FOLLOWERS

Friday, December 17, 2010

proton city

askum, salam bertemu kembali. lama juga sy menyepi...apa lg, balik kg dan berkumpul dgn adik beradik di rumah kak cik di proton city. tuler aktiviti kami cuti ni, sering ke rumah kak cik di proton city, mengumpulkan cucu2 mak yg seramai 10 orang itu. apa lg gamat jdnya!!
talking about proton city, sy dan suami menanam impian utk bermaustatin di sini. sungguh tenang!! kawasan proton city dilatari oleh banjaran titiwangsa. view yg sgt indah terutama menjelang petang, atau bila hari nak hujan.
sbnrnya sy pernah ke sini sewaktu upacara pembukaan tanah proton city tg malim oleh tun dr. mahathir. masa tu sy baru tingkatan 5, dtg beramai2 menaiki bas sekolah. punyalar jauh berjalan kaki dr jalan utama ke tapak proton city ni. smpi kat tempat yg dituju, tun dr mahathir dah menaiki helikopter semula untuk pulang...sedey huhu....tp tetap menjadi kenangan utk kami semua. tak sangka pula rezeki kak cik untuk tinggal tetap di sini. suami kak cik (senior executive di proton) di arahkan berpindah dr shah alam ke tg malim kira2 5thn dulu... bermula dr situlah kami sering ke tg malim.



ni antara photo yg sempat sy snap dr dlm kereta otw ke rumah kakcik. ni dah masuk ke kwsn proton city, dekat sgt nak smpi umah kakcik dah. cantik kan?? ni baru guna camera murah :P
paling sy suka, ada kwsn rekreasi di sekitar tasik di proton city ni. dekat jer dgn kwsn perumahan...oh bestnya klu dpt dok sini.

nota kaki: banglo tepi tasik masih ada yg berlaber FOR SALE...RM 600K ok! ermmm...

Wednesday, December 08, 2010

sweet moment to remember

it's all about my 2 heroes


ada ketika, perilaku anak2 bisa buat kita senyum lebar dan ketawa
ada camera di tangan so snap sana snap sini, then post dlm blog kesayangan ni..
isk...tak tau arr nak tulis apa cuma sy sukaaaaaa sgt nak share gambar ni dgn anda semua.

sy terdiam lama melihat gelagat anak2 sy main dgn topeng masked rider ni,
sungguh mencuit hati :D

ni antara gambar terawal amal mula berjalan di luar...berpeluh2 sy dok kejar dia, takut jatuh. so sweet to remember this moment :)

nota kaki: anak2 yg buat sy letih, tp tanpa anak2 hidup sy menjadi kosong...

Tuesday, December 07, 2010

Ujian dr Allah SWT

askum buat semua... actually kami sekeluarga tgh tak sihat. hampir 2minggu anak-anak sy selsema dan batuk. baik sekejap, kembali meleleh je hingus si kecik. tak berhenti makan ubat. kesian...
sudahnya sy dan suami juga dijangkiti virus selsema dan batuk. sy trelebih dahulu demam 2 hari. skang ni tgh batuk kuat including sakit tekak. hampir 2minggu jugalah tidur kami anak beranak tak lena. disamping menjaga sikecik yg merengek ya amat, sy juga susah nak tido dek kerana batuk kuat. sungguh tak selesa....
kami sekeluarga sedang diuji Allah SWT. sy yakin ini cara Allah menghapus dosa2 kami sekeluarga yg sering lalai dgn suruhan-Nya. kami hamba-Nya yg kerdil, tak lepas dr melakukan kesilapan. Kami pasrah, kami redha dgn ujian-mu ini Ya-Allah.. Moga Kau sembuhkan segala penyakit yg melanda keluarga ku ini, amin ya robbal alamin....

Ya Allah, kurniakanlah pada diriku ketakwaannya. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak memberi guna, daripada hati yang tidak khusyuk dan diri yang tidak rasa puas, juga daripada permohonan yang tidak dimakbulkan.

Ya Allah, berlaku lembutlah terhadap diriku dalam memudahkan segala yang sukar, kerana memudahkan segala yang sukar adalah hal yang mudah bagi-Mu dan aku memohon kepada-Mu kemudahan dan kemaafan baik di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah berilah kesejahteraan pada diriku, pada pendengaranku dan mataku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada lemah dan malas, pengecut dan kikir, tua dan keras hati, lalai dan leka, hina dan miskin. Aku berlindung denganmu daripada fakir, kufur, fasik, nifak, sumah dan riak. Dan aku berlindung denganmu daripada bisu dan pekak, gila dan sakit kusta, daripada sopak dan kejahatan ketika lanjut tua.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH