FOLLOWERS

Showing posts with label mari baca buku. Show all posts
Showing posts with label mari baca buku. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

antara nak dan tak nak ajer

assalammualaikum =)

gambar baru dah takde. biasanya klu sy blogging mesti ada gambar. entry tanpa gambar ni rasa mcm pelik. kecualilah kalau sy ni pandai menulis... masalahnya i'm not good in writing :( ada gak baca blog tanpa gambar, mcm best jer sebab writer dia pandai menulis. dah mcm baca diari pun ada hehehe
so pagi ni nak jugak buat new entry wlupun takde gambar. nak membebel pasal apa yer? *blank*
dalam entry yang lepas2 sy ada bercerita pasal saya pi borong buku kat karnival karangkraf , kat book fair PWTC, kat Big Bad Wolf. mcm bagus jer kan? beli buku banyak2...cikgu lar sgt. agak2 terbaca tak semua buku tu? honestly, dulu2 zaman blm ada komitment sebagai isteri dan ibu, mmg sy suka membaca. tapi bila dah beranak pinak ni, ecehhhh mcm dah tua sgt plak, habit suka membaca tu dah semakin berkurang. kekangan masa menjadi alasan utama dek kerana tuntutan tanggung jawab yg lain. tapi lately ni, timbul satu kesedaran bila tgk buku2 yang bersusun cantik tu semua dah mula berhabuk tak berusik. kesian buku2 tu...
so sy berazam utk mulakan semula 'minat suka membaca'. WOW! again...WOW SANGAT!
so alhamdulillah...banyak dah buku2 tu saya baca. bila masa saya baca buku2 tu? pandai2 lah curi masa ya. hujung minggu ada, cuti sekolah yang panjang pun ada. sebelum tido pun blh. pendek kata antara nak atau tidak jer. pastu kurangkan sket pegang ipad dan tab, insyaallah ada jer masa nak membaca. cuma, satu perkara yg saya realize, dulu saya sukaaaaaa sgt baca novel cinta. sekarang bila nak baca novel cinta jer menguap. mmg takleh masuk dah. nape tah. so ada ler tu 3 novel yg sy beli kat karangkraf dulu elok jer cantik tak berusik. haaaa lagi satu majalah pun sy takleh layan dah skang ni. selalu jer singgah kedai nak beli majalah, tp lepas belek2...takde satu pun yg berkenan. selalu dah mcm tu. sy akui, semua ni disebabkan oleh faktor umur. buku2 keagamaan, motivasi dan kekeluargaan menjadi pilihan utama. bila lagi nak berubah untuk menjadi yg lebih baik, inilah masanya kan? jangan tunggu NANTI! mati dtg tanpa isyarat. lagi satu, peringatan kepada diri sendiri terutamanya, rajinkan juga baca Al-Quran. insyaallah...tenang jiwa :)
eh lupa, buku2 berkenaan dgn fakta2 dunia sains dan teknologi yang sentiasa berkembang ni pun, best untuk di baca. tak percaya...cubalah! 
ok dah habis membebel...
jmpa lagi nanti..bye semua!

SAPER NAK TEMPAH TUDUNG LAGI..EMAIL SAYA YA. TQ!

Saturday, December 29, 2012

the world's biggest book sale

assalammualaikum =)

salam hari sabtu buat semua
cuti dah sampai ke penghujung
nampak gayanya semakin susah untuk sy update blog lepas ni huhuhu
semalam seharian dr pagi smpi ke petang ada mesyuarat di sekolah
letih toksah cakap lar...
pagi semalam sempat juga sy bawa iman ke orientasi pelajar tahun 1 di sekolah nya
so hari ni nak pulun wrap textbook iman plak
pastu nak buat sticker nama utk peralatan sekolah dia
pastu nak tampal lencana sekolah kat baju dia
iron baju pun tak siap lagi...
haiyaaaa.....penuh list to do
kerja kat sekolah pun dah mula menimbun...
good bye school holiday
i will miss you soooo much! sob sob sob...sedih ni sob!

berbalik kepada tajuk di atas....
ramai yg bercerita tentang kemeriahan big bad wolf ni kan?
sy juga merebut peluang ni untuk menambah koleksi buku sy dan anak2..
otw balik dr legoland sempat singgah di sini
hr khamis so masa tu takdelah penuh sgt dgn org
sedang elok nak memilih buku dgn tenang...
anak2 en.abah hantar main kat playground tingkat atas tu.
so kami dpt pusing setiap bhgn jualan buku ni dengan gembira hehehe..

 byk wooo kami borong buku sebab serius murah!
buku hard cover plg mahal pun rm15-rm20
purata harga sebuah buku kat sini rm8

so inilah buku2 yg kami grab kat situ...

 anak2 sy boys so mmg tak layan arr buku2 princess tu semua wlupun hati mama meronta nak beli gak sbb comel2 hehehe

 buku2 anak ni semua best2 sbb byk sticker yg colorful dan kualiti sticker dia mmg terbaik.


 for me and my other half


 suka buku ni sbb byk gambar hehehe







semua buku2 ni berjumlah rm170.00++
klu pi MPH dgn harga rm170 ni sy rasa hanya dpt maksimum 4 buah buku kot
sgt berbaloi

itu dulu untuk entry di hari sabtu...bye semua!!

P/S tempahan tudung dibuka seperti biasa ya. 
email sy jika berminat...tq :-)

Saturday, January 28, 2012

cerita tentang buku- part 3- borong buku di karnival karangkraf

 assalammualaikum =)
ok ok ni cerita last pasal buku. kang ada yg muntah hijau plak baca entry pasal buku jer ni hahaha.. yg penting, tgg jawap sy utk kempen membaca jambatan ilmu dah sy lakukan. sungguh lar drpd korang habiskan masa dgn byk mengadap facebook and twitter, online dok baca gossip artis, dok main psp or ps2 memanjang, dok ngadap tv berebut remote cntrl dgn anak, baik luangkan sedikit dr masa tu dgn membaca buku. byk kebaikan nya :-) ok jom tgk buku2 yg sy borong kat karnival karangkraf smlm. byk hokayyy huhuhu sethn tak yah beli buku dah.

 buku cerita utk anak2. suka iman ada nama dia kat buku tu ha

 rm3 per book ok. ni semua cuma rm12. punya lar dah lama tak beli novel. akhirnya TERbeli jgk kat sini

 Buku2 utk kedai en.suami

 tah mcm mana mjlh midi pun sy beli huahuahua.... ada lar less sket utk mjlh ni semua

 buku2 pilihan sy utk tambah koleksi yg ada

 buku pilihan hubby

semua buku dan majalah ni + 2 buku hubby td only for rm123.00 sgt berbaloi-baloi

hadiah dr karangkraf

ADIOSSSS!!

cerita tentang buku- part 2 -Karnival Karangkraf 2012

assalammualaikum =)

semalam sy dan hubby ke karnival karangkraf shah alam. tujuannya takkan nak beli basikal kan? hahaha...mestilah nak pi beli buku dan majalah dgn harga yg murah. otw, baru teringat kamera tinggal kat umah gosh! bengang ok. so amik gambo guna hs hubby je. gambo dlm hset bkn main cantik dan clear, tp bila upload ke blog, semua jd blur. i malas nak edit pixel bagai....so slmt melihat gambar yg blurrrr miahahaha!
kami smpi di karangkraf sekitar jam 10am. klu ikut kwn2 ckp, sabtu ahad lg penuh manusia kat sini. so pg jumaat ni, wlupun kitorang parking lbh 1km jauhnya, pengunjung masih dikira tak ramai sgt. WHAT??? haaaaa baguslar mcm tu, ini bermakna rakyat malaysia mmg suka membaca, melayu terutamanya, sbb lbh 90% pengunjung di sini adlh melayu. 
ingatkan kena menapak jauh2 tu, tetiba nmpk shuttle car utk mengangkut pengunjung yg parking jauh. waaaaa sungguh bertuah kaki ku ini tak perlu nak jalan jauh2 :D

aiseyman..terus tak nampak senyuman manis teacher azimah
banyak booth penulis novel terkenal seperti anis ayuni dan lain2 di bahagian depan karnival ni. tak berhajat pun nak mintak signature diorang sbb mcm tak nak beli novel hehe..tp perasaan sedikit teruja bila nmpk booth dr.hm tuah. wahhhhhh nnt klu dia ada mesti nak jumpa jgk ni :D

bahagian hujung karnival adlh ruang pameran buku2 dan novel. ni pun diorang kata msh tak seramai pengunjung sabtu ahad. peringatan: tlg jgn bwk babies ke sini ok. sian budak kecik tu kang.
bahagian tgh adalah booth majalah terbitan karangkraf

dah Q nak bayar. see...3 bakul buku ok! alar, buku utk kedai hubby jer byk tu ngeh ngeh ngeh eh serius murah lar buku2 kat sini. novel serendah rm3 per book. buku2 lain ada less 30% dr normal price. mana blh aku tahan tahap keterujaan tak sambar novel yg murah2 tu hahaha..wei, harga asal rm19.90, now dah jd rm3 jer. serius murah kan? novel yg br release n tgh glemer sket jer lar less nya. eh sikit2 pun 30% jgk tau. tp aku x ambil lar novel yg rm5 or rm10 per book tu, dah mahal :D

dpt main spin kat booth digi sbb resit pembelian kami yg lbh rm50. dpt ler hadiah buku nota 1. bestnya td masa byr buku2 tu kat kaunter, sy dpt 20 free buku nota karangkraf. korang nak?

pastu otw keluar dr karnival ni, hubby kena tahan dgn wartawan dr tv mana tah, nak interview dia pasal beli buku byk2 ni. haaaa jawap jgn tak jawap. then masa smpi kat booth dr.hm tuah, pembantu dia kata doc br jer kuar nak pi bersiap solat jumaat. melepas!

nak citer apa lg ya. buku2 yg sy beli tu nnt sy cerita dlm next entry ya. berbaloi2 ok. karnival ni akan tamat pd  29 jan 2012 (esok) so sempat lg klu ada sesape nak pi serbu. sabtu ahad ni mesti ramai artis kat sana. mana tau bertuah bdn dpt bergambar dgn aaron aziz ;-)

Friday, January 27, 2012

cerita tentang buku- part 1

 assalammualaikum =)

sejak dr mula mengenal huruf, sampailah sekarang sy tak pernah jemu dgn hobi yg satu ini. wlupun pelbagai hobi baru yg dtg dlm hidup sy mcm blogging selari dgn bertambahnya usia, membaca buku tetap menjadi pilihan di kala adanya masa terluang. koleksi buku sy blh dikatakan banyak. magazine lgggggg byk. pernah suatu ketika dulu apa aku guna ayat sgt skema ni sy melanggan mjlh cleo. then bila dah ada anak, sy melanggan pula mjlh pa&ma. dan kini sy dgn setia melanggan mjlh anis. eh ok lar tu...umur dah nak masuk 32thn, kena tambah lbh byk ilmu agama di dada :-)
ok sbnrnya smlm sy tggl sendirian di rumah. so dgn rajinnya sy mengemas rak buku yg comel2 kat rumah ni. eh tak comel pun sbnrnya, rak buku murah jer hahaha... nnt kat rumah baru nak beli rak buku yg lbh elegent insyaallah...:D
jom tgk koleksi buku yg teacher azimah ada.. sila tekan x kat ujung belah kiri bhgn atas tu klu tak berminat hehe

 haaaaa kan dah kata rak buku murah je. nmpk tak buku biru paling besar kat rak paling atas tu? 

ini buku kisah lengkap sirah nabi, buku paling mahal yg ada dlm koleksi sy.
*gambo dr google je ni

sy paling suka baca buku bercorak motivasi

 buku tulisan 'ustaz cinta' yg menjadi koleksi kesayangan sy.

 buku untuk yg bergelar guru

 selain dr buku ustaz hasrizal, sy cukup suka dgn hasil tulisan dr hm tuah ni

 dua buku ni hadiah dr en.suami sempena anniversary kami 19 nov 2011 yg lalu. buku INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA tu sgt best! buku lg 1 tu blm baca :D

 yang ni antara koleksi buku en.suami

 ABD JALIL ALI juga merupakan penulis yg sy suka. nnt nak beli buku KOPI O TANPA GULA plak.


 ni plak koleksi novel cinta yg sy ada.. ni byk beli masa sblm kawin dulu. dah kawin, aktiviti membaca novel cinta ni dah makin berkurangan, diganti dgn buku2 berbentuk motivasi plak


sebahagian koleksi buku agama yg sy ada

 wahhhhh buku resepi pun ada?? ni en.suami yg beli hokay

 buku RD, en.suami yg langgan dulu. selain RD, byk lg koleksi buku berbahasa inggeris yg sy ada tp ntah knp x snap plak gambo dush! dush!

koleksi majalah

ok 3 buku ni adalah koleksi terbaru yg sy blm baca. br beli smlm kat sg besar. 3 ni pun dah dekat rm50 huhu..

bagi sy, tiada istilah membazir untuk membeli buku. buku takde expired date ok. apa yg penting, ilmu yg kita perolehi drpd membaca buku2 ni semua. rugi bg sesiapa yg tak minat membaca buku. akhir kata dr saya:


**nantikan cerita tentang buku-part 2 ya

Sunday, May 01, 2011

it's may again

assalammualaikum ;)

lamanya sy x update blog. serius x sempat. xperlar kan...bkn jatuh wajib pun nak update blog ni :P...
bln may dah pun tiba. seperti yg sy pernah cerita thn lepas (huhu lama dah), bln may merupakan bln terpenting utk sy. pendek kata mmg sy suka arr bln may kan... dan kesimpulannya rm juga kuar dgn laju utk bln 5 ni. ya....bulan shopping utk sy! (elehh mcm lar bln lain sy tak shopping hahaha). 7 may ni birthday hubby sy yg ke-32. hadiah dah beli n dah bagi pun kat dia so dah blh citer n display gambar hehe... uiks awalnya bagi?? adalar sebabnya kan.. thn ni we all decide nak surprise to each other. ok suprise ya!! jenuh arr cari idea.... dipendekkan cerita, ini hadiah utk mr.hubby yg betul2 buat dia gembira dan surprise...:D

rugby jersey from canterbury

seluar dan topi juga dr canterbury

minggu ni mr.hubby ada rugby tournament peringkat negeri, so bagi hadiah ni awal kat dia supaya dia blh pakai masa tu nnt. alhamdulillah dia suka kat hadiah ni...
smlm, 30 april, mr.hubby sudi bawa sy ke pesta buku PWTC. takmo cerita sgt pasal tu lg, cuma nak display buku2 yg sy beli smlm. siap melanggan majalah anis lagi. sy mmg suka baca mjlh ni, byk info dan panduan bagus utk kita sebagai muslimah yg berkerjaya....

3 buku yg sy beli kat atas adlh antara buku yg tgh top skang ni. sy mmg suka baca buku2 ilmiah berbtk motivasi diri ni. buku tulisan ustaz hasrizal juga sy ada semua koleksi...

ya...RM kuar lagi dgn laju masa ni huhuhu....
nak dijadikan cerita, rupanya cik viva sy pun tau bln may dah tiba. dia turut sama merengek nak itu dan ini alahai... otw blk dr pwtc smlm, tayar viva pecah pulak. bkn pancit ya tapi pecah!! emmm mmg dah plan dgn hubby dulu, bila smpi masa nak tukar tayar, sy nak tukar kpd sport rim terus. alhamdulillah urusan tukar tayar n sport rim cik viva selesai tgh hari td dan yg pasti ia bkn percuma uwwaaaaa.....baru 1 may ok. nmpk gayanya selasa ni sy kena terjah akaun kritikal lar ni huhu...coz masih menanti beberapa list yg semuanya menuntut kpd RM. bln may mmg bulan untuk shopping!
sekian terima kasih...

Tuesday, February 01, 2011

selagi masih muda

itu tajuk buku yg sy baca skang ni. ntah bila nak habis baca hehe.... buku ni mengisahkan pengalaman sebenar guru-guru cemerlang di malaysia. salah seorang penulisnya adalah tn.hj rizuan bin atan: guru pakar bahasa melayu di sini. best cerita yg tn hj tulis!!
knp teacher azimah baca buku ni?? sy mmg suka membaca...cuma sejak jd mama ni, hobi tu agak terbatas. ermmm ada jgklar cita2 nak jd guru cemerlang hehe.... cita2 mesti tinggi ok haha...
ni kira hadiah utk diri sendiri jugak lar..rm28. beli dikala gaji masuk, kira ok lar ;)
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH