FOLLOWERS

Monday, December 05, 2011

her BIG day

assalammualaikum =)

selamat pengantin baru buat mahani dan suaminya, sahril. mahani kawan sy di semesti dulu.. dia juga blogger.. so tau jgk lar perkembangan dia, wlupun sy dah takde fb. eh serius tau since takde fb ni, lost contact dgn kwn2 lama di semesti, uni, kpli dll.. sedih juga. takpelah, adalah kebaikan di mana2 tu bila sy takde akaun fb ni :-)
alhamdulillah semlm dpt juga sy ke majlis pengantin perempuan di sungai tengi. kami sekeluarga bertolak dekat2 kul 12tgh hari. sj pi lambat sket dgn harapan smpi sana tetamu dah berkurangan sbb amal ni ada potensi nak mengamuk kat kenduri kawen. haritu bawak pi kenduri sedara kat sementa, dia dah mengamuk. yg ni?? hahaha...nantikan cerita seterusnya ya.
kami pu ikut jalan sg panjang-tg malim. tak sangka bertemu dgn banjir yg agak dalam. hubby dah bgtau ada jln yg banjir, sbb dia selalu je ulang-alik sabak bernam-tg malim. tp tak sangka plak sedalam ini banjirnya.

masa sampai kwsn ni, nmpk 3-4 buah kereta belah sana tak berani nak lalu. kami naik cik viva lg ler tak berani huhu... tak lama smpi plak keta2 lain blkng kami, semua tak berani lalu. siap ada yg turn back.

dekat stgh jam terdiam kat sini dok pikir2 nak turn back or nak redah, tiba2 nmpk makcik naik motor ni redah banjir dgn perlahan dan penuh keberanian. wahhhh bhgn tgh2 banjir ni serius dalam huhu... makcik ni selamba jer ckp: motor pun lepas, takkan kereta tak lepas. takpe, boleh lalu bawak perlahan2 ya hehehe... cayalah makcik you mmg berani.

lepas motor makcik tu meredah banjir, barulah ada kereta yg berani lalu.. then tiba giliran kami. baca bismillah..baca doa then keta start jalan slowly...huhu seran jgk. buatnya enjin mati tiba2 tgh banjir ni, camno?? alhamdulillah.... lepas.

tak smpi 5 minit tiba di rumah pengantin, amal dah mula menangis, menjerit, mengamuk sekuat hati. huhuhu mama dan abah tension ok... semua dia taknak melainkan nak balik. adoyai.. sian en.suami kena mkn laju2, iman pun sama kena mkn cepat2... lauk pauk udahler sedap2, perut pun tgh lapar, tp kami tak dpt nak menikmati sepenuh hati disbbkan amukan si amal isk isk...
en.suami dah mkn, bawak amal masuk keta dulu then baru sy mkn plak ditemani abg iman. malu wei masa amal mengamuk semua org tgk huhu...
dapat juga sy jumpa beberapa org kawan lama di semesti dulu. sebelah pengantin perempuan di atas adlh ayu aziani, classmate sy masa kelas 4sc5 dan 5sc5 dulu. tgh prgnnt anak ke-2 alhamdulillah...

yg duduk depan pengantin tu, zairi. kerja kat proton tg malim means kat proton city lar. stay pun kat proton city. alahai ayie... kalau tau ko dok proton city blh dtg beraya hahaha... isteri dia cikgu, depa dah ada 2org anak pompuan. yg baju kuning tu arif, pensyarah it kat uitm arau. yg tepi sy tu isteri dia, fazlina...depa baru anak sorang. emm tak dpt nak borak lama2 pun.. sbb takkan nak biar en.suami dlm keta lama2 kan. takpelah pjg umur kita jmp lg lain kali ok...

cantik gift dr awak ni mahani... small calender card. so sweet... blh letak atas meja nnt. tq ya ;-)


so this wishes is special for you ya mahan...;-)

bye!

Sunday, December 04, 2011

happening?

assalammualaikum =)

sy dah balik dr kampung, esok kelas fardhu ain iman akan bermula. masa kat kg sbnrnya byk kali juga sy ulang-alik ke rumah sendiri. al-kisahnya, pagi jumaat lalu kak cik dr proton city call bgtau ada ticket free masuk sunway lagoon sempena proton family day esok. wahhhhhhhh berbunga2 hati ni mendgrnya. emm actually bkn free ticket arr, kena bayo rm20 for 1 ticket. so utk kami berempat kena bayo rm80. murah lar kan? sepatutnya price ticket for adult is rm100 and for children is rm70 (for all parks). so jumaat mlm kami balik semula ke sini utk packing apa patut nak pi sunway lagoon. anak2 sgt lar excited.
subuh sabtu, seawal 5.30am kami dah bergerak menuju ke rumah mak untuk konvoi 4 kereta ke sunway lagoon. kami sampai sana sekitar jam 8.00am, itupun jalan sgt jam! benci! mujur tak susah sgt nak cr packing sbb masa ni kira awal lg. tapi rupanya dpn pintu masuk dah penuh dgn manusia! sy difahamkan semua proton termasuk proton edar dan vendor proton joint this event dgn jumlah sekitar 50,000 orang! WHAT???? apsal lar aku tak amik tau dr awl pasal benda ni kan? serious kalau tau benda ni sy takkan dtg huhu...buat penat jer. mujur iman-amal enjoy mandi manda wlupun sesak. itupun lps mandi manda amal bantai mengamuk jenuh btl... park lain serius tak dpt nak masuk.. tak larat nak bersesak sesak..panas! sakit kepala! anak meragam! hohohohoh...sabor jer lar..

apsal lar pi gabung byk2... cuba buat ikut centre takde ler sesak mcm ni. ok2 sy faham.. mesti ada sebab2 tertentu ni hahaha

sangat ramai dan sgt sesak

sangat ramai dan sgt sesak

sangat ramai dan sgt sesak

masa lalu wild life park ni, blm kul 10am lg so animals masih kena kurung semuanya. dptlar bg naik animal palsu ni hahaha

sangat ramai dan sgt sesak

sangat ramai dan sgt sesak

sangat ramai dan sgt sesak

kesian amal, chicken pox x kering btl lg sy dah bawak ke tempat panas mcm ni. manalar dia tak mengamuk....sian anak mama. family sy dpt bentang tikar btl2 bawah anti-gravity machine kat xtreme park. kira dkt lar dgn tmpt anak2 nak main air. tp sungguh lar kami duduk di bawah pancaran matahari yg th terik. baby menangis kedengaran di mana saja termasuklar baby beso sy itu hahaha... aduh, menyesal dtg huhu. kami tak lama kat sini. sekitar jam 11am kami dah siap sedia nak merempuh kesesakan orang ramai di pintu keluar pulak. iman dan hubby dah kenyang mkn free kfc yg kami dpt hrtu. amal tak mkn apa sbb dia asik menagmuk jer, last2 tertido kat dlm stroller. sy plak tak lalu mkn dah sbb sakit kpla sgt, serius panas masa ni. so cpt2 keluar menuju ke sunway pyramid. makan kat pizza hut. then dgn penuh smngt menuju ke amcorp mall miahahaha....dpt ler peradak anak2. then byk jugak2 singgah2. kami smpi ke rumah dah dekat jam 10 mlm. hari yg sgt meletihkan.....

Thursday, December 01, 2011

balik kampung

assalammualaikum =)

kejap lg dlm kul 11am kami sekeluarga nak balik kampung, nak jumpa iman nak jumpa mak dan lain2. eh sbnrnya selalu je jmpa mak kat kg. rumah mak cuma 45min dr sini. so kalau sy outing ke mana2 selalu jer singgah solat kat rumah mak. kadang2 otw balik dr klang valley singgah solat jamak kat rumah mak dan terus makan malam free hehehe...bertuah punya anak :P
ni rinduuu sgt kat iman. mlm td balik dr tgk wayang iman call mama bgtau dia menangis takut masa tgk filem misteri jalan lama tu. mujur ada paklang dek yg dok ampu dia sepanjang tgk filem tu huhu...mujur dua2 sama besor. mesti tension org blkng dia tak nmpk wayang haha... emm sy dah agak iman mesti menangis punya sbb dia mana tgk cerita hantu ni, penakut budak tu. iman...iman... rindu sgt.

so sy akan stop blogging buat sementara waktu ya. insyaallah hari sabtu kami balik ke rumah semula sbb ahad ada jemputan kenduri kawin kawan kat semesti dulu. isnin depan pulak kelas fardhu ain iman akan bermula. emm dah padat jadual cuti sy ni sebenrnya.. lagi 2 minggu nak pi holiday ke medan, indonesia plak. dah start packing sikit2 hahaha poyo jer kan padahal lg 2 minggu tu :P oklah itu dulu untuk kali ini. jumpa lg next week insyaallah...

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH