FOLLOWERS

Sunday, February 02, 2014

Online shopping mode is on. Nyampah tau!

Assalammualaikum =)

Hayyyyyooooookkkkkkk!!! Kegilaan kita pd online shopping dah kembali huhuhu.
Hr tu masa tgh tak sihat mmg xde mood lansung nak online shopping ataupun shopping kat mall. Serius blh increase saving masa tu. Ntahlar...masa tu takde apa yg menarik minat kita melainkan baring atas katil dan cuba tido sbb masa tu bdn lemah sgt2. Tapi sekarang...kita dah jadi gian utk online shopping! Hari2 dok google online website. Start masa beli bedung baby hari tu lar.
Skang ni kita tgh gian nak beli hbag coach. Nakkkkkkk sgt! Dah lama aim tak dpt2. Wlupun dah ada 1 wristlet and 1 tote, tapi rasa nakkkkkkk sgt beli lg 1. Mengidam kot??  Hr2 dok usha kat ipad. Teruk btl.
So for next week, kita ada 3 postage yg dinanti termasuk jubah2 yg akan acik cikin pos esok. Oh tak sabarnya!!
Ok azimah...harap dgn keizinan en.suami ni, blh jd terapi minda yg baik utk lbh cemerlang sebagai seorg isteri, ibu dan guru ok. Lps ni kena lbh bersemangat!! Takmo lemau2 ok.
Semangat! Semangat!

P/s en.suami, terima kasih byk2 ya sbb sudi byr 2 out of 3 item yg dibeli online ni. Tq sgt! Love you till i die! Bila i dah mati...baru u blh kawen lain tau hikhik...

abang iman berurut

assalammualaikum =)

salam hujung minggu semua!
seperti yang dijangka harini kaki saya sakit sgt huhuhu
dapat berurut best ni
haaaa cakap pasal berurut, khamis lepas iman mengadu jari kecik kaki dia terseliuh main bola masa pj
kawan terpijak katanya
bila sy check, mmg btl bengkak jari kaki dia
terpaksa dia solat duduk atas kerusi sebab tak tahan sakit masa duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir
so ptg jumaat abah bawak abg iman berurut
pasu dia whatsapp gambar ni kat saya

 inilah kakak yg selalu urut saya
best sgt sbb tgn dia kuat

 muka menahan sakit, kesian anak mama
sy pesan kat iman urut dua2 kaki
en.suami kata iman taknak, dia suh urut kaki yang sakit jer
alahai...
alhamdulillah...sekarang dah ok dah kaki iman

iman ni selalu sgt sakit2 kaki kalau lepas pj.
haritu ada sekali balik sekolah lepas pj mengadu kaki dia sakit dua2 belah kat pangkal peha
bila mama tanya kenapa
dia jawap: sebab iman pilih jadi singa masa pj tadi. so iman kena lar merangkak buat aksi mcm singa jalan tu
mama balas balik: lain kali jangan lar pilih singa, kan susah. sakit dah kaki. lain kali pilih jadi ikan jer
iman tanya: aksi ikan mcm mana mama?
*mama pun buat lar gaya ikan*
iman jawap: taknak lar, lain kali iman pilih jadi memerang jer lagi senang
*pastu dia buat aksi memerang berenang*

hahaha...ketawa besar mama masa tu
macam-macam tau abg iman ni 
kalau balik dr sekolah mcm2 cerita dia bawak
moga abang iman berjaya dunia dan akhirat insyaallah..

itu dulu..bye semua!

Saturday, February 01, 2014

Watching robocop

Assalammualaikum =)

Kesian jgk kat anak2 dan mak anak ni tak ke mana2 cuti ni. Wlupun sedar kalau outing jer balik nnt mesti sakit2 satu bdn, tp tetap nak outing jgk hr ni tak kira. So lps pi kenduri jiran 1 taman, kami ber-4 berdesup ke kuala selangor utk menonton robocop di 1plaza. Org ramainya kat situ. Naik segan kita jln mcm penguin masuk panggung wayang huhu...
Citer robocop best! Tapi x byk beza dgn robocop yg dulu. Isu dan jln cerita hampir sama. Tak kisah lar yg penting byk aksi lawan2. Anak2 part lawan tu diorang tgk btl2. Tp part bercakap jer depa boring haha...bergerak2 jer tak dok diam dua beradik tu. Eh baby dlm perut pun sama x dok diam! Hahaha....
Jalan dr sabak bernam ke kuala selangor agak sesak penuh dgn kenderaan. Mcm tu lar klu cuti panjang. Otw balik singgah sg besar...pun ramai sgt org bandar yg blk kg lansung shopping di sini.
Ok tu jer nak bebel hari ni. Enjoy the pics! Bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH