FOLLOWERS

Tuesday, July 13, 2010

futsal dan pantaque

ini cerita 2minggu lepas yg dah lama terperam. sempena minggu koperasi sbpisb, diadakan pertandingan futsal dan pantaque antara guru-guru dan pelajar. tujuannya tak lain dr untuk mengukuhkan lagi ukhuwah di kalangan warga sbpisb. seumur hidup sy, ni ler 1st time main futsal dan pantaque. main tak seberapa, ketawa yg lebih. apapun semua ni dpt jgk release tension kami, dan menghilangkan letih sy bekerja di sekolah dan rumah.

mudah jer main pantaque ni sbnrnya. ermmm now i got the answer why the oldest like this game...mmg tak melibatkan pergerakan fizikal sgt :) frankly speaking, game yg tak mencabar sgt ler huhuhu..

main futsal pun best. sakit 1 badan dibuatnya huhu...ketawa....ketawa...ketawa....mmg ceria



team guru-guru... walaupun kalah, kami tak kisah. yg penting kami happy

cukup dulu untuk entry pendek kali ini. teacher azimah ada banyakkkkk kerja yg perlu dibereskan. pening btl lar..mana nak fikir hal anak2 kat umah lg huhuhu...

NOTA KAKI: ptg ni mak nak balik kg dah. mcm mana lar anak2 esok tinggal dgn temporary maid ni. risaunya rasa hati...kerja kat sekolah dah lar tgh banyak. harap2 'kak siti' blh handle amal dgn baik esok amiinnnn

Friday, July 02, 2010

anak bujang saya :)

mama sayang sgt kat anak bujang mama ni. since dah ada adik ni, dia dah pandai beralah dengan adik, selalu tlg mama jaga dik, tlg amikkan brg etc...

tapi kesian, smlm 4x mama jentik telinga dia. meraung abg iman dibuatnya. walaupun jentik tak kuat, tp sy rasa utk dia kira sakit lar kot. sian tau... knp mama jentik dia? 1st sebab dia main wet tissue after mama mop and sapu lantai. marah lar apa lg. penat tau balik sekolah tak sempat rehat lg terus mengemop, menyapu, tiba2 abang iman dok tonyoh2 wet tissue kat lantai. abislar melekit balik. mama dah ckp byk kali taknak dengar, dah kena jentik telinga baru nak meraung nak minta maaf. tp bila dikenang balik, alahai sian anak mama. paling tak tahan dgn ayat dia : "maaf mama" huhuhu sgt meruntun jiwa.

pastu belah ptg kena jentik lg coz elok jer lepas mama kemas toys dia, blh dia selerakkan semula. angin 1 badan hokay!! tp kesian jugak coz alasan dia: "iman nak amik laptop iman bawah meja, tapi tersangkut. iman tolak lar meja tu. abis semua mainan jatuh. btl mama...laptop tersangkut. iman janji tak buat lagi" aduhhhhh sian ok. tp kena jugak 3 das jentikan kat telinga, pastu explain kat dia, dgr explanation dia, then pujuk. emmm saya mmg mama yg garang lbh2 lg di kala badan tgh penat. tp mmg logik alasan dia. dah cukup baik lar dia usaha amik sendiri laptop tu kan..tp tersangkut plak. isk isk isk...rasa bersalah plak marah dia. tp takperlar, bkn sengaja marah, marah sbb sayang. nak mengajar anak. mlm td iman tido awal, sblm kul 9 dah tido. tak dpt tgk arjuna, citer kegemaran dia. before mama tido, tgk muka dia, alahai...rasa br smlm dok lahirkan dia. untuk anak kesayangan mama MUHAMMAD IMAN KASYFI, 1 hari nnt bila iman baca blog mama ni, mama nak iman tau yg mama sayanggggggg sgt2 kat iman. iman dan amal adalah segala-galanya dlm hidup mama. marah mama adalah untuk mengajar anak mama ni, supaya blh jd yg terbaik bila besar nnt.
itu dulu utk entry kali ini. jumpa lagi!

Thursday, July 01, 2010

holiday @ Langkawi Island- day 3 final episode

hari terakhir kami di Langkawi Island...pagi lg kami dah check out dr chalet coz nak kuar awal dr langkawi. ada destinasi lain. cuba teka??? mana lg klu bkn Padang Besar hehehe... alar takde beli apa pun kat padang besar. beli brooch jer banyak. sy mmg suka kumpul brooch terutama brooch avon. cekgu lar katakan hehehe... jom tgk pic ya.


gambar kami di sekitar The Cabin chalet... blh tahan jgk view kat sini




sempat juga kami singgah di Dataran Lang. bergambar dengan 'lang mulia' kata iman. apa itu lang mulia? hehehe...tanya kanak-kanak insyaallah depa tau.


gambar solo sbgi penutup cerita kami di Langkawi. sedih jgk coz gambar ber-4 dgn 'lang mulia' ni tak cantik. tak nampak kepala lang. geram btl dgn budak yg tlg amik gambo tu.

itu dulu serba sedikit cerita tentang percutian kami di Pulau Langkawi. sampai kat umah, penat tahap cipan huhuhu...dah lar takde maid, semua kena process sendiri. baby amal pun demam sket balik tu, kepenatan. sian dia. dan akhirnya saya pun tak pi ke kursus BTN... terpaksa ditangguhkan coz my mom surrender, tak sanggup jaga cucu keciknya itu yg amat merengek, tak sihat, taknak kat orang and still breastfeed. maka mama pun berkorban tangguhkan kursus BTN demi family. (sbnrnya mama pun penat sgt hehe...sonok jer tak pi BTN). secara keseluruhannya, kami enjoy dgn cuti ni :) wlupun penat, puas hati dapat bersama suami dan anak-anak tercinta. for the next holiday, kami plan nak bercuti berdua without kids. harap anak2 faham hehehehe...tp bila? ntahler, skang ni tgh 'mode nak beli rumah baru' semuanya perlukan RM yg bkn sedikit. citarasa tip-top ni, aduh..cukup ke duit kami :(
itu dulu utk entry kali ini. jmp lagi!!

NOTA KAKI: banyak lg kisah lain yg sy nak story dlm blog ni..harap2 sempat.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH