FOLLOWERS

Thursday, February 20, 2014

ipad rosak lagi. apa pandangan anda?

assalammualaikum =)

termasuk kali ni, dah 3x ipad sy rosak. semuanya rosak di tangan anak2. sedih. kalau mama ko ni kaya takpe jugak anak2 oi. yg 2x rosak tu pun dah cost me nearest rm1.5k. ni kalau hantar baiki lagi silap hb total cost baik pulih blh cecah rm2k. rasa nak menangis! bukan sikit nilai tu huhuhu..
terbaru ni, amal dok balik ke lantai 2-3x ipad tu masa dia mengamuk ptg kelmarin, time2 maghrib tu. mama tak dapat nak kejar utk selamatkan masa tu. pasrah jer. tapi dlm pasrah2 tu pun mama dah bertukar menjadi singa. anak2 ni kalau dah lama tak kena, mmg camni lar perangai dia. mama ni pulak sekali dah bertukar jd singa mmg susah nak kembali normal. masa mama mula2 check ipad tu tak perasan pun screen dah crack. yg mama perasan sisi screen tu kemek dah. ptg semalam baru abah bgtau screen ipad crack and button dah takleh berfungsi. sy tanya kenapa baru btau sekarang? hubby kata malam kejadian tu mama nampak stress sgt dah. klu dia bgtau ipad rosak teruk masa tu mau tak tido mlm katanya huhuhu...
tapi mmg malam kelmarin tu sy susah benar nak lelap mata sbb tangan sakit dan sengal kesan injection kancing gigi. smpi sekarang masih lagi sengal. 
so kawan...plz bg ur opinian, patutkah sy hantar baiki lagi ipad tu or takyah dah? simpan duit jer daj cukup kang beli baru huhuhu...
haaaa lagi 1 sim card detector dia totally damage. dah 2bln sy terminated 3G broadband, guna wifi jer sbb mmg dah takleh detect 3G. takleh dibaiki dah pun.
apa pendapat u all?
plz plz bg opinian.
sedih tau...anak2 i ganazzzzz sgt huahuahua...

itu dulu. bye semua!

Wednesday, February 19, 2014

check up @ 29 weeks pregnancy

assalammualaikum =)

mlm tadi pi klinik nurul huda untuk repeat monthly check up:

  • tekanan darah 80/50. rendah sgt. tu sebab sy selalu rasa nak pitam dan cepat penat. tp doktor ckp, tekanan darah rendah ni menyebabkan blood vessel dilate so baby will get enough oxygen. pendek kata its good for baby. cuma mak baby will suffer from this condition. ooo patutlar baby muhammad sgt aktif. takpe baby...mama tak kisah, mama kuat. yang penting baby mama sihat ya.
  • hemoglobin darah juga rendah. 9.7 jer. so dpt lar ubat tambah darah. ni lar akibatnya bila mama 'rajin' sgt makan supplement yg doktor bekalkan. stock sebulan blh tahan 2-3bln huhuhu... dan hb rendah ni juga penyebab kepada situasi mama yg kerap rasa nak pitam.
  • berat mama sekarang 55.5kg. badan kurus jer. tapi perut serius beso. muka pun sama dah sembab semacam. 
  • keadaan baby melalui scan alhamdulilah semua ok. kepala dah ke bawah due date scan juga dah hampir sama dgn due date period (8 mei 2014). amniotic fluid ok. plasenta position is kat bawah tapi tidak menutup laluan bersalin syukur. baby pun dah cukup 29 minggu dengan berat 1.2kg. alhamdulillah syukur...moga baby muhammad terus berada dlm keadaan baik, sihat dan sempurna.
  • base on my previous pregnancy, sy akan delivered lbh awal. iman awal seminggu dan amal awal 2 minggu. so kemungkinan besar baby muhammad juga akan lahir awal maybe hujung april. ikut hati nak jer induce on 36wks bila masa baby dah complete matured to be born. tapi klu sy bersalin mggu ke 36, gamaknya bulan pose dah kena masuk kerja semula huhuhu..takmo lar. so sy last kerja on 25april. masuk kerja semula ngam2 lepas cuti raya seminggu tu. heaven mama!
  • next week insyaallah nak scan 3D/4D plak.
  • cuti seminggu bln 3 ni nak pi check up and terus booking tempat bersalin kat salam specialist hospital insyallah.
  • next week lepas gaji nak completekan beli keperluan yg blm dibeli terutama set ibu berpantang. ni tgh survey2. maybe tak beli set kot. beli loose item jer yg btl2 digunakan. 
setiap kali check-up mesti scan. byk dah koleksi gambar scan baby muhammad :-)

ok itu jer nak share citer.
bye semua!!

Monday, February 17, 2014

luka berdarah

assalammualaikum =)

salam isnin buat semua
ok kita tgh mengantuk sgt2 ni. rasa mcm telan pil tidur jer. badan pun rasa tak sihat sgt. dari pagi td heartbeat laju semacam. rasa serba tak kena :-(
ni nak cerita pasal abang amal lagi.
kisah yang berlaku jumaat lepas.
mama ada kelas smpi 12.20tgh so abah tlg ambik iman dan amal dari sekolah yang keluar kul 12tgh
habis kelas mama call abah tanya anak2 camne
sekali abah citer, amal kena tolak dgn kawan dia umur 4thn kat sekolah.
lutut dia luka, dia menangis meraung sekuat hati
kesiannya!
abah hantar amal ke rumah pengasuh tapi masa tu pengasuh takde, pi ambik anak dia dr sekolah.
tinggallar amal dgn mbah kejap.
abah kata amal masih meraung, taknak susu. Ya Allah...ni mesti luka dia besar ni. 
abah bawa abang iman lunch dan siap2 di rumah cikgu erza utk pi solat jumaat sama2.
mama plak...dah kemas2, 12.45pm gerak balik. otw tu, rasa tak sampai hati nak tinggalkan amal kat rumah pengasuh smpi ptg dlm keadaan dia tgh sakit.
biasanya anak klu tgh sakit kan cari mama kan?
mengada dia kan lebih dgn mama kan? masa main yg cari abah kan?
itu normal.
so mama singgah rumah pengasuh. sekali dia nmpk mama, meraung sekuat2 hati ok.
dan luka dia mmg besar! mujur kat surface jer. 
mama terpaksa deal dgn dia, klu nak ikut mama balik, mesti kena jalan sendiri sbb mama tak larat nak dokong. pastu kena stop menangis, kalau tak mama hantar terus ke hospital. amal setuju.
tapi sepanjang perjalanan balik tu nampak lar dia menahan sakit, sesekali tersedu gak nangis. emmm...sakit tu, mesti pedih berdenyut2. jenuh mama pujuk dia. kesian sgt. tapi budak ni..lg dipujuk lagi dia cembeng hahaha.
sampai rumah, mama pun bertukar menjadi 'doktor mama' yang hebat.

 tu dia besor duit 20sen tu ha
mujur tak dalam. tapi dah namanya kat lutut, yg byk bergerak, mesti lar sakit kan huhu
bertambah lar parut kat lutut amal
baru lah namanya anak jantan, tak gitu?

 sedih gila muka dia masa ni
in fact dia marah mama ambik gambo dia masa dia tgh sakit hehehe

 mama pun cuci luka dia bagi bersih takmo comot2, letak minyak gamat then balut.

masa ni mama menyakat dia..tu yg dia lagi sedih nak menangis tu huhuhu..

mama suap makan nasi ayam. 
then bagi dia tgk tv jap sementara mama lunch plak.
lepas tu susu, then masuk bilik on econ...tido.
mama bangun balik solat zohor, then mama joint tido sama. dpt lar sejam mama tido.
amal yg lama, dr kul 2pm-5pm hehehe...
hr sabtu kan sy ada ladap, en.suami plak ada rugby, so anak2 terpaksa hntr rumah pengasuh jugak.
blk dr rumah pengasuh, iman amal terus tido tgh hari tu.
abah citer amal bgtau kaki dia dah baik. tetiba jer blh baik
mmg pun, ptg sabtu tu dia dah ligat mcm biasa..main melompat mcm tak sakit.
nak dijadikan cerita, mlm td dia terjatuh. 
luka dia kembali berdarah!
ayoyoyo...menangis meraung balik.
kulit yg dah mula kering tu terkopek semula. 
dan seperi dijangka itu menjadi alasan utk dia taknak ke sekolah hari ni..hehehe

anak kecik mama...be strong ok! 

itu dulu...bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH