FOLLOWERS

Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts
Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

kisah kasut

assalammualaikum =)

kenangan sgt semua ni pada aku. tu sebab aku tulis pasal ni kat dlm blog aku. 


sejak aidilfitri 2014 hingga penghujung Ramadhan 2015 (sebelum cuti raya), inilah kasut kerja aku. 
kiranya ini kasut raya 2014. memang sedap sgt pakai sandal crocodile ni. ringan je. walaupun iman penah kata kasut ni cantik mcm kasut atuk, aku tak kira, janji sedap pakai...maklumlah aku kan sakit lutut. menjelang aidilfitri tahun ni, keadaan kasut merah mmg dah uzur. mmg dah beli sandal raya lain utk 2015, tp takde niat pun nak pakai kasut baru tu ke tempat kerja sbb kasut merah ni masih the best. nampak tak wlupun aku pakai baju hijau, kasut merah tetap ku sarung tanpa ku peduli apa org nak kata muahahha
kena plak mggu aku pakai handbag pink...(tetiap mggu aku mesti tukar handbag) maka hasilnya handbag pink, baju hijau kasut merah tudung apa pun blh hahaha
hodoh tak hodoh ar aku ke tempat keje.
nak dijadikan cerita, mggu last sblm cuti hari raya hr tu, pdp aku kena observe dgn puan pengetua. blh tahan arr prepare..siap bawah set hot wheel anak2 ke sekolah utk dijadikan bbm.

 alhamdulillah...syukur sgt2. berbaloi rasanya.
so mcm biasa ada lar sesi perjumpaan dgn pengetua lepas dia observe pdp tu.
jumpa kat bilik pengetua.
mmg redha je klu boss nak komen apa pun. pasti dia lbh berpengalaman, dan setiap teguran dia adalah utk aku perbaiki mana yg salah dan kurang. 
dup dap juga heartbeat aku masa melangkah masuk ke bilik boss masa tu.
korang tau tak satu-satunya perkara yg dia tegur aku adalah pasal kasut merah aku hahaha
serius wei aku gelak besar depan pengetua masa tu. mmg tak sangka sgt2 dia akan tegur pasal ni.
aku pun satu, dah tau nak kena observe, pakailar kasut bersarung patutnya. ni tak...sandal merah ni jugak yg aku bawak masuk lab hahaha
mmg tak terlintas langsung aku pagi tu nak pakai kasut yg lbh proper. ada je..tp tak sedap pakai wei. klu terpaksa je aku pakai.
pn pengetua kata, kita kena ikut professionalism keguruan, pakai kasut bertutup ke sekolah. 
dlm gelak2 tu aku cakap..aku sakit lutut, tak larat nak pakai kasut sarung.
puan siap bg idea utk aku beli kasut yg mahal sket brand mcm hush puppies, or scholl..insyaallah selesa pakai dan tak sakit kaki katanya.
aku pun sengih2...mengangguk...sambil kata ok insyaallah lepas raya saya mula pakai kasut sarung.
malu wei...mcm budak baru posting je kena tegur pasal benda ni huhuhu 

maka ini hasilnya...
kugagahkan keluar RM melabur beli kasut hitam hush puppies demi kerana SYMP hahaha
so mulai hari ni (semalam aku masih pakai kasut merah clark yg beli kat vietnam) aku pun berkasut hitam ke sekolah huhuhu
good bye sandal merah crocodile..jasamu amat di kenang.
ku kan tetap bersama mu di luar waktu kerja huhuhuhu
kepada kasut hitam hush puppies baru ku, moga kau mesra dgn kedua2 lutut ku ini hokay?
jgn mengada2 nak mintak geget..aku tak percaya dgn petua tu hahaha

itu aje merepek hari ni..harap2 boss tak baca entry aku ni. klu boss baca pun, harap2 boss anggap je entry ni sebagai bahan jenaka utk mencetus senyum di bibir boss.
serious puan, kenangan puan menegur kasut merah saya akan kekal dlm ingatan selagi hayat di kandungan badan insyaallah. 
akan sy ceritakan kisah ini pada anak menantu sy kelak, di ptg2 hari sambil bermain dgn cucu waktu tu ecewah...

itu aje..bye semua!

Tuesday, December 02, 2014

tlg jgn curi lagi picsssssss dlm blog ni hokay??!!

assalammualaikum =)

wahhh tajuk tuh dah nmpk aku mcm marah kan muahahahha
smlm sy join one closed group kat fb
pasal decoration rumah
ada urusan jual beli di situ
bila dah dpt join..scrolllllll tetiba
sy terlihat one pic of MY VCK DECORATION at living hall
ok aku terkejut
terkejut sesangat
apsal pic umah aku yg baru join ni dah ada dlm group tu?
sape yg upload?
bila aku baca msg2 di bawah pic tu
oooo siap dijadikan cth untuk urusan jual beli
menyirap juga darah
atas kebenaran sape admin tu upload pic umah aku sesuka hati dlm fb?
ooookkkkkkkkkkkk mmg aku tak letak watermak dlm pic kat blog ni
tapi at least ko blh bagi kredit 'thank you' pd link blog owner kan????
bila aku cakap elok2 dlm fb tu
admin tu blh plak jawap:
cik ni blogger ke? saya ambil pic tu dr google
apa hal bangang sgt cik kak oi
mmg arr ko ambik dr google
kan dr google image tu ko blh visit page source???
rajin kan lar diri tu click kat situ itu tahu link asal gambar yg ko nak curi tu
kata ko pun blogger
dah tu apsal bangang sgt benda2 simple mcm ni pun tak tau?
kamonlar...belajar sket hormat pd org lain ok
bila dia dah menjawap mcm tu, mmg ada say sorry, tapi aku saja bagi masa kat dia..tgk nak tak dia pm aku ke kan?
aku tau dia akan malu sbb dia admin tuh
rupanyaaaaaa
tak lama lepas tu dia blh delete apa yg aku tulis kat wall tu
dgn pic deco umah aku dia delete sekali
ok fineeeeee
bubbaiiiiiiii
leave group
selesai
aku takmo arr join group dgn admin mcm tu
taktau nak menghormati hak org lain
silapnya aku lupa nak print screen semua 'kejadian' ni
takpelah
sebenarnya byk dah pic dlm blog aku ni dicuri
aduhhhhh blog picisan je pun
tak kose arr aku nak letak watermark bagai, nak update blog pun kurang masa dik oi

again mcm aku ckp td
tinggalkan lar kredit 'thank you' pada link owner asal pic tersebut
malas sgt pun ko blh kredit thanks pd en.google kan

ni lagi 1 pic dlm blog ni yg dicuri..diambil tanpa kebenaran tu kira mencuri kan?

http://siraplimau.com/10-tips-ajar-anak-cepat-membaca-pupuk-minat-dari-kecil/

konon blogger hebat
tapi taktau etika berblog
annoying sgt
siap ada pic laki aku tu
pandai plak pilih pic yg tak nampak muka
derrrrrrr

pastu pic aku tgh pregnant pun ada yg curi
pi masukkan dlm group hamil apa tah kat fb
yg ni adik ipar aku yg jumpa
nasib baik takde citer buruk kat situ
buatnya kena super imposed?  nauzubillah

agaknya inilah perasaan blogger fatin liyana
bila pic muka dia di ambil sewenang2nya utk jadi 'org lain'
kesian
dah habis membebel pagi2 buta
bye semua!

Wednesday, June 04, 2014

hobi baru kita

M.A.K.A.N.!!!!

assalammualaikum =)
aduuuhhhhhh kenapa tah sekarang ni asik nak mengunyahhhhhh jer
laporrrrrrr manjnag perut ni ha
camne tah nak kurus klu asik mkn jer
kembang perut wei!
mulalar keluar ayat: takpe baby menyusu badan, mmg mcm tu. takpe perut moncit, dah 3x kembang, biasalar tu. huhuhu tu semua hanya ayat penyedap hati. hakikatnya makan lagi sedap, sgt menyedapkan perut! eh?
tgh2 mlm pun aku blh ke dapur makan roti cecah air milo. 4keping hokay! 
bersamaan dgn 2pinggan nasi yer? ayoyoyo
mkn nasi tak pernah tak habis
sampaikan en.suami tegur hari tu tetiba dlm keta:
"ma perasan tak td ma makan nasi goreng ayam tu habis sepinggan? byk tu. biasanya ma susah nak habiskan"
what????? yer ker???? nape aku rasa mcm sket jer nasi tu tadi? hahahaha
tp bila recall back masa lepas bersalin amal dulu aku camni gak
badan rasa kembang jer
baju dan jeans byk yg ketat
makannnnn jer hahaha
serius perut rasa lapor memanjang
dpt mengunyah tu rasa best gila!
 ni cth yg berlaku isnin lepas

 beli ni utk lunch kami berdua
anak2 tinggal kat umah kakcik
nmpk tak BIG di situ? 
maknanya apa?
pizza tu aku mkn 4 slices, husband cuma 2.
roti tu aku habiskan sorang termasuk both  mushroom soup tu
ayam grg tak mkn lansung, husband hbskan semua
spaghetti tu aku mkn sesuap jer.
tp nmpk tak dah telan 4keping  pizza!!!
dulu nak hbskan sekeping pun terkulat2 ok

pun sama en.suami yg ckp..ma perasan tak ma mkn 4keping pizza hr ni?
adoiiiii apsal aku tak peraan lansung masa mkn td??? hahaha

eh korang, sbnrnya makan set pizza ni utk 2x sesi lar, lunch and dinner. 
1st sesi kul 3pm (lunch)
2nd sesi kul 8pm (dinner)
baru habis semua...

so ok lar kan???
hahahaha

berat kita sekarang?
54kg. byk berkumpul berat tu kat perut huhu
takde pasal arr aku nak diet2 sbb tau nnt bln puasa turun ler berat ni. tak bulan puasa, lg setahun ok lar :P
itu dulu, bye semua!!

Wednesday, May 21, 2014

rezeki

assalammualaikum =)

orang kata rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari
syukur alhamdulillah..rezeki dtg dr Allah melalui pelbagai bentuk pelbagai medium

rezeki baby irfan hadiy

 ini plak rezeki untuk mama, hadiah dari seorang sahabat blogger yg tak pernah bertentang mata
inilah indahnya dunia blogging..kita berjumpa dgn ramai sahabat walaupun hanya di alam maya
tapi nilai persahabatan tu tak terhingga
elok jer hadiah ni sampai pada hari jadi sy tempoh hari

 terima kasih banyak kak sue..mcm tau2 jer sy suka collect handbag hehehe
sungguh sy suka sgt dgn hbag ni, cantik!
tak pepasal bertambah koleksi sy :-)
terima kasih daun keladi..

 ini pula rezeki berbayar huhuhu...
tetap juga rezeki namanya syukur
last week sampai.

 mana mungkin sy lepaskan design makmummy dan jewelry ni...cantik sgt!

dan ini, rezeki untuk cikgu2 iman dan amal
alhamdulillah...

itu dulu ya..bye semua!

Thursday, February 20, 2014

ipad rosak lagi. apa pandangan anda?

assalammualaikum =)

termasuk kali ni, dah 3x ipad sy rosak. semuanya rosak di tangan anak2. sedih. kalau mama ko ni kaya takpe jugak anak2 oi. yg 2x rosak tu pun dah cost me nearest rm1.5k. ni kalau hantar baiki lagi silap hb total cost baik pulih blh cecah rm2k. rasa nak menangis! bukan sikit nilai tu huhuhu..
terbaru ni, amal dok balik ke lantai 2-3x ipad tu masa dia mengamuk ptg kelmarin, time2 maghrib tu. mama tak dapat nak kejar utk selamatkan masa tu. pasrah jer. tapi dlm pasrah2 tu pun mama dah bertukar menjadi singa. anak2 ni kalau dah lama tak kena, mmg camni lar perangai dia. mama ni pulak sekali dah bertukar jd singa mmg susah nak kembali normal. masa mama mula2 check ipad tu tak perasan pun screen dah crack. yg mama perasan sisi screen tu kemek dah. ptg semalam baru abah bgtau screen ipad crack and button dah takleh berfungsi. sy tanya kenapa baru btau sekarang? hubby kata malam kejadian tu mama nampak stress sgt dah. klu dia bgtau ipad rosak teruk masa tu mau tak tido mlm katanya huhuhu...
tapi mmg malam kelmarin tu sy susah benar nak lelap mata sbb tangan sakit dan sengal kesan injection kancing gigi. smpi sekarang masih lagi sengal. 
so kawan...plz bg ur opinian, patutkah sy hantar baiki lagi ipad tu or takyah dah? simpan duit jer daj cukup kang beli baru huhuhu...
haaaa lagi 1 sim card detector dia totally damage. dah 2bln sy terminated 3G broadband, guna wifi jer sbb mmg dah takleh detect 3G. takleh dibaiki dah pun.
apa pendapat u all?
plz plz bg opinian.
sedih tau...anak2 i ganazzzzz sgt huahuahua...

itu dulu. bye semua!

Friday, May 03, 2013

kibaran PRU13

 assalammualaikum =)

dah jumaat...terasa pendek jer minggu ni sbb sy cuma bekerja 3 hari mih mih mih...terasa bahagia :D
PRU13 dah semakin hampir
sebelum ianya berlalu, terasa nak simpan memori 5thn sekali ni dlm blog ni
pnjg umur, insyaallah Ahad ni sy akan mengundi untuk kali yg ke-3
tak pernah miss, sgt menjalankan tgngjwb sbgi rakyat malaysia ecewah..
tak kira siapa pun pilihan anda sebagai pemimpin negara
berdoalah byk2 agar kita kekal aman di negara tercinta ini.
itu yg plg utama sebenarnya.
jdkan Agama Islam sbgi tunjang utama, bkn fahaman lain.
sejujurnya 1 perkara yg amat merisaukan sy menjelang PRU13 ini adalah peratus kekuasaan Cha Ya Nun Alif yang akan bertambah nanti.
besar impaknya pada kita semua jika 'mereka' itu punya hak yg sama rata dgn org melayu.
ini tanah melayu, kita yg mesti mendapat hak yg lebih dr yang lain
wahhhhhh dah mcm aku plak yg berkempen kat sini hahaha
senang ckp, bak kata ustaz kazim, sedangkan tokong mereka sendiri mereka blh tipu dgn hanya meletakkan limau plastik, apatah lg kita...bila2 masa diorang blh tipu dgn mudah hanya utk mengatasi kita.
fikir-fikirkan..dan renung-renungkan...
pastikan anda memilih pemimpin di kalangan orang Islam ok?
tak kira lah apa parti sekali pun
ececece...semangat plak aku hari ni 

so sebagai kenangan di dalam blog ini, sy titipkan kibaran PRU13 untuk semua :-)






mana2 jalan pun sgt meriah dgn kibaran PRU13 ni
pastu jenuh menjawab soalan2 pelik dr anak
so selamat mengundi untuk semua
pangkah elok2 ya jgn smpi jd undi rosak
buat rugi jer.

harap sgt2 isnin ni cuti
haihhh tah bila nak umumkan

itu dulu....bye semua!

Tuesday, April 30, 2013

ingatkan dah blh bertenang

assalammualaikum =)

jom kita meluahkan perasaan di sini hahaha
ingatkan bila april dah ke penghujung, mei dah nak menjelma, 
kurang ler sikit busy ni sbb dah byk program berlalu. 
jgn harap ok. 
sekolah ganti sabtu lepas, kami ada ad-hoc meeting kat sini
rupanya pengetua baru dpt call dr jemaah nazir memaklumkan mereka akan dtg untuk pemantauan anugerah new deals (baiah) dlm tempoh 3 minggu ni. 
huhuhu...semua mengeluh masa tu
actually SBPISB dah terima anugerah ni beserta imbuhannya utk 2thn berturut2. 
means ini thn ketiga. so kalau dpt jgk thn ni, insyaallah imbuhan nya lbh menarik. 
tapi syarat utama result spm dan pmr mesti sentiasa naik.
bab ni yg merisaukan kami warga sbpisb sbb result spm dan pmr 2012 menurun sedikit. 
susulan dr mesyuarat tersebut maka banyaklah tugasan yg kami dpt terutama berkenaan pengurusan fail.
semalam sy dan en.suami crk. so hari ni ler kami mula kelam kelibut selesaikan apa patut hahaha...
esok pulak cuti labour day yaaaahhhooooooo!!!
dan kemungkinan besar geng nazir akan dtg memantau hari khamis ni. 
dgr2 nya hari ni geng nazir ke sbpi rawang dan sek men sains kuala selangor. ntah btl ntah tidak. 
bersedia jer lar...
alhamdulillah pengurusan fail panitia sains dah selesai.
tu yg blh mengadap blog ni kejap hehehe
byk cerita yg nak dikongsikan kat sini. 
kisah majlis perkahwinan my cousin yg di dalamnya berlaku mcm2 peristiwa...
kisah short vacation kami ke gold coast morib resort.
kisah amal yg disahkan bronchitis
macam2 kisah lagi 
semuanya akan menyusul kemudian hehehe


untuk permulaan kita tempek dulu gambar pengantin lama di atas pelamin baru hahaha

amacam? gorjes tak?
pengantin lelaki pakai selipar dan baju kerja hahaha...
kan pagi sabtu tu kami masih ke sekolah untuk sekolah ganti.
nmpk tu tudung dan baju pengantin perempuan yg sebijik sejibun dgn warna tema.
beli khas untuk meraikan majlis ni tehehehe..
malangnya dlm pic ni tak dapat plak nak view penuh pelamin indah ni.
entry lain nnt sy tunjuk gambar penuh. cantik sgt gabungan warna baby blue and baby pink ni :-)
sekali pandang dh mcm warna PKR. eh??
jgn tak caya...isu hangat masa majlis perkahwinan ni berlansung adalah isu pilihan raya hahaha
tulah kesan mengadakan majlis perkahwinan seminggu sebelum tarikh pilihan raya. 

eh dah panjang plak bebelan ni
kita sambung cerita lengkap dlm entry lain ok
bye semua!!!

ADA SESIAPA NAK TEMPAH TUDUNG BLH EMAIL SAYA YA
SAYA DAH ADA STOCK BROOCH DESIGN BARU UNTUK DIJUAL.
TAPI TAK SEMPAT NAK EXPOSE LAGI

Friday, April 26, 2013

carca merba minggu ini

assalammualaikum =)

dah jumaat...best2.
tapi esok ada sekolah ganti plak, melengkapkan 4 hari sabtu yg bekeja untuk bulan april
sadisss rasanya.
weekend ni akan menjadi weekend yg busy dan meletihkan lagi utk kami.
tapi harap2nya semua org blh bergembira wlupun penat.
lepas sekolah ni terus ambik anak2 dan blk ke vck. lepas solat jumaat kami ber-4 akan berdesup balik kg di sekinchan plak. wahhh bunyi mcm jauh sgt jer kampung tu.
cuma 30min dr vck hahaha
mlm ni ada majlis akad nikah dan malam berinai sepupu sy di kg.
sebelah umah mak jer.
means mlm ni iman x dpt pi taekwando. semua ahli keluarga akan balik berkumpul di kampung weekend ni tu yg wlupun letih tp mesti best dan gembira dpt berkumpul ramai2 di kg. 
majlis perkahwinan aka kenduri kawin plak akan berlasung esok. 
so esok lepas subuh kami akan gerak ke sbpisb dulu. sy dan en.suami habis kelas dlm kul 9am, minta kbnrn pengetua utk balik kg terus lepas kelas tu. kami tak apply cuti pun untuk esok.
pastu ahad, kami berempat akan pi bercuti plak.
alar..short holiday jer pun.
kami nak terjah Gold Coast Australia Morib for 2days 1 night.
maknanya isnin depan kami berdua akan crk mih mih mih.
crk dah approve 2mggu lepas lg yeah!
dah penat sgt bulan 4 ni. harap2 masa kat gold coast ni blh rilex puas2
jgn lar ada berlaku lg perkara yg tidak diingini..doa byk2.
kami masih menggunakan voucher dr matta fair utk percutian ini 
sy citer kemudian ok :)
isnin blk ke vck semula
selasa ketja mcm biasa
rabu cuti lagi...it's labour day! makanya rabu depan diisytiharkan hari utk lipat kain sedunia!
stock seminggu setengah hahaha
minggu ni mana sempat nak melipat :p

berikut adalah gambar carca merba minggu ini:

 antara aktiviti jika berhujung minggu di rumah tak ke mana2: snack and ladders.
pastu main kad pun anak2 suka. hr tu mama joint sama main kad ben10 hahaha

 again klu weekend tak ke mana mesti ada stock buah-buahan kat rumah

 lagi aktiviti hujung minggu di rumah

 view cantik di sbpisb

 bln 10 ni baru cukup 4thn.
pernah dah cuba hantar ke pasti tapi tak berjaya
next year lar br hntr ke sekolah ni
kemahiran psikomotor dia amat memberangsangkan alhamdulillah

 dah blh gunting gambar dgn baik

 wooo wooo nampak semacam jer dia masa ni huhu

 ingatkan diorang bergaduh kat simpang ni. rupanya baru selesai membina jet pejuang pas hehehe

 kemahiran mewarna dia pun baik alhamdulillah...blh warna takde keluar2 tu kira ok ler tu kan.

tugasan PBS untuk band 6. dah siap buku skrap, akan diikuti dgn sesi pembentangan hasil kerja plak.
klu gini ler buku skrap yg budak2 ni buat, agak2 TA cukup baik tak nak bg band 6?
padahal suh buat masa cuti seminggu tempoh hari, mustahil tak cukup masa.
ingat semua budak SBP bagus2 ke? 
inilah kebenarannya...buat apa nak selindung2 kan. 

ok dah...habis citer.
tata titi tutu!


Tuesday, April 23, 2013

menang percutian 3hari 2malam :-) tuah ayam?

assalammualaikum =)

tuah ayam nampak di kaki... tuah manusia Allah SWT yang menentukan
syukur alhamdulillah...sy blh lar dikira bertuah hehehe...

dipendekkan cerita ok sbb mcm tak sempat nak citer panjang2. 
jumaat lepas tgh sibuk2 dgn persiapan sambutan HAK di SBPISB, saya dan en.suami dapat call dr Le Touareg Travel and Tour Sdn Bhd maklumkan yg kami menang cabutan bertuah utk hadiah saguhati merupakan percutian 3hari 2mlm di mana2 hotel yg ada dlm senarai mereka. 
cabutan bertuah ni kami joint masa kat mattar fair tempoh hari. 
bila dapat tau kami berdua ni husband and wife, dia tarik semula 1 voucher yang dimenangi tu.
kena datang ambik pd hari sabtu 20hb 4 tu jugak. pilih antara 3 sesi yg disediakan. ada lalui sessi penerangan about 45mins gitu.

-ANTARA PERCAYA DAN TIDAK PERCAYA-

betul ke ni?
ntah2 nak jual produk dia
paling tidak mesti nak suh joint as member for any club yg dia ada...

i pun google...
jumpa lar 'room2u' and 'linkclub'
hehhh ni mesti nak promote suh joint club percutian dia tu dgn bayaran ribu riban.

tapi kalau betul dpt free voucher tu camne?
rugi wooo klu lepaskan peluang ni

so bincang punya bincang, klu nak tau betul ke tipu, kita pi jer lar kan.
ambik sesi terakhir which is at 7pm dgn niat utk solat qasar dan jamak taakhir maghrib ke isyak
klu tipu, anggap jer lar jalan2 makan angin padahal sabtu tu mmg letih gila sbb ada program HAK kat sekolah smpi kul 1.
gagahkan diri jugak pi dataran palma ampang nun. jauh ok dr sabak bernam. sugguh bertabah hahaha...
anak2 tinggal kat umah pengasuh.

di pendekkan cerita, kami sampai sana lbh kurang jam 4pm sbb kena cari dulu tempat ni kat mana. bila dah jumpa, kami pi solat asar and lepak dulu kat mcd ampang point. mengenangkan anak2 tggl kat umah pengasuh pada hari sabtu sdgkan kami di sini dgn tak pasti lg btl ke dpt free voucher tu...mmg libang libu rasa hati. tawakkal je pd Allah SWT.

so pukul 7pm kami pun masuk ke office dia, daftar apa yg patut. seperti yg dijangka, kami melalui sessi promotion syarikat dia untuk joint linkclub, kira mcm kelab percutian lar...dgn bayaran ribu riban. dia kata sesi penerangan ni min 45min. tp kami kena dekat 2jam ko! tu pun aku dah buat muka seposen sbb dah kul 9pm, nak balik cepat nak ambik anak plak.
frankly speaking, klu ko kaya byk duit dan mmg suka pi bercuti, silalah joint club ni. mmg byk benefit dia ok.  tapi kami ni tak kaya...kais pagi makan pagi gitulah. lgpun duit yg ada bkn hanya utk bercuti, byk lagi benda lain nak digunakan duit yg ada tu...tak gitu?

 ginilah suasana masa sesi penerangan tu. masa sesi kul 7pm ni ada 4 pasangan termasuk kami. aku siap kena sound sbb ambik gambo ni. ada aku kisah? aku kan blogger muahahaha...
tak bestnya semua staff dia yg bg sessi penerangan ni adalah melayu yg hampir pasti beragama islam dan tauke yg ronda2 pantau kami adalah cha ya nun alif. cer bayangkan sessi kami kena kul 7pm-9pm, 2jam melepasi waktu maghrib. diorang tak solat!!! kami ni dr jauh blh solat jamak taakhir tp staff diorang ni? aku dah mula rasa tak best. dahle semua sexy2 ada butang baju pun tapi taknak butang..dgn make up tebal. staff yg bg penerangan pd kami adalah lelaki melayu...alahai...kesian tgk dia punya payah mencari rezeki smpi sanggup mengabaikan solat yg wajib itu.

dipendekkan cerita, mujur btl, kami dpt free voucher percutian 3 hari 2mlm itu :-)
anggap jer lar 2jam aku tercongok kat sini sbgi bayaran utk mendapatkan free voucher ni hahaha


sila pilih nak pi hotel mana seperti dlm senarai tu ya.
tak bestnya satu jer, voucher ni hanya valid dlm tempoh 3 bln dr tarikh hr ni huhuhu...

kami pun balik ke rumah dgn 1001 perasaan...
ambik anak dr umah pengasuh kul 12tgh mlm ok. gilar kan adoiiii

hari ahad tu, sy dan en.suami pun bincang lar nak pi mana dgn voucher ni. siap pegang kalendar lagi hahaha...
tapi perancangan Allah SWT itu adalah yg terbaik buat hambanya.
dlm tempoh 3bln ni jadual kami mmg dah pack sgt2. klu nak tangguh yg tlh dijadualkan plak, pun tak blh. pendek kata asik pendekkkkk jer dr td jadual percutian kami mmg penuh dah utk tahun ni. kalau nak menyelit jgk, melibatkan kos yg bukan sedikit.

so dgn senang hati kami jadikan voucher percutian percuma 3hr 2mlm sebagai hadiah perkahwinan sepupu sy yg akan berlansung weekend ni.
seronok gila dia u all...aku plak dah rasa mcm org kaya blh hadiahkan pakej percutian kpd pasangan yg bakal berkahwin ni hahaha...
rezeki dia lar ni kan.

dia pilih utk pi honeymoon ke Tiara Labuan Hotel. 4 star hotel you best best hehe...tumpang gembira utk dia :-)

i plak...buat muka sedih depan en.suami sbb tak dpt guna free voucher ni. dah ler dpt free huhuhu...

itulah yg dikatakan tuah ayam nampak di kaki...tuah manusia Allah SWT jua yg menentukan...
senyum, tak perlu kata apa2...

tapi blh nanges sket kot uwwwwaaaaa!!! sob sob!

itu dulu untuk entry ini ya
apsal tah susah btl nak up new entry masa kerja ni
busy woooooo byk btl keje nak kena buat adehhh
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH