FOLLOWERS

Wednesday, March 03, 2010

bilik tidur idaman kalbu

bestnya klu impian menjadi kenyataan dalam sekelip mata...setujukan kalian?
klu dlm mimpi mungkin blh jadi...tidak dlm alam nyata. bilalah agaknya pemaju rumah tu nak call sy, inform nak start process semua urusan pembelian rumah n sy blh signature apa patut. kata haritu lepas CNY, tak jugak.. tak sabar rasanya nak ada rumah sendiri. once sy dah t/tgn apa patut, blh la sy mula survey2 interior design mana sesuai utk rumah sy nnt. ni klu nak buat skang pun, semuanya tak confirm lg. isk...risau rasa hati. jenguk tapak rumah, pembinaan dah pun bermula. ermmmm ni mesti cina tu nak demand letak harga mahal2 ni. sabor jerlar....


besarnya keluasan bilik tidur dlm pic ni kan... kalaupun tak dpt bilik tidur luas mcm ni, dpt sy tiru design dia pun jadilah...huhuhu moga Allah murahkan rezaki kami sekeluarga amin...

nota kaki: kak baayah, staf pemaju perumahan tu bgtau nama sy n ustazah ct, kwn sebelah meja sy ni confirm dpt utk rumah tu nnt. lega sket rasa hati...tp bila nak start proceed kak baayah oi...:P

Tuesday, March 02, 2010

being a teacher

inilah nasib kami huhu.....
kadang-kala mereka buat kami gembira,
adakalanya kami berduka,
kadang-kala mereka buat kami berbangga,
adakalanya kami kecewa,
kadang-kala mereka buat kami rasa berguna,
adakalanya kami rasa useless,
kadang-kala mereka buat kami excited nak mengajar,
adakalanya kami rasa pening kepala...

Tanggung-jawab guru bukan sekadar mengajar di kelas..

tak terjelas dek huruf dan kata-kata...

moga ilmu yg diberi menjadi panduan

penyuluh hidup dunia akhirat.

nota kaki: teacher azimah baru lepas kena observe di kelas. blh plak time ust.ahmadi ada ni lar, LCD kat lab buat hal. lip-lap lip-lap...huhuhu sakitnya jiwa time tuh. sblm2 ni ok jer tak mcm ni. harap ustaz ahmadi memahami masalah teknikal yg dihadapi. tp lepas ust ahmadi kuar jer, semua jd ok balik. apakah???

Sunday, February 28, 2010

KITA diperlukan

askum dan salam sejahtera...
siapa KITA yg sy maksudkan di atas? sbnrnya sy amat tertarik dengan isu yg diketengahkan oleh ceupacs baru2 ini. lebih ramai penjawat di sektor awam adalah wanita. 3 perempat dari kekosongan jawatan PTD baru-baru ini telah diisi oleh wanita. dan lebih menarik 70% warga pendidik di Malaysia adalah WANITA! kita lah wanita itu, saya, anda kalian...benar bukan?
sy tidak mahu mengulas lebih lanjut kenyataan yg dibuat oleh ceupacs itu. tp sy cuba utk 'relate' isu ini dengan kehidupan sekitar sy.
Khamis baru2 ini (25 feb) sy ke Putrajaya menghadiri 1 mesyuarat di Kementeriaan Pelajaran Malaysia. Mesyuarat penyelarasan item percubaan PMR dan SPM SBP 2010. buat pertama kalinya pembinaan item akan dilakukan totally secara 'online' (gara-gara tiada budget @ save budget @ cut-cost etc...) mampukah sy sbgi ketua penggubal soalan Sains PMR handle perkara ini? moga Allah permudahkan segala urusan...amin. berbalik kepada isu utama, hampir 2 pertiga dari ketua2 penggubal yg hadir adalah wanita. berjalan dr bilik mesyuarat kemboja ke tandas, rata-rata kakitangan yg ada di situ juga wanita. dlm skop yg kecil ini pun, wanita lebih mendominasi. nampaknya terbukti sudah kenyataan ini.
paling penting, kita kena lihat dr sudut yg positif. fakta sekarang kan memang wanita yg lebih ramai dari lelaki? maka sudah tentu golongan ini juga yg ramai memegang jawatan di sektor awam. maka saya sebagai wanita amat berbesar hati dan berbangga bila isu ini diperkatakan. tidak ada yg perlu dirisaukan, atau dikatakan berbahaya atau dikhuatiri. kita semua bekerja dgn niat asal untuk membantu suami (bg yg telah berkeluarga), membantu mak ayah di kampung, membina kerjaya utk masa depan dan pelbagai alasan lain yg sy yakin rata-rata tujuan tersebut adalah tujuan yg baik.


ABOVE FIGURE IS JUST FOR LAUGH

walau bagaimanapun, di sekolah tempat sy mengajar sekarang SBPISB, guru lelaki lebih ramai dr guru wanita. ya itulah hakikat yg jarang kita jumpa di sekolah2 yg lain. sy sendiri ketika mula mendaftar di sini 5 thn dahulu terkejut dgn situasi ini. emmm sy rasa guru2 wanita di sini hanya transit sementara, means ramai yg berpindah mengikut suami setelah berkahwin. itulah senario di tempat kerja sy.

tamat mesyuarat di KPM, sy meronda di alamanda. kebetulan waktu makan tengah hari tika itu. sekali lagi mata sy melihat lebih byk 'baju kurung batik' berbanding kemeja batik. sah, mmg wanita yg lebih ramai di sektor awam... apa reaksi anda mengenai isu ini?

nota kaki: sbnrnya sy sedang berada di pusat tiusyen waktu ni. students tgh ujian. 5 pljr perempuan dan 4 lelaki. emm...

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH