FOLLOWERS

Thursday, February 26, 2015

stresssssss

assalammualaikum =(

stressssssss!


bagus juga kan hahaha!

eh jom lar kita ubati stress ini dgn bershopping
AJ release design baru lagi ni
lawo gila black label paris dia i told u...



cannot say no larrrr huhuhuhu

ok dah pre order.
stress released.

ok itu dulu bye semua!

Wednesday, February 25, 2015

WW: kasyfi-hafiy-hadiy

assalammualaikum =)

 kasyfi di tengah


 hafiy di kiri


hadiy di kanan

my dear sons,
I can predict your future, it’s way too easy. You’ll be a handsome man, very fine and classy. You will soar new heights, not just because you are my son. But because from your heart, you are a lovely person. Your life will be perfect, just as it is now… you have no idea, that I love you and how.

from mama with endless love.
muargh muargh muargh!

Monday, February 23, 2015

kegilaan kepada Aidijuma kembali

assalammualaikum =)

apa dah jadi dgn aku ni? hahaha
punya dah lama tak shopping tudung AJ, hunting jauh sekali.
pastu siap letgo preluv AJ, banyak gak hampir 10helai termasuk bl cupcake yg org dok hunting tu.
ntah, masa tu mmg aku dah rasa, enough is enough dgn tudung AJ yg dah byk ni.
tapiiiiii, bila terpandang pink label red sakura yg baru release tu, hati terpaut terus. 
cantikkkkkkkkk sgt di pandang mata hahaha
ok dpt dah. tinggal tggu parcel smpi je.
di pendekkan cerita, eh apsal aku turut tergoda dgn lain2 design yg keluar kat republik penang semalam? terus order full set pheeewwwww
pastu pastu pastu...
aku dok hunting plak bl royal blue cheetah tu?
hadoiiiiiiii beli jgk! 
dah ler sekarang org dok jual combo aje.
tak pepasal aku beli 12 helai AJ dlm tempoh 2 hari sabtu ahad semalam hahaha
hubby dok geleng pala sambil cakap: ma..ma...
alar bang, kalau ini yg menggembirakan ma apa salahnya kan?
pastu hubby aku jawab, ala ma, klu rugby yg menggembirakan hati abang apa salahnya kan?
hahaha...ok fineeeeeeee

kena beli lagi 1 bakul lain untuk menempatkan 12 helai AJ baru yg otw skrng ni
jom kita pi daiso bang?
hahaha

cuti 6 hari tak pi mana, dok umah aje, tapi duit menyusut juga hahaha
hati gembira kan?
ya gembiraaaaaaaaaaaa

ada yg cemburu ke? hahaha

ok itu dulu, bye semua!

Saturday, February 21, 2015

Manusia Berhati Busuk

assalammualaikum =)


terkejut saya bila baca artikel ni semalam.
benar sebenar benarnya.

ini hanyalah peringatan buat diri sendiri 
juga peringatan buat anda di luar sana yg sudi membaca.
moga Allah jauhkan kita dari golongan manusia berhati busuk ini amiinn
kena lebih berhati-hati
kena lebih berjaga-jaga


ini janji Allah SWT
syukur alhamdulillah di atas ujian dan musibah yg Engkau berikan kepada hambaMu ini
ku yakini amat pada janji Mu ya Allah
syukur..

terima kasih buat rakan-rakan yang berkongsi artikel ini dgn saya

itu dulu...bye semua!

Friday, February 20, 2015

amal dan irfan

assalamualaikum =)

salam hari jumaat yang indah.
moga hari ini lebih baik dr semalam buat kita semua, insyaallah.

abang amal dan irfan,


dek kerana sakitnya rasa hati semalam, dgn jiwa yg berkecamuk, anak2 ini menjadi mangsa kemarahan mama.
mama tengking abang amal yg lately sgt kerap merengek dan mengamuk.
abang amal yg tgh menangis terus terdiam.
baby irfan yg berdekatan dgn mama, terkejut lantas menangis kuat.
allahuakbar..astgahfirullah...kenapalah mama lepaskan rasa marah mama pada anak2 yg tidak berdosa ini?
kan mama dah tau amal tgh melalui fasa merengek mengamuk yg tak terkawal,
kenapa masih di tengking sebegitu rupa?
padahal abang amal tgh tak sihat...batuk seakan lelah, 
kaki pun tgh sakit, terdengkut2 dia berjalan mcm org cacat.
dah lar kurus kering huhuhu
sungguh, mama rasa bersalah amat.
ketawa riang ria agaknya mereka yg berjaya buat kita mcm ni duhai anak2 ku sayang..
mama sedih dan kecewa. mama rasa bersalah amat pada kalian berdua.

mlm td, mata tak lelap lansung.
mama minta abah dokong abg amal yg dah tertido atas sofa ke katil mama.
mama lihat wajah suci abg amal yg tiada lansung terpalit dosa.
air mata mama menitis...ampunkan mama sayang..mama salah.
jam 2.30am, mama nak alih kedudukan abg amal supaya tak jatuh.
tiba2, mama rasa seluar amal dah basah lencun.
larrrrrrr abang amal bocor atas tilam mama hahaha
sabor jer lar huhuhu

itu dulu, bye semua!

Thursday, February 19, 2015

Special entry for my silence reader

Assalammualaikum =)

CNY 2015 yg takkan padam dalam ingatan. Sy tulis entry ini, dalam BLOG SAYA, khas untuk ANDA. sebelum sy tulis dgn lbh pjg, tahukah anda saya blh trace siapa yg view blog saya pada waktu tertentu, contohnya antara jam 7am - 11am td? Bingo! Hanya ANDA seorang yg view blog sy pagi2 buta td mcm xde keje lain yg lbh berfaedah utk dibuat. sedih...sedih sgt. Apa tujuannya ANDA melaga2 kan sy dgn org lain menggunakan apa yg sy tulis dlm blog sy sendiri? bila sy trace viewer pd hari2 lain.. rupanya anda silence reader tegar blog sy. Its ok saya tak kisah pun. Seperti yg sy pernah cakap sblm ni, hanya 45% yg sy ceritakan dlm blog ni..benda yg happy2. Sesekali meluah perasaan. Sy bukan bodoh nak tulis 100% hal sy kpd umum. Sdgkan online diary org blh hack, apatah lg blog syok sendiri mcm blog sy ni. Jd apa tujuan sbnr ANDA skodeng blog sy? Klu ANDA tak suka saya.. JANGAN BACA blog sy ok. Dgn rendah diri sy mohon cara baik dr ANDA jgn lagi dtg jenguk blog sy ni. Sgt2 mengecewakan bila saya tahu siapa ANDA. percayalah, sy tak perlukan kawan yg punya sikap negatif mcm ANDA. Sy takkan rasa rugi kehilangan kawan mcm ANDA. hidup sy akan terus berjalan seperti biasa lepas ni. Tapi ANDA?  ALLAH itu maha berkuasa, maha adil maha segalanya. ANDA sedar tak anda dah menabur fitnah pada saya? ANDA sedar tak ANDA dah jadi batu api? Melaga2 kan org bukan perkara yg baik ya. Org sekeliling menilai setiap apa yg kita ucapkan. Paling penting penilaian ALLAH SWT. ANDA lupa? Sedih sgt...sungguh sy sedih, sbb ANDA kawan saya. Apa lar sgt yg ada pada sy untuk ANDA dengki kan smpi mcm ni sekali ANDA buat pd sy? ANDA lupa org yg teraniaya akan dimakbulkan doanya? Bila, lambat atau cepat, ALLAH saja yg mengetahui. Sungguh sy kecewa sgt2 dgn ANDA. Selama ni sy hormat ANDA sebagai rakan kerja yg lbh senior dr saya.
Rupanya, ini wajah sebenar ANDA. Benarlah, iman tak dapat diwarisi.
Sy pohon sekali lagi, JANGAN DTG LAGI KE BLOG SAYA. Lbh banyak ANDA bahankan saya..lebih banyak pahala yg sy dpt, syukur alhamdulillah. Terima kasih. Tapi ingat, jgn cuba permainkan saya dalam hal ni, tak mustahil saya akan saman malu dan saman fitnah dgn apa yg ANDA dah buat pd sy hari ni. Jgn cabar saya.
Apapun, masih blm terlambat utk kita berbaik. Sedangkan Rasulullah ampunkan umatnya..terpulang pada ANDA.
Itu dulu...selamat mlm semua.

DIY project on weekend #13 : monster sock puppet

assalammualaikum =)

alhamdulillah, syukur di atas petunjuk yg Engkau berikan Ya Allah..
untuk aku mengenali, siapa kawan dan siapa lawan.

ok nak share cerita, aktiviti sy dgn anak2 2 minggu lepas tak silap.
sejujurnya sy menanam impian untuk menjalankan 1 aktiviti ilmiah dgn anak2 setiap hujung minggu.
tapi bukan mudah, lebih2 lg bila semua anak2 sy lelaki hehehe
mereka lg best main.
takpe, kita cuba dulu.

aktiviti kali ni, jom kita buat monster sock puppet!

 aktiviti ni sy dpt dr buku yg sy beli di bbw: The Great BIG book of things to make and do.
sy just sediakan bahan2 seperti yg disenaraikan, dan buat sama2 dgn anak.

ini bahan2 nya.

 susah rupanya nak buat hahaha
jenuh mama nak jahit kain felt kat mulut monster ni.
abg iman tlg tampal mata monster dan tlg gunting kain felt utk jd err..apa tah yg ada atas badan monster tu.
abg amal pula tlg buang smph dlm bakul sampah dan tlg jaga irfan.
jenuh wei...macam2 ragam. 
naik jap darah ke kepala masa nak menyiapkan monster ni hahaha

dan akhirnya...taadddaaaaa siap!

 silap juga sy guna sock lama abah.
dah tentular saiz nya besar utk tgn anak2 huhuhu
patut selongkar je tong lama cari stokin lama abg iman yg masih elok

tu dia sock monster vs soft caterpillar irfan.




anak2 suka main monster ni, smpi sekarang masih main.
alhamdulillah...berbaloi.

next project ingat nak buat teropong pula.
masih belum berkesempatan.
nnt dah buat sy share lg kat sini ya.

"tiada lagi cerita mengenai SBPISB di sini, hatta terjumpa emas dalam tanah di bawah bangunan sekolah sekali pun, sy takkan jdkan entry dlm blog sy ni lagi"
itu lebih baik.

bye semua!

team building camp SBPISB 2015

assalammualaikum =)

salam pagi khamis yg indah...sebab mlm td hujan.
Happy Chinese New Year buat semua yg meraikan.

taip pendek2 aje. malas tetiba.

event: Team Building Camp
Date: 13-15 February 2015
venue: Kem Seri Lang SBPISB
-Semua pelajar Tingkatan 2 dan 3 serta semua guru terlibat-
TA bertugas hari terakhir: 8am-1pm
ketua AJK hadiah dan sijil

cantik banner yg c.din design ni. dah mcm banner summer camp









"tak suka org lain masuk campur kerja saya. kalau nak menegur kesilapan yg berlaku, cakap sekali cukup. saya tahu nak buat apa lepas tu. ni kalau dah cakap berkali2 benda yg sama, tu maknanya nak tunjuk pandai nak tunjuk lagak"

itu dulu, bye semua!

Wednesday, February 18, 2015

irfan territory

assalammualaikum =)

update blog utk kali ke-2 hari ni hehehe
urusan yg di target siap hr ni alhamdulillah byk dah siap. 
pagi td ke pjbt pos utk pos parcel, then ke car wash ulang alik 2x bawak both keta utk dicuci.
punya dah lama tak basuh keta, 2 bulan kot huhuhu
anak2 tggl dgn en.suami jap.
tup2 balik umah tgk en.suami tgh masak utk lunch heeeeee i luv u more lar bang hehehe
tqqqq sgt!

ok ni nak citer simple2 jer.
korang perasan tak aku takde citer sgt pasal deco ruang tamu?
mmg takde deco baru pun u all
sama seperti asal dulu.
hajat tu ada, tp terpaksa ditangguhkan utk memberi laluan pada perkembangan baby irfan.
ruang tamu vck ni mmg tempat kami lepak2 waktu malam, hujung minggu dan waktu cuti.
anak2 mmg main kat area ni.
sesekali baru depa kena kurung main dlm bilik, itupun bila mama dah bertukar jadi singa sbb tak tahan dah tgk bersepahnya ruang tamu huhuhu

 nmpk tu, area ni dah jadi wilayah irfan.
ikut rasa hati sy nak letak set kerusi dan meja kecil warna merah kat sini.
atau nak deretkan sofa merah saiz sederhana 3 bijik kat sini.
blh jadi tempat duduk tetamu.
takpe, demi irfan mama tangguhkan dulu niat yg satu tu.

3 generasi ni u all.
tapi bkn semua lar.
fisher price baby bouncer beli utk irfan..beli kat GM klang.
sgt berguna smpi sekarang. mama guna utk letak irfan kat situ masa nak suap makan.
irfan pun dah tau, bila landing dlm baby bouncer, nganga terus mulut minta disuap hehe
duck baby walker by anakku beli masa abang iman baby.
alhamdulillah masih elok hingga sekarang.
bunyi jer dah takde. ada wayar putus agaknya.
baby irfan tak suka sgt dok dlm bay walker. tak bebas katanya.
baby tower tu err...tak silap sy beli masa amal baby
bunyi dah takde. byk juga part yg dah patah2.
tapi dlm byk2 ni baby tower tu yg paling irfan suka.
fisher price activity table tu beli online utk irfan.
pun dia suka jgk sbb byk bunyi2 gerak2 kan.
hyppo baby walker tu baru jer ambik dr kampung.
nmpk tak angry bird seketul kat situ?
actually kat situ ada toys dia tapi dah hilang mana tah
so mama letak jer seketul angry bird kat situ hehehe
suka jugak irafn main kat sini, ya my baby dah mula bertatih.
padahal hujung bln ni baru cukup 10bln.
terkedek2 kaki kecik dia menolak hyppo ni.
but ofkos kena kawal lar, kang jatuh  anak kecik mama huhuhu
cakap pasal jatuh, mmg byk kali dha irfan jatuh. adehhhh seriau mama dik

itu dulu citer singkat tgh hari ni.
bye semua!

kami ke Big Bad Wolf lagi

assalammualaikum =)

citer lama 2-3 minggu lepas.
masa meeting ketua AJK English in Camp yang akhirnya bertukar kepada Team Building Camp sebab melibatkan semua guru, TA sebagai ketua AJK hadiah dan sijil pi gatai cadangkan bagi hadial buku kat pelajar. 
dok pung pang pung pang citer pasal BBW dan betapa murahnya buku2 kat situ.
cadangan diterima. 
i is sukkaaaaaaaa sbb dpt pi BBW lagi hahaha
husband ok aje, aku tau dia lega sgt tu takyah bawak aku pi bbw. 
kiranya dah 2x aku pi BBW tanpa dia. 
so peruntukan rm1.5k untuk beli buku kepada semua pljr T1 dan T2 sebagai peserta, 
semua fasilitator yg terdiri dr ex-students serta semua guru.
semuaaaa dpt buku BI dr BBW hehehe
TA tak ingat tarikh.
apa yg pasti kami berempat (3 lg cikgu BI) pi naik van sekolah ke MIECC dr sabak bernam.
bertolak kul 3pm. gigihhhhhhhhhh hahaha
jauh tu wei. oh ya aku ingat, esoknya tu cuti thaipusam, tu yg kami ok aje

kami smpi dlm kul 6pm.
dah siap2 solat asar dah td kat surau petronas.
org tak ramai masa ni.
in fact hall utk pameran buku pun tak dibuka semua mcm biasa.
kira tak besar lar event kali ni berbanding sebelumnya.
kedai mkn kat tingkat atas tu pun tutup.
semua dipindahkan ke bhgn bwh, still takde yg buka pun masa kami pi tu.
dah ler semua tgh kelaparan huhuhu

bukti kehadiran hahaha
setelah diagih2 kan, kami pun berpecah untuk cari buku yg sesuai dijadikan hadiah.
aku cari buku utk cikgu2 berjumlah 58.
tak muat wei 1 bag tarik yg aku bawak tu.
pi hantar ke tepi dulu, cont plak dgn heret bakul yg disediakan.
tu blm lg dgn buku sendiri huhuhu
tp this time aku cuma beli 4buku bm utk anak, lain2 buku aku tak smpi 5 pun.
tp total damage rm80 gak sbb aku ambik buku tebal2
saja nak cpt bg penuh mini library aku ni
soal baca ke tak letak tepi dulu.
eh aku baca ok..ada kesempatan mmg baca.

 tgk cikgu2 ni tgh gigih sort buku yg dah di pilih..tapis semula nak tgk sesuai ke tak.

 TA bawak bag tarik kuning tu, while Thuda bawak bag yg beso tu

 2-3x gak staff bbw dtg area kami berlonggok ni dok tanya buku mana tak guna utk depa kemas semula. bila aku ckp semua buku ni nak dibeli, blh plak buat muka tak caya hahaha

 masa nak bayar...byk gila hahaha

 tak kira, nak tepek gak gambo ni wlupun shaking.
ni je pic kami ber-4 yg ada

 takde maknanya kami nak angkut semua buku berat2 ni ke van.
staff bbw yg tlg hangkut, guna keta tolak kecik tu..terus ke lobby.
pastu 2org pi panggil van 2org lg tggu buku2 ni semua

byk kan.

inilah hasilnya dgn bantuan 4org pelajar yg TA minta tlg.
buku2 atas para tu utk cikgu2.
semua pelajar happy tak terkata dpt hadiah buku.
yerlar..selama  ni hadiah hamper mknn ringan je pun. 
gah sket alat tulis.
paling gah wang tunai.
kali ni semua excited dpt buku.
padahal 1 buku rm5 je pun hahaha
keluar dr MIECC dah kul 9pm.
singgah makan lagi, kul 1am tepat TA smpi umah.
fuh..letih. mujur esoknya cuti.

nnt ada masa share citer pasal camping ni pula ok.

itu dulu, bye semua!

Tuesday, February 17, 2015

cuti yeayyy!

assalammualaikum =)

finally its cuti again yeayyyy!
sape tak suka cuti hoi. 6 hari tu selasa-ahad hehehe

 masa cuti lar baru sy dpt duduk kat soho kesayangan sy ni and update blog.
masa kerja sekarang sgt susah nak update blog sbb list to do sgt pjg utk diselesaikan.

ini semalam punya kerja.
smpi sekolah kul 7.30 tu terus attend assembly di depan asrama.
then 7.45-8.15 adalah masa utk program keluarga sbp. 
bertemu mentee selama setengah jam, mentee adalah pelajar lelaki.
perjumpaan diadakan di dorm.
allahhuakbar, dorm lelaki ni 'hebat' sgt hahaha
tergerak di hati nak bantu utk deko2 dorm mentee TA ni seperti sy bantu deko dan kemas kelas 3R.
tapi mampukah?
mampu di sini adalah mengenai masa ya kawan2...
adeh...blh ke?

tamat perjumpaan dgn mentee, bergegas ke kantin utk breakfast.
then bermula lah TA jadi lipas kudung menyelesaikan to-do-list sebelum cuti.
pengurusan anak tetap berjalan which is kul 11.30am kena ambik amal dr pra dan hantar rumah pengasuh.
then makan tgh hari, then sambung lagi buat kerja.
alhamdulillah semua selesai menjelang kul 2pm. 
bergegas pula ke dewan ibnu khaldun utk handle pendaftaran ibu bapa yg dtg mesyuarat agung pibg.
ya semalam sy 'stuck' kat mesyuarat agung pibg smpi ler kul 5pm huwwwaaaaaa!
rasa mcm dok dlm sauna je kat situ.
panas btl, econ dan kipas mcm tak berfungsi je rasa.
5.30ptg ambik anak2, kul 6.10ptg smpi umah.
rasa tak jejak lantai je masa tu sbb badan letih sgt, so rasa melayang2.
rehat jap, buat apa patut, layan anak2, then kul 8.30 sy dah tido huhuhuhu
semuanya en.suami yg handle lepas tu.

pagi td, 4.30am sy dah tersedar.
buatlah apa patut.
selesai.
tu yg sekarang blh online kekekeke

jap lg kul 9am dah kena hantar anak2 ke rumah pengasuh.
sy dan en.suami nak bawa emak ke eye specialist di setia alam.
mak nak tukar spec baru, tetiba scanner kat kedai spec tu tak dapat baca power mata mak.
maybe sebab ada cataract kot.
so amoi tu suh bawak mak ke eye specialist.
kebetulan hr ni cuti, so jom kita mak pi jumpa eye specialist.
harap2 hari ni juga sempat nak renew passport.
 you all ke mana cuti ni?
kami takde ke mana pun, balik kg pun tak, sebab mulai esok hsuband dah busy dgn rugby.

eh apsal tetiba aku rasa dah mcm tulis diari gamaknya ni?
adehhhh takpelah kan, sesekali.

byk nak share cerita kat sini sbnrnya u all, tapi tak sempat.
nnt lah ok.
itu aje.
bye semua!

Thursday, February 12, 2015

VCK: my kids homework station

assalammualaikum =)

schedule entry ni u all, taip sekali ptg semalam.
nak update blog masa keje btl2 tak sempat dah skrng ni.

cuba korang search homework station kat pinterest.
perghhhhhh macam2 deco yg kuar semua cun2 menggoda jiwa.

alhamdulillah...since masuk pindah ke vck 3thn lalu, homework station a.k.a meja sudut belajar anak2 yg ada meja kerusi diberi keutamaan utama.
mmg set up siap2 for long term use..means perabot yg dipasang blh guna smpi anak2 dah besar kelak insyaallah. 
sebenarnya dah pernah tayang homework station anak2 sy dlm entry ini
tapi this time sy makeover sket bg lg cun.
alarrrrr bkn hebat sgt pun hahaha
saja buat ayat yg nmpk hebat :p

ini dia homework station anak2 sy di vck
most of things here beli kat ikea

 baru install benda ni ha untuk letak segala mcm alat tulis iman amal.
bekas merah putih tu dah lama beli sbnrnya.
yg baru beli cuma dia punya besi bygel tu

 emmm nape tah takde plak gambar yg sy snap dr pandangan hadapan homework station ni hahaha
takpe, yg nak tgk pndangan hadapan blh click kat link entry atas tu ha
ada pic kat situ
cuma pic yg tu takde lg install bekas alat tulis ni

mmg kat sinilah tempat anak2 buat homework mereka setiap malam.
amal, since masuk pra ni mmg takde homework
so mama bg dia buat latihan dlm buku kerja yg mama beli sendiri 

ok itu aje nak share
bye semua!

Wednesday, February 11, 2015

get well soon my dear!

assalammualaikum =)

jawapan kepada soalan elly: most of sbp mmg sket je bilangan pljr dlm 1 kelas. average 30 students in 1 class. class aku ni 28org je. kelas nmpk luas sebab meja di susun mcm dlm gambar tu which is salah satu susunan kelas abad ke-21.
kelas anak aku lg sket, 22org je dlm satu kelas hahaha...sekolah luar bandar beb. nyaris2 nak jadi sekolah kurang murid. 


phewwww busy gila minggu ni. sgt banyak perkara yg perlu diselesaikan dlm minggu ni juga. tekun menyiapkan semua kerja satu demi satu sampai lupa nak update blog huhu. bkn lupa, lbh kepada tak sempat. seriously tak sempat langsung nak jengah blog. tak sabar wei nak cuti 6 hari next wk sempena cny. 
abang iman demam. kesian dia. semalam, masa mama ambik dia balik sekolah kul 1pm tu, masuk je keta lepas bg salam dia terus mengadu dia demam sakit kepala pening tak larat blablabla
saya rasa dahi dia, yup dedar. so ptg smlm tak sekolah. mlm td still demam. pagi td pun sama. so hari ni tak sekolah juga pagi ptg. ptg td en.suami dah bawa abg iman ke klinik, dah dpt mcm2 ubat. 
mama doakan moga abg iman cepat sembuh ya sayang. 
terima kasih sgt2 pd teacher huda yg tak putus send gambar iman di sekolah wlupun thn ni dia tak mengajar abg iman. seronok tgk pelbagai gaya iman di sekolah. yerlar...mana lar mama dpt tgk gelagat anak2 di sekolah kan? 

fuhh segak mcm yb! 
ni masa abg iman mengikuti ikrar pengawas sekolah dan pegawas pusat sumber sekolah di perhimpunan isnin lepas. 
abg iman kena berdiri tepi sekali di level bawah stage. that is why dia nampak rendah dlm pic ni. 

sengaja mama blur kan gambar tepi2 dia supaya lbh fokus pada anak penulis blog ni muahahaha
noticed that iman senyum senget? 
yes..abang iman mmg senyum senget dr dulu lg hehehe..
takpe, tetap handsome. 

ni pula masa sambutan maulidurrasul tempoh hari.
semangat wei anak aku berselawat. 
really proud of you baby. 

haaaaaaaa korang kira arr berapa byk plastik kuih depan dia tu hahaha
selalu mama terima jawapan: iman mkn 10ketul cekodok dan 5ketul roti jala kat sek hari ni mama
tgk badan arr wei hahaha
masa ni dia blh lupa pakai tie dr rumah, tu yg nmpk comot sket tak pakai tie huhu

gambar iman masa perhimpunan pertama sesi persekolahn 2015 lalu

korang percaya tak blazer ni saiz dewasa sbnrnya?
aku hantar kat tailor utk alter apa patut supaya fit kat bdn abg iman. 
klu beli saiz budak mmg tak muat arr.
beli saiz bdn dia labuh plak tgn, tu yg hntr alter.

abang iman sayang,
cepat sembuh ya dan blh kembali ke sekolah mcm biasa.
rugi tertinggal belajar sbb cuti kan sayang?
apapun iman rehat dulu, dah sihat btl2 baru pi sekolah.
cuaca panas sgt sekarang, tu sbb demam kot. 
mama doakan yg terbaik sentiasa buat iman.
love you sayang!

itu aje bye!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH