FOLLOWERS

Thursday, December 08, 2011

jatuh cinta

assalammualaikum =)

bila bertentang mata, jantung berdegup laju bila suruh di rasa....serius awesome! nothing to complaint.. its perfect!

MAZDA 5

wahhhhh best woo klu dpt keta/mpv ni. itu hari sy dpt peluang test drive kereta ni. wowowo menggigil jap hahaha... emm bg sesetgh org, biasa jer kereta ni kan? tp bg sy yg 'biasa-biasa aje' ni, mazda 5 dah cukup menawan kalbu huhuhu... lbh2 lg yg mcm gambar di atas..merah! sy sgt tertawan ok... tinggal lg poket x mengizinkan sob sob.
eh ni apsal pi test drive kereta ni plak?? ok ok sy cerita ya. dipendekkan cerita (haha awal2 lg dah kasi pendek), kami tgh plan nak beli keta baru. en.wira perkasa itu dah semakin uzur, cik viva pula comel sgt tak muat untuk kami berempat lbh2 lg klu nak travel jauh. korang percaya tak, skang ni klu amal tido dlm keta, aku letak kat tempat kaki seat blkng tu. bentang toto yg kecik tu, just nice utk dia tidur dgn selesa. tp serius bahaya kan?? habis camno? dia makin berat utk mama riba sepjg perjalanan. mama dia ni dahler 48kg jer huhu... nak bg dua2 tido kat seat blkng? sila lihat saiz badan iman ya kawan2 semua hahaha... sudah nya adik tido kat tempat kaki tu huhu...
so stlh berbincang heart to heart dgn en.suami, calculate budget 2012, ok setuju kita beli keta baru hoyeee!!!! dlm pd merancang ni tiba2 kak cho call bgtau keta baru dia dah smpi huhuhu...lg lar sy tak senang duduk. kereta baru kak cho is grand livina. sy tergoda. ok en.suami, jom kita survey kereta...
ciri-ciri kereta pilihan kami kali ini: 1) mpv 2) bkn buatan malaysia. alarrr kasi chance arr kali ni naik keta luar plak ek.. hehe

PILIHAN 1: new KIA RONDO (gambo mesti merah hehe... padahal hr tu pi naza showroom, mana ada colour merah dlm katalog pun huhu..

PILIHAN 2: ricon TOYOTA WISH. x mampu utk 'new' ya hehehe

PILIHAN 3: ricon HONDA STREAM. x mampu utk 'new' ya hehehe
PILIHAN 4: new GRAND LIVINA

PILIHAN 5: new TOYOTA INNOVA

6 pilihan termasuk mazda 5. cukuplah. ini pun dah membuatkan mata berpinar2.. tidur mlm termimpi2 drive mazda 5 hahaha ntah apa2. so byk lar yg ditimbang tara sblm order. pandangan kawan2 dan sedara mara terutamanya, turut diambil kira. paling penting kena ikut budget diri sendiri... dan keputusannya, kita nntkan di lain entry :D bkn apa, order blm sampai maaa insyaallah sblm Christmas nnt ya. doakan yg terbaik buat kami ya, insyaallah... bye semua!

Tuesday, December 06, 2011

di suatu petang yang nyaman

assalammualaikum =)

ini kisah yg sy dah tak ingat tarikhnya. yg pasti sblm amal kena chicken pox tempoh hari. water pool ni baru beli, ni 1st time bg iman-amal main air kat sini. petang, lepas asar sekitar jam 5pm kami mula beroperasi. anak2 gembira, kami tumpang bahagia :-)

tadah air dulu, bagi air penuh sket baru blh masuk ya. iman bersemangat betul masa ni

yeehaaaa dah blh masuk! main main main dgn gembiar :D

air dah hampir penuh... mandi manda juga menjadi semakin best!

sungguh happy budak berdua ni. ada lar sejam lbh bg diorang main air. pastu awan hitam dtg tiba2.. cepat2 kemas. elok siap kemas jer, hujan turun dgn lebat...

sementara anak2 main air, sy dan en.suami menikmati keropok ikan cecah sos dan jus oren twister sambil2 gossiping hehehe...

ni tah bila lar dpt layan anak2 main air lg. asal petang je hujan, petang je hujan.. dok ler lepak dalam rumah jer haha...ok itu bye!

Monday, December 05, 2011

iman's best friend

assalammualaikum =)

insyaallah suatu hari nanti, iman akan baca blog mama ni. begitu juga dgn kawan2 dia.. di sini mama nak coret suatu kenangan buat iman bila dia dewasa nanti. ketika sy menulis entry ini, iman berumur 5 thn. bermakna 5 thn jugalah dia mengenali khadijah salsabila @ lbh mesra dipanggil kak ijah. iman dan kak ijah membesar bersama, berkawan baik di sini. kak ijah tua setahun dr iman tapi saiz badan...emm mama rasa iman lg besar hehe.. iman dan kak ijah semakin rapat bila iman masuk ke sekolah pasti teluk rhu ketika dia berumur 4 thn dulu. kak ijah lar yg menjaga iman di pasti, ibarat kakak menjaga adiknya. sungguh..masa tu kalau takde kak ijah di pasti, iman dah tentu tak nak ke sekolah. mereka sgt rasi berkawan, bermain bersama. kadang kala ada juga bermasam muka, adat kanak-kanak bergaduh.. esok dah berbaik semula. ketika iman berpindah ke sekolah pra parit baru, tak lama lepas tu kak ijah pula menyusul.. rindu kat iman katanya hehe... tak best bersekolah di pasti bila iman takde. begitulah, mama tak tau nak gambarkan lagi betapa rapat iman dan kak ijah. kat sini, ramai juga kanak-kanak lelaki yg umurnya lbh kurang iman, tapi iman lbh rasi berkawan dgn kak ijah. kak ijah pandai beralah...nampak sgt sifat dia sebagai seorang kakak.

itu kak ijah, nom.3 dari kanan.. she is soooo sweet ok ;-) actually tak lama lg kak ijah akan berpindah mengikut family dia ke banting, selangor. iman akan kehilangan kawan, kawan ketika di zaman kanak-kanak. percayalah, 6-7 tahun akan dtg, panjang umur jika mereka bertemu semula, keadaannya takkan sama mcm sekarang. mungkin iman masih ingat pada kak ijah masa tu, dan mungkin juga tlh lupa. semoga dgn adanya catatan dlm blog mama ni, iman akan tetap mengingati kak ijah sebagai kawan baik dia di zaman kanak-kanak insyaallah...

IKHLAS DARI IMAN UNTUK KAK IJAH:

semoga kak ijah seronok di tempat baru ya. iman doakan kak ijah terus berjaya dalam hidup dunia dan akhirat insyaallah.. jgn lupakan iman di sini ok hehe...bye kak ijah!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH