FOLLOWERS

Monday, December 23, 2013

Basikal baru buat IA

Assalammualaikum =)

dah lama simpan niat duit claim perjalanan 2013 masuk jer mama nak belikan basikal baru utk iman dan amal. Kesian kat anak2 aku ni...basikal lama dah kena curi. Alhamdulillah smlm dapat tunaikan hasrat yg 1 ni. Dah hujung cuti sekolah baru nak belikan huhuhu...
Gembira sgt anak2...abg iman byk kali jatuh basikal dah. Biasa lar tu kan...
Itu dulu ya...bye semua!

Sunday, December 22, 2013

good bye to my nausea and vomiting.

assalammualaikum =)

wah wah wah... 2 bln tak update blog hew hew
alhamdulillah sy dah semakin sihat sekarang. dah 2minggu tak muntah. lega sgt2. bila tak muntah ni, mknn yg dimakan blh kekal dlm perut utk menjadi tenaga tu yg badan rasa sihat. masa sy tgh mabuk tu, uiks teruk btl rasanya. sgt2 tak berdaya. utk rekod, 4x sy kena masuk air di hospital. lepas masuk air tu ada lar dlm sehari yg rasa segar, pastu kembali longlai tak berdaya asikkkkk muntah jer. masa tu sy hanya mampu berdoa..berdoa...dan berdoa jer. semua aktiviti harian yg biasa dilakukan terhenti seketika. mc sepanjang bulan oct. anak2 semua suami yg handle. kerja2 rumah juga suami yg buat semampunya dia. selebihnya rumah dah jadi kapal karam selama 2 bln tu. sy btl2 tak lalu nak buat apa2. nak urus diri sendiri pun tak berdaya rasanya. dgn demam...uiks...mcm2 hal. mmg pregnant kali ni membuatkan sy rasa sgt teruk. sy cuba positif, yakin yg Allah sedang menghapus dosa2 sy melalui ujian yg diberikan-Nya ini. alhamdulilah...keadaan semakin pulih sekarang. jutaan terima kasih buat semua yg mendoakan kesihatan sy :-)
kehamilan ke-3 ni dah pun berusia 20 minggu. dah 5bln. perut pun dah beso. 1 lagi masalah yg tinggal pd sy sekarang adalah tekanan darah yg sgt2 rendah. bkn haemoglobin (hb). hb sy ok 14.1. ni blood pressure yg rendah sgt. kena mention mcm ni sbb ramai yg salah faham ingatkan hb sy yg rendah. so bila low bp ni, sy akan cepat penat termengah2 bila buat sesuatu kerja. nasihat doctor, banyakkan berehat, minum air byk2. takde ubat utk masalah low bp ni. refer to previous pregnancy pun, mmg sy ada masalah yg sama. so sabar jer lar hehehe...
bercerita mengenai anak2 pula...selama 2 bln sy tgh teruk tu, kesian sgt kat depa. lama dok rumah pengasuh jer. masa tu amal pun bawak diri takmo tido dgn sy, sbb sy btl2 tak larat nak layan dia. kan dah ckp td, nak urus diri sendiri pun tak berdaya, apatah lagi nak layan anak2. masa sy tgh teruk tu juga, abg iman menduduki peperiksaan akhir tahun di sekolah tanpa sedikit pun bimbingan dr mama. masa tu abah pun tgh busy. sy hanya mampu berdoa utk dia, dan selebihnya bertawakkal kepada Allah SWT. mmg rasa bersalah sgt2 huhuhu... kesian anak mama tau. mujur lar result tidak seteruk mana. syukur alhamdulillah. takde kena turun kelas pun. cuti sekolah ni pula, buat pertama kalinya kami lansung takde pi holiday ke mana2. lansung takde outing ok. pi aeon pun tak hew hew hew...sadis sungguh kan. sy dan suami btl2 pi big bad wolf jer hari tu sbb tu dah masuk dlm kategori mengidam :P balik dr bbw badan sakit seharian lembik longlai...rasakan hahaha...
utk pastikan cuti sekolah ni terisi buat anak2, kami hantar abg iman pi tusyen sepanjang cuti ni setiap hari isnin-khamis. oklar...nak harap dia belajar kat rumah cuti2 ni mmg takde lar kan. cuma dia komplen still kena bgn awal wlupun cuti sekolah :P
selebihnya sy byk berada di kampung masa suami ada hal. anak2 suka sgt dok kg sbb sepupu2 yg lain pun ada balik so berkawan ler depa. mainnnnn jer mcm nak terangkat rumah mak di kg. cuti sekolah ni juga adik husband kawen. dpt isteri org johor. tapi sy minta maaf awal2 tak dpt nak pi both kenduri. masa tu masih di awal cuti sekolah, badan masih tak sihat. so husband dgn anak2 jer yg pi both kenduri. 
lagi apa ya nak citer...persiapan sekolah utk anak2 bg thn 2014 juga dah selesai. semua beli kat sg besar jer. tak larat arr nak pi beli kat tempat lain. 
emm...itu dulu kot. gambo pun tak larat arr nak tempek...sbb dah pening kepala ni tgk screen laptop lama sgt. ni pun 1st time on laptop sejak saya sakit ni, tu pun sbb nak byr bil through m2u. ipad dgn tab rosak maaaa masuk bengkel. 
cerita pasal kerja di sekolah??? huh tak best lansung utk diceritakan...
ok itu dulu...bye semua!! 
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH