo comel sgt

salam aidilfitri dan maaf zahir batin dr kami sekeluarga 
buat semua blog reader di luar sana

itu dulu, nnt sambung lagi. 

babai!

Thursday, July 09, 2015

mood raya dah datang

assalammualaikum semua! =)

wahhhhhhh tak sabar nak raya!
lama btl tak menulis kat sini. saya di hambat kesibukan dgn fail pbppp. pasrah btl nak menyiapkan fail tu. alhamdulillah siap juga akhirnya. tinggal lagi nak isi borang keberhasilan. pastu ptg ni blh hantar dah. takmo usik lg. terima lah seadanya hehehe.
so kita dah blh switch on button mood raya yeayyyy!
actually mood ni dah mula dtg bila baju raya kami anak beranak dah siap last wk. 
pastu baru ni sy dating dgn en.suami berdua, pi shopping raya. best btl shopping...dah lama tak shopping rasanya. anak2 pun dah sihat sepenuhnya, maka lg berkobar feeling nak raya tu.
ehem..sbnrnya thn ni turn kami beraya kat sekinchan, that is why semangat berkobar tu dtg lain mcm hahaha...dasar menantu hantu huhuhu.

ni dia baju raya en.suami tahun ni. kita sorok warna dulu lar..nnt tak surprise hehehe
told u baju ni lg hebat dr baju melayu aaron aziz tauuu. nak tau kenapa? sbb harga tempah dia buat kami terkujat hahaha..
raya setahun sekali kan bang..bayo jer lar haha..rm200 ko upah jahit baju ni. terkezuutttt hahaha
klu kira kos kain yg beli kat vietnam..cecah rm400 baju melayu en.suami tahun ni. tu yg kalah teruk baju melayu aaron aziz tu wakakaka

 kesian kat aaron aziz punya pasal, nnt dia malu kat en.suami baju dia kalah teruk so kami pun jejak kaki ke jakel shah alam utk beli sampin aaron aziz utk en.suami. 
sengihhhhhh lakiku itu dpt sampin baru. yer lar kesian kat dia dok pakai sampin yg sama dr zaman sblm kawen dulu setiap hari jumaat. ada beli sampin baru, tapi warna oren so x blh match dgn semua warna baju melayu. maka tahun ni kita bg dia pakai sampin aaron aziz. terubat sket hati dia nak beraya rumah in law thn ni kannnn hahaha..mcm budak2 kami ni padahal dah 10thn kawen.

haaaaaa kau kata shopping raya kan. so haruslar merembet tgn kiri kanan jinjit barang shopping. 
mujur masa ni baju raya anak2 semua dah seetle lbh awal. mmg setiap thn mcm tu, baju anak2 akan siap sblm ramadhan lg. 
bulan pose ni dah 4 org dok tegur TA makin kurus skrng. ya ke? emmm..mungkin kot sbb skrng ni dah blh pakai semula tshirt muslimah saiz s. nak buat mcm mana, ligat je selalu siang mlm dgn sekolah..dgn anak2..dgn en.suami...eh?!
pendek kata..penat huhuhu
 lepas shopping kat aeon bukit raja dan jakel shah alam..terus gerak balik. berbuka puasa di kuala selangor, restoran nasi arab menjadi pilihan en.suami.

 wajah org puasa hehehe

 sy mkn 3-4 suap aje. cannot go lar dgn masakan arab. bau kambing pun dah buat kembang tekak, apatah lg nak mkn. so order ayam je. pun tak lalu..sbb ada bau pelik huhuhu
i ni tekak melayu..tekak petai hahaha

deco raya yg baru nak bermula. 
takde yg baru di vck kecuali langsir dan bantal atas sofa. 
susun atur pun masih sama..lapik meja kopi tu pun tak tahan lama tu, yakin sgt sbb celah meja kopi dgn rak tv tu favo area irfan. dia blh selamba je panjat dan duduk atas meja tu goyang2 kaki. byk kali dah bdn tersepit celah tu. yer lar..dia makin besar tp masih nak main dkt area ni. 
mmg tmpt favo dia..tu sbb toys dia pun byk sy letak kat sini. 

budak ni, 30 jun hr tu cukup setahun 2 bln. 
plg best baby irfan dah pandai jalan yeayyyy!
bkn setakat berjalan, memanjat pun dah terror. tgk aje pic ni, selamba panjat tangga katil abg iman. 
abg iman dan amal start jalan umo sethn sebulan, baby irfan sethn 2 bln, lewat sebulan dr abg2nya.
mesti best raya ni tgk dia terkedek2 jalan dgn baju melayu dan sampin upin ipin hehehe
tak sabar!

anak abah ni. asik abah abah abah kat mulut dia.
bila merengek..bila nak susu..baru mama
mlm2 pun bila merengek takleh tido cari mama gak huhuhuhu
pandai kamu ya.

ok itu aje. 
selamat menyambut hari raya u all! 
0-0 ya.
bye!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH