assalammualaikum =)
entry laju2 sebab kejap lagi 8.30am dah mula kelas
berkongsi rutin harian sy yg sgt sibuk termasuk lar on weekend. sabtu sy baru ni bermula seawal jam 6.15am. usai solat subuh, amal pun sibuk bgn awal jugak. pergerakan sy nak kemas rumah biasanya agak terbatas bila amal bgn awal. klu dia dah start ckp 'nak uhu dgn ama', means sy kena baring sebelah dia yg sdg menyusu sambil peluk2 dia...tak jadi keje dibuatnya huhu...
aktiviti pertama pagi ni, mengelap habuk2 yg dah banyak di ruang tamu. alhamdulillah clear! kilat bersinar semuanya... pastu sapu satu rumah, mop satu rumah, kemas bilik anak and the duty berterusan smpi lar ke petang. adaaaaaa jer benda nak buat. paling tak tahan nak menghabiskan lipat kain stock seminggu huhuhu nak nanges rasanya. sarapan pagi sabtu, en.suami tlg buat roti salut telur. lunch pun en.suami yg sediakan. wlupun simple tp menjelang malam habis licin semuanya! mmg sedap! tgh hari tu en.suami keluar jap so sy suap anak2 makan. sesekali si bulat sy tu nak juga makan bersuap hehehe...byk budak2 ni mkn tgh hari tu. dah kenyang perut terus amal tertido atas sofa. dah hantar amal ke bilik, sy menemankan abg iman di ruang tamu. buat kerja sekolah sket, selebihnya melayan celoteh dia yg tak pernah habis. antara celoteh iman tgh hari tu yg menyentuh kalbu: tetiba jer dia tanya mama:
iman: mama, bila birthday mama dan abah?
mama: -explain kan dia tarikh2 penting mama dan abah ni-
iman: nnt duit lebih belanja sekolah iman yg dlm tabung tu, iman tak nak beli mainan lah mama. iman nak belikan hadiah birthday untuk mama dan abah.
mama: owh owh owh owh...terharu sgt2 ok!
mama dan abah dia ckp, klu penuh tabung duit lebih belanja dia di sekolah, kita blh beli mainan. tetiba dia tukar ke benda lain plak. sweetttttt sgt!! mama dan abah takde pikir lain, mainan aje hehehehe...
itulah sedikit tentang sabtu saya
ahad plak, continue sibukkan diri. iron baju stock seminggu utk 2 orang. masak for lunch. keluar jap beli barang dapur. tgh hari tu sempat layan anak2 beraktiviti...
bagi diorang main water colour...it's painting time!
yg ni mama buat tau tehehehe...
ada lar dlm sejam diorang tekun main ni. dpt lar mama meleset2 dekat abah tgk tv dan baca surat khabar tgh hari tu. after lunch, mama tido jap hehehe...lunch pun agak lewat. pastu lepas asar kami berdesup ke kuala selangor plak nak makan korean steamboat. will story about it later tu pun kalau sempat hahaha...
sampai rumah kul 9mlm dah. dah siap2 semua, layan juara lagu plak. i vote for terukir di bintang dr awal! sekali bila tgk nyanyian aizat mmg best gila! terus confident lagu tu akan menang. serius i suka dgn persembahan aizat yg bersahaja menyanyikan lagu tu...best sgt! en. suami plak vote for shiela amzah. hahaha dia kalah!
kami semua tido mlm tu sekitar jam 12.30 mlm. begitulah ringkasan weekend kami. akibatnya semalam kalut gila. mama lupa masukkan baju amal dlm beg dia! hambek...mujur bgn pagi tu mama dah tukarkan dia dgn baju baru. pastu abah plak salah masukkan buku garis merah biru (alar buku tulisan tu hehehe) iman ke dalam beg sekolah ptg. bising dia pot pet pot pet pasal ni. dia kata klu tak bawak jgk hari ni nnt cikgu marah. smpi pagi td dia masih lg ingatkan mama pasal buku ni.
yeah! dapat post entry hari ni....
SAPE NAK TEMPAH TUDUNG LAGI EMAIL SAYA YER...BYE SEMUA!