FOLLOWERS

Wednesday, December 08, 2010

sweet moment to remember

it's all about my 2 heroes


ada ketika, perilaku anak2 bisa buat kita senyum lebar dan ketawa
ada camera di tangan so snap sana snap sini, then post dlm blog kesayangan ni..
isk...tak tau arr nak tulis apa cuma sy sukaaaaaa sgt nak share gambar ni dgn anda semua.

sy terdiam lama melihat gelagat anak2 sy main dgn topeng masked rider ni,
sungguh mencuit hati :D

ni antara gambar terawal amal mula berjalan di luar...berpeluh2 sy dok kejar dia, takut jatuh. so sweet to remember this moment :)

nota kaki: anak2 yg buat sy letih, tp tanpa anak2 hidup sy menjadi kosong...

Tuesday, December 07, 2010

Ujian dr Allah SWT

askum buat semua... actually kami sekeluarga tgh tak sihat. hampir 2minggu anak-anak sy selsema dan batuk. baik sekejap, kembali meleleh je hingus si kecik. tak berhenti makan ubat. kesian...
sudahnya sy dan suami juga dijangkiti virus selsema dan batuk. sy trelebih dahulu demam 2 hari. skang ni tgh batuk kuat including sakit tekak. hampir 2minggu jugalah tidur kami anak beranak tak lena. disamping menjaga sikecik yg merengek ya amat, sy juga susah nak tido dek kerana batuk kuat. sungguh tak selesa....
kami sekeluarga sedang diuji Allah SWT. sy yakin ini cara Allah menghapus dosa2 kami sekeluarga yg sering lalai dgn suruhan-Nya. kami hamba-Nya yg kerdil, tak lepas dr melakukan kesilapan. Kami pasrah, kami redha dgn ujian-mu ini Ya-Allah.. Moga Kau sembuhkan segala penyakit yg melanda keluarga ku ini, amin ya robbal alamin....

Ya Allah, kurniakanlah pada diriku ketakwaannya. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak memberi guna, daripada hati yang tidak khusyuk dan diri yang tidak rasa puas, juga daripada permohonan yang tidak dimakbulkan.

Ya Allah, berlaku lembutlah terhadap diriku dalam memudahkan segala yang sukar, kerana memudahkan segala yang sukar adalah hal yang mudah bagi-Mu dan aku memohon kepada-Mu kemudahan dan kemaafan baik di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah berilah kesejahteraan pada diriku, pada pendengaranku dan mataku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada lemah dan malas, pengecut dan kikir, tua dan keras hati, lalai dan leka, hina dan miskin. Aku berlindung denganmu daripada fakir, kufur, fasik, nifak, sumah dan riak. Dan aku berlindung denganmu daripada bisu dan pekak, gila dan sakit kusta, daripada sopak dan kejahatan ketika lanjut tua.

Saturday, December 04, 2010

amal dan busha

salam bertemu kembali...lama sy tak update blog. seminggu bercuti di kg, takde internet access yg membolehkan sy berblog. sekarang ni sy berseorangan di rumah, tak sihat hampir seminggu. sy dan anak2 demam, selsema, batuk... anak2 dah sihat kecuali batuk ada lg. now sy tgh teruk.. batuk, sakit kepala, mata mcm bengkak jer. suami takde, anak2 sy antar ke rumah pengasuh, dptlar sy rest sket hari ni, rest disertai oleh kerja rumah yg tak pernah habis.

kalini cerita mengenai amal dan busha. mama2 di luar sana pasti tahu apa itu busha kan. alar seluar yg ada gambar kartun kat blkng dia, made from japan. sungguh comel sy suka!! sy mula pakaikan busha pd amal bila dia dah blh berjalan. busha+ romper, comel jer hehe...

ini busha terbaru amal: 1..2..3.. rm10 hokay

busha doughnut

busha katak...

ada lg 1 busha: i love mommy. tgk dlm 'mypicture' takde plak pic amak dgn busha ni. so 3 pic cukup lar hehe... so pd mama2 di luar sana yg tak pnh pkikan busha pd anak2, sila cuba okay. comel sgt tgk amal terkedek2 jalan pki busha...busha ni klu untuk baby girl lg cun2 huhu...sabor jer lar.

nota kaki: sy penat..sy letih...kenapa????
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH