FOLLOWERS

Thursday, September 30, 2010

kisah sy sblm aidilfitri...

wah wah lama btl ceritani tersimpan rapi. uiks skang ni sy dah susah nak online coz internet network kat opis tgh problem. nak online kat umah jer lar. so klu dah kat umah tu, tau2 lar apa mslhnya ok huhu....
ni nak share citer pasal projek membuat biskut raya sblm aidilfitri haritu. sblm ni dah penah story yg hubby sy dah belikan microwave oven. pic kat bwh ni lar m-oven yg sy dpt alhamdulillah...

cuti sekolah plak seminggu awal so dptlar sy buat sket biskut raya simple. utk pengetahuan semua, ni 1st time dlm idup sy buat biskut raya tau hehe sungguh lar sadis kan :P sy dgn smgt berkobar2 seacrh kat internet resepi biskut raya yg paling mudah huhu....
so biskut pilihan saya: CORNFLAKES BERMADU & BISKUT NESTUM KISMIS...sungguh yummy!

sepanjang proses buat kuih raya tu sy turut di 'bantu' oleh abg iman n nurin hayani, anak kak cho. tgk lar pic kat atas ni, sungguh smgt anak bujang sy dok tabur coklat rice atas biskut tu :)

alhamdulillah, dgn pembantu 2 org ni cepat jgk kerja sy hehe....
dan inilah hasilnya
*
*
*
*
*

pic biskut nestum kismis lupa plak nak snap. apa yg bestnya anak2 sedara saya cukup suka dgn biskut ni huhu sungguh lar best ok (sbb b4 tu takut tak habis je :P )

itu dulu untuk entry kali ini. lain kali kita share citer lg ok...bubbai!

NOTA KAKI: cuti sekolah ujung thn nnt nak try masak sedap2 guna m-oven ni :)


Thursday, September 23, 2010

before and after

askum semua...entry ini hanya sekadar nak berkongsi dgn anda semua tentang 'keganazannnn' anak2 bujang sy huhu... anda saksikan sendiri ok :)

SEBELUM KEJADIAN...
*
*
*
*


cukup memberi ketenangan kan kawan2.... this pic taken early in the morning pd 1 weekend yg tak ingat plak tarikhnya... time ni anak2 dan abah anak masih lena dibuai mimpi, sy dah bereskan semuanya....sungguh heaven!



SELEPAS KEJADIAN

*
*
*
*
*



yabedabedu!!!! saper nak tlg kemas sila angkat tangan!!!


NOTA KAKI: mereka sungguh ganaz bermain...sy cuma fikir +ve: semua ini untuk perkembangan minda dan fizikal yg baik utk anak-anak...

Tuesday, September 21, 2010

aidilfitri 2010

salam lebaran buat semua....wah hampir kesemua blog yg sy masuk dok citer pasal raya. so sy pun nak share jgk pic kenangan raya kami. theme thn ni adalah hitam huhuhu...nasiblah nak buat mcm mana. rupanya dah ada 2 anak ni, susah sket nak beri posing yg terbaik depan kamera. budak kecik, mana lar tau nak dok diam...
jom tgk pic ok...






itu dulu untuk entry kali ini. jumpa lg!!

NOTA KAKI:
byk cerita cuti sy yg nak sy share kan di blog ini tp msh blm berkesempatan. skang ni tgh sakit perut cirit-birit plak huhu....

Thursday, September 02, 2010

me as a class teacher

askum semua...kali ni nak share pic sy dgn pelajar2 kelas 3 hidayah. ni pic tak formal taken last week utk mjlh sekolah. budak2 (termasuk cikgu budak ni jgk) klu pasal bergambo mmg suka hehehe....mcm2 gaya kami buat. mmg letih jd guru kelas ni tp bila kita closed dgn pelajar, letih bertukar jd seronok. yg penting kita pelihara hubungan baik yg telah terjalin insyaallah semuanya akan jd menarik. tanggung jawab yg diberi mesti kita tunaikan dgn ikhlas kerana Allah...


so untuk pelajar2 3h yg teacher sayang, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. ingat pesan teacher, thn ni anggap mcm tak raya jer ok sbb 2mggu lepas raya dah PMR. cuti 2wks ni guna btl2 untuk ulangkaji and siapkan latih tubi yg teacher bg.. lepas raya nnt balik semula ke asrama dlm keadaan baik dan jgn lupoa ole-ole untuk teacher hehe....

NOTA KAKI: harap sgt thn ni ada peningkatan bilangan A untuk subjek Sains PMR.

Wednesday, September 01, 2010

imagine delicate cuisine

wahhh tajuk blh tahan! hehe.. ni gara2 thn lepas sy tak dpt nak beraya sgt coz time tuh tgh sarat 38weeks pregnant so thn ni sy balas dendam. pujuk punya pujuk maka hubby setuju nak belikan microwave oven and stand bowl mixer! actually hubby mcm teruja wife dia ni nak buat kuih raya hehe.. maklumlah sy ni bkn suka memasak cakap terus terang jer ok. tp ntah kenapa thn ni mcm nak try jer buat biskut raya. bila lg nak try umo dah 30thn hehe.... so 2mggu lepas kami ke seng heng dan akhirnya microwave oven ini menjadi milik sy!

multi-function so blh guna utk masak mcm2...(bila nak masaknya ni? cuti sekolah? )

pesan hubby sy: jgn jd gajah putih udah le huhu dlm maknanya...


sempat sy snap pic mereka ini..

experiment pertama sy: choclate cake. emmmmmm mcm tak berapa nak menjadi hehe... nasiblar :P


semalam dah angkut semua peralatan n bahan2 nak buat biskut raya ke kg. next week cuti sekolah seminggu sy nak pulun buat cookies utk raya kat kg hehe...harap2 niat yg murni ini terlaksana. bkn apa, kdg2 keadaan tak mengizinkan sy nak memasak huhuhu....byk alasan plak. ok2 sy cuba ok harap2 terlaksana.

NOTA KAKI: sdg list senarai cookies yg mudah utk dibuat :P
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH