Tarikh: 22 - 28 Ogos 2018
Day 1 in London (23 Ogos 2018)
Assalammualaikum =)
PT3 dah bermula minggu ni tu yg blh update blog kejap..tu pun laju2 hihihi.
ok sambungan dari cerita sebelum ni ya. selepas memborong kasur clark, kami balik ke hotel semula utk check in dan rehat2 jap. dapat ler mandi dan tukar baju selepas 24jam tak mandi ni :D
then kami keluar semula untuk meneroka kota london.
TA nak cepat + malas nak menaip ni so gambar ajelah yg byk ya hahaha
keluar dari hotel, destinasi pertama kami adalah sekitar Tower Hill of London. ni TA di hadapan Trinity House - Port of London Authority building. gambar tak berapa lawa sebab hr ni gloomy aje..+ photographer TA ni kan..geram tau. bila tgk balik gambar2 kami, asal ada je muka dia gambar semua lawa2 nmpk awan berkepul2 di langit biru..tp bila gambo TA, gelapppp huhuhu nasib badan.
Inilah dia Tower Hill Memorial. takdenya TA nak baca semua yg tertulis di information board tu. kalau berminat, google aje.
ini pula TA dan kawan2: Kak Mel, syuhada dan syahida serta kak Ruhi di hadapan Falklands Merchant Navy War Memorial =, masih di sekitar Tower Hill.
Dari Tower Hill, kami bergerak pula ke Tower of London, jalan kaki aje tak jauh mana pun.
cantik sgt2 kawasan ni. matahari terik tp persekitaran sgt sejuk.
kami meneruskan langkah ke Tower Bridge pula. tgk tu sangat ramai pengunjung. kena berhati2 sebab bila dah sesak2 mcm ni pick-pocket akan mengambil peluang. alhamdulillah sepanjang kami di london tiada yg menjadi mangsa pick-pocket.
masa ni TA sgt teruja dan sgt happy sebab akhirnya impian nak jejak london tercapai juga. selama ni dok tgk tower bridge ni di screen tv / laptop / hset / majalah...akhirnya nahhh ada di hadapan mata sendiri. byk kan filem2 hollywood dan bollywood yg buat pengambaran di sini..akhirnya daku jejak kaki di sini juga alhamdullilah.
kena take turns tau nak guna port ni utk bergambar huhu
ni di atas Tower Bridge, gigih bergambar cepat2 masa melistas hehe..tp nampak tak senyuman TA dah lain tu? Allahuakbar..di sekitar tower bridge ni lah TA dapat tau irfan di malaysia tgh demam. terus drop perasaan happy tu, terus bertukar menjadi 1 kerisauan. tp family di malaysia semua kata irfan ok jgn risau sgt. alhamdulillah after 3 days, irfan tak demam dah. rupanyaaaaaaa dia bkn demam rindu kat mama tau sbb sebelum mama balik malaysia lg dia dah baik demam. dia demam sebab my sis bawa pi tgk hantu kak limah kat wayang bahahaha. udah ku kabo kat depa irfan takut..tp yerlah nak tggl dgn sape pulak kan. tu pun abg iman kata lepas setengah jam dia dah tido dlm cinema tu. kesian my baby..bertabahlah nak..mama abah nak bercinta kejap. setahun sekali aje mama abah minta izin anak2 utk tinggal di malaysia while mama abah travel oversea. setahun sekali aje setakat ni ok :p

seterusnya kami ke Parliament Square of London. tarikan utama kat sini adalah Big Ben. tapiiiii masih under renovation. khabar nya lg 3 thn baru siap.
tu en.suami di hadapan Portcullis House (bangunan hitam sebelah kanan). bangunan putih belah kiri tu tak ingat apa namanya huhu..
Bangunan tinggi belakang TA tu Big Ben yg masih under renovation. en.suami cakap: Big Ben siap nnt kita repeat london. hoyeayyyy!!!
haaaaa super excited jumpa Telephone box trademark london ni. tak silap ada 4 biji di hadapan Government Offices Great George Street (GOGGS)
TA di hadapan Government Offices Great George Street (GOGGS)
kat area ni ada 12 statue semuanya. sila gogle kalau nak tau statue siapa hihi
belakang TA tu london double decker bus. belakang tu lagi adalah London Westminster Abbey St Margaret Church.
TA di hadapan pintu utama London Westminster Abbey St Margaret Church.
adeh ni bangunan apa tak ingat hahaha tapi masih di sekitar Parliament Square of London.
masih di sekitara Parliament Square of London. mamat kiri tu dok usha TA hahaha
nak melintas jalan pun sempat lagi bergambar
masih di sekitar parliament square of London.
tube (keretapi bawah tanah) merupakan pengangkutan utama kami di london.
keluar dari parliament square of london, kami menuju pula ke Piccadilly Circus
TA di sekitar Piccadilly Circus melihat gelagat manusia melaui pertembungan budaya yg berlaku.
di sekitar Piccadilly Circus. bangunan belakang tu sgt cantik tp apakan daya..gloomy aje gambar2 TA kat sini huhuhu..plz blame my photographer :p
melepak sambil menanti kawan2 yg lain shopping kat mall apa tah depan ni byk jual brg2 sukan.
TA in front of The National Gallery which is an art museum in Trafalgar Square.
Trafalgar Square tak nampak peak dia hahaha
Eye of London
very beautiful view
ok gambar2 kat bawah ni capture di sekitar Paddington Station masa mula2 kami keluar dr hotel td.
geng pompuan MGCM dlm group 12 org yg stranded 2 hari di klia hahaha nnt2 lah cerita pasal ni. dari tak kenal each other, kami jd akrab and now dah plan for another trip pula. 2019. tak sabar.
Paddington Station. i think they should put the photo of paddington bear at this area barulah tak terbayang2 bear berjaket biru tu setiap kali terpandang sign board paddington ni. setuju dgn TA?
The red mail box, another trademark of london.
maka hari pun dah malam masa ni, kami pun kembali ke hotel. sgt letih sgt mengantuk tp ada hati lg nak keluar mlm tu. tp permintaan tak dilayan hahaha..rehat dulu lah kan. esok jalan2 lagi.
habis cerita hari pertama TA di london.