FOLLOWERS

Saturday, March 08, 2014

shopping di daiso dan mr.DIY @ AEON Bukit Raja

assalamualaikum =)

terkejut dgr berita kapal terbang MAS hilang hari ni. 
moga masih ada harapan utk mereka survive insyaallah...

khamis lepas, sempat juga kami singgah di AEON Bukit Raja
byk dah perubahan kat sini.
lot food court kat hujung tu tlh di ambil alih oleh DAISO, MR.DIY dan game centre (x ingat nama)
food court dah bertukar ke area cinema kat tgh2 tu.
tak lama pun kat sini...mana sy larat nak berdiri lama2 dah, mengah wei.
DAISO dia kecik jer..tp oklar byk jugak brg2 yg dijual.

 ini yg sy beli dr DAISO

 ini pula yg dibeli di MR.DIY.

termasuk habuan utk anak2 ni ha..lg murah dr tempat lain
so antara DAISO and MR.DIY, sy lg suka membeli kat DAISO kot hehehe...sebab murah. kat mr.diy blh tahan jugak mahal harga brg2nya. tp sbnrnya 2 kedai ni menjual brgn yg berbeza...

jom tgk apa projek weekend ni.
simple2 jer.

 pengurusan plastik yg sgt huru hara sebelum ni

sekarang dah jadi mcm ni..alhamdulillah, lapang sket mata memandang.
byk plastik yg sy dah buang terutama yg bersaiz kecil.
nak lipat satu-satu plastik ni semua? i is malas hahaha

 bekas mega block anak2 yg dah koyak ni perlu diganti baru
malangnya kat DAISO dah kehabisan storage/box bersaiz besar
kat MR.DIY ada jual storage, tapi mahal huhuhu

sudahnya sy guna jer kotak tricycle ni. masih elok, siap ada pemegang lg
tricycle amal ni pun dah lama kena curi huhu..

 saiz dia sdang elok nak menampung kesemua mega block anak2.

 kemas toys kat bilik anak2 dgn meletakkan toys dlm storage yg lbh teratur

 kalau rajin nnt blh label, kalau malas biar jer mcm ni hikhikhik
yg ni letaknya di atas almari pakaian anak2.

dan yang ni pula di bawah katil anak...


ok tu jer lar...
emm bilik kerja kami kat bilik nom.3 ni panas woooo
bilik kecik jer, kipas syiling pun kuat tp still berbahang
sudahnya sy selalu jer transfer laptop ni ke bilik anak2, tumpang meja depa sbb kat bilik depa ada econ hehehe
wahai en.suami..taknak ke install sebijik econ kat bilik kerja ni? dapat yg 1hos pun dah mencukupi sbb bilik ni kecik jer kan...plz..plz..plz...

itu dulu...bye semua!

membebel jap.

assalammualaikum =)

nak membebel jap
pagi ni kuat btl jerebu kat sini
buka pintu jer bau asap menerpa hidung
makin terang hari, makin kuat jerebu
terpaksa tutup semula pintu dan tingkap
isk tak suka btl dok kat rumah tp tak dpt buka pintu tingkap
rasa lemas jer
tu pasal jerebu...

ni pasal anak2 plak.
pagi2 dah suruh mama jadi tarzan
bknnya mama ni terus suka2 nak jerit2 kat korang, tidak.
kali pertama ckp elok2 suruh mandi...tak berganjak lagi dr depan tv
suruh plak sarapan...kata kejap lagi
dah hbs cerita yg di tengok kat tv, suruh pi mandi...masih selamba
haaaaa kali ketiga cakap mmg kena jerit arr kan
dah tu ckp elok2 taknak dgr
dah mama jerit2 baru buat muka cebik2 baru nak bgn pi bilik air
mama ko ni dah ler jenis klu mula menjerit membebel susah nak stop
suka kamu ya pagi2 nak dgr jeritan mama

ni dah masuk bilik air tu, selagi tak suruh stop, jgn harap tau nak keluar
siap berenang2 kat dalam tu
semua punca air korang on
dah penat mama explain jimat air...jimat air...sekarang musim kemarau...
adoilar anak2...
plz behave urself ok, kesian kat mama ni tak larat
abah dah lar asik takde kat rumah
so plz plz plz...kesian kat mama ni, mama tak suka jadi tarzan selalu ok

dah tu jer. bye. 

Friday, March 07, 2014

taburan tar di vck

assalammualaikum =)

tak ingat lar hr apa, tp dlm minggu ni lar
masa en.suami otw ke surau utk solat maghrib dia terserempak dgn lori yg jual tar dr rumah ke rumah
dah lama kami berhajat nak tabur tar kat depan vck ni
area kalau musim hujan asik lar bertakung air, lecah.
alhamdulillah dah rezeki kami kali ni. dulu penah lar cuba cr kontraktor yg blh buat, rupanya klu kita yg cari, lagi mahal huhu...
yg ni pun mahal jugak tp tak lar semahal deal yg dulu tu
emm...benda sekarang ni mana da yg murah kan. 
so mlm tu jugak diorang siapkan tabur tar kat sini
lbh kurang 11.30mlm baru siap.

 hasilnya...habis comot pasu besar merah tu kena minyak hitam.
tile kat tepi pagar tempat sy letak pasu bunga tu pun comot jgk
inilah klu buat kerja dlm gelap kan huhuhu

 so dah minta tlg en.suami utk sental tile yg kena minyak hitam ni semua weekend ni. harap dia sempat lar buat huhu... sayang kalau dibiarkan comot mcm tu

pasu merah ni pula maybe akan dicat semula bagi hilang kesan minyak hitam tu. tgk lar nnt mcm mana...

itu dulu cerita ptg ni
hari ni seharian dr pagi perut sy memulas2 alahai...mesti salah mkn smlm ni

oklah...bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH