FOLLOWERS

Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Friday, July 21, 2017

simple update.

assalammualaikum =)

dah lama tak update blog. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dlm 7 bln pertama tahun ini. kesihatan yg sedikit terjejas tempoh hari, adalah penghapus dosa. ku redha. terlalu byk cerita smpi tahap xtau nak kongsi yg mana. kehidupan sebagai guru di sekolah juga takde masalah. aku happy di sini. at least setakat ni..syukur alhamdulillah.

 3 jejaka yg menjadikan kehidupan aku sbgi ibu sentiasa berwarna-warni.

...dan insan yg sentiasa di sisi 

itu aje. bye!

Wednesday, December 21, 2016

catatan ringkas utk meninggalkan 2016.

assalammualaikum =)

hai semua!
sebenarnya dah banyak kali aku cuba nak menulis semula kat blog ni. tapi setiap kali tu lah, aku jd blur apa nak tulis. aku mesti terfikir apa yg aku tulis tu blh jd bahan utk haters aku terus membahan aku. haaaaaaaa kau, mcm glamour sgt hakak ni tau smpi ada haters.
itulah, dah banyak kali aku cakap, nak baca blog aku baca ajelah. takyahlah ko nak jdkan bahan plak utk ko terus mendengki dgn life aku. tak baik tau.
tu yg sudahnya aku tak jadi nak menulis, maka bersawang lah.
tapi hari ni aku nak menulis sket.

*******************

lg beberapa hari aje nak jejak 2017. maka tinggallah 2016.
2016 aku tidak begitu indah. pengakhirannya lagi sadis hahaha
tapi aku taknak cerita apa yg dah berlaku. sape yg tau, taulah.
aku cuma nak memanjatkan kesyukuran yg amat sgt sbb akhirnya aku dapat pindah keluar dr SBPISB. dah 12 thn aku berkhidmat kat sini, tiba masa aku berhijrah ke tempat lain pula. syukur sgt2 Allah perkenankan doa aku. moga penghijrahan aku ke tempat baru ni blh resfresh segala-galanya yg ada pada aku sebagai seorang guru.


banyak sbnrnya ikhtibar yg aku terima drpd pengalaman sepjg thn 2016 ni. 
aku yakin sgt2 pada setiap yg berlaku adalah ketentuan dr Allah SWT dan confirm ada hikmah di penghujungnya. semuanya benar berlaka. alhamdulillah syukur sgt2.
aku terus cuba utk semakin dekat denganNya, sebab dgn itu aje cara utk aku peroleh ketenangan, kebahagiaan yg sebenarnya. 
aku cuba.

itu ajelah. anak dan mengamuk tu.
bye semua!

Friday, April 01, 2016

perasaan bila dapat sediakan breakfast utk keluarga di hari bekerja

assalammualaikum =)

ni kisah semalam (khamis)
tapi rentetan kisahnya bermula dari rabu lagi.
rabu tu ada program kat sek.
Ya Allah...penat nya aku, taktau nak ckp camne. penat sgt.
di pendekkan kisah hari rabu, aku dan anak2 sampai rumah jam 6.15ptg tu.
husband ada meeting kat shah alam, aku harap sgt dia dpt smpi sblm maghrib.
6.50pm husband dah smpi..alhamdulillah dpt dia tlg handle anak2.
kul 7pm tu aku dah rebah, letih sgt ok.
lg 10min kul 8pm, en.suami kejut utk solat maghrib.
aku solat dlm keadaan nano-nano.
pastu rebah balik.
teruk gila huhuhuhu
aku btl2 dpt gurau senda borak2 dgn anak2 masa dlm keta otw balik umah tu je.
dgn irfan lama sket lar sbb ambik dia kul 5pm, pastu dok dlm keta depan sek tggu anak2 keluar.
so masa bergurau senda dgn irfan lbh sket hr tu.
aku tido tak sedar apa smpi ler kul 3am, terkejut irfan nak susu.
lepas irfan dah lena semula, aku rasa segar gila time tu. kira2 balik, oo dah cukup 8jam aku tido rupanya hahaha
solat isyak-solat tahajud-kemas rumah-bungkus mainan sket utk pos...dah kul 5.15am masa tu.
aku ke dapur, nmpk roti. timbul idea!!
ntah dr mana kerajinan aku dtg aku pun buat ler roti goreng salut telur siap letak madu hokay.
pastu buat teh.
aku mkn sekeping. en. suami sekeping. iman sekeping. iman kata sedap sgt mama..so balance 3 keping tu, en.suami bawak ke sek 2 keping, iman bawak 1. aku kerat 2 setiap kepingan roti tu.
dlm bekal iman, aku letak sekali twiggies dan mentos.
suka dia hokay.
hr tu dia cuma makan bekal aje kat kantin katanya..tak luak duit.
amal?
dia dah sarapan susu pekat (sbb letak 3 cedok besar haha) penuh sebotol susu hehehe
comel aje dah thn 1 masih susu botol :P

roti goreng salut telur cecah madu

ya Allah.. taktau nak ckp apa perasaannya bila dpt sediakan sarapan utk family pd hari bekerja.
padahal simple gila kot sarapan ni.
aku mmg teror buat ni sbb ni lah menu sarapan pertama yg aku belajar dlm hidup.
korang pun sama kan?
hahahaha
jgn buat2 lupa ya ni menu ert zaman sek dulu hahahaha
agaknya kalau aku dpt sediakan nasi lemak di pagi hari, lagi hebat perasaannya kan?
hahahaha

ok itu aje
bye semua!!

Thursday, March 10, 2016

entry percutian tertunggak yang semakin bertambah ~stress

assalammualaikum =)

aduhhhhhhh keinginan nak update blog setiap hari mmg ada. 
seriously sentiasa ada. terutama cerita hal anak2.
tapi masa yang takde sob sob.
kerja kat sek byk gila.
eh kang mula lar ada yg kata aku, eleh mcm dia sorang byk kerja.
huwwaaaaaaaa takleh nak ckp apa lar gitu kan huhuhu

emm...memandang kan ini blog aku, maka suka hati aku nak tulis apa.
so entry ni aku nak list down cerita percutian yg blm aku update dlm blog ni:

~ holiday adik beradik ke vietnam on mac 2015 (Perghhhhh setahun dah)
~ holiday ke melaka (gambar dlm hset dah ter delete sob sob. tinggal sket aje gambo yg ada huuuuuu)
~ holiday shah alam + petrosains (wakakakaka ni pun consider holiday ok sbb kami bermalam di hotel haha)
~holiday di cameron highland lg awal 2016 hr tu (pun sama byk gambo dlm hset dah hilang)

nampak tak betapa aku ni tak pandai guna hset.
memanjang gambar ter delete.
nyampah tul.
nak marah org lain pun takleh sbb mmg salah sendiri.
dush dush hahaha

cuti sek next week in syaa Allah kami nak pi holiday lagi
sebagai peringatan kepada diri sendiri, gunalah camera cikai tu utk ambik gambo ya TA. 
jgn bergtg sgt pd hset murah ko sbb  at the end selalu sgt gambo dlm hset ter delete huwwwaaaaaaaaa

ok itu aje lah bebel2 suka suki pagi ni
bye semua!

Wednesday, January 06, 2016

2015 ke 2016

Assalammualaikum =)

alhamdulillah, syukur dah 6 hari kita berada dlm tahun 2016.
kegusaran yg di alami utk melangkah ke tahun baru ini, dapat di atasi perlahan2.
gusar tentang apa?

macam-macam.
~pasal kerja
~pasal keluarga
~pasal kewangan
~pasal anak2

ya...gusar seorang isteri, seorang mama, seorang anak, seorang guru,
gusar seorang Hamba Allah terutamanya.

mohon sgt2, doa sgt2 moga 2016 dpt di lalui dengan baik amiinnn.

alhamdulillah 2015 sy berlalu dengan baik.
apapun sy bkn lah manusia sempurna, ada jua cacat cela nya di mana2..minima sy rasa lah hehe.
planner 2015 ini dpt sy gunakan secara optimum, sgt membantu urusan harian sy.
ya sy seorang yg sgt organized.
en.suami dah paham sgt.
tak menyesal sy beli custom-made planner ni.
maka sy tempah lg planner 2016 dr blogger yg sama.
kali ni beli yg full pakej.
takpelah mahal sket, tp puas hati blh ikut kehendak sendiri.


cover masih sama, utk kekalkan identiti kononnya hikhik
cover page merah takde, pink fushia pun oklah.

ok, nak get ready pi makmal.

tahun ni dpt mengajar 5 kelas = 5 waktu.
kena lebih gigih.
kelas sampai petang.

jauh di sudut hati saya, nak sgt resign awal.
kenapa?
adalah sebabnya..

itu aje ya.
jumpa lagi nnt.
bye semua!


Wednesday, September 30, 2015

sedihnya

assalammualaikum =(

berkongsi kesedihan dalam blog yg semakin berhabuk.
ptg sabtu yg lalu secara tak sengaja sy terdelete semua pic dlm gallery handphone.
semua!
dah byk kali keluar warning out of space memory.
sekali tu bila nak masuk gallery, tak blh. dia suh delete some files.
aku pun tekan tekan tekan
sekali haaaaaaa hambik!
semua pic hilang.
menangis tak berlagu huhuhuhu
sedih sgt sbb kan kami baru jer balik bercuti dr petrosains-shah alam-icity-melaka
habisssssss semua gambo hilang huwwwaaaaaaaaaaaaa!
terpaksa mengutip sisa2 gambo dr fb dr hs suami dr kamera yg bilangan nya sgt sgt sedikit huhuhuhu
sedih bgt
sedih sgt2
sgt2 sedih
mujurnya gambo2 sebelum tu dah transfer ke laptop.
lagi sedih rakaman video baby irfan turut hilang
gambo irfan yg byk hilang huhuhuhuhu

itu ajelah.
takde gambo utk entry singkat ni.
gambo dah hilang huhuhu

bye semua!

Tuesday, May 12, 2015

12 mei 2015~Happy Birthday To Me!

assalammualaikum =)

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

alhamdulillah di panjangkan umur mencecah usia 35 tahun hari ni.
terima kasih tak terhingga kepada mak di kampung yg telah melahirkan dan membesarkan saya dlm susah payah hidupnya sebagai ibu tunggal
gmah sayang mak sgt2. 

so hari ni TA berwarna merah, my favo colour. 
saja nak feel syok sendiri hari ni nak ceria ceria hehehe
padahal hidup tgh serabut. 
soalan exam PPT T2 blm siap.
ptg ni meeting pula.
tak habis2 dgn meeting huhuhu

ahad baru ni, sambutan hari ibu, kami keluar makan2 di aeon manjung.
ikut plan asal nak ke setia city mall
tapi ada something happen yg spoil kan mood saya..maka beralih arah ler kami ke aeon manjung.
en.suami kata, makan2 ni sambut semua sekali besday dia + besday pn.isteri + hari ibu + hari bapa + hari guru
iyerlah...pandai sungguh dia berjimat hehehe

 apa lagi kalau bukan makan di KRR
amal lar suka sgt spagetti kat krr ni.
habis sepinggan dia mkn. 

 kekuatan saya
doa sgt2 moga saya di berikan kesabaran yang tinggi dalam mendidik mereka menjadi insan berguna
satu2nya kelemahan sy sebagai ibu, sy kurang sabar huhuhu
cepat je nak marah huhuhu

 terima kasih wahai en.suami kerana sudi belanja kami makan 

 si kecik ni pun byk dia mkn hari ni alhamdulillah

tahun ni TA dapat hadiah head to toe hehehe
mmg request kat en.suami
so dpt ler tudung+blouse+skirt+handbeg+kasut
blouse je yg dah pakai..yg lain blm
eh kasut blm beli. 
susah btl nak beli kasut skrng ni selagi kasut yg ada masih blh di pakai
itulah saya, koleksi baju tudung handbag mmg byk
tp kasut dan jam seadanya jer.

ok lah...itu aje entry ringkas hari ni.
haters..jgn baca blog saya ya hehehe

bye semua!

Tuesday, April 28, 2015

sakit lutut

assalammualaikum =)

terasa benar dah tua badan ni huhuhu
sy start sakit lutut masa pregnant ke-3.
ingatkan lepas bersalin irfan, sakit lutut akan hilang.
rupanya tidak.
sampai sekarang masih ada malahan kdg tu semakin teruk, terutama bila byk berjalan.
tapi itulah...

...apa lah sgt sakit lutut jika nak dibandingkan dgn budak comel lote amanah Allah pd sy ni kan?
tak terbanding apa you all.
perbandingan langit dan bumi pun kalah.
inikan pula dgn sakit lutut.
syukur sgt2 Allah bg sakit lutut seiring dgn budak comel lote ni ha.
sedap buat gomol2 peluk cium alololololo geram!

nak dijadikan cerita, sabtu baru ni sakit lutut kembali kuat.
hr tu dah lega sket bila sy amalkan makan kalsium.
tp tu lar, susah sgt nak disiplin makan supplement.
bila dah hilang rasa sakit, tak mkn dah.
contraceptives pills blh plak ingat makan tiap malam muahahha
dasar btl.
isnin ke sek mcm biasa.
eh klu dah kat sek blh ke aku dok diam tak berjalan.
turun naik tangga ke hulu ke hilir, akhirnya berdengkut huhuhu
bila naik tangga tu dia punya ngappp menangkap ka lutut woi sakit!
meeting kewangan habis kul 5.30pm semalam. 
jamuan sket, ambik anak, 6.30pm br smpi umah.
lepas maghrib gagahkan juga lar drive sendiri ke klinik sbb tak tahan sakit sgt dah.
stock ubat pun dah habis. 
so anak2 tinggal dgn husband jap.
jumpa doctor-kena injection-pastu doc offer utk mc hr ni.
eh bkn aku yg mintak tau, doc yg offer so mestilah aku terima kannnnn
hahaha
maka mc lar hr ni dok kat umah diam-diam.
emmm udah namanya TA blh ke ko dok diam.
ligat buat keje kat umah. best best!

lagi best sbb husband pun ada kat umah pagi ni siap2 nak ke summit hotel for 3days 2 nite utk kursus lk.
dpt ler sy tlg packing, sarapan sama2.
then ajak husband selongkar tong khazanah baju anak2.
sabtu ni nak outing meneruskan misi mencari seluar raya iman amal kat sogo, maka haruslah di selongkar stock lama dulu hehehe..

 nahhh ini hasilnya!
baby irfan yg dapat byk hahaha
ni dah siap basuh, baru dikeluarkan dr dryer tu yg bergumpal2 tu.
dah siap lipat pun.
baju raya irfan dah ada, tambah lg yg ni haaaaaa terlebih sudah hahaha
inilah kelebihan anak semua lelaki muahahaha

baju2 amal pun dpt gak td, masih blm berlipat. lepas ni lah.
so kesimpulan nya, tinggal nak beli seluar abang iman yg mmg dah kritikal sbb dia membesar bagai johan sekarang ni.
seluar amal pun kena beli gak selai dua buat tukar.
baju semua dah lengkap.
tp tu lar...bak kata en,suami: blh ke nnt kat sogo ma beli seluar iman amal aje?
huhuhuhuhu
wellllll he knows me inside and out hahaha

actually ada 1 lg misi utk ke sogo sabtu nnt.
citer kemudian lah hehehe

so berkemas hari ni,
sy jumpa ni ha.

 rupanya SEMUA jam tgn en.suami dah rosak
lorrrrr kesian nya laki ku ini.
isteri dok shopping sakan, rupanya en.suami jam tgn pun dah takde huhuhu
ok jom kita beli jam tgn sabtu ni, hadiah birthday yg semain hampir.
haaaaaaaa itulah tujuan utama outing sabtu ni ;-)

 pastu hr ni, dpt juga pi car wash bawak cik merah ni.
lama dah tak mandi, asik lar mandi hujan, kotor!
so hr ni kita bg dia mandi buih pula. 

tak sabar nak cuti 4 hari weekend ni!
ooo by the way khamis ni my little baby will turn 1 yr old!
alolololo cepat sgt beso nya huhu

insyallah will celebrate his birthday kat kfc bersama family pengasuh.
takde le celebrate mana pun, tp mmg dah niat nak celebrate dgn family emak nya.
bawak le kek seketul ke kfc nnt.
dah tempah pun kek kat my friend.
eeeeee excited! tak sabar hehehe

itu aje, bye semua!
jumpa lagi lain kali insyaallah. 

Wednesday, April 08, 2015

merapu suka suki

assalammualaikum =)

masa jaga amal dan irfan kat wad hospital tempoh hari, ntah mcm mana terdelete most of the pics dlm hset. mmg note2 aku dah out of space, masa aku click apa tah hr tu, err...ntah mcm mana terdelete most the pics huhuhu..terkedu aku jap masa tu.
mujur aku dah transer byk album pics including vietnam pics ke laptop.
tapi masih byk juga yg hilang..terutama latest pics anak2. sedih btl rasanya.
terus ngadu kat husband masa tu huhuhu..
pastu masa tukar shift, husband plak dok spital jaga amal, dia wassap kat aku pics anak2 yg ada dlm hset dia.
terima kasih byk2 ya hubby. tp tak sama lar dgn yg hilang tu huhuhu
sedih tau sbb aksi anak2 yg aku capture tu irreversible. 
alahai..kalau di kenang2 mau meleleh air mata.
dah le sekarang ni mmg sgt mudah air mata ni menitis.
aku..kalau bab anak2 mmg aku cepat terasa.
smpi ke tahap aku blh berdendam dgn org yg tak paham. 
mcm tu lah..


setuju tak? sape setuju angkat keyboard cepat!


hik hik hik...

td bila tgk 'my computer' 
uuiiiiiiiii byk nya cerita tak ber update kat sini.
citer kami cuti2 ke farm in the city dan icity
citer holiday sy ke vietnam
citer thn lepas kami ke bukit merah lake town resort pun terperap hahaha

apa nak buat...
suka hati aku lar kan, blog aku hahaha

Sunday, April 05, 2015

monolog diri dari katil nombor 10 wad kanak-kanak

assalammualaikum =)

dear myself azimah,

semakin meningkat usia..semakin banyak kita melihat rencah dunia
dugaan..ujian Allah dtg silih berganti
saya redha, yakin apa jua ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk saya.
setiap ujian tanda Allah ingat dan sayang pada hambaNya.
juga sebagai penghapus dosa
sebagai peringatan juga
selebihnya..pasti menyusul hikmah yang telah dijanjikan olehNya
saya yakin amat...amat yakin.

semakin banyak kita melihat rencah dunia, 
semakin kita mengenali ragam manusia
lihat..dengar..pandang..dan nilailah..
itu mungkin blh menjadi muhasabah pada diri sendiri
agar boleh diperbaiki setiap kelemahan diri
agar kita lebih mensyukuri nikmat yg telah di beri
bersyukurlah...bersyukurlah..

************************************************************************
dah lama membiarkan blog ini dlm keadaan sepi
bkn kerana tiada cerita..tapi kerana tiada rasa
aidijuma di fb lebih menggamit jiwa.
sedang scroll aidijuma di fb sebentar td,
terbaca 1 post berkenan seorang kanak-kanak yg kemungkinan besar menghidap kanser mata
sebak amat rasa di dada
semalam pula, terbaca kisah kanak-kanak jatuh eskalator lantas mengundang maut
ibunya leka bermain handset?
Allahuakbar.. ini juga sebagai peringatan dr Allah kepada saya
anak-anak ini amanah Allah buat mereka yg bergelar ibu bapa
jagalah sepenuh jiwa
jgn nnt menyusul rasa sesal pabila mereka dewasa, akibat tidak memberikan yg terbaik utk mereka.
demi anak2, biarlah apa mereka nak kata pada saya
biarlah apa jua pandangan yg dilemparkan oleh mereka
bukan pangkat bukan darjat bukan gelaran yg membezakan manusia di sisi Pencipta
penilaian Allah itu yg utama
tak apa mereka tak faham
kerana ku yakin Allah lbh memahami kerana ujian ini datang dariNya
syukur pada mu Ya Allah..

muhammad amal hafiy dan muhammad irfan hadiy
warded serentak di hospital tengku ampuan jemaah sabak bernam pada khamis, 2 april 2015 due to high fever.

buat insan berbaju hijau itu
terima kasih tak terhingga kerana sentiasa berada di sisi saat sukar seperti ini
betapa bersyukur nya rasa hati kerana memiliki dia sebagai ayah buat anak2 saya
dia tlh membuktikan utk sama2 mengharung susah senang hingga ke hujung nyawa
doa saya.. moga Allah limpahi dia dgn rahmat yg tak terhingga
moga kebahagiaan terus menjadi miliknya
moga dia akan terus bersama saya..hingga saat hembusan nafas terakhir nnt
amiinn ya rabbal alamin..


catatan ikhlas teacher azimah,
dari katil nombor 10 wad kanak-kanak
hospital tengku ampuan jemaah sabak bernam
8.40am
5 April 2015

ikhlas....tapi jauh.
assalammualaikum.

Monday, February 02, 2015

permulaan yang baik hari isnin pertama february 2015

assalammualaikum =)

sebenarnya sy punya banyakkkkk cerita nak share kat sini
tapi blm berkesempatan huhuhu

alhamdulillah, memasuki february 2015, semua rutin dah sebati dlm diri.
minggu pertama persekolahan hr tu je yg terasa benar huru-haranya.
sampai sakit kepala seminggu masa tu.
baby irfan juga dah sihat alhamdulillah.
kuat makan, tapi menyusu agak kurang.
last Thursday bawak timbang, berat dia cuma 7.48kg.
but still in white area of his growth chat.
nurse kata tak apa sebab dia dah makin active, mmg mcm tu.
mmg aktif btl dia skang ni hehehe

pagi td sy smpi sekolah jam 7.20am.
masa smpi sekolah iman amal jam 7.15am.
gelap lagi masa tu, anak2 dah melangkah ke kelas masing2.
sempat mama cium pipi both of them beserta pesanan supaya belajar rajin2.
sayu tetiba hati tgk anak melangkah ke kelas huhu

pagi2 td sy timbang berat, to make sure btl ke timbang hari tu.
confirm, berat sy skang 50kg which is berat sebelum pregnant irfan tempoh hari.
alhamdulillah..dah dpt semula berat asal.
sy takde diet2 pun  u all.
makan tetap kuat mcm biasa.
cuma seperti yg sy citer sblm ni, sy kepenatan amat sgt.
sering kali tak cukup tido mlm.
saya rasa itu faktor utama sy dpt turunkan berat badan ni.
so bila tgk berat dah turun, ofkos hari menjadi lebih ceria kan hahaha
dpt sarung balik blouse and skirt yg haritu dah tak muat.
heeeee....best best.
perut moncit itu perkara biasa lar kan.
"mark of honor for being a mom to 3 precious kids. "
#penyedaphatisendiri
lalalalalala

 ada pelancaran program menggilap permata sbpisb masa perhimpunan td.
11 org mentee TA: 2 button hijau + 9 button kuning.
TA bantu semampu teacher supaya u all dpt button hijau ya?

kami guru2 sbpisb menyokong penuh usaha pn.pengetua untuk menjayakan program ini.

 sempat snap pic bersama mentee selepas memakai button mereka td.
pastikan semua dpt hijau lepas us1 nnt ok?

lama dah tak pki tudung ni sebab ada kesan karat luntur kat depan tudung ni, dtg dr button dia.
kalau dah suka DIY tu, cepat je idea dtg hehehe
sy belikan 3 button cheong sam hitam tu dan jahit utk tutup kesan karat td.
selesai masalah.
dapat sy pakai semula tudung mawaddah ni
sukaaaaaaa sgt dgn tudung mawaddah sebab ada riben comel depan dia. 

sy mengidam sgt nak jadi pengguna tetap ephyra.
tapi tak mampu u all huhuhu
yer lar, sohpping takleh stop kan hahaha

sbnrnya ada lg 1 berita gembira.
kelas TA diumumkan sebagai johan pertandingan 3K utk January 2015.
alhamdulillah, tak sia2 usaha bertungkus lumus bantu pelajar hias kelas tempoh hari.
walaupun hanya guru kelas ke-2, tp sy tak kisah sbb mmg minat sy main susun atur dan deko2 ni.
alhamdulillah berbaloi.
walaupun tak dpt all out sebab hr tu baby demam, nmpk gayanya pelajar kelas 3R ni semua turut bersemangat mcm teacher dia hehehe

insyaallah akan buat entry khas utk ini nnt.
gambo tak dpt lg. 
kena tggu dapat gambo TA bersama ketua kelas ambik hadiah td br blh citer lebih kat sini

itu dulu...
ptg ni nak pi bbw yeayyyyyy!
bye semua!

Friday, January 16, 2015

finally its friday!

assalammualaikum =)

it's friday yeayyyy!!!
dah kul 12tgh hari pun.
jap lagi nak balik, i nak tidooooooo puas2 muahahaha

minggu ni sgt meletihkan.
letih sgt.
sgt pun tak letih mcm i tau.
semalam sakit kepala dari pagi santak ke malam.
tak dapat nak layan anak2 sgt.
mujur en.suami memahami, dia yg banyak membantu.
irfan pula ntah kenapa renyah je tido mlm sekarang ni.
bila dah azan subuh berkumandang baru dia lena betul.

arghhhhhh terbayang2 katil dan bantal
nak tido nak tido nak tido.
malam ni nak main dgn anak2 puas2.
sabtu dan ahad juga nak all out layan anak2.

ok itu aje merepek hari ni.
nak siap2 nak balik hehehe

bye semua!

Friday, December 05, 2014

musnah lagi dr vck

assalammualaikum =)

ok part 2 utk dekorasi master bedroom kemudian ya
ni nak citer hal lain
ingat tak entry DUGAAN saya dulu?
kalau sudi nak ingat bersama2 sy blh click link ni ya
rupanya dugaan tak berakhir lagi
semalam 1 lagi barang kat vck ni musnah huhuhuhu

tu dia..habis patah riuk kerusi merah AF di breakfast table ni
speechless, taktau nak cakap apa hahaha
padahal umur dia di vck baru 2thn 5bln, bkn 3thn seperti yg sy tulis dlm entry dugaan tu
salah kira gamaknya
sebenarnya kami baru 2thn 5bln di vck

kerusi ni sepasang.
lg 1 tuh tah bila ajalnya..harap cepat sket lar
blh beli baru terus hahaha
ni bila ada lg 1 kerusi ni, en.suami pun mengeluarkan "nanti" nya itu adehh
any idea mcm mana nak bg yg lg 1 tu patah juga? wakakakakaka
i bkn apa, i nak positif je sekarang ni
klu ikutkan hati seram wei nak berhadapan dgn ekonomi 2015 nnt
mcm2 cerita

eh pjg plak bebel
itu dulu..bye semua!

Tuesday, December 02, 2014

tlg jgn curi lagi picsssssss dlm blog ni hokay??!!

assalammualaikum =)

wahhh tajuk tuh dah nmpk aku mcm marah kan muahahahha
smlm sy join one closed group kat fb
pasal decoration rumah
ada urusan jual beli di situ
bila dah dpt join..scrolllllll tetiba
sy terlihat one pic of MY VCK DECORATION at living hall
ok aku terkejut
terkejut sesangat
apsal pic umah aku yg baru join ni dah ada dlm group tu?
sape yg upload?
bila aku baca msg2 di bawah pic tu
oooo siap dijadikan cth untuk urusan jual beli
menyirap juga darah
atas kebenaran sape admin tu upload pic umah aku sesuka hati dlm fb?
ooookkkkkkkkkkkk mmg aku tak letak watermak dlm pic kat blog ni
tapi at least ko blh bagi kredit 'thank you' pd link blog owner kan????
bila aku cakap elok2 dlm fb tu
admin tu blh plak jawap:
cik ni blogger ke? saya ambil pic tu dr google
apa hal bangang sgt cik kak oi
mmg arr ko ambik dr google
kan dr google image tu ko blh visit page source???
rajin kan lar diri tu click kat situ itu tahu link asal gambar yg ko nak curi tu
kata ko pun blogger
dah tu apsal bangang sgt benda2 simple mcm ni pun tak tau?
kamonlar...belajar sket hormat pd org lain ok
bila dia dah menjawap mcm tu, mmg ada say sorry, tapi aku saja bagi masa kat dia..tgk nak tak dia pm aku ke kan?
aku tau dia akan malu sbb dia admin tuh
rupanyaaaaaa
tak lama lepas tu dia blh delete apa yg aku tulis kat wall tu
dgn pic deco umah aku dia delete sekali
ok fineeeeee
bubbaiiiiiiii
leave group
selesai
aku takmo arr join group dgn admin mcm tu
taktau nak menghormati hak org lain
silapnya aku lupa nak print screen semua 'kejadian' ni
takpelah
sebenarnya byk dah pic dlm blog aku ni dicuri
aduhhhhh blog picisan je pun
tak kose arr aku nak letak watermark bagai, nak update blog pun kurang masa dik oi

again mcm aku ckp td
tinggalkan lar kredit 'thank you' pada link owner asal pic tersebut
malas sgt pun ko blh kredit thanks pd en.google kan

ni lagi 1 pic dlm blog ni yg dicuri..diambil tanpa kebenaran tu kira mencuri kan?

http://siraplimau.com/10-tips-ajar-anak-cepat-membaca-pupuk-minat-dari-kecil/

konon blogger hebat
tapi taktau etika berblog
annoying sgt
siap ada pic laki aku tu
pandai plak pilih pic yg tak nampak muka
derrrrrrr

pastu pic aku tgh pregnant pun ada yg curi
pi masukkan dlm group hamil apa tah kat fb
yg ni adik ipar aku yg jumpa
nasib baik takde citer buruk kat situ
buatnya kena super imposed?  nauzubillah

agaknya inilah perasaan blogger fatin liyana
bila pic muka dia di ambil sewenang2nya utk jadi 'org lain'
kesian
dah habis membebel pagi2 buta
bye semua!

Monday, November 17, 2014

terluah jua

assalammualaikum =)

lagi seminggu je nak cuti sekolah
tak sabar rasa hati walaupun still kena jadi pengawas spm hingga 2dis
i ok aje jaga spm, ringan je kepala walau mengantuk hamat
tapi bila kat sekolah, i stress sbb byk gila kerja kena buat
sekarang ni tgh berkuntau dgn slip2 pbs t3.
alhamdulillah semua dah siap print, tggl lg 1 subjek utk 1 kelas je lg, tggu cikgu dia email semula sebab ada problem. 
pastu kena dapatkan tanda tangan cikgu2 mata pelajaran plak
pastu kena cop sekolah plak
pastu kena masuk dlm envelope utk setiap pelajar plak
pastu mesti edar kpd pelajar dlm minggu ni juga
at the same time kena collect data pbs modul offline f2 dan f1
serabuttttttt
ko nampak tak aku tgh buat kerja2 kerani? bukan kerja cikgu.
tak suka tak suka...
jadi lagi tak suka bila ada suara ckp mcm ni kat aku:
ala azimah, kerja hujung tahun je kan? rilex arr
eh kau dah kenapa?????
senang ckp hujung mulut kerja su pbs ni kerja hujung tahun AJE kan?
konon kerja ko tu jer lar yg sepanjang tahun punya kerja kan?
tp dek kerana masih ada rasa hormat, maka ku diamkan aje.
ku telan senyap2.
sakit hati, tapi takpelah...Allah lbh mengetahui insyaallah
byk mcm mana pun kerja
itu semua tanggung jawab yg telah di amanahkan 
maka kena bagi selesai
ni markah2 perekodan markah sains pt3 juga blm selesai
marking sains f1 dah siap, sains f2 sket lg insyaallah hari ni blh siapkan masa jaga spm sat lg
pastu kena key in isis
aduhhhhhh
punya stress smpi termimpi2 ko
aku mimpi mlm td pengetua bagi 2 lagi kerja. 1) kena marking kertas exam kelas yg aku tak mengajar dgn alasan tuttttt 2) kena marking esei bm 2 kelas yg dah sah2 bkn kemahiran aku
aku punya gelabah toksah cakap dlm mimpi tu
mcm2 alasan aku bg kat pengetua tapi tak di layan
fuhhh nasib baik ia sekadar mimpi.
ok lagi 1, emmm apa peraan korang kalau menyedari yg korang ditipu hidup2?
perghhhh.tp part yg ni aku ignore je lar
husband aku pun ckp, fikir positif jer
ok fine, aku pikir yg positif2 jer.
takpe, 
cuma masa tahu mula2 tu, terkesima sekejap.
sebelum sempat nak fikir positif, aku terkedu jap..
nampak dah dia ni jenis org mcm mana
berjaga2 jer lah lepas ni.

oit...panjang luahan perasaan aku hari ni hahaha
sesekali...bkn selalu,

itu dulu ya, bye semua!

Wednesday, September 24, 2014

teacher azimah? where are you?

assalammualaikum =)

fuh!! fuh!! tiup2 habuk tiup2 sawang dulu kekeke
tak sempat wei nak jenguk blog
apatah lg nak hapdet blog..ni baru dpt menjengah blog ni kejap sblm balik
hidup super duper busy sekarang ni
busy dgn kem timss
busy dgn pt3
busy dgn silibus yg tak habis lg padahal final year exam f1 and f2 dah dekat
busy dgn meeting ke sana ke mari
september ni cuma beberapa hari jer dok kat sek huhuhu
kesian kat my students
kesian kat my kids at home
kesian kat my hubby
kesian kat diri sendiri uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tapi kan..
cuti seminggu hari tu kan..
best gila wa cakap lu!
kami pi cuti2 malaysia ke bukit merah laketown
pastu lepak2 rumah my sis
pastu dapat pi ikea
dapat pi pasar tani shah alam
i beli butterfly shawl u all kihkihkih..
best plak pakai shawl ni
senang jadinya

palingggg best kami dpt bawa anak2 pi klinik pakar kanak-kanak serena
alhamdulillah lepas sehari dua mkn ubat yg diberi oleh doktor serena
terus hilang batuk2 dan kahak iman amal.
amal makan berselera benar sekarang ni
berbaloi bayo mahal kat klinik ni hehehe
puas hati sgt hokay.

sekarang ni i plak batuk dah 2 minggu tak sembuh2
takpe..penghapus dosa tu

apapun...esok gajiiiiiiiii yahhooooooo!!!!!!!!!!!!!!

itu dulu lah..
cerita detail beserta gambo kendian plak ye.
bye semua!!!

Tuesday, August 26, 2014

dugaan

assalammualaikum =)

korang pernah tak lalui keadaan di mana dugaan dtg bertimpa-timpa, satu persatu secara berterusan?
haaaaa itulah yg sedang saya lalui sekarang ni. cuba jugak diamkan aje. tapi tak tahan wei. 
elok2 3thn jer duduk vck bulan puasa hari tu, semua benda start rosak. satu demi satu. 
mula2 viper cik alza. lepas tu dapur memasak kat kitchen cabinet tu. kemudian bumper cik alza plak kena sondol. pastu kunci sliding door. terkini mlm tadi water heater kat dapur pun rosak. eh ko dah kenapa semua nak rosak beramai2 ni? haaaa lagi 1 tilam kami pun dah tinggi rendah. ewahhhh semua pun menuntut RM yg bkn sedikit. apa ko ingat kami ni byk sgt duit??
astaghfirullah halazimm...istighfar banyak2. dugaan ni dtg dr Allah SWT. Dia sedang menguji hambaNya yg kerdil ni. sabar dan bertenang. insyaallah ada hikmah di sebalik semua kejadian ni. 
Allah itu kan Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita? semua perancanganNya adalah bersebab. redha, jangan kalut2. bertenang. azimah, relax ok. 
itu blm masuk dugaan yang melibatkan soal hati dan perasaan, serious tak blh blah! 
arghhhh takpe takpe. tgk wajah anak2..hilang semua kekalutan. terutama wajah baby tu Allah..syukur alhamdulillah.

kalau takde aral melintang insyaallah jumaat ni kami akan lakukan akikah untuk baby irfan. kambing masak kurma akan dihidangkan utk makan malam di perkhemahan perdana SBPISB 2014. terus buat doa selamat sekali kat tapak perkhemahan tu nanti. alhamdulillah terlaksana hasrat kami nak buat akikah baby irfan thn ni juga. rezeki anak tu kan sentiasa ada :-)

itu dulu coret2 pagi ni ya. 
actually nak sgt citer tentang sambutan birthday iman di sekolah dan perkembangan terkini baby irfan. tapi blm berkesempatan. nnt ya. btw baby irfan dah meniarap! hehehe

itu dulu..bye semua!

Tuesday, August 19, 2014

suka suka ajer

assalammualaikum =)

mulakan hari ini dgn ceria2 ok.
hari ni takde gambo.
actually takde idea juga nak citer pasal apa.
just nak share tentang kegilaan sy yg 1 ni. 
kat fb ada joint group kami suka susun atur dan group deco rumahku syurgaku.
amboiiiii best bangat tgk umah org cun2 belaka!
ada duit semua keinginan tercapai kan? insyaallah
tp sy lbh syok kat group kami suka susun atur. 
mcm2 idea best yg timbul!
tinggal lagi nak tiru idea2 tu..takde masalah juga sbnrnya,
masalahnya adalah takde masa!
ya takde masa ok.
sabtu ahad pun lintang pukang dgn kerja2 rutin seorang isteri dan ibu. 
itupun aku tak memasak.
citer pasal memasak...adoiiiiii dapur gas kat vck tgh rosak. 
dah hantar service, elok jer menyala kat kedai tu
bawak balik vck, again dia taknak menyala.
ish baru 3thn aku dok vck dah mcm2 plak yg rosak hihi
tu pun aku buat pejam mata kat sofa yg dah mcm mangkuk, dan tilam yg dah mcm lukisan bukit zaman kita kecik2 dulu. eh paham tak? tak paham takpe..its ok hahaha
langsir pun dah 3thn tak bertukar.
nak tukar langsir bugdet rm1k dah tentu ko
tu yg pikir 18x tu
emmm ada caranya nak kecikkan budget langsir tu. nnt lah hehehe

eh dah lar..nak pi breakfast.
nnt ada masa update lagi.
bye semua!

Wednesday, July 16, 2014

mula kerja

assalammualaikum =)

alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
paling best kerja masuk bertubi2 dlm otak ni
takpe takpe TA ok aje hehehe
baby irfan pun insyaallah ok aje kat rumah pengasuh
dia makin selesa duduk kat baby car seat ..tak menangis pun alhamdulillah
kena biasakan dari kecik kan.

emmm..ok lar..nak sambung buat kerja
itu dulu ya.. bye semua!

Friday, June 27, 2014

oh mak!

assalammualaikum =)

sedih bila baca ni.
di mana mak kita sekarang?


moga bermanfaat buat kita semua
itu dulu..bye!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH