FOLLOWERS

Monday, February 04, 2013

diarrhea @ SOGO

assalammualaikum =)

perghhhh tajuk entry ni mmg takleh blah hahaha. itulah degil sgt dah tau badan masih tak sihat nakkkkk jugak outing konon2 terapi minda lar... haaaa rasakan cirit birit di sogo miahaha...padan muka aku sob! sedih ok. tak dpt shopping kat sogo. ini citer sabtu lepas. terjah sogo konon2 nak shopping lar. sy ingatkan takde lar ramai masa ni kat sogo sbb bkn nak raya pun kan. paling tidak yg ramai pun cha ya nun alip jer...for cny. sekali tu...hambek....org kita gak yg memenuhkan sogo. serius penuh! serius tak best ok. takmo arr pi sogo lagi. ecehhhh konon! 
kami sampai sogo serius awal. pintu sogo blm bukak kami dah smpi. keluar umah kul 7.30am, singgah jumpa kawan hantar tudung di 2 tempat, then berdesup ke sogo. 9.50am dah sampai...terima kasih kpd LATAR hehehe...masuk jer sogo anak2 dah kata lapar. ok jom kita ke food court. sy mkn yon tau fu. elok lepas mkn jer, asikkkkk lar berulang alik ke toilet. setiap level kena pi toilet utk melunaskna hajat huhu...dengan anak2 yg merengek nak kan raket badminton SEGERA! hai lar anak...sabor jer lar. 

mmg dah lama iman amal nak raket badminton, sbb raket lama dah patah. boleh jer beli takde masalah. tp ingat nak belikan yg murah jer lar...budak2 kecik jer pun yg main. tapi diorang berdua ni bantai menangis2 meleleh2 air mata kat sogo ni. nak segera ok. mama dah le semakin lemah longlai. ni klu keluar dr sogo tanpa belikan apa yg diorang nak, mmg haru jawapnya. so nak tak nak belikan jugak lar... seketul raket ni rm29.90. sekali dgn shuttlecocks, all for rm80++. pengsan! diorang sengih lar dah dapat...mama ni rasa nak pengsan jer ni ha! gagahkan juga beli handbeg untuk mak sbb my mom dah pesan nak handbeg dr sogo. class my mom kan hahaha...
dah tu..jom keluar dr sogo!  nak pi proton city plak sbb my hubby ada hal sket kat sana. dpt ler  i rehat jap kat umah my sis kat sana... eh...sblm smpi proton city, sempat nyinggah kat aeon rawang hahaha...mujur tak ramai org. anak2 lg yg dpt habuan diorang. sabor jer lar...




 masuk jap kat daiso aeon ni. sekali nampak ada jual sepasang raket + 1 shuttlecock only for RM5! mama rasa nak buat lompat bintang 18x time tuh jugak. nasib baik badan tak larat nak melompat
yg mama larat time ni adalah membebel2 kat anak2...tu arr tak reti nak bersabar

 iman asik mengadu kasut sukan yg perlu di pakai masa PJK dah ketat. so dpt ler dia kasut sukan baru
rupanya kalau anak dah start sekolah ni mmg macam2 kan..
kasut sukan ni beli kat sogo...murah ajer ada 50% less. 
yang penting...ringan!

 ni mama punya beli kat aeon
first time beli handbeg coloris ni
sekali masa jalan kaki ke dewan untuk assembly td...key chain dia jatuh! patah...takleh sambung dah.
huh..nyampah! tu benci beli handbeg brand tah apa2 ni
carlo rino pun sy dah tak suka. cepat sgt rosak material dia
emm....adakah faktor umur menyebabkan TA dah mula beli hanbeg dan kasut hitam????
TA dah tua huhuhuhu

walaupun mahal...lepas mama cuba guna raket ni, mama puas hati sbb mmg ringan. senang amal nak guna

dah ler membebel...nak gi kelas. bye semua!

penghantaran dan contoh sebahagian tudung fasa 16

assalammualaikum =)

isnin yang sangat tak best
mood swing2 jer ni

ini sebahagian tudung yg terbaru siap ditempah
insyaallah sy pos ptg ni
kalut sgt...tak sempat snap semua pic tudung

tudung2 ni semua..telah menerima lighting effect...
tu sbb nampak warna berbeza dlm gambar


special order




tempahan tudung yang dihantar pd jumaat lepas hanya akan siap pada 15 february 2013
means lg 2 minggu
tailor nak cuti cny gak
so penghantaran tempahan seterusnya akan di buat pd 15 feb ya
sesiapa nak tempah tudung blh email sy
terima kasih.

Friday, February 01, 2013

gastrik dan mc

assalammualaikum =)

ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk untuk menguji hamba-Nya. jadi bersabarlah... ujian itu juga kan penghapus dosa :-) kisah bermula hari rabu lepas. selepas kelas tamat jam 9am, terus ke kantin sekolah untuk breakfast. sy mkn bihun grg dan telur mata + teh o ais LIMAU. masam ok. mengada...dah tau ada gastrik, perut tak tahan pedas dan masam, pi mkn jugak. emm..sy mmg tak suka pedas. tp masam tu mmg favo sy. setgh jam lepas tu perut dah mula sakit. menahan jugak ler smpi ke petang dok kat bilik pbs. smpi kat rumh sekitar jam 6pm, sakit perut makin teruk. terus ke klinik..kena lar injection. lepas injection..lega alhamdulillah. 
bgn tido pagi semalam..perut sakit balik. siap kena diarrhea! lembik longlai rasa badan. masa ni blm dpt mc lg. tp dlm keadaan tak blh berdiri tegak tu mcm mana nak pi kerja. berehatlar sy seorang diri kat rumah. dlm rehat2 tu habis kerja2 kat rumah sy bereskan. asik mkn ubat jer...tak best btl. byk mkn ubat ni akibatnya tekak rasa pahit jer..
mlm td pi klinik lg sekali. doc kata patutnya dah baik. bila dia check perut, mmg penuh lg angin dan asid dlm perut ni. dpt ler tambahan ubat yg lebih strong. pastu dpt mc untuk semalam dan hari ni. i tak mintak ok..doc yg bg hihihi..dah tentu lar suka kan! so pagi ni dah 3x i melunaskan diarrhea i ni. ni pun ada rasa lagi huhu... rupanya doc kata ubat kapur yg putih untuk gastrik tu, bg perut yg tak kuat mmg blh menyebabkan diarrhea. sabor jer lar...tak makan ubat putih tu kang, camne nak hilang rasa sakit gastrik ni? bg yg ada gastrik tu tau ler apa rasanya. bila sakit tu dtg, nak berdiri tegak pun tak blh. dah mcm contraction org nak bersalin pun ada. setengah jam...dtg sekali...hilang...kang dtg lagi...adoi hai...bersabarlar.. terus flat perut yg moncit sebelum ni hehehe...

makanya dua hari ni hidup bergtg dengan ubat jer lar... yg bestnya bila sakit ni, berat badan turun mendadak2. perut pun rasa flat jer. ni baru namanya kulit popia kui kui... emm..lepas ni tak kose arr sy nak diet2 bagai. makan jerr...makan jer! kerja kat sekolah dah le banyak. sistem pbs asik tak dpt nak tembus jer bosan betul. hr ni ada sambutan maulidurrasul di sekolah. tak dapat ler sy joint...

itu dulu...doakan saya cepat sembuh yer
bye semua!

petang ni nak gagahkan diri jugak nak pi hantar tempahan tudung pd tailor
klu ada saper2 nak tempah blh email sy yer. 
tq!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH